Bila Cinta Bersatu

By AsyiqinZaed

578K 20.5K 562

Amelia Katrina, kehidupan tenangnya tidak kekal lama setelah dia bertemu dua orang manusia yang membolak-bali... More

Author's Note.
ѕαтυ
dυa
тιga
eмpaт
ℓιмa
enaм
тυjυн
ℓapan
ѕeмвιℓan
ѕepυℓυн
ѕeвeℓaѕ
dυa вelaѕ
тιgα вєℓαѕ
ємραт вєℓαѕ
ℓιмα вєℓαѕ
єnαм вєℓαѕ.
тυʝυн вєℓαѕ
ℓαραn вєℓαѕ
ѕємвιℓαn вєℓαѕ
dυα ρυℓυн
dυα ρυℓυн ѕαтυ
dυα ρυℓυн dυα
dυα ρυℓυн тιgα
dυa ρυℓυн ємραт
dυa pυℓυн ℓιмα
dυa pυℓυн єnaм
dυa pυℓυн тυʝυн
dυa ρυℓυн ℓαραn
dυa ρυℓυн ѕeмвιℓαn
тιga ρυℓυн
тιga ρυℓυн ѕαтυ
тιga pυℓυн dυα
тιga ρυℓυн тιgα
тιga pυℓυн eмpaт
тιga pυℓυн ℓιмα
тιga pυℓυн єnαм
тιga ρυℓυн тυʝυн
тιga ρυℓυн ℓαραn
eмpaт ρυℓυн
eмpaт ρυℓυн ѕαтυ
eмpaт ρυℓυн ∂υα
Ratna Specιaℓ
eмpaт ρυℓυн тιgα
eмpaт ρυℓυн eмpaт
eмpaт ρυℓυн ℓιмα
ємραт ρυℓυн єnαм
ємραт ρυℓυн тυʝυн
ємραт ρυℓυн ℓαραn
ємραт ρυℓυн ѕємвιℓαn
ℓιмα ρυℓυн
ℓιмα ρυℓυн ѕαтυ
ℓιмα ρυℓυн ∂υα
ℓιмα ρυℓυн тιgα
ℓιмα ρυℓυн ємραт
ℓιмα ρυℓυн ℓιмα
єριℓσgυє

тιga ρυℓυн ѕємвιℓαn

7.4K 328 12
By AsyiqinZaed


Sebaik sahaja Rayyan masuk ke dalam keretanya dia bersandar. Jantungnya berdegup laju. Wajah Amelia, gaya Amelia dan aura gadis itu. Semua tentangnya berubah. Namun dia masih ada lagi Amelia yang dikenali Rayyan. Gadis itu menpunyai sesuatu untuk menariknya.

Dia mengengam tangannya kuat. Tidak dia yang membuat pilihan untuk melepaskan Amelia pada Mikhail. Dia tidak boleh menjadi selfish. Sudah terlambat baginya untuk merebut Amelia. Sekarang ni dia cuma perlu pandang ke hadapan dan teruskan hidupnya.

Dia ada Adresia yang menunggu. Adresia, gadis itu juga baik, cantik. Dia tidak sanggup menyakitkan hati gadis itu. Dia tak mahu gadis itu sedih.

Sebaik sahaja Rayyan menghidupkan enjin kereta, telefon pintarnya Rayyan sudah berbunyi. Nama Adresia terpampang di screen. Rayyan terus menekan lambang call berwarna hijau.

" Hello Rayy! " keriangan suara gadis itu memberi senyuman kepada Rayyan.

" Hello Adresia. Awak sihat? " soal Rayyan.

Kedengaran gadis itu tergelak kecil. Rayyan menekan butang air con.

" Mestilah saya sihat. Kalau saya tak sihat saya tak boleh call awak punya. "

Sambil mendengar suara Adresia, Rayyan teringat apa yang berlaku dua tahun lepas.

Imbasan dua tahun lepas,

Rayyan keluar dari bilik Amelia. Muka tenangnya sudah berubah mengikut hatinya yang berdebar-debar.

" Ap..apa maksud Rayyan? " suara Amelia kedengaran perlahan.

Rayyan mengerutkan dahinya lalu bersandar di dinding luar bilik Amelia. Betul kah tindakannya? Dia mengetap bibirnya kuat. Setelah beberapa minit, tiba tiba.

Thud!

