Ain Nadira

By marisinc

115K 3.7K 341

Kahwin dengan kawan sendiri tanpa sedar? Baguslah Ain. Tunang sendiri pun tak kenal. Alih-alih terkejut tengo... More

Prolog
Bab 1
Bab 2
BAB 3
Bab 4
BAB 5
BAB 6
BAB 7
BAB 8
BAB 9
BAB 10
BAB 11
BAB 12
Bab 13
BAB 14
BAB 15
BAB 16
BAB 17
BAB 18
BAB 20
Part 21
Part 22
Part 23
Bab 23
BAB 24
BAB 25
Bab 26
BAB 27
Bab 28
BAB 30
Bab 31
Bab 32
Bab 33
Bab 34
AN 35
AN 36
AN 37
AN 38
AN 39
AN 40
AN 41
AN 42
AN 43
AN 44
AN 45
AN 46
AN 47
AN 48
AN 49
AN 50
AN 51
AN 52
AN 53
AN 54
AN 55
Epilog

Bab 29

2.1K 67 5
By marisinc

"Uncle terlalu percaya pada Amran. Terlalu bergantung pada Amran. Sikit-sikit, Amran. Uncle Firdaus pun macam tu. Amran. Amran. Amran. Juli dan pekerja-pekerja yang lain, langsung you all tak pandang. Everything is referring to Amran. Macam syarikat tu Amran yang punya. Uncle sedar tak ni?" Luah Juli.

Tuan Hashim angguk.

"Then? Sampai bila Amran tu nak jadi tempat uncle dan uncle Firdaus bergantung? Suatu hari nanti, buatnya dia lari ke syarikat lain atau dia bina syarikat sendiri. Lepas tu, uncle nak bergantung pada siapa? Or maybe dia nak take over your company. Dia kick both of you. Masa tu, jangan menyesal." Juli memulakan serangan mental kepada Tuan Hashim.

Tuan Hashim hanya angguk. Tenang.

"Uncle dengar tak ni?" Juli sudah mula berang bila tiada tindakbalas dari Tuan Hashim.

"Dengar." Bersahaja saja jawapan Tuan Hashim.

Dia meneruskan pembacaannya. Buku 'Strategi Perniagaan Rasullullah s.a.w' itu lebih menarik perhatiannya dari apa yang Juli sedang perkatakan. Dia tak mahu pagi-pagi lagi mindanya digasak dengan anggapan negative tentang Amran atau sesiapa saja. Dia suka mulakan paginya dengan perkara-perkara yang menyenangkan dan mengembirakan hatinya.

"Uncle, jangan ignore Juli." Kata Juli.

Dia bangun dan terus merampas buku yang dipegang oleh Tuan Hashim. Dia letakkan buku itu dibelakangnya. Langsung tidak dihiraukan pandangan Tuan Hashim yang sedang benggang dengannya.

"Kamu dah kenapa? Pagi-pagi lagi dah macam-macam." Marah Tuan Hashim.

"Uncle tu. Kalau Juli buka cerita pasal Amran saja, uncle suka buat tak dengar. Uncle terlalu sayangkan dia sampai abaikan Juli, anak saudara uncle sendiri." Bentak Juli.

"Bila masa uncle lebihkan dia dari kamu? Apa yang kamu nak. Semua uncle turutkan. Kamu nak tempat Amran. Uncle turutkan. Uncle bagi kamu jawatan Amran di New Zealand tu kepada kamu untuk kamu tunjukkan kebolehan kamu. Tapi apa progress yang kamu bagi? Dah 3 bulan kamu disana. Apa yang kamu dah buktikan? None. Ada uncle marah kamu? Tak ada." Balas Tuan Hashim.

"Uncle suka compare Juli dan Amran. You are so unfair." Bentak Juli lagi.

"Kamu yang minta untuk diberikan peluang. Uncle bagi. Ingat dulu kes yang Amran handle. Pasal kereta salah naik kapal. Kamu kata kamu nak handle tapi at last, Amran yang settlekan untuk kamu. Kamu buat apa? Mengarah dan marah. Langsung tak menyelesaikan masalah." Kata Tuan Hashim.

"Ini, kamu kata kamu boleh buat lagi baik dari Amran kalau kamu diberi peluang. Uncle sampai merayu pada uncle Firdaus untuk beri kamu peluang. Tapi dah 3 bulan. Semua berjalan ikut apa yang Amran rancang. Penambahbaikan? Tiada. Amran dalam tempoh 3 bulan dah buat keuntungan. Kamu sekarang ni hanya mentain keuntungan tanpa ada peningkatan." Sambung Tuan Hashim setelah berhenti seketika untuk melihat reaksi Juli.

