[89] Her Beloved Husband

2.3K 125 23
                                    

Damian mengerutkan dahinya, penggera yang sedari tadi berbunyi benar-benar menganggu tidurnya

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Damian mengerutkan dahinya, penggera yang sedari tadi berbunyi benar-benar menganggu tidurnya.

"Ah!" Damian mengusap dadanya yang tiba-tiba dipukul oleh Kaisara. Pasti Kaisara mengigau dan menyangka bahawa dada Damian adalah pengera. Dalam seminggu tidak sah jika Kaisara tidak melakukan hal itu kepada Damian.

Pap! Satu lagi pukulan hinggap di dada Damian. Sudahlah dia tidak memakai baju saat itu, semakin pedas terasa tamparan isterinya itu.

"Sayang.." Damian membuka matanya lalu melihat ke arah Kaisara yang masih lena di sebelahnya. Kaki kanan Kaisara sudah naik di atas kakinya. Damian mencapai penggera yang berada di atas meja tepi katil lalu mematikan penggera itu. Jarum jam menunjukkan bahawa tidak lama lagi waktu solat subuh akan tiba.

Tiba-tiba Kaisara mengangkat tangannya, dengan pantas Damian menahan tangan Kaisara dari memukul dadanya.

"Sayang.." Panggil Damian dengan suara lembut, jika seperti itu sesiapa pun pasti tidak akan bangun.

"Sayang bangun.." Damian membetulkan posisi rambut keriting Kaisara yang menutup wajahnya. Kini wajah lena isterinya itu jelas kelihatan.

"Hm.." Kaisara memeluk erat pinggang Damian.

"Solat subuh sayang.." Damian mengusap lembut pipi Kaisara. Kaisara mengangguk tanda faham, tetapi dia tidak juga membuka matanya. Bibir Damian mengukir senyuman. Semenjak berbadan dua, Kaisara susah dikejutkan untuk bangun solat subuh.

"Kaisara sayang.." Panggil Damian dengan suara lembut. Pelukan di pinggang isterinya dia eratkan. Tiba-tiba Kaisara membuka matanya, dia melihat ke arah Damian dengan pandangan layu.

"Abang.." Akhirnya misi Damian untuk membangunkan Kaisara telah berjaya. Damian mendekatkan bibirnya di dahi Kaisara lalu mencium lama dahi isterinya itu.

"Kenapa dada abang merah? Sayang pukul abang lagi ke?" Soal Kaisara, dia menyentuh kesan merah yang berada di dada suaminya itu.

"Yaa.." Jawab Damian singkat.

"Sayang minta maaf.." Riak wajah Kaisara berubah sedih.

"Tak apa sayang.." Bibir Damian mengukir senyuman. Wajah Kaisara terlihat sangat comel saat baru bangun tidur. Mata Damian membulat saat Kaisara tiba-tiba mencium dadanya, seketika senyuman di bibirnya memudar.

"Kenapa jantung abang ni?" Kaisara dapat mendengar dengan jelas bunyi jantung Damian yang berdegup kencang.

"Ah.. Sayang ni sengaja kan." Damian memejamkan matanya.

"Apa?" Soal Kaisara sedikit keliru, dia tidak tahu apa yang sudah dia lakukan.

"Abang nak kiss.."

"Tapi-

"Nak.. Kiss.." Damian membuka matanya membuatkan pandangan mereka bertemu.

"Dekat pipi?" Soal Kaisara. Damian sekadar mengangguk. Kaisara mendekatkan wajahnya di pipi Damian. Namun, Damian terus mencium bibir merah jambu isterinya itu.

"Hm!" Seperti biasa, tangan Damian sudah memegang lehernya dari belakang. Disebalik ciuman itu, terlihat dengan jelas bibir Damian mengukir senyuman.

~°~

Saleha menuruni setiap anak tangga untuk pergi ke tingkat bawah, seperti biasa dia akan bersarapan bersama Puan Fatinah dan Kaisara di meja makan utama. Sejujurnya Saleha masih merasa segan untuk sarapan bersama, tetapi dia tidak sampai hati untuk menolak pelawaan Kaisara.

Saleha bersyukur kerana Kaisara sangat baik terhadap dirinya, semua pembantu rumah yang berkerja di rumah agam Puan Aishah juga baik terhadap Saleha. Mungkin Saleha akan merindui semua orang jika dia mengikuti Puan Fatinah balik ke jepun nanti.

Dari kejauhan Saleha dapat melihat Kaisara, Puan Fatinah, Kimi Zarif dan Diaz Ayyan yang sudah berada di meja makan utama. Seperti biasa, Kaisara terlihat gembira dan ceria. Dengan melihat riak wajah gembira Kaisara sahaja sudah boleh membuatkan hatinya menjadi tenang. Ada sesuatu pada diri Kaisara yang membuatkan sesiapa saja melihatnya akan menjadi tenang dan selesa.

