I'm Sorry But I Love You

Par nfthha_

547K 15.7K 293

Amilyn Maisara hanyalah gadis biasa yang ingin bercinta. Entah macam mana dia boleh tersangkut dengan abang a... Plus

Kembali ke 9 Tahun yang Lepas :P
Chapter 1
Chapter 2
Chapter 3
Chapter 4
Chapter 5
Chapter 6
Chapter 7
Chapter 8
Chapter 9
Chapter 10
Chapter 11
Chapter 12
Chapter 13
Chapter 14
Chapter 15
Chapter 16
Chapter 17
Chapter 18
Chapter 19
Chapter 20
Chapter 21
Chapter 22
Chapter 23
Chapter 24
Chapter 25
Chapter 26
Chapter 27
Chapter 28
Chapter 29
Chapter 30
Chapter 31
Chapter 32
The end ?
Chapter 33
Chapter 35
Chapter 36
End.

Chapter 34

11.7K 318 9
Par nfthha_

"Lyn, Lyn buat apa tu?".

Aku menoleh ke belakang. Baru sedar daripada mimpi yang tak sudah. Di sini, aku merindukannya. Entah kenapa, aku selalu rasa gelisah. Namun, itu harus aku ketepikan. Aku hanyalah orang ketiga yang menyelit antara dia dan kekasihnya.

"Sayang, Lyn sihat tak hari ni?" tanya Mak Ren duduk disebelah aku sebelum tangannya lembut membelai rambut yang semakin memanjang. Aku tersenyum lemah. 

"Alhamdulillah, mak. Lyn okay je. Mak janganlah risau sangat."

Mak Ren tersenyum juga namun, disebalik senyuman itu, ada sesuatu yang menganggu Mak Ren. Aku tahu itu. Sekali lagi aku merenung ke luar tingkap. Daripada jauh aku nampak Syed yang sedang berlari dengan beberapa bungkus plastik  di tangannya.

"Mak harap, Lyn janganlah bagi harapan sangat dekat Syed tu. Kalau Lyn tak mahu, mak tak paksa. Tapi tolong, jangan paksa hati Lyn untuk terima Syed. Lyn masih isteri orang yang sah," itulah yang bersarang di dalam hati Mak Ren. Aku mengeluh. Sudah aku agak ini yang merunsingkan hati ibu yang sudah menjaga aku sehingga aku mampu melihat dunia semula.

Aku memegang perut. Maafkan mama sayang. Mama pentingkan diri mama. Mama pertahankan diri mama tanpa memikirkan yang mama bagai kehilangan kamu sayang. Hampir sahaja air mata aku jatuh lagi hari ini. Selepas aku jatuh ke sungai, Syed yang jumpa aku semasa dia sedang memancing hari itu. Ketika itu, aku berasa sangat lemah. Hilang arah. Namun Mak Ren yang ada waktu itu.

"Mak, mak janganlah cakap macam tu. Lyn ikhlas terima Syed. In shaa Allah Lyn boleh belajar untuk sayangkan dia. Lagipun, suami Lyn tu, ada orang lain," aku memaksa diriku untuk senyum. Ini semua pembohongan semata. Bukan itu yang dimaksudkan sebenarnya.

Mak Ren merenung mataku. Pandangan redup itulah yang membuatkan aku lemah sebenarnya. Aku tidak boleh membohongnya. Aku tidak boleh menidakkan apa yang aku katakan kepada Mak Ren.

"Lyn," Mak Ren memegang tangan aku. Aku sudah tidak keruan.

"Mak! Tengok ni. Syed dapat apa!".

Mak Ren bangun dan mendapatkan Syed yang baru masuk ke dalam rumah. Beria-ia dia menunjukkan plastik yang dipegangnya kepada Mak Ren. Aku senyum hambar. Syed, lelaki yang sempurna. Namun, aku tak tahu kenapa sukar untuk aku memaksa hati ini untuk menyayanginya. Hati aku masih milik Erwan.

"Sayang, tengok. Abang dapat apa!".

Aku tersentak. Suara dia membuatkan aku teringat akan Erwan. Aku mendongak.

Kepalaku jengah ke dalam plastik yang di bawa Syed. Kosong? "Ada apa dalam plastik ni? Tak ada apa-apa pun," aku menarik plastik yang dipegang Syed. Serius kosong. Syed ni dah kenapa?

Syed buat muka terkejut. "Eh? Dah tak ada ke? Abang pasti ada tadi. Mananya?".

