ASMARA

By ruyeerio

738K 12.1K 243

Aku, Mayra Adeena. Tiada banyak perkara yang aku inginkan dalam hidup kerana aku bersyukur dengan apa yang se... More

Episod 1
Episod 2
Episod 3
Episod 4
Episod 5
Episod 6
Episod 7
Episod 8
Episod 9
Episod 10
Episode 11
Episode 12
Episode 13
Episode 15
Episode 16
Episode 17
Episode 18
Episod 19
Episod 20
Episod 21
Episod 22
Episod 23

Episode 14

15.1K 530 16
By ruyeerio

PENAT terasa segala sendi badanku. Hampir setengah hari mencari rumah sewa di kawasan ini namun nasib tidak berpihak kepadaku. Jam di tangan aku kerling. Sudah pukul 2.30 petang. Patutlah perutku berkeroncong ya amat. Lapar. Kali terakhir aku makan pada pukul 9 pagi tadi sebelum keluar dari rumah. Tinggal 2 hari sebelum kami akan pergi meninggalkan rumah itu. Abang Mukhriz juga sepertiku namun kami tidak pergi ke kawasan yang sama. Hanya aku seorang diri berlegar-legar di kawasan ini.

Aku memarkirkan kereta di hadapan deretan kedai. Namun agak jauh sedikit untuk ke kedai nasi campur dan beraneka lauk pauk itu. Aku mematikan enjin dan mencapai beg tanganku. Baru sahaja langkah pertama kuatur, terasa seperti seseorang berada di belakangku. Aku yang curiga terus menoleh.

"Diam kalau nak selamat. "

Aku tersentak. Sudahlah kawasan ini tak ramai orang. Dua lelaki itu mempunyai pisau lipat di tangan masing-masing. Aku menelan airliur. Ya Allah, kenapa banyak sangat dugaanmu? Permudahkanlah urusanku. Aku ini bagaikan sudah jatuh, ditimpa tangga pula. Janganlah mereka mencederakankan aku.

"Jalan cepat, "

Aku hanya menuruti arahan salah seorang dari mereka. Mereka berdua memakai cap berwarna merah dan hitam. Salah seorang itu wajahnya berparut. Tak pasti sama ada tanda lahir atau kesan... Tetak?

Aku terpaksa mengikut mereka berjalan sehingga ke belakang bangunan. Hanyalah tong-tong sampah dan sunyi sepi hening. Aku tidak tahu siapa akan mendengar jeritanku sebentar nanti. Berdebar-debar kini aku rasakan.

"Serahkan semua duit yang kau ada, kad bank, kad kredit, kunci kereta dan telefon. Cepat! "

Jerkah lelaki yang mempunyai parut di wajahnya itu.

"Tolonglah , saya merayu. Saya tengah susah, banyak nak pakai duit. Nak bergerak naik kereta, telefon nak call keluarga, orang-orang penting. Awak tak rasa ke tindakan awak ni cuma menyusahkan orang lain? "

"Kau jangan banyak cakaplah! Kita kerjakan jelah dia ni. Bila dah sedap, nanti senyaplah. Hahahahahaha,"

Gelak tawa mereka berdua menimbulkan rasa menyampah dalam diriku. Memang manusia tak berguna. Sampah.

"Cepat serahkan semuanya! Kalau tak, kau sakit nanti. Baik kau fikir betul-betul. Kalau kau serah semua, kau dapat rasa sedap dan kau takkan cedera. Kalau kau enggan , kau akan sakit dan cedera. Jadi, yang mana?"

"Aku takkan termakan dengan pilihan pilihan bodoh dan tak masuk akal kau tu lah!"

Aku meludah ke arah muka lelaki yang berparut itu. Dari tadi dia yang melebih-lebih. Geram pula rasa.

"Tak guna punya perempuan!"

Pisau itu ditujukan ke arah perutku. Namun pantas aku mengelak hingga lenganku yang tertoreh.

"Argh! "

Meleleh-leleh darah yang berwarna merah pekat itu keluar. Aku terduduk. Sakit yang ku rasa saat ini membuatkan aku sakit hati. Ah, lelaki memang sering menyakiti perempuan dari segi luaran mahupun dalaman!

