πŸ…² π——π—˜π—”π—₯ π——π—”π— π—œπ—”π—‘

Oleh asyrayz

809K 32.7K 1.8K

Pertemuan yang tidak disengajakan antara Damian dan Kaisara telah merubah hidup mereka berdua. "Do i look li... Lebih Banyak

𝗔𝗦𝗬π—₯𝗔𝗬𝗭
[1] Damian & Kaisara
[2] Be My Wife
[3] Layak Untuk Bahagia
[4] You Will Be Mine
[5] Rindu Tiada Penghujung
[6] Childhood Memories
[7] Stupid Yet Cute
[8] Senyuman Yang Tidak Asing
[9] Janji Masa Lalu
[10] Why Are You So Cute?
[11] Lukisan Misteri
[12] Misi Kaisara
[13] Aku Suka Kau
[14] Kenangan Masa Lalu
[15] Husband and wife
[16] Forever With You
[17] Aku Milik Kau
[18] Pretty Handsome
[19] Those Beautiful Eyes
[20] Merajuk?
[21] Aku Cintakan kau Kaisara
[22] I Miss You
[23] Kimi Zarif
[24] Chibi!
[25] Fall For Him
[26] His Obsession
[27] Lelaki Berhati Dingin
[28] Musuh Dari Kecil
[29] Love Is Blind
[30] Everything About Him
[31] Jealousy
[32] Beautiful Brown Eyes
[33] Her Dream Prince
[34] His Sweet Intention
[35] Love Confession
[36] The Truth
[37] You What?
[38] Danian's Diary
[39] Kaiz Ize
[40] Who Is He?
[41] Feeling lost
[42] Can I Kiss You?
[43] Do Anything For You
[44] She's Mine
[45] Kaisara & Kaiz Ize
[46] I'm All Yours
[47] Cheese Cake
[48] They Don't Deserve Her
[49] Scared Of Losing You
[50] Die For Me
[51] Unwanted Child
[52] Make Me Fall for You
[53] Little Noah
[54] Crybaby
[55] Giant Teddy Bear
[56] Unforgettable Feelings
[57] My Love For You
[58] Marry Me
[59] Dear Damian
[60] Spaghetti
[61] Endless Love
[62] One Fine Day
[63] Love That Drowns Oceans
[64] Our Little Secret
[65] Yaya & Achik Mimi
[66] Coklat Beruang
[67] Forever Yours
[68] As Long As You Happy
[69] The Best Gift In My Life
[71] The Scars They Can't See
[72] It Starts With Hate
[73] His Hidden Side
[74] Black Hair, Beautiful Eyes
[75] Mind Full Of Unsaid Things
[76] No Rain, No Flowers
[77] Proud Of You
[78] Ladybug
[79] An Untold Story
[80] Something's Wrong With Him
[81] If This Is Love
[82] Eyes Can't Lie
[83] He Fall First
[84] It's Not Like What You Think
[85] How Can I Forget Her?
[86] His Girlfriend, Adelia
[87] She Is Better Than You
[88] Cik Muda Sara
[89] Her Beloved Husband
[90] Keep This As A Secret
[91] Everything Feels Blurry
[92] Nothing But A Stranger

[70] Am I Not Enough?

3.7K 179 18
Oleh asyrayz

Puan Gress melihat ke arah Puan Aishah yang masih lena, pasti Puan Aishah penat kerana seharian berada di luar kemarin. Sudah lama dia tidak meluangkan masa seperti itu bersama Puan Aishah.

Tiba-tiba Puan Gress teringat pada Puan Fatinah, dia sangat merindui Puan Fatinah. Semenjak pindah di Jepun, Puan Fatinah tidak pernah menghantar khabar pada mereka. Puan Gress sudah mencuba beberapa kali untuk menghantar pesan pada Puan Fatinah, tetapi sekali pun tidak pernah di balas. Puan Gress tidak tahu, kenapa kakaknya tiba-tiba bersikap seperti itu kepada mereka.

Puan Gress turun dari katil lalu pergi ke beranda bilik, dia melihat ke arah bangunan-bangunan megah di ibu kota England itu. Pagi itu terasa lebih sejuk daripada sebelum ini.

Puan Gress tiba-tiba teringat pada arwah suaminya, Diaz Iskandar. Puan Gress mengesat air matanya yang mengalir di pipi. Dia masih ingat lagi bertemuan pertamanya dengan Diaz Iskandar. Dia tidak tahu kenapa setiap kali dia bertemu Diaz Iskandar, dia pasti akan terjatuh di rumput. Bukan sekali, tetapi berkali-kali sehingga Diaz Iskandar menggelarnya dengan gelaran Gress.

