[73] His Hidden Side

3.6K 173 31
                                    

Kaisara mengambil getah rambut yang berada di dalam lacinya, hari ini dia akan mengikat rambut Diaz Ayyan yang sudah semakin memanjang

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Kaisara mengambil getah rambut yang berada di dalam lacinya, hari ini dia akan mengikat rambut Diaz Ayyan yang sudah semakin memanjang. Sudah seminggu berlalu sejak kejadian malam itu, nasib baiklah Damian tidak merajuk pada Kaisara.

Diaz Ayyan duduk di hadapan Kaisara, saat itu mereka berdua sedang duduk di karpet yang berada tidak jauh dari katil Diaz Ayyan.

Damian berkata bahawa hari ini dia akan balik lebih lewat dari biasanya. Jadi Kaisara akan meluangkan semua masanya berseronok bersama Diaz Ayyan.

Kaisara mula mengikat dua rambut Diaz Ayyan, bibirnya menyukir senyuman saat melihat bertapa comel anak lelakinya itu.

"Dah siap."

Diaz Ayyan melihat rambutnya yang sudah terikat dua dari pantulan cermin kecil yang Kaisara pegang. Cermin itu adalah cermin yang dia gunakan jika dia belajar makeup bersama Damian. Alhamdulillah, selepas seminggu Kaisara sudah semakin mahir.

Tok tok tok!

Kaisara dan Diaz Ayyan melihat ke arah pintu bilik dengan serentak.

"Puan.." Kedengaran suara pembantu rumah dari luar bilik.

"Yaa, masuklah makcik." Sahut Kaisara sebelum pintu bilik itu terbuka luas. Kelihatan seorang wanita yang berumur lingkuangan 40an berdiri di luar bilik.

Wanita itu memberitahu bahawa Kimi Zarif sudah berada di ruangtamu dan sedang menunggu Kaisara.

Kata-kata wanita itu membuatkan Kaisara dan Diaz Ayyan terkejut. Mereka tidak menyangka bahawa Kimi Zarif akan balik ke Malaysia hari ini. Kaisara dan Diaz Ayyan pun terus keluar dari bilik kerana ingin pergi ke ruang tamu. Kaisara dan Diaz Ayyan menuruni setiap anak tangga untuk pergi ke tingkat bawah. Kaisara merasa hairan saat melihat dua wanita sedang duduk bersama dengan Kimi Zarif di sofa ruang tamu.

"Achik Mimi!!" Jerit Diaz Ayyan.

"Yaya!" Kimi Zarif terus berdiri dari duduknya, wajahnya kelihatan sangat ceria. Saleha yang saat itu sedang duduk di hadapan Kimi Zarif kelihatan terkejut kerana dia tidak pernah melihat Kimi Zarif seperti itu sebelum ini.

Selepas Puan Fatinah berkata bahawa dia akan membawah Saleha ikut bersama ke Malaysia, Kimi Zarif tidak pernah dilihat tersenyum lagi. Saleha tahu bahawa Kimi Zarif tidak suka jika dia ikut bersama, tapi dia tidak boleh membantah kerana itu keinginan Puan Fatinah sendiri.

Kimi Zarif mendukung tubuh Diaz  Ayyan lalu mencium pipi anak buahnya itu. Diaz Ayyan memeluk leher Kimi Zarif erat.

"Ayyan.. Janganlah peluk kuat sangat." Kata Kaisara risau. Takut Kimi Zarif tidak dapat untuk bernafas.

"Tak apa." Kimi Zarif tergelak kecil. Saleha betul-betul tidak pernah melihat Kimi Zarif seperti itu sebelum ini. Dulu Saleha berfikir bahawa Kimi Zarif hanyalah lelaki yang sombong dan pentingkan diri, dia tidak menyangka ternyata Kimi Zarif mempunyai sisi lembut dan penyayang seperti itu.

Kimi Zarif dan Kaisara mendekati Puan Fatinah dan Saleha yang sedang duduk di sofa ruang tamu. Kaisara tersenyum ke arah Puan Fatinah dan Saleha.

"Ni ibu Kimi.." Kimi Zarif memperkenalkan Puan Fatinah. Kaisara sedikit terkejut saat mengetahui bahawa wanita itu adalah ibu kepada Kimi Zarif. Kaisara terus menyalam tangan tua Puan Fatinah lalu bersalaman dengan Saleha.

"Saya Kaisara, isteri Damian." Kaisara tersenyum manis lalu mengambil tempat di sebelah kiri Puan Fatinah. Dia rasa sangat gembira kerana akhirnya dia bertemu dengan Puan Fatinah. Semenjak berkahwin dengan Damian, tiada sesiapa yang pernah menyebut nama Puan Fatinah sebelum ini. Jadi Kaisara tidak mengenali seperti apa sikap dan wajah Puan Fatinah.

Puan Fatinah tersenyum, hatinya terasa bahagia saat Kaisara sedikit pun tidak kekok dengan dirinya.

"Awak siapa?" Soal Kaisara pada Saleha yang saat itu sedang duduk di sebelah kanan Puan Fatinah.

