I'm Sorry But I Love You

By nfthha_

548K 15.7K 293

Amilyn Maisara hanyalah gadis biasa yang ingin bercinta. Entah macam mana dia boleh tersangkut dengan abang a... More

Kembali ke 9 Tahun yang Lepas :P
Chapter 1
Chapter 2
Chapter 3
Chapter 4
Chapter 5
Chapter 6
Chapter 7
Chapter 9
Chapter 10
Chapter 11
Chapter 12
Chapter 13
Chapter 14
Chapter 15
Chapter 16
Chapter 17
Chapter 18
Chapter 19
Chapter 20
Chapter 21
Chapter 22
Chapter 23
Chapter 24
Chapter 25
Chapter 26
Chapter 27
Chapter 28
Chapter 29
Chapter 30
Chapter 31
Chapter 32
The end ?
Chapter 33
Chapter 34
Chapter 35
Chapter 36
End.

Chapter 8

17K 466 0
By nfthha_

Beb, kau macam mana? Okay tak? Si Erwan ada cakap apa-apa tentang cerai? Atau dia minta kau tanda tangan surat kebenaran kahwin lagi? :O 

Aku tergelak membaca pesanan ringkas yang Hada hantar kepadaku. Aku membalas kembali.

Tak. Erwan tak cakap tu. Dia sayang aku okay? Sejak daripada aku berangkat dengan dia. Now I'm happy. Thank God! Kitorang bukan kahwin sebab paksa tapi kerana dua hati kami yang saling merindu. :3

Aku menghantar. Sambil itu aku memerhatikan si suami yang tekun menghadap laptop. Aku mengeluh. Kesian dia. Sepatutnya dia bercuti dan spend time dengan aku, tapi disebabkan dia ada kerja, aku mengalah. Bila dia penat dia carilah  aku. And I'll give the best of me.

Telefonku ber'vibrate'. Hada.

Amboi. Sejak bila pulak badut jalanan dah tukar pangkat ni? Mentang-mentang happy, siap nak hantar sms yang SASTERA bagai. Puihh :P

Aku ketawa terkekeh. Ketawaku menarik perhatiannya. Dia memandang dan menjongketkan kening. Aku menggeleng dan pergi ke arahnya. Duduk bersebelahan sambil memerhatikan dia membuat kerja. Tekun aku merenung skrin laptop. Kalau boleh, pasti laptop tu tembus! Pandangan akukan membunuh? Bhaha.

"'Texting kawan?".

"Nope. Girlfriend."

Dia toleh. "Hada?".

Aku angguk. Laptopnya ku tarik. Kerjanyaku simpan di dalam Dokumen. Dia mengerutkan dahi melihat perbuatanku. Aku menarik tangannya dan menuju ke almari baju. "Come honey. Jom jalan-jalan. Wanna let your work go away. I'm jealous!" aku berkata nakal. Senyuman diukir nakal. Aku hanya membuat muka selamba.

"Well well Mrs Saiful Erwan, let me be your prince charming today," aku tergelak. Aku mencubit pipinya. "Okay. Kalau abang prince charming, then Amy jadi apa?" soalku dengan lirik mata menggoda. Ah? Menggoda? Pandailah kau Amy!

"Amy jadi bantal peluk abang," dia memberi jelingan manja. Sengaja tiru akulah tu! Copy cat!

"Dah dah. Kalau cakap lagi sampai bila tak gerak," aku menolak dia. Dia masih mengeraskan tubuhnya. Aku membuat muka. Alahai. Cepatlah. Nak jalan-jalan! Bentakku dalam hati. Sempat hidungku dicuitnya. Aku menjerit kecil. Tak suka kena sentuh! Lagi-lagi hidung. Pantang nenek moyang punya sepupu kawan rapat dengan Tok Adi tanah kubur tu. Ehh? Apa aku melalut ni?

"Okay hunny bunny," dahiku dikucup dan aku termalu sendiri. Aww. Sweet.

***

"Honeymoon? Dekat rumah sudah," jawabku selamba. Aku tahu dia serba salah sebab dia tak membawa aku untuk berbulan madu tapi who cares? Aku cuma kesian dekat dia. Yalah, kerja pejabat banyak sangat. Tak kan dia nak tinggalkan macam tu aje? Aku ni jenis tak kisah. Kalau dah ada berpuluh-puluh anak, waktu itu dia mahu membawaku, bawalah. Eh, kau dah fikir pasal anak eh? Hoho!

