I'm Sorry But I Love You

By nfthha_

550K 15.7K 293

Amilyn Maisara hanyalah gadis biasa yang ingin bercinta. Entah macam mana dia boleh tersangkut dengan abang a... More

Kembali ke 9 Tahun yang Lepas :P
Chapter 1
Chapter 2
Chapter 3
Chapter 4
Chapter 5
Chapter 6
Chapter 7
Chapter 8
Chapter 9
Chapter 10
Chapter 11
Chapter 12
Chapter 13
Chapter 14
Chapter 15
Chapter 16
Chapter 17
Chapter 19
Chapter 20
Chapter 21
Chapter 22
Chapter 23
Chapter 24
Chapter 25
Chapter 26
Chapter 27
Chapter 28
Chapter 29
Chapter 30
Chapter 31
Chapter 32
The end ?
Chapter 33
Chapter 34
Chapter 35
Chapter 36
End.

Chapter 18

10.5K 322 0
By nfthha_

Aku mengeluh apabila terpandangkan Erwan yang sedang menuju ke arahku. Aku mempercepatkan kerja. Baju-bajuku sudah siap dimasukkan ke dalam beg. Hari ini aku dah boleh keluar. Alhamdulillah. Dah dua minggu aku dalam hospital ini, membuatkan aku senak dan lemas dengan kehadiran Erwan. Lagi-lagi Abang Saa’.

“Sayang. Dah siap packing barang?” soalnya. Aku mendengus kasar. Tangan Erwan yang mahu membantu aku, aku tepis kasar.

“Tak payah. Aku dah siap pack dah. Mana ibu? Ayah? Aku nak balik pada keluarga aku,” aku langsung tidak memandangnya. Malas. Buat semak aje buat apa.

“Tapi...”

“Kau pekak ke? Aku dah cakapkan yang aku nak balik rumah family aku! Tak payah tapi-tapi lagi. Dah, dah. Tepi. Aku nak balik,” aku menolak dia dan terus berlalu pergi. Padan muka! Aku tersengih jahat.

“Kak, dah siap?” Ibu datang dan membuat aku terkejut. Aku tersenyum manis.

“Dah bu.”

“Erwan mana?” soal Ayah pulak. Hatiku mendengus bengang.

“Tak tahulah Ayah. Amy tak nampak pun.”

“Tak apalah bang. Kita bawak budak ni balik. Dah sampai rumah kita bagitahu lah si Erwan tu. Pandai-pandailah dia ambil bini dia ni balik. Bolehkan Kak?” Ibu tersenyum lebar. Aku mengangguk riang. Boleh aku jauh-jauh dengan dia. Urgh!

Kami bersaing dan masuk ke dalam kereta. Aku di belakang mencapai telefon bimbit. Mahu kasi warning sama itu orang.

Kalau ibu mesej kau, jangan kau balas! Kalau ayah suruh kau ambil aku balik, jangan kau ikut. Faham? Aku tak nak balik dengan kau.

Punat sent aku tekan. Biarkan dia. Buat semak hidup aku je. Aku pun pelik macam mana aku boleh terjatuh hati dekat dia. Dan aku rasa nak muntah!

“Kamu dah ingat apa-apa ke?” soal Ayah sambil memandu. Aku hanya menggeleng. Satu apa pun aku tak ingat. Siapa aku, keluarga aku, suami aku sendiri. Euww! Tolonglah jangan mengaku! Geli mak!

“Balik Rim ya sayang?” soal Ayah lagi pada Ibu. Ibu mengangguk.

Aku termenung. Cemburunya dengan ibu dan ayah. Mereka masih sayang dan menyayangi antara satu sama lain. Dan apa jadi pada aku? Baru genap sebulan perkahwinan kami.