"Sekarang kau dah tak boleh pergi mana-manalah.... Aku dah kata, buat pilihan betul. Sekarang rasakan! "

Satu penampar dilayangkan di pipiku. Berpinar-pinar pandanganku saat ini. Aku cuba menutup lukaku yang tak berhenti mengeluarkan darah dengan lengan bajuku. Habis penuh dengan darah. Memang dasar lelaki bangsat...

"Apa guna kau menyakiti perempuan sedangkan kau tahu mereka tak terdaya untuk melawan kudrat kau? "

Suara yang pernah ku dengar. Suara penyelamatku buat kali yang ketujuh. Macam mana dia boleh tahu aku disini?

"Fareel..."

"Berlagak herolah kau ni.Hero belah mana ni? Hero Kampung Pisang? "

"Hero Balai Polis Sentul. "

Fareel terus menghayunkan penumbuk ke arah lelaki yang berparut di muka. Lelaki itu terdorong ke belakang sehingga terduduk. Fareel memukul belakang badan lelaki itu kemudian memusing badan lelaki itu sehingga dia meniarap di atas tar. Gari dikeluarkan kemudian terus digari kedua tangan lelaki itu.

Tiba-tiba kelihatan dua orang lelaki berlari menghampiri kami. Seorang dari mereka terus mendapatkan penjenayah yang telah digari itu. Seorang lagi menghampiriku dan memeriksa luka di tanganku.

Aku sempat menendang lelaki yang seorang lagi yang dari tadi tercengang melihat Fareel membelasah rakannya. Dia terbaring di atas tar kemudian Fareel terus meletakkan kaki di atas dada lelaki tu.

"Ada sesiapa upah kau? Siapa suruh kau buat semua ni? Kalau tak ada pun, dah berapa lama kau orang buat kerja bodoh ni? "

"Tak.... Takda sapa! "

Fareel menekankan lagi kakinya di atas dada lelaki itu.

"Jujur jelah. Orang tu takkan bagi kau upah pun sebab kau dah tertangkap dengan polis sekarang ni. "

"Al...Alissa.... Perempuan tu yang suruh aku samun dan cederakan dia ni, "

Aku bagaikan terhenyak apabila mendengar jawapan lelaki itu. Alissa ? Alissa mengupah orang untuk menyamun dan mencederakan aku? Ibu dan anak sama saja perangai. Dengkikan aku dan ibu. Memang tak boleh bagi aku hidup senang.
"Dah , bawa dia ke balai, kau orang settle kat sana. "

Dua orang lelaki yang telah digari itu dibawa pergi oleh dua orang rakan Fareel. Terasa macam kenal. Mungkin polis yang sama semasa di JB?

"Mayra, jom pergi hospital. Banyak darah tu, "

"Tak apalah. Luka ni tak dalam pun, kalau pergi klinik pun tak apa, "

Fareel menghampiri aku dan cuba membantu aku untuk bangun.

"Mayra. Maafkan saya sebab terlambat. Kalau tak, awak mesti takkan terkena pisau ni. "

Bisik Fareel di telingaku. Aku hanya terkedu. Terdiam seribu bahasa.

*******

FAREEL memandu keretaku untuk menghantar aku pulang. Dia melarang keras aku untuk memandu dengan keadaan tanganku seperti ini. Mujur luka tadi tidak dalam dan cedera ringan sahaja. Torehan itu juga tidak panjang. Berbalutlah tanganku saat ini.

"Fareel. Saya tanya ni. Macam mana awak boleh tahu saya kat situ, kena samun dan hampir dicederakan?"

Aku mengajukan soalan ketika dia sedang memandu. Dia cuma tersenyum kemudian bersuara.

"Saya ikut awak. Dari pagi tadi. Cumanya tiba-tiba saya hilang jejak awak. Tiba-tiba kereta saya buat hal. Itu yang saya call kawan kawan saya. Lepastu, saya cari awak. Saya sampai lambat, kan? Saya minta maaf , Mayra. Nampaknya dah kali ketujuh ni, saya jadi hero Balai Polis Sentul untuk awak."

