I'm Sorry But I Love You

By nfthha_

550K 15.7K 293

Amilyn Maisara hanyalah gadis biasa yang ingin bercinta. Entah macam mana dia boleh tersangkut dengan abang a... More

Kembali ke 9 Tahun yang Lepas :P
Chapter 1
Chapter 2
Chapter 3
Chapter 4
Chapter 5
Chapter 6
Chapter 7
Chapter 8
Chapter 9
Chapter 10
Chapter 11
Chapter 12
Chapter 13
Chapter 14
Chapter 15
Chapter 16
Chapter 17
Chapter 18
Chapter 19
Chapter 20
Chapter 21
Chapter 22
Chapter 23
Chapter 24
Chapter 25
Chapter 26
Chapter 27
Chapter 28
Chapter 29
Chapter 30
Chapter 31
Chapter 32
The end ?
Chapter 34
Chapter 35
Chapter 36
End.

Chapter 33

11.9K 339 13
By nfthha_

Assalamualaikum. Haha, a new chapter for you all :)) Btw Theha tengah tengok televisyen ni. Tengok Idola Kecil Ultra. Tergoda dengan Azzam Shah >.< Theha dah minat dia start dia masuk Idola Kecil. Aww, he's so handsomeeee. Cair. 

Okaykay. Don't remind me that this Sunday is my last day. Sedih >.<"

Mia tersenyum melihat Erwan yang sedang memampir. Sejak pertama kali bertemu dengan lelaki itu, jantungnya selalu membuat kerja part time. Tidak tahu kenapa sentiasa wajah lelaki itu berada di dalam mimpinya. Adakah dia sudah jatuh cinta?

"Morning bos!".

Sapaannya disambut dengan wajah terkejut Erwan. Tergelak-gelak Mia di situ. Sungguh wajah ketuanya itu sangat kelakar. Mahu sahaja dia terguling-guling ketawa. Pecah perut jadinya.

"Mia! You freaking me out!" Erwan turut mengukir senyum. Ketawa itu membuatkan rindu kepada Amilyn bertambah. Senyum manis bertukar menjadi pahit. Alangkah indah jika di hadapannya sekarang adalah isterinya sendiri.

"Sorry bos! Jangan potong gaji saya. Ampun pak!" Mia cuba menceriakan hati Erwan. Bukannya dia tidak nampak perubahan senyuman di wajah Saiful Erwan itu. Entah apa yang mengucarkan hati lelaki yang mungkin sudah mencuri hatinya itu.

Erwan tertawa sumbang. "Takkanlah saya nak potong gaji awak. Lagipun saya bukan bos awak yang betul. Yang layak potong tu abang saya, bukan saya."

Mia terpana dengan senyuman Erwan. Sungguh lelaki itu mempunyai senyuman yang boleh membuatkan semua orang tergoda. Sekejap, dia berdeham. Cuba mengusir kekok di dalam jiwa. 'Alahai hati, janganlah kau tergoda. Wahai jantung, boleh tak jangan belot dengan empunya diri?'.

"So, good morning Mia. Have a nice day, girl. Saya nak masuk pejabat ni. Byebye."

Mia menghantar Erwan masuk dengan sebuah pandangan yang sayu. 'Andainya dia menjadi milikku, tidak akan pernah aku lepaskan.'

***

"Outstation?" Erwan mengeluh mendengar kata-kata Saahari. Terasa lemah pula tubuh.

Saahari ketawa kecil. "Sekali-sekala right? Come on bro, aku sibuklah minggu depan. Come bro, you can do it right? Abah suruh kau pergi. Takkan aku nak bantah pulak."

Erwan tersandar malas. Saahari masih lagi senyum melihat adiknya yang manja itu. Sudah lama Erwan tidak sebegitu. Kedatangan dan kehilangan Amilyn membuatkan Erwan berubah menjadi lain.

"Lahai, malaslah. Kau pergilah. Aku nak tidur. Byebye."

Saahari berpura-pura serius. Ditarik kerusi Erwan sehingga berpusing kerusi beroda itu. Ketawa Saahari melihat Erwan yang sudah pening-pening lalat.

"Bro, welcome back."

