ASMARA

By ruyeerio

738K 12.1K 243

Aku, Mayra Adeena. Tiada banyak perkara yang aku inginkan dalam hidup kerana aku bersyukur dengan apa yang se... More

Episod 1
Episod 2
Episod 3
Episod 4
Episod 5
Episod 6
Episod 7
Episod 8
Episod 9
Episod 10
Episode 11
Episode 12
Episode 13
Episode 14
Episode 15
Episode 17
Episode 18
Episod 19
Episod 20
Episod 21
Episod 22
Episod 23

Episode 16

15.8K 504 6
By ruyeerio

AKU berdiri sambil berjalan mundar mandir. Aku runsing memikirkan ibu yang masih belum balik ke rumah. Ibu ke kedai runcit dan ibu berkata aku tak perlu menemaninya. Mungkin kerana tadi ibu lihat aku sedang mengemas sebagai persiapan untuk keluar dari rumah ini. Namun yang aku tertanya-tanya, ibu beli apa? Sedangkan esok kami akan keluar dari rumah ini.

"Ibu ni kenapa tak balik-balik lagi? Ya Allah risau pula, "

Aku berkali-kali menelefonnya. Tapi tidak dijawab. Hatiku mula risau. Ada apa yang terjadi kepada ibu? Kedai runcit itu tidaklah begitu jauh namun kalau berjalan kaki tak penat pun. Aku terus mengambil keputusan untuk melihat ibu di sana.

"Kenapa Mayra? Ibu mana? "

Soal Abang Mukhriz yang baru sampai di tingkat bawah. Dia menjinjit beberapa beg pakaiannya kemudian diletakkan di sebelah sofa.

"Ibu tak balik lagi, tadi ibu kata nak pergi kedai. Mayra nak pergi tengoklah, "

"Abang ikutlah, takut jadi apa-apa pula pada ibu. Ibu bukannya sihat sangat tu,"

Baru saja aku dan Abang Mukhriz ingin memulakan langkah pertama keluar dari rumah, tiba-tiba sebuah kereta yang agak berjenama berhenti di depan rumahku.

"Siapa yang datang ni? Mayra kenal ke kereta tu? "

Tanya Abang Mukhriz kepadaku. Aku hanya menggelengkan kepala kemudian memerhatikan sahaja pintu kereta itu dibuka dari dalam.

Abang Mukhriz berjalan ke arah pagar kemudian membuka selak pagar. Seorang lelaki yang tinggi dan mempunyai style yang agak urban keluar daripada kereta. Dia memakai kemeja hitam berkolar namun tidak dibutang sampai atas sehingga menampakkan rantai silver yang dipakainya.

Tiba-tiba pintu di bahagian penumpang pula terkuak. Aku terus bergegas menuju ke kereta itu apabila melihat susuk tubuh yang keluar daripada kereta itu.

"Ibu! "

Wajah ibu kelihatan amat pucat saat ini.

"Macamni bro, mak kau tadi hampir pitam. Aku terjumpa dia tengah terduduk kat tepi jalan, muka dia pucat betul."

"Ya Allah, ibu. Patutlah tak balik-balik, Mayra dengan abang risau sangat. Ibu dah okay ke tak? "

Aku terus memaut bahu ibu. Patutlah rasa tak sedap hati.

"Terima kasih bro, lain hari InsyaAllah Tuhan balas balik pula lepas apa yang kau dah buat. Ni aku nak bagi... "

Abang Mukhriz seperti ingin membuka dompet namun cepat-cepat lelaki itu menghalang.

"Eh takpa, aku ikhlas. Janganlah macamni bro, kita sama-sama Melayu tolong sesama sendiri. No need to pay, ikhlas dari hati ni. Cumanya aku baru buka cafe dekat depan sana, "

Lelaki itu menghulurkan sebuah kad kepada Abang Mukhriz.

"Ni kad aku , kalaulah kau nak pergi kafe aku. Call je nombor ni bro, okay? Makcik jaga diri ye, saya balik dulu. "

"Terima kasih ya, "

Lelaki itu menghulurkan senyuman kepada ibu kemudian pada Abang Mukhriz. Aku hanya memerhatikan saja keretanya meluncur laju meninggalkan rumah kami.

Lelaki kedua yang baik, menolong orang yang lebih tua. Selepas Fareel, barulah muncul lelaki tu.

"Ibu jom masuk,"

Abang Mukhriz membantu ibu berjalan manakala aku mengawasi langkah ibu. Sejurus sampai di dalam rumah , ibu duduk di atas sofa dan bersandar.

"Nasib baiklah dia ada tadi. Ibu pun tak tahu kenapa tiba-tiba ibu rasa macam nak pitam....beria tadi dia nak ibu pergi hospital. Tapi ibu taknak, "

Ibu mula membuka cerita.

