[2] Be My Wife

18.8K 707 41
                                    

Kaisara POV

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Kaisara POV

"Maafkan saya Encik.. Saya tak sengaja.." Kataku. Namun, lelaki itu hanya diam sambil memandang wajahku lama.

"Encik.. Tolonglah, saya tak ada duit. Saya tak mampu bayar kerosakan kereta Encik ni.." Kataku lagi.

Tiba-tiba lelaki itu memasukkan tangannya ke dalam jaket baju macam nak ambil pistol. Mataku membuntang, lelaki ni nak bunuh aku ke?

"Encik nak buat apa ni?? Saya tak ada apa-apa! Saya miskin! Saya anak yatim piatu! Saya.. Saya tak ada ijazah! Tolonglah jangan bunuh saya." Rayuku.

"Do i look like a murder to you?" Akhirnya lelaki itu bersuara. Aku tak faham bahasa english. Tapi.. Murderer tu kan pembunuh!

"Tolong jangan apa-apakan saya encik!" Air dapat merasakan air mataku mengalir di pipi. Hanya Allah sahaja yang tahu bertapa takutnya aku saat ini.

Sekali lagi lelaki itu mendiamkan diri sambil memandang wajahku lama.

"Aku takkan dapat apa-apa kalau aku bunuh kau." Akhirnya lelaki itu bercakap dalam bahasa melayu membuatkan hatiku sedikit lega.

"Habis tu?" Aku mengesat air mataku.

"Be my wife or you will pay for this." Riak wajah lelaki itu tiba-tiba berubah serius membuatkan jantungku berdegup kencang.

"Saya tak faham bahasa english." Kataku jujur.

"Hah?" Lelaki itu mengerutkan dahinya.

"Bahasa english... Saya tak faham encik." Kataku sekali lagi.

"Maksud aku, kau tak perlu bayar ganti rugi ni. Tapi.." Lelaki itu tidak menghabiskan kata-katanya. Dia mendekatiku dengan langkah perlahan.

"Tap.. Tapi apa Encik?" Tanyaku takut-takut.

"Jadi isteri aku." Katanya lalu tersenyum. Aku baru sedar bertapa kacaknya lelaki itu, aku hampir terpukau saat melihat senyumannya. Tapi entah kenapa wajahnya seperti tidak asing bagiku. Adakah aku pernah bertemu dengan lelaki ini? Tapi dimana? Aku kurang pasti.

"Boleh?" Soal lelaki itu membuatkan lamunanku mati.

"Mana boleh! Saya tak kenal Encik!" Aku undur satu langkah kebelakang.

"Oh, ok. Aku call polis sekarang. Kau nak masuk dalam penjara?" Lelaki itu cuba untuk mengugutku.

"Saya lebih rela masuk dalam penjara daripada kahwin dengan lelaki yang saya tak kenal, saya tak cinta!" Ya, aku tidak akan membiarkan lelaki ini memperbodohkan aku. Tidak!

"Kau mesti kahwin dengan aku."

"Tak nak!" Aku tetap berkeras dengan keputusan aku. Dengan wajah sekacak itu, mustahil tiada wanita yang ingin berkahwin dengannya. Pasti ada sesuatu yang tidak kena pada lelaki itu sehingga dia sanggup memaksa wanita yang tidak dia kenali untuk menjadi isterinya.

🅲 𝗗𝗘𝗔𝗥 𝗗𝗔𝗠𝗜𝗔𝗡Where stories live. Discover now