Mak Ren sudah tersenyum sambil menggelengkan kepala. Selepas itu, dia menghilangkan diri ke dapur. Aku mengerutkan dahi. Apa yang Syed nak tunjukkan sebenarnya? Aku tertanya-tanya. Akhirnya aku turut membantu dia mencari 'benda' yang dihilangkannya itu.

"Jumpa tak sayang?" suara Syed kedengaran jelas di belakang aku. Aku memalingkan wajah dan, hampir sahaja hidung aku mahu ketemu dengan hidungnya. Secepat mungkin aku menarik kepala aku ke belakang. Dia ketawa melihat wajah memerah aku.

"Comellah sayang ni. Sayang dah jumpa belum?" tanya dia sambil mengusap kepala aku.

Aku menunduk. "Emm, tak jumpa pun. Apa yang awak nak tunjuk sebenarnya?".

Syed menggeleng. "Tak supriselah sayang kalau sayang sendiri tak tengok benda yang abang nak bagi tu. Ni yang sedih ni," dia memuncung. Aku terkebil sendirian.

Aku menggaru kepala. Sekali lagi aku meraba lantai papan itu. Mencari benda yang dimaksudkan oleh Syed. Tiba-tiba tangan aku terpegang sesuatu. Tangan aku mengangkat kotak baldu merah itu sebelum diserahkan kepada Syed.

"This?' soalku.

Syed menggeleng. "This is for you sayang. Abang belikan untuk sayang. Abang tahu yang abang miskin. Abang tahu yang abang mungkin akan kalah kalau dibanding dengan Erwan tu, tapi abang nak sayang tahu yang abang, memang dah jatuh cinta dengan sayang. Ikhlas. Seumur hidup abang, sayanglah wanita pertama yang berjaya menawan hati abang."

Aku terkedu dengan luahan Syed. Jantung aku berdetak laju. Selaju ketika pertama kali Erwan mengucup dahiku ketika hari bermakna kami. Aku menunduk. Syed Hakim tersenyum kecil. Daguku diangkat supaya mata kami dapat bertentangan.

"I don't hope for nothing, sayang. Abang cuma mengharapkan sekeping hati Amilyn Maisara untuk menerima Syed Hakim as your bride and imam. I know I'm not as good as your husband but believe me honey, this man, will make you happy. As happy as a beautiful queen."

Dimanakah silap aku ketika ini? Cinta aku yang membunuh Erwan dan kekasih lamanya atau aku yang cuba berpura menyayangi Syed Hakim? Hati aku meruntum sayu. Apakah kesilapan yang telah aku lakukan? Silapkah aku dengan jalan yang aku bina ini? Syed Hakim, dia yang menunjukkan jalan cinta kepadaku selain daripada Erwan. Tetapi hati ini, masih menyayangi Erwan.

Dimanakah salah aku?

Pinn! Pinn!

Jantung ini berkerja lagi. Kenapa aku tak sedap hati ni?

"I want my Amy back."

Kecoh. Syed Hakim mendengus melihat wajah Erwan. Langkahnya menuruni tangga lantas sebiji penumbuk dilayangkan ke pipi kanan suamiku itu. Aku terkedu mahu menjerit namanya namun hati ini melarang. Terkelu lidah aku tiba-tiba.

"Kau! Kau penyebab penderitaan bakal isteri aku!" Syed menahan amarah. Dadanya berombak menjelaskan bahawa marahnya tiada batasan. Aku harus lakukan sesuatu. Pertengkaran ini tidak seharusnya berlaku. Lagi, mana Erwan tahu di mana aku bersembunyi?

"Bakal isteri?" sinis. "Kau sedar tak bakal isteri kau tu, adalah bini aku sekarang? Dia masih sah milik aku dan seorang perempuan yang halal di dalam hidup aku. Kau sedar tak?" sambung Erwan lagi. Matanya dipanah kepada aku. Aku menunduk sebelum berundur setapak. Takut dengan renungan Erwan yang membawa maksud, 'abang masih cintakan sayang. Kenapa sayang buat abang macam ni?'. Aku agak itulah dialognya.

Syed mendengus lagi. "You are talking about sampah! Kau memperlekehkan dia. Kau yang biarkan dia dan menyimpan perempuan lain dan sesenang kau je nak ambil dia balik. Kau fikir dia itu apa? Kain buruk untuk kau guna? Whateverlah Saiful Erwan. Tak lama lagi, kau akan ceraikan dia dan dia, akan jadi milik aku," dengan penuh yakin Syed berkata. Dia tidak sedar yang sebenarnya, aku tidak setuju dengan penyataan itu.