Juli bangun.

"Uncle is unfair." Rengek Juli bersama hentakan kakinya dihadapan Tuan Hashim.

"Bukan uncle atau uncle Firdaus yang suka compare kamu berdua. It's you Juli. Kamu yang selalu rasa kamu lagi bagus dari Amran dan boleh bersaing dengan Amran. Kami bagi kamu peluang tapi peluang yang kami bagi, kamu tak pernah hargai. Kamu terlalu bangga dengan apa yang kamu ada. Kamu terlalu bangga dengan gelaran pewaris HSH Holding. Kamu kena tahu, uncle boleh berikan pada sesiapa saja untuk mewarisi semua milik uncle dan kamu tak boleh mencabar wasiat uncle. Ingat tu." Gertak Tuan Hashim.

Dia bangun dan mengambil bukunya yang diambil Juli tadi dan terus berlalu dari situ. Dia naik ke atas untuk menuju ke biliknya dan meninggalkan Juli seorang dibawah.

Juli terkedu.

Sungguh dia tidak menyangka yang Tuan Hashim akan berkata padanya begitu. Selama ini, segala kemahuannya diikutkan. Setiap apa yang dia ungkapkan adalah kemestian untuk Tuan Hashim turuti. Bila tiba-tiba Tuan Hashim melenting begini, sedikit rasa tidak senang dengan ugutan dari Tuan Hashim tadi.

'Aku sudah kehilangan Amran, takkan aku nak hilang harta juga.' Detik hatinya.

"Bukan uncle tak bagi kamu peluang tapi kamu terlalu ego. Bezanya kamu dengan Amran adalah Amran bekerja untuk membangunkan diri, sedangkan kamu bekerja untuk gaji. Sebab itu hasil kerja Amran sangat bagus. Bukan saja memuji tapi ini reality yang kamu kena hadapi. Kalau nak jadi pewaris uncle, buktikan pada uncle yang kamu boleh buat lebih bagus dari Amran seperti yang kamu canangkan selama ini." Kata Tuan Hashim sebelum dia mendaki anak tangga rumahnya.

Juli memandang Tuan Hashim sehingga bayangnya hilang. Dia terduduk dikerusinya tadi. Badannya sudah menunduk. Mukanya diraup. Nampak ketegangan diwajahnya.

Dia kembali terkenangkan saat pertama kali dia mengenali Amran. Waktu itu, Amran hanyalah seorang budak penghantar surat secara sambilan di HSH Holding. Namun, dia tak pernah kisah. Dia sudah jatuh cinta pandang pertama pada Amran.

Dia mula pergi pejabat dengan pakaian yang cantik-cantik. Mula belajar bersolek dengan betul. Semata-mata ingin menarik perhatian Amran. Malahan, bila saja Amran dikhabarkan akan diserap sebagai pekerja tetap sebaik saja dia tamat belajar, Juli meminta Tuan Hashim untuk meletakkan Amran sama jabatan dengannya. Kebetulan pula waktu itu, pekerja yang bertanggungjawab untuk berurusan dengan Jabatan Kastam DiRaja Malaysia sudah tidak tertampung untuk melakukan kerjanya seorang diri.

Juli fikir, bila Amran makin dekat dengannya, maka Amran akan memberikan perhatian kepadanya. Mungkin Amran akan sedar perasaannya. Namun, Amran masih lagi manusia tanpa perasaan yang tak sedar akan perasaan indah yang wujud didalam hatinya. Lantas, dia mengubah strateginya untuk mendekati Amran.

Dia mula mencari kesalahan Amran walaupun sekecil-kecil kesalahan. Jika tiada, dia akan cipta kesalahan yang buatkan Amran memberinya perhatian. Namun, Amran tetap begitu. Kesabaran Amran dalam melayan kerenahnya bukan hanya mengagumkan dirinya tapi juga Tuan Hashim dan Tuan Firdaus.

Amran juga sentiasa dapat tangani semua masalah yang dilonggokkan Juli kepadanya. Perkara itu yang mula membuka mata Tuan Hashim dan Tuan Firdaus sehingga menarik Amran ke bahagian Pemasaran agar Juli tidak mengganggunya.

