[22] I Miss You

10.6K 468 18
                                    

Awal pagi lagi Damian sudah pergi kerja tanpa bersarapan bersama dengan Puan Aishah dan Kaisara

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Awal pagi lagi Damian sudah pergi kerja tanpa bersarapan bersama dengan Puan Aishah dan Kaisara.

"Damian pergi outstation?" Ulang Kaisara saat Puan Aishah mengatakan hal tersebut.

"Yaa, Ian tak bagi tau Kai?" Tanya Puan Aishah lalu menghirup coffee suamnya.

"Tak ada.." Jawab Kaisara singkat.

"Ian pergi selama seminggu." Sambung Puan Aishah lagi.

"Mungkin Kai lupa yang Ian ada bagi tau." Kaisara tersenyum kelat. Kaisara yakin yang Damian tidak memberi tahu hal itu kepadanya. Kaisara berkata begitu hanya kerana tidak mahu membuat Puan Aishah risau.

"Kai dah pujuk Ian?" Tanya Puan Aishah. Kaisara mengangguk sebanyak dua kali.

"Kai dah minta maaf.. Semuanya dah ok." Kaisara tersenyum manis.

"Alhamdulillah." Tenang hati Puan Aishah saat Kaisara mengatakan hal tersebut.

"Nenda janganlah risau.." Kaisara memegang tangan Puan Aishah. Kaisara tidak mahu membebani fikiran Puan Aishah kerana hubungannya dengan Damian.

"Sebenarnya Nenda tak sabar nak dapat cicit."

Kata-kata Puan Aishah membuatkan Kaisara tersedak. Kaisara terus meneguk segelas air putih.

"Kai ok?" Tanya Puan Aishah dengan wajah risau.

"Okay.." Kaisara tersenyum kelat. Dia tidak pernah terfikir akan mempunyai anak bersama Damian.. Dia tidak pernah membayangkan hal itu.

Selepas selesai sarapan bersama, Kaisara meminta izin untuk melukis peta rumah pada Puan Aishah. Perkataan peta itu membuatkan Puan Aishah tergelak kecil sebelum memberi izin kepada Kaisara.

Kaisara masuk di dalam bilik bacaan Puan Aishah kerana ingin mengambil pen. Namun langkah Kaisara terhenti saat melihat ke arah sofa yang berada tidak jauh dari meja Puan Aishah. Kaisara tiba-tiba teringat tentang kejadian semalam saat dia duduk di atas riba Damian.

Kaisara terus menggeleng lalu menepuk kedua pipinya dengan pelan.

Kaisara tidak dapat focus kerana selalu teringatkan hal itu. Dia tidak tahu kenapa dia selalu teringatkan Damian.

Kaisara duduk di sofa lalu menyandarkan belakangnya. Kaisara memejamkan matanya lama. Dia teringat kejadian semalam, saat Damian mengatakan cinta kepadanya..

Damian memegang tangan Kaisara lalu memcium tangan Kaisara. Mata Kaisara membulat.

"Aku cintakan kau Kaisara.."

Masa seakan-akan terhenti buat seketika. Dia tidak tahu kenapa Damian membuatkan dia selalu berdebar. Adakah kerana dia juga sudah jatuh hati pada Damian?

"Sa.." Mulut Kaisara bagaikan terkunci, pipinya terasa panas. Pandangan Damian membuatkan jantungnya berdegup kencang.

🅲 𝗗𝗘𝗔𝗥 𝗗𝗔𝗠𝗜𝗔𝗡Where stories live. Discover now