[84] It's Not Like What You Think

3.8K 160 41
                                    

Damian masuk ke dalam ruang meeting, kelihatan semua sudah menanti kehadirannya

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Damian masuk ke dalam ruang meeting, kelihatan semua sudah menanti kehadirannya. Langkah Damian terhenti saat melihat Ammar yang sedang berdiri di sebelah tempat duduknya. Damian tidak ingat bila kali terakhir dia bertemu dengan lelaki itu, yang pasti ianya sudah terlalu lama.

"It's been a while, CEO." Ammar menghulurkan tangannya untuk berjabat tangan dengan Damian. Seperti biasa, Damian tidak menunjukkan apa-apa riaksi di wajahnya. Ammar tersenyum, ternyata lelaki itu masih sama seperti dulu. Walaupun sudah 7 tahun tidak bertemu, lelaki itu sedikit pun tidak terkejut saat melihat wajahnya.

"What is he doing here?" Soal Damian pada Athur, pembantu peribadinya.

"Who let him in?" Soal Damian lagi. Ammar tergelak kecil saat mendengar kata-kata Damian. Dia tidak tahu kenapa Damian tidak pernah menyukai kehadirannya.

Semua yang berada di ruangan itu hanya mampu mendiamkan diri. Mereka sudah mencuba untuk menghalang lelaki itu untuk masuk ke dalam ruang meeting, tetapi lelaki itu tetap berkeras ingin masuk.

"Saya dah cuba untuk halang.. Tapi-

"Macam tu ke cara cakap dengan kawan lama?" Belum sempat Athur menghabiskan kata-katanya, Ammar sudah memotong.

"This is a meeting room, not your playground Amm." Damian duduk di kerusinya. Kini semua mata melihat ke arahnya, menanti arahan seterusnya dari Damian. Sebenarnya Damian terlewat 5 minit, tetapi mereka tidak mampu untuk mengatakan apa-apa. Namun, jika mereka yang terlewat, mereka pasti tidak akan di izinkan untuk masuk ke ruang meeting lagi.

Tiba-tiba handphone Damian berbunyi menandakan satu panggilan dari aplikasi whatapp masuk. Tertanya panggilan itu dari Kaisara. Damian terus menjawab panggilan itu.

"Waalaikumsalam.." Jawab Damian. Dia meletakkan jari telunjuknya di bibir mengarah semua orang yang berada di ruangan itu untuk senyap.

"No, I'm not busy." Kata Damian lagi, padahal sudah jelas dia sedang berada di dalam ruang meeting sekarang. Semua orang yang berada di dalam ruangan itu hanya mendiamkan diri sambil mendengarkan Damian. Jika mereka menjawab panggilan di dalam ruang meeting, hal itu pasti akan dianggap kesalahan yang sangat besar. Dunia ini tiba-tiba terasa tidak adil bagi pekerja Damian.

"Okay sayang." Tiba-tiba bibir Damian mengukir senyuman membuatkan semua orang yang berada di ruangan itu terkejut. Sehebat itukah isteri boss mereka? Hanya dengan panggilan telefon saja, Kaisara sudah mampu membuatkan boss tegas mereka tersenyum.

"I love you more."

Saat mengetahui bahawa Damian sudah berkawin, Ammar berfikir bahawa Damian sudah mengupah seseorang untuk menjadi isterinya, kerana Ammar sangat mengenali sikap dingin Damian. Tetapi selepas melihat Damian seperti itu, ternyata dugaannya salah. Lelaki itu benar-benar sudah jatuh cinta.

~°~

Kimi Zarif menyandarkan belakangnya di pintu kereta, dia menyeluk poket, mengeluarkan sekotak rokok dan pemetik api. Kimi Zarif tidak ingat bila kali terakhir dia merokok kerana dia sudah lama berhenti. Kebelakangan ini dia menjadi sedikit tertekan dengan perubahan yang terjadi pada dirinya.

🅲 𝗗𝗘𝗔𝗥 𝗗𝗔𝗠𝗜𝗔𝗡Where stories live. Discover now