"From now on, i will call you Gress."

"Nama saya Fatimah!"

Bibir Puan Gress mengukir senyuman, saat itu mereka baru berumur 10 tahun.

"I don't care, for me you're Gress."

"Awak nak panggil saya Grass sebab saya selalu jatuh dalam rumput kan?!"

"Not Grass. But G-r-e-s-s.."

"Tapi cara sebut dia sama je!"

Puan Gress mengesat lagi air matanya yang mengalir di pipi, hanya Allah yang tahu bertapa rindunya dia pada arwah suaminya.

Semenjak suaminya meninggal dunia, Puan Gress mengubah namanya kerana dia sangat merindui panggilan itu. Dia berharap semua orang akan memanggilnya dengan gelaran Gress kerana dengan cara itu rindu pada hatinya akan sedikit terubat.

Puan Gress terfikir, mungkin dia patut mengubah kembali namanya kepada Fatimah, kerana itulah nama yang diberikan Puan Aishah untuk dirinya.

~°~

Kaisara melangkah masuk ke kawasan yang penuh dengan bunga yang berwarna warni, tempat itu terasa cukup asing baginya. Langkah Kaisara terhenti saat dia melihat Damian yang sedang berdiri tidak jauh dari tempatnya berdiri.

"Abang!" Panggil Kaisara. Lelaki itu melihat ke arahnya membuatkan pandangan mereka bertemu.

"Abang.." Panggil Kaisara lagi. Namun,  lelaki itu sekadar tersenyum, dia tidak berganjak langsung dari tempatnya berdiri. Kaisara cuba untuk mendekati lelaki itu. Namun, semakin Kaisara cuba untuk mendekat, lelaki itu terasa semakin menjauh.

Kaisara merasa ada yang ganjil pada Damian. Dia perasan, lelaki itu mempunyai lesung pipi di pipi kirinya.

"Sara.."

Langkah Kaisara terhenti saat lelaki itu menyebut namanya.

Kaisara terbangun dari tidurnya, fikirannya masih mencuba untuk memproses tentang apa yang baru saja terjadi. Ternyata semuanya itu cuma mimpi.

Kaisara melihat ke arah Damian yang sedang memeluk erat tubuhnya, nafas Damian terasa hangat di lehernya. Jika lelaki yang berada di dalam mimpinya tadi bukan Damian, adakah lelaki itu Danian? Tapi kenapa dia boleh bermimpi tentang arwah Danian sedangkan dia tidak ingat langsung dengan lelaki itu?

Tiba-tiba senyuman lelaki itu bermain di fikiran Kaisara, lelaki itu mempunyai lesung pipi di pipi kirinya. Adakah arwah Danian mempunyai lesung pipi yang sama?

Pandangan Kaisara terhenti pada Ayyan yang sedang lena di sebelah Damian, pasti Damian memindahkan Ayyan saat mereka sudah terlena tadi.

Kaisara mengusap lembut belakang Damian. Jika dia menceritakan mimpi itu pada Damian, pasti Damian akan merajuk. Jadi lebih baik dia diamkan saja.

Kaisara memejamkan matanya, dia ingin melupakan mimpi itu. Tetapi usahanya gagal. Kaisara membuka matanya, dia tidak dapat untuk berhenti dari memikirkan mimpi itu. Dia tidak dapat melawan rasa ingin tahunya.

Betulkah lelaki itu Danian? Betulkah Danian mempunyai lesung pipi di pipi kirinya?

Kaisara tiba-tiba teringat tentang gambar yang berada di dalam bilik lukisan dulu, seingatnya Damian tidak pernah memindahkan apa-apa barang dari dalam ruangan itu. Jika Kaisara pergi ke sana untuk memeriksa beberapa lukisan dan gambar, pasti dia akan melihat wajah Danian.

Kaisara mengangkat tangan Damian yang memeluk pinggangnya dengan perlahan, berharap Damian tidak terbangun. Dengan penuh berhati-hati Kaisara turun dari katil lalu keluar dari bilik tidur.

Kaisara pergi ke arah bilik lukisan yang berada tidak jauh dari bilik lamanya dulu. Ternyata pintu bilik itu tidak berkunci. Kaisara masuk ke dalam bilik itu lalu menghidupkan lampu, bilik yang tadinya gelap kini sudah bertukar menjadi terang.

Tiada apa yang berubah semenjak kali terakhir dia masuk ke dalam ruangan itu. Kaisara melihat ke arah beberapa gambar Damian dan Danian yang tergantung di dinding ruangan itu.