"Selamat pagi Saleha." Sapa Kaisara.

"Selamat pagi Kai.." Saleha membalas senyuman Kaisara lalu mengambil tempat duduk di sebelah Puan Fatinah.

Saleha mengerling ke arah Kimi Zarif yang sedari tadi hanya mendiamkan diri, tiada riaksi di wajah lelaki itu. Sepertinya dia tidak menghiraukan kehadiran Saleha. Semenjak kejadian kelmarin, Kimi Zarif kembali bersikap dingin terhadap dirinya. Saleha tidak tahu apa sebenarnya yang berada di dalam fikiran lelaki itu. Adakah Kimi Zarif masih marah kerana Saleha tidak memberitahu apa yang dia lakukan pada lelaki itu? Adakah itu juga sudah menjadi salah satu tugasnya sebagai pembantu Puan Fatinah?

Tiba-tiba Kimi Zarif melihat ke arah Saleha membuatkan pandangan mereka bertemu, entah kenapa Saleha diberikan keberanian untuk tersenyum ke arah lelaki itu. Tetapi Kimi Zarif hanya melihatnya dengan pandangan dingin. Sah! Lelaki itu masih marah kerana kejadian kelmarin.

"Aunty."

Tiba-tiba suara garau yang terasa asing di telinga Saleha memecahkan suasana sunyi. Saleha terus melihat ke arah Puan Fatinah, matanya membulat saat melihat lelaki kacak yang kelmarin dia temui di depan pintu utama rumah agam Puan Aishah kini sedang menyalam tangan Puan Fatinah.

Puan Fatinah sekadar tersenyum sambil melihat ke arah Damian yang kini sudah duduk di sebelah Kaisara.

"Maaf, beberapa harini Ian tak sihat." Damian meminta maaf kerana tidak dapat untuk bersarapan bersama semenjak Puan Fatinah balik ke Malaysia. Damian berharap hal itu tidak membuatkan Puan Fatinah merasa bahawa Damian tidak senang dengan kehadirannya.

"Tak apa, Kai dah bagitahu pada Aunty." Bibir Puan Fatinah masih mengukir senyuman. Wajah Damian saling tidak tumpah seperti arwah Diaz Iskandar, begitu juga dengan wajah cucunya. Sama seperti wajah Damian saat masih kecil, bezanya hanyalah rambut keriting Diaz Ayyan.

Saleha yang masih terkejut hanya mampu mendiamkan diri. Melihat riak wajah terkejut Saleha membuatkan Kaisara sedikit risau.

"Saleha okay?" Soal Kaisara perihatin. Dia ingin tahu jika Saleha tidak menyukai makanan yang sedang terhidang di hadapannya saat ini.

"Okay.." Jawab Saleha sambil tersenyum kelat. Dia masih terkejut saat mengetahui bahawa lelaki kacak itu adalah suami kepada Kaisara. Lelaki itu sama sekali tidak sama seperti yang berada di imaginasinya.

Suasananya pagi itu terasa lebih dingin dari biasanya. Mereka sedikit pun tidak berbicaranya, suami Kaisara juga tidak menunjukkan apa-apa riaksi di wajahnya. Saleha telan air liur, aura Damian membuatkan dia merasa lebih tidak selesa untuk bersarapan bersama di meja makan utama. Lelaki itu langsung tidak sama seperti yang Kaisara gambarkan.

"Abang nak ni?" Soal Kaisara secara tiba-tiba. Saleha terus melihat ke arah Kaisara dan Damian.

"Nak." Jawab Damian singkat, bibirnya menyukir senyuman. Seketika Saleha bagaikan terpukau dengan senyuman lelaki itu. Saleha menggeleng sendiri, dia harus menjaga pandangannya. Tanpa sengaja pandangannya bertemu dengan Kimi Zarif, ternyata lelaki itu sedang melihatnya dengan pandangan tajam. Apa pula kali ini?

Tiba-tiba Kimi Zarif berdiri dari duduknya.

"Kenapa Kimi?" Soal Puan Fatinah.

"I'm full." Kimi Zarif terus berlalu pergi seperti anak kecil yang sedang merajuk. Saleha hanya diam sambil melihat ke arah Kimi Zarif sehingga tubuh lelaki itu hilang dari pandangannya.

𝓗𝓮𝓵𝓹 𝓶𝓮 𝓽𝓸 𝓶𝓪𝓴𝓮 𝓲𝓽 𝓼𝓱𝓲𝓷𝓮 ⭐
|🌹THANK YOU🌹|

Maaf kalau banyak kekurangan.

🅲 𝗗𝗘𝗔𝗥 𝗗𝗔𝗠𝗜𝗔𝗡Where stories live. Discover now