Ya, semalam Erwan memberikan aku bunga dan kejutan. Aku terkejut. Aku terharu. Tak dapat digambarkan perasaan itu. Tapi disebabkan rasa sakit hati dan benci yang berleluasa, aku membuang bunga itu di dalam tong sampah. Aku tahu dia bengang. Aku tahu aku berjaya membuatnya sakit hati.

“Ni dulu sekolah akak. Besarkan?” suara Ibu mengejutkan aku daripada lamunan. Aku memandang kanan. Sekolah aku? Sekolah menengah aku. Aku perhatikan daripada jauh. Semakin lama semakin hilang daripada pandangan.

“Akak dulu sekolah asrama. Selalu sangat outing. Keluar jalan-jalan sekitar bandar Jasin ni. Akak akan lalu dekat penjalan kaki ni lepas tu masuk dekat taman permainan.”

Aku hanya memandang arah yang Ibu tunjuk. Mengangguk tidak menggeleng pun tidak. Aku hanya membisu.

“Lepas dah sampai, akak pergi Fresco. Pergi banyak tempat. Ibu pun tak tahu. Punyalah nakal anak ibu dulu,” suara Ibu mula perlahan. Aku tersentap. Ibu menangiskah?

“Sebab dulu, anak ibu terkongkong. Duduk aje dalam rumah tu. Tak pergi mana-mana pun. Sebab tu bila akak dah rasa jauh, rasa bebas sikit, akak keluar tanpa pengetahuan ibu. Salah ibu juga,” Ibu mengeluh.

Aku hanya mampu memeluk bahu ibu daripada belakang. Air mata jatuh setitik demi setitik. “Maafkan Amy ibu. Maafkan Amy sebab gagal mengingati ibu. Ingat pada Ayah.”

Ibu mengusap kepalaku. “Tak apa sayang. Mungkin dah takdir Allah. Yang benda ini akan berlaku juga. Maafkan ibu sebab gagal menjaga anak sendiri dengan baik.”

Aku mengangguk. “Bukan salah sesiapa pun. Amy yang gagal bu. Gagal menjaga diri sendiri,” kami saling berbalas salah.

“Hei, kalau macam ni sampai bila nak habis dah? Ayah punya salahlah. Sebab ayah tak menyampuk daripada tadi. Huhuhu!” ayah berpura-pura nangis. Kami tergelak. Ibu menampar lembut lengan ayah. Bahagia.

“Kamu ajaklah Erwan tidur kampung. Mesti dia suka.”

Aku terkelu. Aduhai. Nak ajak tidur sini jugak ke?

“Tak payahlah bu. Menyusahkan dia aje nanti. Mesti dia banyak kerjakan?” aku cuba memujuk ibu. Janganlah ajak mamat tu tidur sini. Aduh!

“Alah, isteri kesayangan ada dekat sini, mestilah dia nak ikut.”

Ibu dengan ayah bukannya tahu peperangan yang berlaku antara kami. Di hadapan ibu dan ayah juga umi dan abah, kami berlakon seperti suami isteri yang paling bahagia dalam dunia. Tengoklah dunia! Betapa hipokritnya kami. Bukan! Betapa hipokritnya aku.

“Urm.. Nanti Amy ajaklah.”

***

Aku mendail nombor Erwan. Menyusahkan hidup ajelah!

“Hello? Assalamualaikum?”.

“Waalaikumsalam. Ibu ajak tidur sini. Kau free tak?”.

“Sayang.. abang...”.

“Good kalau kau tak boleh datang. Dah, bye.”

Aku mematikan talian. Malas nak cakap lama-lama. Dah orang tu tak boleh datang, sudahlah. Aku masuk ke dalam rumah. Ibu dan ayah sedang berborak dengan nenek. Nenek memandang aku. Aku berjalan mendekati nenek.

“Kesian cucu nenek. Dah tak ingat nenek lagi ya?” nenek mengusap kepalaku tika aku menunduk untuk bersalam. Aku sebak. Maafkan Amy nek!