"Saya-

"Kai, mana Ian?" Belum sempat Saleha meneruskan katanya, Kimi Zarif sudah memotong. Kaisara melihat ke arah Kimi Zarif dan Diaz Ayyan yang sudah duduk di sofa yang berada di hadapan mereka.

"Ian pergi kerja, harini Ian balik lewat sikit." Jawab Kaisara lalu melihat kembali ke arah Saleha.

"Nama awak siapa?" Soal Kaisara lagi.

"Tak penting pun Kai."

Kaisara merasa pelik saat Kimi Zarif bersikap seperti itu, dia tidak tahu kenapa Kimi Zarif tidak membenarkan wanita itu untuk bersuara.

"Kimi.." Puan Fatinah hanya mampu menggeleng kerana sikap Kimi Zarif. Dia tidak tahu kenapa anaknya itu tidak menyukai wanita sebaik Saleha. Hanya kerana kesilapan yang tidak disengajakan, Kimi Zarif sanggup membenci wanita itu.

"Ini Saleha, pembantu anty." Jelas Puan Fatinah.

"Ohh, Saleha." Kaisara tersenyum ke arah Saleha.

Selepas berbual di ruang tamu, Kaisara menunjukkan bilik untuk Puan Fatinah yang berada di tingkat dua. Kimi Zarif pula masih menemani Diaz Ayyan di ruangtamu. Selepas selesai menunjukkan bilik tidur Puan Fatinah, Kaisara meminta izin pada Puan Fatinah untuk menunjukkan bilik tidur untuk Saleha.

Puan Fatinah sekadar mengangguk, dia tidak menyangka Damian mempunyai isteri yang cantik dan menghormati orang tua seperti Kaisara. Bukan itu saja, Puan Fatinah juga sangat berkenan dengan perwatakan sederhana Kaisara.

Puan Fatinah gembira saat Kaisara melayani Saleha dengan baik walaupun dia sudah mengetahui bahawa Saleha hanyalah pembantu rumahnya saja.

Kaisara dan Saleha meminta izin untuk pergi kerana memberi ruang untuk Puan Fatinah berehat di dalam bilik. Kaisara kelihatan sangat teruja saat membawa Saleha ke dalam bilik tetamu.

"Terima kasih Puan.." Saleha merasa bersyukur kerana Kaisara bersikap sangat baik terhadap dirinya.

"Awak boleh panggil saya Kai." Kaisara tersenyum. Dia merasa gembira kerana merasa bahawa dia mempunyai teman baru.

"Saya segan.. Puan." Kata Saleha serbah salah. Dia merasa segan kerana dia hanya pembantu rumah Puan Fatinah, dia harus menghormati Kaisara sama seperti majikannya sendiri.

"Janganlah segan.. Boleh tak kalau Kai nak kawan dengan Saleha?" Soalan Kaisara membuatkan Saleha terkedu. Saleha menyoal dirinya sendiri adakah wanita biasa sepertinya layak untuk berteman dengan Kaisara.

"Saleha tak nak kawan dengan Kai?" Soal Kaisara sambil melihat tepat ke mata Saleha.

"Nak.." Jawab Saleha walaupun dia masih segan kerana dia hanyalah pembantu rumah biasa.

"Lepasni janganlah panggil Puan, tapi panggil Kai. Saleha rehat lah, mesti penat sangat kan. Kalau Saleha nak apa-apa nanti cakap je dengan Kai." Kaisara tersenyum lalu pergi ke arah pintu bilik seperti tiada apa-apa yang berlaku.

"Terima kasih.. Kai.." Kata Saleha sebelum Kaisara menutup pintu bilik.

"Sama-sama.. Saleha rehat lah." Kaisara tersenyum lalu menutup pintu bilik. Keadaan bilik menjadi sunyi saat Kaisara pergi, Saleha tidak menyangka Kaisara ingin berteman dengan wanita biasa sepertinya.

Walaupun Kaisara isteri daripada salah satu keluarga terkaya di Malaysia, wanita itu tidak terlihat sombong sama sekali. Sikap baik hati Kaisara juga pasti membuatkan ramai orang senang untuk bersama dengannya.

Saleha rasa bersyukur kerana bertemu dan berteman dengan wanita yang baik seperti Kaisara.

𝓗𝓮𝓵𝓹 𝓶𝓮 𝓽𝓸 𝓶𝓪𝓴𝓮 𝓲𝓽 𝓼𝓱𝓲𝓷𝓮 ⭐
|🌹THANK YOU🌹|

Maaf lambat update, saya sibuk sangat. Lepastu saya sakit. Doakan saya cepat sembuh dan dapat tulis chapter banyak-banyak. Sekali lagi maaf yaa.

Kalau saya tambah chapter untuk Kimi Zarif dan Saleha, korang setuju tak? Maaflah saya banyak tanya.

🅲 𝗗𝗘𝗔𝗥 𝗗𝗔𝗠𝗜𝗔𝗡Where stories live. Discover now