 "Tapi sayang memang tak nak honeymoon ke? Serius?" wajahnya begitu comel. Aku mengambil jari telunjuknya dan gigit.

"Auch!" dia mengerang kecil. "Kenapa gigit abang?" dia memuncung.

"Abang ni comel sangat-sangat. Buat kita geram. Rasa nak gigit-gigit aje satu badan abang ni. Kasi berlubang-lubang," hidungnya kupicit sekuat hati. Abang Er menarik tanganku dan dikucupnya perlahan. Aku senyum melihat tingkahnya yang mencuri hatiku. 

"Janganlah. Tak kesian ke kat abang ni? Habis badan suami sayang ni lubang sana sini. Susah sayang nak ehem-ehem dengan abang," dia menjelirkan lidah. Okay. Statement dia ni memang buat aku malu besar. Lengannya kucubit-cubit. Melepaskan geram dan rasa malu. Dia menahan ketawa. 

Sudah sejam lebih kami di Dataran Pahlawan. Berjalan-jalan. Tapi bagi aku ini dating. Dating kali pertama selepas kahwin! Aww!

"Abang, jom makan. Lapar," aku mengusap perutku. 

Dia menunduk.

"Lapar ke sweetheart abang ni? Aigoo, jom makan jom. Kasi penuh perut dia biar besar macam Abang Saa'," aku mengembungkan mulut. Ada ke patut dia samakan aku dengan 'abang ipar'?

"Abang! Jangan samakan Amy dengan abang ipar! Abang ipar tu terlalu gemok! Macam dinosaur tahu? Tahu dinosaur tu apa? Tahu kan? Tahu kan? Lagi satu, Amy chubby level one. Kalau Amy gemok macam Abang Saa', mesti abang tak pandang langsung Amy. Bukan sebelah mata, dua-dua mata pun abang tak pandang!" mulutku becok berbicara tanpa henti.

Abang Er ketawa besar. Sekali lagi aku mencuit hidungnya. Menyuruhnya memperlahankan suara. Aku perasan ada beberapa orang sudah memandang ke arah kami. Aduhai. Malu! Malu!

"Yelah sayang. Sayang ni kurus. Kalah semut," dia cuba melawak. Aku ketawa, tapi ketawa mengejek.

"Sorry my dear husband. Your joke tak masuk!" aku keluarkan lidah. Dia mencubit pipiku. "Auch! Sakitlah hubby!" rengekku manja. Ehh? Manjakah?

"Bro!". 

Langkah aku dan Abang Er termati di hadapan Cool Blog. Haha. Memang bagus timing ni. Aku teringin pulak nak minum Cool Blog Chocolate plus chip chocolate! Yummy!

Kelihatan seorang lelaki sedang berjabat tangan dengan suamiku. Sebelum aku mengacau perbualan mereka, baik aku minta izin awal-awal. Aku menarik hujung bajunya. Yelah. Akukan pendek. Dia menunduk dan mengangkat kening. Dah faham sangat bahasa isyarat main angkat-angkat kening ni.

"Nak beli cool blog kejap. Be right back," aku mengenyitkan mata. Dia mengangguk.

Aku ke kaunter Cool Blog. Terpampang gah wajah Heliza Helmi menjadi duta Cool Blog. Si gadis molek memandangku. Aku senyum ramah.

"Akak nak perisa coklat. Tambah chip coklat. No pearl."

Si gadis yang mengambil pesananku mengangguk. Aku mengeluarkan RM 5 dan menyerahkan kepadanya. Baki bertukar tangan. Kemudian si gadis molek itu membuat kerjanya. Aku berpaling. Abang masih berborak dengan mamat tu. Kejap. Macam kenal aje. Bukan tu..

Setelah pesananku siap, aku melangkah kembali pada Abang Er.

"Badak kenit!" jerit mamat itu. Aku teruja.

"Kerengga Shrek!".

Abang Er dan senyum dan menggeleng melihat perangai kami yang macam budak-budak. Oh, sungguh teruja! Kerengga Shrek atau nama sebenarnya Zulikram Husain merupakan kawan baik kepada suamiku ini. Dan disebabkan aku adik angkatnya, Zulikram Husain mengenali aku. Aku teringat macam mana aku boleh memanggilnya Kerengga Shrek dan aku diberikannya gelaran Badak Kenit.