Erwan terkejut dengan bisikan itu. Dan akhirnya dia memahami. Sebuah senyum diukir untuk si abang yang sentiasa berada di sisinya. Kepalanya mengangguk perlahan. "Thanks bro. Aku cuba untuk move on."

Saahari menggosok kepala Erwan menyebabkan rambut si adik itu kusut. Erwan mendengus perlahan. Segera tangan si abang ditolak kasar. Pantang dirinya apabila aset utamanya itu disentuh. Saahari ketawa lagi.

"Macam perempuanlah kau ni dik," komennya sambil ketawa terbahak-bahak.

Erwan memukul bahu Saahari. "Kau apa tahu. Rambut nilah yang menjadi kegilaan wanita-wanita diluar sana. Kan?".

Saahari mencebik. "Kau fikir kau bagus ah? Tahulah handsome. Kehandsoman aku, kau dah rampas tau dak? Er, disebabkan kaulah aku dah tak handsome dah. Semua turun kat kau."

"Apa pulak? Abang aku lagi handsome kot."

"Gay ke apa kau ni?" Saahari buat muka.

Erwan senyum tersirat. Segera dia mendekati si abang, "oh sayang. Saya rindukan awak. Awak rindukan saya tak? Sayang~".

Saahari melarikan diri. Sungguh dia merasa geli dengan mimik muka Erwan yang sebegitu. Dengan suara Erwan yang kononnya menggoda.

Erwan cuba menahan ketawa. Dia bukan apa, sudah lama dia tidak bergurau senda dengan Saahari. Sejak kehilangan Amilyn, dia sudah putus harapan untuk hidup. Hidupnya tidak seperti dulu di mana Amilyn masih ada di sisi. Dia lebih rela tidak memiliki Amilyn daripada kehilangan Amilyn macam ni.

"Bos!".

Jeritan seseorang membuatkan langkah Erwan yang mengejar Saahari terhenti. Saahari yang cuba mengelak sudah tergamam. Kelibat Mia yang terkejut di muka pintu berjaya menarik perhatian semua orang.

Erwan telan liur. Dia memandang Saahari yang sudah terduduk di lantai.

"Astagfirullahalazim. Apa yang berlaku ni?".

***

"Maaflah apa yang berlaku tadi, tuan. Itu cuma gurauan sahaja," terang Saahari. Sempat dia menjeling Mia yang sedang meletakkan tiga cawan kopi di atas meja. Kalau bukan sebab Mia yang meluru masuk tadi, memang dia dan Erwan tidak akan tanggung malu. Dia mendengus kasar.

Erwan menunduk. Rasa malu tadi bertukar rasa. Encik Eman, seorang peguam dan penyiasat persendirian bagi dirinya. Saahari tidak pernah tahu tentang itu. Keluarga mereka hanya tahu Encik Eman ini sebagai peguam mereka bukan penyiasat persendirian Erwan. Erwan tahu yang Encik Eman datang mahu memberitahunya sesuatu.

"So, kenapa tuan datang? Anything wrong?" tanya Saahari. Rasa geram terlepas apabila menghirup kopi segar yang dibancuh Mia. 'Nasib sedap, kalau tak...'

Encik Eman tersenyum. Sempat dia mengerling Erwan yang sudah gelisah di tempat duduknya. Niatnya datang ke sini mahu bertemu dengan Saiful Erwan sahaja. Dia sedang mencari jalan agar dapat bersendirian dengan Erwan.

Pintu diketuk membuatkan semua mengangkat muka.

"Bos, your phone."

Saahari bangun. "I'm sorry. Anything else, you can tell my big brother. I got to go."

Encik Eman mengangguk dan berjabat tangan dengan Saahari. "It's okay. Saya akan beritahu pada your brother."

Saahari keluar.

Erwan tersandar lemah. "Anything uncle?".

Encik Eman tersenyum lagi. "Good news."

Terus tubuh Erwan tegak. Matanya ada sinar kebahagiaan. Dia mendekatkan diri dengan Encik Eman yang sibuk mencari sesuatu di dalam beg yang dibawa sekalinya.

"Here, I found her."

Hampir sahaja Erwan menitiskan air mata apabila melihat gambar itu. Amilyn Maisara yang sedang tersenyum dengan wajahnya yang penuh dengan luka kecil.