Rayyan terkejut. Bunyi itu kuat dari bilik Amelia. Dia terus laju masuk ke bilik Amelia. Kelihatan Amelia yang tidak bermaya dan darah sudah membasahi tudung sarungnya. Tangan Rayyan mengigil. Jika apa-apa terjadi pada Amelia. Adakah dia penyebab kepada semua ni?

Tanpa membuang masa dia mendukung Amelia dan meletakkan gadis itu ke atas katilnya.

" Saya minta maaf " kata Rayyan sebelum dia berlari keluar.

Dia berlari mencari nurse atau doktor yang boleh dijumpai.

Rayyan termenung memikirkan apa yang terjadi. Suara Adresia masih rancak lagi bercerita membuatkan Rayyan tersenyum.

Bila fikir balik dua tahun lepas juga dia berjumpa dengan Adresia. Saat dia masuk ke dalam office ayahnya di LA. Dia disapa oleh Adresia.

" Encik ni Rayyan Haikal kan? " soal gadis itu memandangkan dia seorang yang menpunyai rupa melayu yang masuk ke dalam syarikat itu.

Rayyan menganggukkan kepalanya. Dia membetulkan suitnya. Adresia tersenyum mesra kepadanya.

" Saya Nur Adresia. Rayy ingat saya lagi? " soal Adresia tiba-tiba.

Rayyan terkebil-kebil. Rayy? Ingat?

" Ah Dato Fuad ada bagitahu Cik Adresia pembantu saya sepanjang di LA. Saya tak lupa lagi. " senyum Rayyan professional.

Adresia mengeluh kecil membuatkan Rayyan sedikit pelik. Ada lagi yang sepatutnya dia ingat ke?

" Alah saya Adresia! Dulu saya selalu main dengan awak masih kita kecil-kecil dulu. " terang Adresia.

Rayyan mengerutkan dahi. Adresia... Adre.. Adre!

" Adre?! " soal Rayyan terkejut.

Adresia menganggukkan kepalanya.

" Tapi saya ingat Adre lelaki sebab dia pakai baju lelaki... "

Pipi Adresia menjadi merah.

" Masa saya kecil saya tomboy, Mama saya pun suka dress up saya macam lelaki untuk cosplay... "

Rayyan memandang gadis yang memakai gaya rambut wavy ponyyail lalu mengangguk faham.

" Okay, kalau macam tu saya harap kita dapat berkerjasama " kata Rayyan dengan senyuman sambil menhulurkan tangannya.

Adresia menyambut tangan Rayyan. Tanpa Rayyan sedar saat itu jantung Adresia sedang berdegup kencang.

Sejak dari situ mereka menjadi rapat. Adresia sedikit mengingatkan Rayyan pada Amelia namun mungkin Amelia lebih lemah lembut dan pemalu? Entah Rayyan pun tidak tahu kenapa dia memandingkan kedua gadis itu.

Mereka mula menjadi girlfriend dan boyfriend sejak dua bulan lepas. Itupun kerana Adresia tidak membenarkan Rayyan meninggalkan LA. Akhirnya gadis itu mengakui perasaannya dan memutuskan dia akan mengikut Rayyan pulang ke Malaysia. Rayyan sendiri tidak mahu pulang ke Malaysia tanpa jaminan dia tidak akan menganggu hubungan Amelia dan Mikhail jadi dia bersetuju dengan Adresia. Sejujurnya Rayyan berasa sedikit bersalah dengan Adresia... Bagaikan dia mengunakan perempuan itu.

" Rayy! Are you even listening? Saya kata apa tadi? " uji Adresia.

Rayyan tergelak kecil. Sedikit sebanyak meredakan rasa sakit hati Adresia.

" Saya tak dengar. Saya minta maaf okay? " lembut sahaja suara Rayyan.

Adresia hanya diam di talian panggilan itu.

" Yelah, yelah. Esok kita jumpa.. Okay? Esok kalau awak tak dengar cerita saya.... Saya merajuk! " ugut Adresia.

Sekali lagi Rayyan tergelak kecil.

" Okay janji. Dah lah saya nak drive balik rumah kita jumpa esok okay? "

Adresia turut tergelak kecil.

" Okay, bye! Love you " kata Adresia.

" O..okay.. " kata Rayyan sebelum mematikan talian.