"Kebetulan dia lalu kalau tak, tak tahulah ibu boleh sampai rumah ke tidak."

Abang Mukhriz kembali ke ruang tamu sambil membawa secawan air lalu diberikan kepada ibu. Selepas itu, Abang Mukhriz membelek kad nama yang diberikan oleh lelaki tadi.

"Kafe dia kat mana, abang? Nanti kita datang eh. Dia dah tolong ibu, "

"Ye Mayra, abang pun nak datang nanti. Hmm.... Okay kafe dia kat sebelah Restoran Ayam Penyet tu. Abang tahu kedai ni. Baru buka lagi. So nak pergi bila? "

"Nantilah, bila dah settle semuanya. Err, abang. Abang ok ke nanti tinggal kat rumah Fareel? "

"Nanti bila kawan abang tu dah kahwin, rumah tu dia sewakan. Dalam lagi sebulan macamtu. Lepastu nanti kita masuklah rumah tu. Tapi dalam masa ni, abang akan cuba cari rumah yang boleh kita masuk secepat mungkin. Segan nak duduk rumah orang lama-lama. "

"Tapi ibu tengok si Din tu ikhlas je tolong kita. Haritu masa bincang, dia tenang je. "

"Ibu jangan terus buat andaian. Orang ni kita tak tahu, depan baik belakang kita belum tahu dia macam mana.. "

Tanpa sedar, aku berkata begitu. Spontan ibu menepuk perlahan lenganku.

"Bersangka baik, Mayra. Dah kalau dia nak tolong. Kita ni pun terdesak dek kerana perangai ayah kamu berdua ni dah tak rupa diri sendiri, "

Aku cuba mendiamkan diri. Abang Mukhriz pula berkerut dahi memandangku.

"Kecil hati Fareel kalau dengar Mayra cakap macam tu tau."

Abang Mukhriz pula menambah. Aku menghela nafas. Kenapa dengan aku ni? Tiba-tiba pula jadi macamni.


************



"MASUKLAH makcik, Mayra, Mukhriz. Rumah bujang je ni, "

Kami bertiga menuruti langkah Fareel masuk ke dalam rumah teresnya.

Wow.

Itu kata yang terbit dalam hatiku. Kemasnya rumah dia. Perabot-perabot pun nampak mahal. Design yang simple tapi nampak urban, cat yang digunakan juga menampakkan yang Fareel ini seorang yang jenis apa.

"Awak yang kemas ke semua ni?"

Soalku kepada Fareel.

"Kadang-kadang ada orang tolong kemaskan, itu pun sebab kalau saya tak balik rumah lama sebab terlibat dengan undercover. Tapi kalau hari-hari biasa, sayalah yang kemas sendiri. Jemput duduk, kejap saya pergi ambil air. "

Aku dan ibu saling berpandangan.

"Calon suamilah tu dik, eloklah dengan Mayra. Mayra jarang kemas rumah tapi Fareel rajin. Barulah sepadan."

Merona merah terus wajahku saat mendengar usikan Abang Mukhriz.

"At least, bilik Mayra tak macam tongkang pecah, macam bilik abang tu."

Aku menjelirkan lidah kepada Abang Mukhriz. Baru sahaja Abang Mukhriz ingin membalas, Fareel pun datang ke ruang tamu.

Dia menyertai kami yang sedang duduk di sofa empuk. Mesti sofa mahal ni, lagi empuk dari sofa di rumah lamaku. Gumamku dalam hati.

"Dalam rumah ni ada empat bilik, dulu ada kawan sewa bilik dengan saya. Tapi dah pindah sebab ada yang kahwin dan pindah tempat kerja. Jadi bilik kat tingkat atas tu bilik saya, sebelah tu nanti bilik makcik kemudian bilik Mayra. Bilik yang keempat kat bawah ni. Mukhriz duduk situ boleh? "

"Eh Din, makcik duduk kat bilik bawah ni ajelah. Dah malas nak naik tangga, rumah kamu ni walaupun dua tingkat tapi tinggi juga. Mukhriz duduklah bilik kat atas tu ,"

"Kalau macamtu , Mayra kongsi bilik dengan ibu lah. Risau Mayra kalau malam-malam nanti ibu tiba-tiba jadi apa-apa, "

Fareel mengangguk tanda setuju.
"Okey kalau macamtu, nak saya tunjukkan bilik sekarang ke? Sebab kejap lagi saya kena pergi kerja balik ni, "

"Oh boleh-boleh. Maaflah susahkan, "

"Takpa Mukhriz, lain hari Allah balas balik perbuatan saya ni. InsyaAllah,"

Kembang kucup hatiku saat ini. Kata-kata Fareel menyentuh hatiku. Adakah dia membantu keluargaku kerna simpati atau kerana sayangnya dia pada aku?