"Dik! Termenung pulak kau!" tegurnya. Aku ketawa.

"Buat apa dekat sini?" soalku. Abang Er menarik tanganku yang memegang 'air sejuk' dan mendekatkan ke wajahnya. Perlahan-lahan dia menyedut.

"Jalan-jalan pancing ikan."

Aku dan abang ketawa. Faham sangat maksud Abang Shrek ni. 

"Umur makin tua. Ingat sikit tu bro," kata Abang Er. Aku mengangguk setuju. "Jangan jadi anak teruna lanjut pulak nanti," sakatku. Abang Shrek ketawa. 

"Kau Erwan! Mentang-mentang dah ada bini. Cun pulak. Eh lupa, adik angkat naik pangkat jadi isterilah katakan. Kau badak! Jangan nak bongkak-bongkak pulak. Aku baling congkak dekat kau baru kau tahu!" ugut si Shrek. Aku mencebir.

"Tahulah abang jealous! Katakanlah, percayalah," aku menyanyi. Sumbang sungguh! Dua jejaka dihadapanku ketawa lagi.

"Tak sedap! Booo!" ejek Abang Shrek. Aku menarik baju Abang Er. Nak mengadu! Nak merajuk. Bibirku dah muncung sejengkal ke hadapan. Err?

"Nak suruh Mr Suami pujuklah tu. Mengada-ngada! Macam gedik aje. Macam ngada aje," Abang Er ketawa melihat Abang Shrek meniru trend sekarang. Macam comel aje. Macam cantik aje. 

"Abang! Tengok Abang Shrek tu!".

Abang Er memeluk bahuku. "Dah dah. Jangan kacau adik angkat aku ni. Kang aku pow kau kang. Dia menangis aku jugak yang kena pujuk." Aku menjelir lidah. Weakk! Abang kita back up kita. Kau ada? Nakal hatiku ketawa.

Abang Shrek berdecit geram. "Eleh, protectlah adik kau ni. Hah, kau nak join tak? Aku nak pergi karoklah. Lama tak tunjuk skill. Nak?" ajak Abang Shrek. Abang Er mengangguk. Mungkin bersetuju dengan candangan yang diberikan.

"Aku on aje. Jom sayang."

"Ehh? Si badak tak boleh ikut. Badak, kau duk sini jangan mengada nak berkepit dengan Erwan! Badak kan duduk dalam kandang," sengih Abang Shrek. Aku mencebik lagi. "Abang!!".

Abang Er menggeleng. "Tak boleh berjumpa langsunglah korang ni. Macam anjing dengan kucing. Eh silap! Macam badak dengan kerengga!".

Aku berpandangan dengan Abang Shrek. "Abang pernah tengok ke badak dengan kerengga bergaduh?" lurus aku bertanya. Abang Shrek memandang Abang Er. Mungkin menunggu jawapan sepertiku.

"Pernah."

"Bila?" tanya Abang Shrek.

"A minute ago."

Aku menjegilkan mata. Nakal! Aku mencubit-cubit lengannya. Biar lebam! Biar! Abang Shrek pula menumbuk lengan Abang Er. Padan muka! Aku dan Abang Shrek tersenyum puas apabila dapat mengenakan suamiku. Aku high five dan tersengih mendengar Abang Er mengadu sakit.

"Siapa suruh kau perli-perli. Kan dah kena," kata Abang Shrek.

Aku mengangguk mengiyakan.

"Tak aci! Dua lawan satu!".

"Aci dekat India," aku menjelirkan lidah. Abang Shrek turut sama mengeluarkan lidah. Kemudian ketawa kami berdua bergabung. Haih. Kalau nak diikutkan, aku kesian tengok suami aku kena buli sebenarnya!

"Karok jom," Abang Shrek menepuk belakang badan Abang Er. Aku memeluk lengannya. Tanda maaf. 

"Sorry?" aku menyengetkan kepala sambil merenung matanya.

"Tak boleh merajuk lama-lama dengan sayang. Sayang ni sedap," pujinya dan dia berjaya membuatkan wajahku menyala merah. Abang Shrek yang mendengar berdeham. 

"Aku wujud dekat sini. Jangan buat-buat tak nampak pulak!". Aku tersengih.

***

Dulu...