Rayyan mengerutkan dahinya. Dia mengeluh. Dia.. Benarkan dia mencintai Adresia. Ataupun dia hanya menggunakan gadis itu sebagai jalan keluar dari masalahnya.

********

Mikhail melangkah keluar dari Indaman Sdn Berhad. Dia keluar lunch sedikit lambat memandangkan dia terpaksa berbincang dengan CEO syarikat lain. Amelia pun sudah keluar pergi lunch.

Mikhail mengeluarkan telefon pintarnya dan mendail nombor Amelia. Beberapa minit kemudian Amelia menjawab.

" Hello, Mel kat mana? " soal Mikhail.

" Hello.. Saya dekat satu cafe ni dah nak balik. "

Mikhail tersenyum. Siapa tidak gembira dapat berbual dengan tunang sendiri?

" Dah makan? "

Kedengaran seperti Amelia sudah keluar dari cafe dengan bunyi kereta dan orang lalu-lalang.

" Saya belum makan lagi. Mikhail dah habis berbincang dengan CEO dari syarikat Kesandra? " soal Amelia.

" Dah. Kita jumpa dekat restoran biasa okay? "

Amelia diam, mungkin sedang berfikir.

"Okay. "

" Okay sayang. " kata Mikhail.

Darah menyerbu ke muka Amelia tatkala mendengar. Walaupun Mikhail kedengaran tenang sejujurnya dia pun sudah merah.

" Ken..kenapa awak panggil macam tu? " soal Amelia malu.

Mikhai tergelak dengan nada romantis.

" Tak salah kan saya panggil tunang saya sayang? " soal Mikhail.

" Tak.... Ish okay lah kita jumpa nanti. Kalau Mel cakap dengan Mikhail nanti merah lagi muka Mel! " marah Amelia lalu mematikan talian.

Mikhail tersenyum. Amelia sudah boleh membahasakan dirinya Mel. Itu sesuatu yang baru. Mungkin Amelia sudah mula membuka hati untuknya? Hm mungkin.

Telefon pintar Mikhail tiba-tiba berbunyi. Mesej dari Adrian...

Tadi aku nampak seorang lelaki macam Rayyan..

Berderau darah Mikhail tatkala membaca. Rayyan dah balik? Apa yang patut dia buat jika Amelia akan berubah hati? Mikhail mengelengkan kepalanya sekaligus menghilangkan fikiran negatif. Buat masa sekarang ni apa yang dia patut buat ialah percaya pada Amelia. Dua tahun adalah masa yang lama untuk sesorang berubah hati...bukan?

Apa yang penting, Amelia dan dia bahagia. Itu sudah cukup baginya. Mikhail terus bergerak ke arah tempat letak kereta.

✿✿✿✿✿

Holla! Nampaknya konflik makin rumit. Habislah happy ending lambat lagi. :p

Sebenarnya dah tak sabar nak post bab Ratna Special. Tapi nampaknya masih kurang 100 followers!

" Alamak author ni dia nak aku buat 100 acc agaknya "

Okay, okay saya tahu itu apa yang korang fikir tapi kalau dah bertambah sekurang-kurangnya lagi 50 saya janji saya post. Yelah kalau awak follow maksudnya dah satu orang, lepastu satu demi satu orang lain. Goodluck!

Continue Reading

You'll Also Like

384K 13.7K 80
1𝓼𝓽 𝓼𝓽𝓸𝓻𝔂 𝓫𝔂 𝓯𝓵𝓸𝓵𝓮𝓼𝔂𝓪 𝐀𝐋𝐄𝐄𝐒𝐀 𝐙𝐔𝐋𝐀𝐈𝐊𝐇𝐀 Mempunyai masa silam yang teruk. Dia seumpama iblis bertopengkan malaikat. Namu...
557K 19.6K 32
Published : Dis2015 - July2016 Pertemuan Mya Umairah dengan lelaki buaya darat membuatkan Mya terjebak dengan permainan lelaki buaya darat. Aku...
5.5M 302K 71
[Complete] 1st romance Known as I N A R A INARA - Satu-satunya anak perempuan Tan Sri Irshad. Shopping? Ratu Gossip? Mulut lepas? Ya, itulah...
355K 14.8K 53
Hidup dengan cinta atau tanpa cinta tidak akan bermakna jika tidak bahagia. Dalam bahagia pasti akan tumbuh cinta namun dengan cinta belum tentu akan...