Damian pernah berkata bahawa ruangan itu adalah milik Danian. Tempat Danian melukis dan menghabiskan waktunya jika dia berada di rumah agam Puan Aishah.

Langkah Kaisara terhenti saat melihat lukisan wajah Danian yang sedang tersenyum. Kaisara menyentuh lukisan itu, permukaan lukisan itu terasa kasar di bawah jari jemarinya.

Pandangan Kaisara terhenti pada lesung pipi di pipi kiri Danian. Ternyata sangkaannya benar, lelaki yang berada di dalam mimpinya tadi adalah arwah Danian.

"Sayang."

Bahu Kaisara terangkat kerana terkejut, dia terus melihat ke arah pintu ruangan itu. Mata Kaisara membulat saat pandangannya bertemu dengan Damian.

"Abang.."

Damian mendekati Kaisara tanpa senyuman di bibirnya. Pandangan dingin Damian membuatkan Kaisara sedikit takut. Sudah lama Damian tidak melihatnya seperti itu.

"What are you doing here?" Soal Damian dingin. Kini dia sudah berdiri betul-betul di hadapan Kaisara.

Kaisara mendongakkan wajahnya untuk melihat wajah Damian.

"Answer me.."

"Abang.."

"Sayang fikir dia lebih baik dari abang?" Belum sempat Kaisara meneruskan katanya, Damian sudah memotong. Damian menyentuh pipi Kaisara dengan lembut.

"Am I not enough, sayang?"

"Abang cuma salah faham.." Jawab Kaisara laju. Dia tidak mahu Damian salah faham. Namun, kata-kata Kaisara sepertinya tidak dapat untuk mengubah apa-apa.

"Tadi sayang mimpi Danian, dan sayang pergi sini sebab nak pastikan yang lelaki tu Danian.. Sayang tak ada maksud apa-apa pun.." Jelas Kaisara. Damian mengetap rahangnya. Mengetahui Kaisara memikirkan lelaki lain saja sudah membuatkan perasaan cemburunya membuak-buak.

"Apa perasaan sayang kalau abang tinggalkan sayang sebab nak tengok gambar perempuan lain?"

"Tak nak.." Kaisara memegang tangan Damian.

"Janji dengan abang yang sayang tak akan sembunyikan apa-apa lagi dari abang."

"Janji.." Kaisara terus memeluk erat tubuh Damian. Dia tidak mahu Damian meninggalkannya kerana perempuan lain. Hatinya terasa sakit saat Damian mengatakan hal itu.

Damian sengaja ingin menakut-nakutkan Kaisara supaya Kaisara tidak akan berani untuk memikirkan lelaki lain selain dirinya.

"Kai pregnant.." Suara Kaisara terdengar pelan.

"I know." Damian membalas pelukan Kaisara lalu mengusap pelan kepala Kaisara.

"Abang tahu?" Kaisara mendongakkan wajahnya untuk melihat wajah Damian.

"Of course I know.." Bagaimana Damian tidak tahu jika sikap Kaisara tiba-tiba berubah drastis. Perut Kaisara juga sudah kelihatan sedikit membulat. Pipi Kaisara pula kelihatan lebih temban daripada sebelum ini.

Kaisara mendiamkan diri, sebenarnya dia ingin memberitahu Puan Aishah dan Damian dengan serentak. Tetapi ternyata Damian sudah mengetahui hal itu lebih awal.

"Sayang minta maaf.." Kaisara mengeratkan pelukannya.

𝓗𝓮𝓵𝓹 𝓶𝓮 𝓽𝓸 𝓶𝓪𝓴𝓮 𝓲𝓽 𝓼𝓱𝓲𝓷𝓮 ⭐
|🌹THANK YOU🌹|


Lanjutkan Membaca

Kamu Akan Menyukai Ini

12.1K 360 38
Putra Aqeed Qaayed. Seorang yang sangat misteri. Seolah-olah dia punya dua personaliti yang berbeza. Ibarat siang dia orang lain, malam dia orang lai...
34.8K 76 1
Kejayaan teragung seorang ayah itu diterjemahkan bagaimana? Kisah peranan seorang ayah di dalam sebuah keluarga. Apakah ayah ini seorang yang baik...
21.1K 2.8K 4
Apabila seorang siti cikebum jatuh hati dekat seorang lelaki ganteng. Cerita lawak pendek sesuka ja✌️ By: qasha lova Started : 30/Julai/21 Ended : 30...
5.9M 237K 49
[ 1st BOOK = ARS ] ___________________ Dia berbahaya. Dia penuh dengan misteri. Dia penuh dengan muslihat. Dia... Danny Asyraf Lee. Mafia yang digeru...