Dan Amran umpama benih yang sangat subur. Dicampak ke mana saja, dia tentu berjaya menjadi pulau. Perkara itu sedikit pun tidak membuatkannya iri hati atau sakit hati. Dia sangat bangga dengan setiap apa yang Amran lakukan. Walaupun berlain jabatan tapi Juli tetap suka menyusahkan Amran. Tak lain dan tak bukan adalah untuk menarik perhatian Amran kepadanya.

Suatu hari, Juli terdengar perbualan antara Tuan Hashim dan Tuan Firdaus tentang keinginan Tuan Hashim untuk menjodohkannya dan Amran. Punyalah berbunga hatinya. Dia tahu, Amran tentu tak akan menolak permintaan Tuan Hashim kerana rasa hormat Amran kepada Tuan Hashim sangat tinggi.

Namun, semua perancangan itu tidak terjadi bila beberapa hari selepas itu, Amran datang ke pejabat bersama kad jemputan ke majlis perkahwinan yang tertera nama Amran dan Ain. Punyalah remuk hatinya. Hanya Allah yang tahu.

Tapi dia bukan wanita yang mudah mengalah. Dia cari siapa wanita yang berjaya menambat hati Amran. Namun, usahanya tidak berhasil. Dia tak pernah nampak Amran keluar dengan mana-mana wanita selain dari ahli keluarganya.

Dua hari sebelum majlis kenduri kahwin Amran, Tuan Hashim ajak temaninya ke New Zealand untuk melihat syarikat yang mereka hendak beli. Syarikat yang membekalkan hasil tenusu ke hampir 20 buah Negara termasuk Malaysia. Juli tak ada pilihan selain ikut.

Bila dia pulang ke Malaysia, baru dia tahu siapa isteri Amran. Ain Nadira. Seorang pekerja HSH Holding yang dia tidak suka. Dia memang ada masalah dengan Ain yang selalu memotong tuntutan semula wang yang digunakan untuk minyak, tol dan hiburan. Bila ditanya kenapa, katanya meragukan. Ditambah lagi dengan ketiadaan resit sebagai bukti dan tidak munasabah.

Walaupun semua yang dipotong Ain itu adalah tuntutan untuk perbelanjaan peribadinya yang tidak ada kena mengena dengan urusan pejabat, tapi dia tetap rasa egonya tercalar. Siapa Ain yang suka nak mempersoalkan apa yang dia belanjakan. Tak lama lagi juga syarikat ini akan menjadi miliknya.

Dan dek kerana ketidakpuasan hatinya, dia telah mengadu kepada Tuan Hashim. Bila Tuan Hashim meminta Ain untuk membayar semua tuntutannya, Ain menolak. Katanya, ianya tidak adil untuk pekerja yang lain hanya kerana dia seorang pewaris syarikat.

Masih terngia-ngia jawapan Ain yang menyakitkan hati itu. Kerana jawapan itu jugalah membuatkan Tuan Hashim mula memberi perhatian kepada Ain. Nama Ain mula dipuji oleh Tuan Hashim dan Tuan Firdaus. Ain juga sama seperti Amran. Pekerja kesayangan bos.

Kerana itu dia tak suka pada Ain. Bila Ain dan Amran menjadi bahan usikan dan kisah mereka sering menjadi sebutan dikalangan pekerja baik dicawangan Pelabuhan Klang mahupun di induk, hati Juli makin berapi.

Dari perasaan tak suka jadi benci dan menjadi semakin benci bila dia melihat kemesraan mereka berdua. Sakit hati kerana tidak dapat memiliki Amran dan sakit hati kerana Amran memilih Ain berbanding dia, pewaris HSH Holding.

Continue Reading

You'll Also Like

72.3K 5.1K 73
The real "Jaga jodoh orang". Cinta tak kenal siapa. Hadir tanpa dipaksa. -. Aris Ariwatan. Tahlah. Korang baca je lah. Aku pun tak tahu aku merepek...
15.9K 184 16
Warning ⚠️ : ada sex , ada unsur 18+ semua karakter ialah kpop idol yang Aku letak sebagai watak jadi Semua kpop idol tiada mengena dgn Gay , lesbian...
42.6K 1K 33
'Daripada dia jijik dengan orang lain, lebih baik dia jijik dengan sepupu dia sendiri. Daripada dia benci diri dia, lebih baik dia benci sepupu dia...
901 81 11
Perkahwinan yang dibina atas dasar cinta tak menjamin bahagianya sebuah rumah tangga. Persoalan demi persoalan muncul dibenak fikiran Ammara apabila...