I'm Sorry But I Love You

By nfthha_

548K 15.7K 293

Amilyn Maisara hanyalah gadis biasa yang ingin bercinta. Entah macam mana dia boleh tersangkut dengan abang a... More

Kembali ke 9 Tahun yang Lepas :P
Chapter 1
Chapter 2
Chapter 3
Chapter 4
Chapter 5
Chapter 6
Chapter 7
Chapter 8
Chapter 9
Chapter 10
Chapter 11
Chapter 12
Chapter 13
Chapter 14
Chapter 15
Chapter 17
Chapter 18
Chapter 19
Chapter 20
Chapter 21
Chapter 22
Chapter 23
Chapter 24
Chapter 25
Chapter 26
Chapter 27
Chapter 28
Chapter 29
Chapter 30
Chapter 31
Chapter 32
The end ?
Chapter 33
Chapter 34
Chapter 35
Chapter 36
End.

Chapter 16

11.1K 362 4
By nfthha_

Aku terjaga apabila terdengar bunyi orang bergaduh. Bisingnya. Kacau ajelah aku nak tidur. Aku mendengus dan mencelikkan mata. Kelihatan Erwan dan seorang perempuan. Siapakah? Ah, buat apa aku nak peduli.

“You’re awake dear,” Erwan sedar yang aku dah terjaga. Aku hanya mendiamkan diri. Malas nak cakap banyak-banyak.

“You, you dengar tak apa yang I cakap tadi?” tengking si perempuan. Aku mendengus untuk kali kedua. Memekak ajelah perempuan ni. Menganggu ketenteraman orang. Ergh!

“You faham tak I cakap yang I dah tak ada apa-apa dengan you. Yang you keras kepala sangat kenapa hah? Listen here, I dah kahwin dan I Cuma sayang isteri I seorang aje. Got that? Semat dalam kepala you baik-baik. Jangan kasi dia keluar. Faham?”.

Aku bersandar melihat drama mereka. Haih, apalah nasib aku ni. Aku merenung ke luar tingkap. Dah pagi. Nak mandilah. Kaki kanan, aku cuba menjejakkan ke lantai. Erwan yang ternampak membantu aku.

“Saya tak perlukan bantuan awak Erwan,” aku menjeling dia. Dia tersenyum.

“Tak apa sweetheart. Apa-apa jadi dekat sayang, abang juga yang risau nanti. Let me help you,” Erwan memimpin aku. Kaki aku tercedera sewaktu aku kemalangan. Entah ya entah tidak. Aku langsung tak ingat apa-apa.

“Erwan! I’m talking to you! You ingat I tunggul ke apa?” marah si perempuan. Aku berdecit geram.

“Go to her. Bisinglah.”

Erwan mengeluh. “After I send her to the bathroom, I’ll settle this with you got that?”.

Si perempuan sudah memeluk tubuh. Memandang aku dengan penuh kebencian. Aku dapat rasakan. Aku hanya berwajah selamba.

“Sayang mandi ya? Awal-awal lagi abang dah letak tuala dengan baju. Sayang salin aje tau dalam ni. Abang nak settlekan masalah abang dengan minah tadi tu. Bye sayang,” dia mengucup dahiku sebelum pintu tertutup. Dup dap! Dup dap! Perasaan apakah ini?

Setelah selesai membersihkan diri, aku keluar perlahan-lahan. Sakit woo kaki ni. Ergh.

“Sayang, kenapa tak panggil abang? Boleh abang pimpin sayang,” kata Erwan. Jelas terkejut melihat aku berjalan keluar dengan kaki yang masih belum sempurna. Wajahku ketat.

“Tak apa. I can do it by myself. Lagipun awakkan tengah berborak dengan perempuan tadi. Malas nak kacau,” sekali lagi dia memimpin aku. Aku menepis lagi tapi dia tetap berdegil. Aku hanya mengeluh. Susah betullah dengan orang yang keras kepala ini.

“She’s back sayang.”

Kening aku terjongket sebelah. Apa pulak mamat ni merepek? She? Siapakah?

“Kalau sayang masih sayang abang yang dulu, mesti sayang dah risau. Mesti sayang jealous. Mesti sayang...”

“Stop all the nonsense thing man. Bila saya boleh balik?” aku memotong kata-katanya. Meluat kot dengar.

Dia kelihatan sungguh kecewa. Aku hanya melihat dia mengambil pinggan yang berisi sarapan pagi. Mi goreng.

“Doktor kata sayang kena stay dalam masa seminggu. Tapi kalau kesihatan sayang menunjukkan perkembangan yang baik, sayang dah boleh balik masa tu jugak,” dia cuba menyuapkan aku. Aku merampas pinggan itu.

“Oh yakah? Urm, habis, kesihatan saya macam mana sekarang?” soalku sambil makan mi itu. Aku tahu dia tergamam dengan perilaku aku tadi. Aku peduli apa. Dalam hati aku memberontak.

“Doktor Mila kata, sayang dah baik dalam 40 peratus. Alhamdulillah, sayang senang sihat,” dia tersenyum pahit. Cuba nak menyembunyikan rasa kecewa dan terkilannya. Aku hanya berpura-pura tidak tahu.

“Oh,” pendek aje jawapanku.

“Sayang nak apa-apa tak?” soalnya lagi. Memang mulut dia ni tak boleh tutup ek? Aku berdecit geram.

“Nothing. I just want you to leave me alone. I hate you! Faham? Takkan tak faham bahasa melayu kot. Nak saya cakap apa? Bahasa tamil? Cina? Tahu tak saya rimas sangat dengan awak? Membebel 24 jam!” aku membentak. Pinggan yang aku pegang tadi sudah ku lemparkan padanya. Habis bajunya kotor.

“Sa.. sayang..” dia kelihatan tergamam.