“Maaf nek. Amy.. Amy tak pandai jaga diri,” aku menunduk lagi. Takut untuk melihat mata nenek yang jujur. Mata nenek membuatkan aku rasa sedih. Sedih hilangkan memori yang selama ini aku kumpul.

“Bukan salah kamu cu. Allah nak uji kamu. Allah nak uji kami. Insyallah kami akan membantu kamu. Kembalikan ingatan kamu balik. Jangan risau Amy. Ramai sayangkan kamu.”

Aku tersenyum lega. Nasib baik ada nenek. Lega sikit hati.

“Mana Erwan?”.

Aku hanya mengeluh. Soalan ini lagi. Boleh tak aku bebas daripada jajahan namanya?

“Err, dia sibuk ni. Tak dapat datang.”

“Assalamualaikum!”.

Kami tersentak. Siapa pulak yang datang ni? Ibu bangun.

“Biar Id yang tengok mak.”

Ibu melangkah keluar. Aku hanya merenung kosong pada televisyen yang terbuka. Memaparkan kisah P.Ramlee. Aku tergelak kecil apabila seniman yang sudah lama pergi itu membuat lawak.

“Mak, ni hah! Cucu mak datang ni.”

Aku memandang pintu. Dua orang lelaki. Aku mengerutkan dahi. Siapakah?

“Oh. Masuklah, Mi, Zak. Dak Amy baru aje sampai ni,” nenek tersenyum kepada dua orang lelaki itu. Mereka bersalaman. Adakah mereka itu sepupu aku? Aku tertanya-tanya.

“Amy, kau okay tak? Ingat aku?” aku menggeleng apabila soalan itu diurakan kepadaku. Si mata bulat hanya menggeleng. Seorang lagi bermata sepet. Adik beradik ke? Kenapa muka diorang tak sama? Si mata bulat macam orang putih. Yang si mata sepet ni kelihatan macam cina. Pening kepala aku jadinya.

“Aku ni sepupu kau. Aku Fahmi. Ni adik aku. Razak. Korang sebaya.”

Aku mengangguk. “Sorrylah. Aku langsung tak ingat kau. By the way, boleh kita start semuanya balik? Atau kau nak tolong aku ingatkan balik ingatan aku?”.

“Sure. Lagipun kebanyakan daripada memori kau ada aku.”

Aku menggaru kepala. “Maksud?”.

Si Razak menyampuk. “Masa kecil, kita semua ni rapat. Ke mana ada kitorang, pasti ada kau. Umpama kau ni adik kitoranglah.”

Aku memuncung. “Please! Umur kau dengan aku sebaya!”.

Razak tersengih. “Tapi dulu kau panggil aku abang.”

Aku membuat gaya nak muntah. “Geli mak!”.

Kami ketawa.

“Mana laki kau?” tanya si Fahmi. Aku mendengus kasar.

“Boleh jangan tanya pasal dia tak?”.

“Kenapa?” serentak si beradik bertanya kembali padaku. Aku menelan liur! Oh Amy! Tolonglah jangan kantoi dengan diorang! Habislah rahsia kau nanti!

“Err.. Suami aku..”.

Tiba-tiba terdengar bunyi hon. Aku terkejut dan berdebar.

Kenapa aku macam kenal aje bunyi hon tu?

***

Continue Reading

You'll Also Like

34.3K 3K 44
[C O M P L E T E] Kesilapan lama mengajar dia erti sebenarnya cinta. Hilangnya seorang isteri sangat menghancurkan dia sehancur-hancurnya. Dia beruba...
1M 37.8K 22
Adrian Naufal Nur Arissa Sharil Adam Nur Anissa ___ Air mata berguguran apabila hati sudah terluka .. Arissa terpaksa paksa menikahi seorang lelaki...
3.3K 329 40
[status:complete]] Assalamualaikum,Kinda Queen✔ Highest Rank: #3 in 'lawakhambar' since 11118 Sekolah di St. Joseph International School bukan jadi m...