Bab 40 : Hari Yumi 😪

11 2 0
                                    

Di dalam sebuah istana yang megah berdiri.

Tiada sesiapa di dalam itu kecuali orang orang yang membuat kerja membuatkan kawasan istana itu sedikit sunyi.

Tetapi,alunan merdu surah Yasin membuatkan seluruh istana itu terus terdiam supaya tidak menganggu alunan tersebut.

Di dalam sebuah bilik rawatan istana.

Terlihat seorang lelaki sedang duduk di sisi seseorang yang telah lama dia rindu., Kalau boleh dia ingin memeluk wanita itu sekarang tetapi orang ramai belum mengetahui kebenaran nya. Maka,dia tidak mahu difitnah. Tambahan pula,wanita itu tidak mengetahui status sebenar diri nya.

Jadi,dia menjaga jarak. 

Setelah selesai,dia mengaminkan nya dan terus memberi minum kepada wanita yang yang masih tidak sedarkan diri.

Mungkin bagi orang lain,air itu tidak akan masuk ke dalam perut tetapi,ianya salah.

Kerana jika terdapat sesuatu pada mulut seseorang itu,tindakan refleks akan berlaku. Di mana ianya akan ditelan.

Jadi,air itu diminum dengan tenang oleh wanita itu. Tambahan pula, penutup botol air itu dibuka ketika lelaki itu sedang mengalunkan ayat suci Al quran tadi. Lelaki yang memberi minum itu tersenyum nipis melihat itu.

"Abang harap,kamu terus bertahan,Shina. Abang dan yang lain perlukan kamu..." lelaki itu berkata sambil mengusap-usap tudung pesakit yang bernama Shina lembut.

Dengan perlahan, lelaki itu bangun dan meletakkan tafsir Al quran pada meja berdekatan.

Tangan kanan nya diletakkan pada dahi Shina dan perlahan-lahan,sesuatu yang bercahaya mengalir masuk ke dahi Shina.

"Bangun lah,Shin. Abang tunggu kamu. Abang tahu yang abang mungkin tak boleh lindungi kamu buat masa yang lama lagi,jadi tolong lah bangun...."

"Walaupun bunga Beverly telah menyembuhkan luka Shin,ianya masih tidak menyembuhkan memori Shin yang palsu itu.

Abang harap,dengan ini Shin boleh tahu yang mana betul, dan yang mana salah.

Abang juga berharap,Shin kuat untuk Terima realiti yang sebenar.

Gunakan peluang ini dengan baik."

Selepas sahaja dia berkata begitu, dia mengangkat semula tangannya dan memandang Shina dengan matanya yang berwarna biru kehijauan lembut.

Ketika dia ingin berjalan keluar daripada bilik itu,dia berasa sangat lemah. Dia hampir hampir terjatuh tetapi sempat berpaut pada kerusi yang dia duduk tadi.

"Mungkin.....sebab aku gunakan kuasa aku banyak sangat kot....
Kalau aku teleport ke bilik sekali pun,aku takkan sampai di atas katil pun.

Mungkin....lebih baik aku berehat di sini sahaja dulu..."

Dia duduk di atas kerusi yang pernah dia duduk tadi dan terus tertidur kerana dia masih lemah.

Kepalanya dibaringkan pada katil Shina.

'Just a minute, Shin. I want be with you.... even in dream...'

Rambut dia yang pada mulanya silver itu berubah menjadi putih. Ianya juga menjadi semakin panjang. Pakaiannya juga berubah. Tetapi,tiada yang sedar kerana tiada orang di situ.

8. Pengembaraan 3 sahabat.Where stories live. Discover now