[17] Aku Milik Kau

12.7K 484 37
                                    

Puan Aishah menghirup coffee suamnya

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Puan Aishah menghirup coffee suamnya.

"Kenapa tak turun dengan Kaisara?" Tanya Puan Aishah saat melihat Damian duduk di kerusi meja makan yang berada tidak jauh darinya.

"Kai.." Damian tidak menghabiskan katanya.

"Kenapa dengan Kai?" Tanya Puan Aishah dengan wajah risau. Tidak lama selepas itu, kelihatan Kaisara berjalan mendekati Puan Aishah lalu duduk di kerusi yang berada di sebelah Puan Aishah.

"Selamat pagi Nenda." Sapa Kaisara dengan wajah ceria. Lega hati Puan Aishah saat melihat senyuman Kaisara.

Damian hanya mendiamkan diri seperti tunggul buruk.

"Ian?" Panggil Puan Aishah membuatkan Damian tersedak coffee yang di minumnya. Puan Aishah mengerutkan dahinya kerana cucunya bersikap pelik pada hari ini.

Kaisara tergelak kecil.

"Abang.." Panggil Kaisara. Damian terus melihat ke arah Kaisara yang masih tersenyum penuh makna.

1 jam yang lalu..

Damian terbangun dari tidurnya kerana merasa sesuatu yang berat menindih dadanya. Ternyata kepala Kaisara berada di dadanya, tangan kanan Kaisara pula kemas memeluk pinggangnya.

Jantung Damian berdegup kencang saat teringat kejadian semalam. Dia tidak menyangka dia telah mencium pipi Kaisara. Dia bertindak di luar kawalan dirinya sendiri.

Damian memerhatikan wajah lena Kaisara lalu membetulkan posisi rambut keriting Kaisara yang menutupi wajahnya.

Damian tersenyum saat mendengar dengkuran pelan Kaisara. Damian cuba untuk mengatur pernafasannya.

Tiba-tiba Kaisara membuka matanya lalu mendongakkan wajahnya ke arah Damian. Pandangan mereka bertemu. Mata Kaisara membulat.

Mereka berdua kaku buat seketika. Tiba-tiba kelihatan rona merah di pipi Damian. Kaisara mengerutkan dahinya, dia bangun lalu menyentuh pipi Damian. Tangan Kaisara terasa hangat di pipinya. Damian memejamkan matanya, sentuhan Kaisara hampir membuatnya hilang kawalan.

"Awak demam ke Damian? Pipi awak merah." Tanya Kaisara sambil melihat ke arah pipinya. Damian terus berpaling ke arah lain.

"Aku nak mandi.." Damian bangun lalu turun dari katil. Kaisara hanya mampu buat muka pelik.

Damian masuk ke dalam bilik air lalu menutup pintu bilik air. Damian terus melihat pantulan wajahnya dari cermin, pipinya kelihatan merah. Damian memejamkan matanya lama. Damian tunduk, tangan kanannya menyentuh dadanya. Jantungnya masih berdegup kencang.

🅲 𝗗𝗘𝗔𝗥 𝗗𝗔𝗠𝗜𝗔𝗡Where stories live. Discover now