Bab 38 :pertemuan rahsia pertama 🤐

16 2 0
                                    

"Tiba-tiba,Putera Fahmi terjatuh dan sepertinya hampir hilang nafas. Kami pun terus sahaja pergi ke sana untuk tolong. Ketika tu,Putera Fahmi sedang berlawan dalam hutan dan tiada siapa bersama nya. Jadi,kami pun mahu menolong nya."

Ketika itu,mereka mula teringat apa yang terjadi dahulu.

FLASHBACK.
*******

Rei pun terus berlari ke arah Fahmi yang kelihatan sangat lemah dan seakan tidak dapat nafas.

"Hey,are....are you ok?" Rei yang telah sembuh dengan menggunakan kelebihan potion nya, bertanya kepada Fahmi.

Fahmi tidak menjawab apa-apa. Hanya menekap kan tangan nya ke arah jantung nya. Kelihatan dia seperti semenangnya sedang sesak nafas.

"Aku....Alahai....apa yang aku nak kena buat ni?" Rei mula gelabah.

Fahmi masih lagi tidak menjawab apa-apa.

"Ah,aku tahu."

Rei terus menggunakan kelebihan nya,potion untuk menghasilkan cecair penyembuhan dan berikan nya kepada Fahmi.

"Hei,minum ni. Kau akan rasa lebih baik nanti." Rei berkata sambil memberikan poison penyembuhan itu.

Fahmi memandang Rei keliru dan was-was.

"Jangan lah macam macam. Kau tengah sakit tu. Aku cuma nak bantu. Aku takkan buat apa apa yang tak sepatutnya pada zombie yang macam kau lah." Rei berkata.

Ketika mendengar nama zombie itu, Fahmi terus menggengsot ke belakang sambil tangannya masih lagi ditekap pada dada nya. Wajah nya tidak berapa kelihatan kerana rambut putih nya yang agak panjang menutupi mukanya. Kelihatan juga dia seperti tidak terurus.

"Kau ni dah kenapa?"Rei pelik melihat itu.

"Kau....huh...siapa?" Fahmi bertanya dalam kepayahan.

"Aku? Aku....."

Ketika itu,dia teringat kata-kata terakhir bonda dan ayahadanya.

"Kau bukan lagi putera di kerajaan ini. Kau bukan lagi sesiapa dan tiada sesiapa yang akan mengingati kau. Jadi,kau pergi lah ke mana sahaja kau mahu pergi."-raja Fire Land.

"Dan kau bukan lagi anakanda aku. Aku tidak mempunyai putera yang lemah sebegini. Aku akan pastikan Zuaqi ,menjadi lebih kuat daripada kau. Tidak selemah kau." - permaisuri Fire Land .

Dia terdiam.

"Aku beritahu kau nanti lah. Minum cecair ni dulu. Kalau tidak,kau akan jadi lebih teruk. Aku nak tolong kau je ni lah..." Rei memaksa.

Fahmi yang ketika itu menjadi lebih teruk hanya menganggukkan kepalanya.

Dia perlahan lahan mengambil cecair itu dan meminum nya dengan rakus. Seperti sudah lama tidak meminum air. Sebaik sahaja Fahmi meminum nya,banyak cahaya mula menyelubungi dirinya dan perlahan lahan menyembuhkan segala luka nya. Luaran dan dalaman.

"T....terima....ka..sih..." Fahmi berterima kasih dengan suara yang perlahan.

"Sama sama. Tapi,suara kau perlahan sangat. Kau ok ke tak lagi?"Rei bertanya risau.

Baru sahaja Fahmi ingin membuka mulut,mereka dapat mendengar seseorang datang ke sana. Berjalan terus ke arah mereka.

!

"Sorok,sekarang." Fahmi berkata laju sambil menolak Rei ke sebuah semak.

"Sorok situ,jangan keluar walau apa berlaku." Fahmi berkata perlahan sambil menutup semak itu dan berjalan ke arah tempat nya. Dia mengambil pedang nya dan cepat-cepat sambung berlatih.

8. Pengembaraan 3 sahabat.Where stories live. Discover now