"Finally! She's still her! At last, saya jumpa dia balik, uncle!" Erwan tersenyum penuh kegembiraan.

Encik Eman tumpang gembira dengan kebahagiaan Saiful Erwan. Setelah berminggu-minggu dia menyiasat, akhirnya dia menemui si jantung hati Saiful Erwan.

"Tapi.."

Erwan mengangkat wajah. "But what? Ada bad news ke?".

"Her memory."

"Blank?" Erwan cuba bertahan. Jika sekali lagi Amilyn hilang ingatan, dia berasa sedih yang amat. Apalah dugaan yang diberikan olehNya. Erwan cuba mengusir rasa itu. 'Tak baik mengeluh, Erwan!'.

"No. She want to meet you and.."

"Betul ke?" lega Erwan mendengarnya. Dia mengusap dadanya tanda lega. Tetapi raut resah Encik Eman membuatkan rasa leganya terbantut. Dia dapat merasakan ada lagi yang tak kena dengan penyiasatan yang di jalankan oleh Encik Eman sendiri.

"Kenapa ni uncle? Something's wrong?".

Encik Eman memandang anak mata Erwan. Jantung Erwan berdegup kencang. Dia takut untuk mendengar apa yang bakal Encik Eman katakan.

"Cerai."

Itu yang perkara yang paling Erwan takut. Dia takut untuk hadapi itu. Dia tidak sanggup kehilangan kesayangannya lagi. Selamanya tidak akan!

"Keluarga angkatnya berusaha untuk mencari kamu. Dia mahu kamu menceraikan Amilyn dan sedang membuat persiapan untuk perkahwinan Amilyn dan anak mereka," terang Encik Eman lagi. Dia juga tidak sampai hati untuk menyampaikan kepada Erwan.

"What? Cerai? Kahwin?" Erwan hampir pitam. Khabar yang didengar rupanya tida seindah yang disangka.

"Mereka mahu kamu bertemu mereka dengan segera. Dan Amilyn kata, dia sudah give up. Dia akan lepaskan kamu kepada Suraya."

Erwan memegang dadanya. Sesak. "Takkan uncle! Amy tu milik saya sorang je. Dan cinta saya hanya untuk dia. Nobody can touch her, and I'm completely hers! Saya akan bertemu dengan mereka. Dan gagalkan perkahwinan itu."

Encik Eman berdiri dan menepuk bahu lelaki itu. "All the best young man. Grab back your love."

"Thanks untuk segalanya uncle. Bayaran nanti Erwan masukkan ke dalam akaun uncle," Erwan cuba untuk tersenyum.

Tergeleng kepala si tua itu. "Uncle buat ikhlas. No need. Uncle dah kaya. Dah, dah, ambil dia balik."

Erwan memeluk Encik Eman. "Thanks a lot, uncle."

So how? Idea ni datang sendiri tadi. Theha pun tak sangka Isbily akan jadi macam ni. Silalah komen okay? Vote kalau sudi. Diri ini sedang diganggu rasa gelisah dan sedih. This is the last week for me. Aww. So, guys, pleasee focus to Pt3, exam and SPM. All the best for you guys. 😍 Thanks :D

Continue Reading

You'll Also Like

5M 199K 46
"I hate you!" - Aisya Zahra "But I love you." - Airil Iskandar Seorang wanita yang kena tangkap basah dengan anak bossnya sendiri? Dia, lelaki mafi...
221K 5.5K 16
‎ ‎بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم Perpisahan yang sering berlaku. Telah membuatkan diri semakin sukar untuk meneruskan kehidupan bersama Aayan...
12.3M 541K 74
[Previously known as Mr Tengku VS Miss Flower] [Wattys Awards Winner 2016] Highest ranking: #1 in Romance #1 in Viral list -- "Saya tahu yang awak ak...
1M 70.1K 35
𝑨𝒅𝒂𝒎 𝑫𝒓𝒚𝒂𝒏 ~ 𝑨𝒚𝒂𝒏𝒂 𝑫𝒂𝒉𝒍𝒊𝒂 " Watch your eyes dude. " Adam Dryan Adam Dryan . Dingin . Garang . Aura yang ada pada dirinya...