Persoalan itu terbiar tidak berjawab kerana aku sendiri tidak tahu jawapannya.

Selepas dia menunjukkan bilik abang Mukhriz, dia menunjukkan pula bilik aku dan ibu. Besar bilik ini, mungkin kerana ia satu satunya bilik di tingkat bawah.

"Ini bilik makcik dengan Mayra. Harap selesalah, saya baru kemaskan pagi tadi ni. Maaf kalau bersepah sikit, "

Ujar Fareel yang berdiri di muka pintu.

"Tak apa Din, ni dah lebih dari cukup. "

"Kalau macamtu, saya keluar dululah. Makcik dan Mayra rehatlah dulu. "

Fareel memberikan senyuman paling manis kepada kami. Kemudian dia menutup pintu dan berlalu pergi.

"Ibu nak baring sekejap ni, Mayra. Ibu pening kepala pula tiba-tiba, "

"Ibu baringlah, sekejap lagi Mayra datang balik eh. Mayra nak ambil beg kat kereta."

Aku membantu ibu untuk baring di atas katil. Selepas itu aku memulas tombol pintu untuk pergi ke luar rumah.

"Hai adik manis."

Terkejut aku apabila melihat Fareel yang sedang bersandar pada dinding di sebelah pintu.

"Ish awak ni Fareel. Kenapa bersandar kat sini? Abang Mukhriz kat mana?"

"Abang awak tengah ambil beg kat luar kot."

"Soalan lagi satu tu awak tak jawab lagi. Kenapa awak sandar kat sini? Tunggu saya ke? "

Pantas Fareel mengangguk. Eh, macamtu pula? Cepatnya dia mengaku.

"Saya tak tunggu awak tapi saya tengah rindu awak. Luka awak dah okay? "

"Bukan ke awak dah tanya soalan tu malam tadi? Haish awak ni. Saya nak pergi ambil beg ni. "

Aku mula berpaling untuk berjalan ke pintu. Namun belum sempat aku melangkah, tiba-tiba Fareel bersuara.

"Saya rindu sorang-sorang jelah. Dari haritu saya kata saya rindu orang tu, tapi dia tak bagi respon pun."

Aku menoleh ke belakang. Kelihatan Fareel masih bersandar pada dinding dan tangan kirinya dimasukkan ke dalam poket seluar.

"Baru dua hari tak jumpa, dah rindu. Saya bukan macamtu, sebab tu saya tak rindukan awak pun."

Aku membalas kata-katanya dengan nada yang mengejek. Fareel mula mengecilkan matanya dan berjalan arahku.

"Ke awak rindukan orang lain? Rindukan Iqram? "

Pertanyaan Fareel membuatkan aku tersentak. Tiba-tiba dia menyentuh nama Iqram. Sekejap. Tapi apa yang dia tahu soal Iqram dan aku?

"Kenapa awak diam? Ada penjelasan tak? "

Mata Fareel saat ini bersinar galak merenung mataku. Aku bungkam tanpa kata. Tiba-tiba sahaja dia menimbulkan nama Iqram. Adakah dia tahu tentang kisah silamku dengan Iqram?!

"Apa awak merepek ni Fareel? Buat apa saya nak rindukan suami orang? Lagi satu, dia tak pernah ada tempat yang istimewa dalam hati saya pun dan untuk apa saya rindukan dia?"

Kening kiriku dijongketkan. Tiba-tiba menimbulkan nama Iqram pula. Terasa mendidih pula darah ni. Namun adakah Fareel tahu tentang kisah silamku?

Continue Reading

You'll Also Like

36K 3.4K 21
Qaleef Akhtar x Aireen Qaisara To be honest, cikbunga tak fikir lagi sinopsis dia. Tunggu separuh cerita baru cikbunga up sinopsis dia okay! Sekarang...
863K 34.9K 96
Pertemuan yang tidak disengajakan antara Damian dan Kaisara telah merubah hidup mereka berdua. "Do i look like a murderer to you?" Soal Damian. "To...
35.8K 1.8K 63
2nd Next generation Series HARIS ARMAN seorang pelajar universiti jurusan pertanian. Seorang yang sangat nakal dan sering membuat masalah. Dalam kena...
504K 20.4K 39
ᴋᴀʀʏᴀ ᴘᴇʀᴛᴀᴍᴀ ssʀʜᴅᴇᴇ 𝑻𝒆𝒏𝒈𝒌𝒖 𝑸𝒂𝒚𝒔 𝑬𝒊𝒓𝒍 × 𝑵𝒖𝒓 𝑫𝒂𝒓𝒚𝒔𝒔𝒂 𝑫𝒊𝒏𝒅𝒂 "ryssa sukakan abang" - 𝐍𝐮𝐫 𝐃𝐚𝐫𝐲𝐬𝐬𝐚 𝐃...