Aku menilik jam. Mana pulak abang ni? Kata nak jemput? Aku dah berjalan ke hulu dan ke hilir. Lambat betullah!

"Adik! Sorry! Sorry! Abang terlambat!" abang terbongkok. Penat kot.

"Apa ni! Adik dah tunggu lama gila tau! Kalau adik lelaki, mungkin panjang dah janggut adik. Boleh gantikan Santa Claus tahu?" aku membuat muka marah. 30 minit. Bukan masa yang singkat. Dia tersengih.

"Malangnya adik perempuan," dia mengenyitkan mata dan jantungku berdebar laju. Dia membawaku ke keretanya. Proton Saga merah.

"Sebelum tu, abang nak pergi jemput kawan abang. Yang abang cakap malam tadi. Boleh?" dia meminta izinku. Aku mengangguk. "Cepat sikit! Adik dah tak sabar nak tengok wayang ini! Baru bebas PMR kot!". Dia ketawa melihat reaksi ceriaku.

Abang berhentikan kereta dihadapan sebuah bus stop. Kelihatan seorang lelaki *yang boleh tahan handsome* menunggu disitu. Aku memandang Abang Er yang bermaksud 'itu ke kawan abang yang sengal tu? Yang abang cakap malam tadi?'. Dia mengangguk tanda faham dengan cara pandanganku.

"Sorry bro. Jalan jam," abang berjabat tangan dengannya. Aku hanya membisu. Takkan nak menyampuk pulak.

"Ni ke adik angkat kau yang kau kata cute tu?" soalnya dan aku tersipu. Wahh! Abang Er puji aku cute! Abang Er mengangguk.

"Gemok! Pendek!".

Aku terkejut. Terus aku memandang wajahnya. "Betul kata abang! Abang ni sengal tahu tak! Kalau adik gemok, pendek, ada menyusahkan abang ke?" aku mula hangin. Peduli apa aku dengan dia yang tua lebih 3 tahun daripadaku. Aku mendengus. 

"Amboi, mulut tu. Cili baru tahu."

"Cililah. Malangnya dalam kereta Abang Er tak ada tanam pokok cili!".

Abang Er hanya mendiamkan diri. Takut mahu masuk campur dalam pertelingkahan adik dan kawannya ini. 

"Eh badak, jangan nak membebel boleh tak?" kata abang poyo ni. Aku membeliakkan mata. What? Badak?!

"Kalau adik ni badak, abang tu Kerangga tahu!".

"Kenapa kerengga?" soalnya. 

Aku mendengus. "Sebab, kepala abang lebih besar daripada badan abang! Macam kerengga!" ejekku.

"Erwan, adik kau memang macam ni eh?" aku tahu dia dah bengang. Abang Er hanya mengeluh.

"Siapa suruh kau cari pasal dengan dia." Aku tersenyum menang. Yeahh!

Dia berdecit kasar. "Badak kenit! Dahlah gemok! Pendek pulak tu!" kutuknya lagi.

Aku geram. Sabar Amy! Sabar! "Kalau adik ni badak kenit, abang tu Kerengga Shrek! Kepala besar! Perut buncit! Tapi badan kecik!" aku memeluk tubuh. Geram!

"Dah-dah. Kita hang ni sebab nak release tension tau. Bukannya bertekak," Abang Er menghentikan perbalahan kami. Aku dan abang perasan handsome ni mendengus. 

***

Continue Reading

You'll Also Like

EVERISA By liz

Teen Fiction

115K 7.2K 81
Completed ✓ Hawa. Gadis biasa yang diterima masuk ke sebuah sekolah berprestij dan terkenal di seluruh negara. Apa yang diharapkan ialah sebuah kehid...
941K 35.2K 94
Izznur Sofea seorang wanita yang tabah mengharungi dugaan dan cabaran hidupnya. Hatinya telah mati dengan insan yang bernama lelaki. Tanpa Rayyan dan...
143K 4.9K 15
Dhuha Sophea, tak pernah langsung terlintas dihati untuk mengahwini mana-mana lelaki buat masa ini. Tapi disebabkan umur yang makin meningkat dan Dhi...
6.8M 334K 69
Suami Romantik dan Penyayang? Tak pernah diduga Elleana akan mendapat suami garang dan tegas. Hidupnya yang selama ini tak pernah diatur oleh arwah b...