“Jangan sayang-sayang dengan saya. Saya rimas!”.

Dia membersihkan mi yang terjatuh. Aku berpaling. Malas nak pandang dia. Entah kenapa aku rasa macam nak marah kalau tengok muka dia yang tenang itu. Panas hati ini. Ergh!

“Sayang, tak baik tau buang-buang makanan macam ni. Membazir. Kalaupun sayang tak suka abang..”

“Bisinglah! Awak boleh tak tolong diam? Saya nak berehat! Stresslah kalau macam ni!” aku memandang dia dan aku terkejut! Mi goreng yang terjatuh tadi.. Dia makan! Aku terkedu.

“Maaf sayang. Abang makan dekat kafe ya? Membazir mi ni. Urm, kejap lagi ibu dan ayah sayang datang. Mereka pulak yang jaga sayang,” dia mendekati aku. Di tangan kanannya membawa pinggan Mi Goreng itu.

“Abang sayang sayang. Abang minta maaf tapi abang cintakan sayang. Bye sweetheart,” dia mengucup dahiku dan aku terkedu. Aku tak menepis pun! Ciumannya bagaikan renjatan elektrik! Aku terkesima!

Erwan berlalu pergi. Meninggalkan aku sendiri. Aku termenung. Benar, aku terkejut dia memakan mi tadi. Mi tu dah lah kotor! Ah, buat apa aku nak kisah lagi dengan dia? Aku mendengus.

“Adik ipar.”

Aku menoleh. Lelaki ini. Lelaki ini mengaku dirinya adalah abang kepada suami aku. Dia suruh aku panggil Abang Saa’ ataupun abang ipar.

“Nak apa?” kasar aku bertanya. Dia tersenyum sinis. Daripada muka pintu, dia berjalan masuk. Berdiri di sisi aku. Aku merenung dia tajam.

“Kenapa kau berubah adik ipar? Takkan kau tak kenal siapa suami kau?”.

“Oh please! Aku tak ada suami.”

Abang Saa’ menarik kerusi dan duduk. Aku memandang tempat lain.

“Kau sendiri yang cakap dengan aku yang kau nak jauhkan Erwan daripada Suraya. Kenapa bila Suraya kembali kau tidak ambil tindakan?”.

Aku memandang Abang Saa’. “Abang Saa’, aku masih hormat pada kau. Cuba kau guna kepala otak kau. Aku ni sakit. Sedangkan kau pun aku tak kenal apatah lagi Suraya yang kau sebut tadi.”

Abang Saa’ memeluk tubuh sambil menyandar.

“She’s your enemy. Dia nak rampas suami kau.”

Aku mengangkat kening. “Kau rasa aku kisah ke? Go ahead! Aku pun tak kisahlah kalau minah entah mana nak ambil dia daripada aku. Lagi aku suka.”

Muka Abang Saa’ kemerahan. “Umur perkahwinan kau baru nak masuk dua minggu! Belum genap sebulan pun! Apa kau nak mintak cerai dekat Erwan ke?” suara Abang Saa’ meninggi. Bergema suaranya di seluruh bilik ini.

“Memang! Aku nak mintak fasakh! Aku nak minta cerai!” aku meninggikan suara. Tidak mahu kalah dengannya. Memang aku nak bebas. Berada di dalam kurungan Erwan, membuatkan aku lemas.

“Kau sedar tak apa yang kau cakap ni? Allah bencikan penceraian! Kau tak pernah belajar ke?” Abang Saa’ berdiri. Dia mula bengang.

“Memang Allah benci, tapi Allah tak haramkan. Aku belajar dan thanks ingatkan aku,” aku kembali tenang. Tetapi ayat yang ku keluarkan amat sinis dan menyakitkan hati.

“Apa kau dah tak sayang Erwan ke? Kenapa kau benci sangat dekat dia?!”.

Aku terdiam. Soalan ini aku tak boleh jawab. Hati aku yang inginkan. Aku rasa sakit hati apabila bersama dengan Erwan. Erwan selalu membuatkan aku rasa geram dan benci.

“Aku merayu dekat kau Amy. Kau pertimbangkanlah keputusan kau ni. Jangan ikut sedap kepala aje. Hati adik aku tu pun kau kena jaga.”

“Habis, hati aku ni siapa nak jaga?” aku menuding ke arah dada aku. Dia mengeluh.

“Erwan boleh jaga. Percaya cakap aku.”

“Tak akan,” aku berdegil.

“Kalau macam tu, kau bolehlah pass kan dia pada aku? Bolehkan Amilyn Maisara?”.

Satu suara membuatkan aku dan Abang Saa’ tersentak. Kami memandang ke muka pintu. Perempuan tadi. Yang bergaduh dengan Erwan. Aku mengerutkan dahi. Adakah ini Suraya yang Abang Saa’ sebutkan tadi? Hatiku tertanya-tanya.

***

Continue Reading

You'll Also Like

364K 16.6K 48
[COMPLETED] Badboy? Dengar saja gelaran itu pasti kita boleh membayangkan tingkah lakunya bagaimana. Mestilah seseorang yang sering melakukan masalah...
219K 14.3K 58
Delilah Lavelle, kehidupannya tak seindah nama yang diberi. Saat kejatuhan terbesar dirinya bermula ketika orang tuanya bercerai. Bertambah tragik, d...
2.6M 88K 82
Hariz pelajar yang bermasalah di sekolah. Muncul saja mukanya di sekolah, pasti ada saja perkara yang menyusahkan pihak sekolah. Murid lain, balik s...
32.4K 2.2K 60
"Aku sayang Eshal sehingga hujung nyawa. Tapi, aku sayang kau buat selamanya" FAREL GIBRAN "The mark of a true crush... is that you fall in love firs...