Ketawa. Erwan ketawa sepuasnya. Aku hairan melihat dia. Adakah Syed membuat lawak?

"Sampai aku mati pun, aku tak akan lepaskan dia. Lafaz talak aku, aku haramkan ke atas dia."

Membulat mataku. Apakah?

"Kurang ajar!" Syed menerpa Erwan dan diperlakukan sesuka hatinya. Dipukul, ditumbuk. Dan Erwan, langsung tidak melawan.

Kenapa abang? Kenapa abang tak melawan Syed? Bangun abang. Jangan biarkan Syed menang!

Aku terkedu. Aku berpihak kepada Erwan? Aku membencinya namun pada yang sama, aku tidak boleh berbohong yang aku masih cintakan dia. Hati ini sakit melihat Erwan yang terdampar tidak bermaya itu. Abang, bangun!

"Syed Hakim!".

Lega. Abah!

Pak Shim menjeling Syed Hakim yang tertunduk itu. Perlahan aku mendekat dan meletakkan tiga gelas air kopi di atas meja. Mata Erwan masih memandang aku. Dia memerhatikan setiap gelagatku dan tidak sedar bila tangan Erwan sudah mencengkam lembut pergelangan tanganku.

Syed berdeham. Kurang senang. Segera Erwan melepaskan aku sebelum dengusan kasar kedengaran.

"Syed."

Syed kembali menunduk.

Pak Shim mengeluh. "Kamulah suami Lyn ya?".

Erwan mengangguk. Terpahat matanya padaku yang bersimpuh di sebelah Pak Shim. Tidak mahu aku duduk bersebelahan antara mereka berdua. Habislah jika tercetus sekali lagi pergaduhan antara mereka.

"Macam nilah, nak. Kalau Wan tak sayangkan Lyn.."

"Saya cintakan dia. Masih cintakan isteri saya yang saya rindui. Saya rindukan isteri saya yang sudah lama menghilang. Silap saya kerana gagal menjaganya dulu."

Aku hilang bicara.

"Useless. Jaga isteri pun tak boleh. Pass jelah dekat aku."

Aku terkejut dengan kata-kata Syed. Sentap namun berdiam. 

Erwan mengetap bibir. Geram! Tangan kanannya sudah naik.

"Abang!" halangku. Cukuplah tadi. Aku tidak mahu sekali lagi berulang.

Keduanya terdiam.

"Stop acting like a child, Syed, abang. I've grown up. Masing-masing ada akal, tak boleh guna ke? I'm so had enough of this. You treat me like a rubbish! Sampah!" serasa air mata mahu mengalir. Kuatlah wahai hati. Teguhlah wahai jiwa.

Diam.

"Abah, I think abah tahu nak buat apakan?".

Pak Shim mengiyakan. "Abah nak adakan pertandingan."

Syed mengangkat muka. "Maksud abah? Pertandingan apa?".

Senyum. "Siapa yang dapat memenangi hati Amilyn Maisara adalah pemenang. So, abah nak masuk tidur dulu. Good evening."

Bangunnya Pak Shim, aku turut mengekor. Sehinggalah namaku diseru. Aku berpaling.

"Abang rindukan sayang."

Aku senyum. "Bye."

pt3 is incoming dearest kesayangan. Wish me luck. Wish 99's Crew luck. Wish all of us luck. Sorry cause so long no update. Terlalu buzylah sayang. Esok, kita nak balik rumah dah. Rumah kedua kita ; hostel. So, lepas exam kita update okay? Banyak'banyak okayy? Night.

Continuer la Lecture

Vous Aimerez Aussi

933K 35.1K 94
Izznur Sofea seorang wanita yang tabah mengharungi dugaan dan cabaran hidupnya. Hatinya telah mati dengan insan yang bernama lelaki. Tanpa Rayyan dan...
864K 26.9K 62
Karya pertama by thecreamcake in romance 📖 B o o k - 1 jodoh dalam keperitan 📖 TAMAT Hawa Afwan . Wanita yang cukup penyabar dan tabah , disa...
Ubahkan Singa Buas Itu Par F A

Roman pour Adolescents

807K 26.6K 36
Zaril Idham digelar 'singa buas' oleh pekerjanya, kerana sikapnya yang suka mengamuk dan marah tak tentu fasal walaupun tiada kesalahan yang dilakuka...
Demi kamu Par kakyaa

Roman d'amour

129K 4.3K 55
Orang kata bila lelaki dan perempuan berkawan baik pasti salah seorang akan menaruh hati kan? Begitulah juga dengan situasi Nur Adeena dan Zaim Amsy...