"Kenapa awak ikut saya pulak? Awak ni tak ada kerja lain ke? Awak tak kerja ke harini? Dan lagi satu, kenapa awak jujur sangat? "

"Okay jawapan untuk soalan-soalan awak itu ialah yang pertama , saya ikut awak sebab suka-suka. Yang kedua, saya ada kerja lain iaitu menyayangi Mayra Adeena. Yang ketiga , saya kerjalah harini. Dua orang lelaki saya dah gari. Yang keempat, saya takda sebab nak tipu awak. Lagipun kalau kita ni seseorang yang jujur, kita nampak lebih ikhlas. "

"Fareel... Saya nak minta maaf. "

Kereta itu berhenti kerana lampu isyarat berwarna merah. Fareel memandang ke arahku.

"Beri saya peluang, Mayra. Seminggu tak jumpa awak , saya rindu. Saya tak tahan, itu yang saya ikut awak. Saya tunggu awak keluar rumah dan sampailah kemana-mana saja awak pergi. Saya tahu saya tak patut buat macamni. Tapi saya tak boleh kawal, "

"Saya takut, Fareel. Saya tak pernah bercinta dan awak orang pertama yang ada dalam hati saya sebagai 'lelaki'. Lelaki yang istimewa. Tapi saya... "

"Awak.. Awak cakap apa tadi? Saya... Saya lelaki istimewa? "

Aku menggigit bibir. Macam mana boleh terlepas cakap ni?

"Mayra, saya tak salah dengar kan? "

Aku mendiamkan diri. Namun mataku merenung mata milik Fareel.

Betul apa yang awak dengar Fareel, saya cakap awak lelaki yang istimewa.

"Awak, dah lampu hijau tu."

Fareel masih merenung mataku. Dia tak berganjak walau sedikit. Aku mula melarikan anak mataku dari bertembung dengannya.

Pinnn! Pinnn!

Kedengaran hon dibunyikan. Aku memberi isyarat supaya dia kembali memandu. Namun dia hanya tersenyum sinis.

"Awak cakap apa tadi Mayra? Jujur dengan saya. Kalau tak, sampai esok kereta ni takkan bergerak. "

Pinnn!  Pinnnn!

Aku semakin bersalah dengan pemandu yang lain. Fareel tak mahu bergerak kerana menanti jawapan dariku. Haih dia ni, suka kenakan aku. Aku merungut dalam hati.

"Yalah yalah, saya cakap awak ialah lelaki istimewa dalam hidup saya. Dah cepat jalan, Fareel Izzudin! "

Kereta ini mula bergerak. Kemudian aku perhatikan Fareel tersenyum lebar sampai ke telinga. Aku tahu dia bahagia. Tanpa aku sedar, aku pun turut tersenyum.

Saya pun bahagia, Fareel.

Continue Reading

You'll Also Like

1.4M 43.7K 66
Afiq Khairul X Ain Solehah. Mereka berdua diibaratkan seperti kucing dan tikus. Sejak kecil sehingga meningkat dewasa, mereka berdua tidak pernah '...
2.9M 150K 84
• romance • ; 1ST SERIES OF MISTER SYED DARIEL HAKIEM × MEDINA AZYARA sebuah karya yang sudah tamat tapi masih perlu diubah jalan cerita. namun belum...
39.5K 4.3K 20
𝐔𝐧𝐝𝐞𝐫 𝐌𝐢𝐥𝐢𝐤 𝐃𝐢𝐚 𝐒𝐞𝐫𝐢𝐞𝐬 𝐕𝐨𝐥 𝟐 𝐍𝐮𝐫𝐞𝐞𝐧 𝐑𝐚𝐮𝐝𝐡𝐚𝐡 | 𝐌𝐮𝐡𝐚𝐦𝐦𝐚𝐝 𝐙𝐚𝐲𝐫𝐚𝐧 "𝐓𝐚𝐤𝐡𝐭𝐚 𝐲𝐚𝐧𝐠 𝐭𝐞𝐫𝐮𝐧𝐠𝐠...
2.7M 248K 86
"Siapalah engkau agaknya Mr Blue?" Tindakan seorang jejaka misteri yang menyelamatkan nyawanya daripada mati lepas beberapa tahun yang lalu membuatk...