[86] His Girlfriend, Adelia

2.4K 118 38
                                    

Maya keluar dari bilik air, pandangannya terhenti pada Noah yang sedang duduk bersandar di kepala katil

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Maya keluar dari bilik air, pandangannya terhenti pada Noah yang sedang duduk bersandar di kepala katil. Mata Noah terpejam rapat, sedangkan tangannya masih kemas memeluk bantal kecil yang berwarna putih. Kelihatan Haura Airish masih lenah di sebelah Noah.

Bibir Maya mengukir senyuman manis, dia pergi ke arah katil dengan langkah perlahan lalu duduk di sebelah suaminya itu. Wajah lena Noah ditatap lama oleh Maya sebelum idea nakal muncul di fikirannya.

"Abang.." Panggil Maya dengan nada pelan, berharap Haura tidak terbangun kerana suaranya. Namun, mata Noah masih terpejam rapat. Pasti Noah sangat letih kerana berjaga sehingga tertidur dengan posisi seperti itu.

Maya mengerling ke arah jam dinding, jam menunjukkan angka 3:20 pagi. Jam 1 pagi tadi, Haura tiba-tiba menangis dan merengek, Noah menyuruh Maya untuk tidur kerana dia akan menjaga Haura sehingga Haura kembali terlena. Maya sangat bersyukur kerana Noah selalu menolongnya, walaupun besok Noah perlu bangun awal untuk pergi kerja.

"Abang.." Maya mengangkat tangan kanannya menyentuh pipi Noah lalu mengusap pelan pipi Noah membuatkan suaminya itu terjaga.

"Yaa, sayang.." Noah melihat ke arah Maya dengan pandangan layu.

"Haura nangis.." Kata Maya dengan suara pelan seakan-akan berbisik.

"Maaf sayang, abang terlelap.." Noah terus menepuk-nepuk pelan bantal kecil yang berada di dalam pelukannya itu. Sesekali Noah juga akan menggerak-gerakkan tangannya seperti sedang mendukung bayi. Maya mencuba untuk menahan senyumnya. Ternyata, Noah masih mamai.

"Cuba tengok Haura.." Kata Maya sambil melihat ke arah bantal kecil yang masih kemas di dalam pelukan suaminya itu. Noah tertunduk melihat ke arah tangannya, mata Noah membulat saat melihat bantal kecil yang yang berada di dalam pelukannya.

"Haura?!" Noah memegang bantal putih itu dengan wajah terkejut. Kerana masih mamai, Noah menyangka bahawa anak perempuannya sudah berubah menjadi bantal kecil. Maya sudah tidak dapat menahan gelaknya.

"Haura de.. Dekat sebelah abang." Maya memegang perutnya yang terasa sedikit sakit kerana terlalu ketawa. Dia mengesat air matanya yang mengalir di pipi. Wajah terkejut Noah tadi betul-betul membuatkan ketawanya pecah.

Noah mengeluh lega saat melihat Haura yang sedang lena di sebelahnya. Noah menggosok matanya, tadi dia merasa sangat mengantuk tapi kini matanya sudah kembali segar.

"Sayang.." Noah tersenyum tipis saat melihat Maya yang masih mencuba untuk mengawal suara ketawanya.

"Maaf.." Sekali lagi, Maya mengesat air matanya kerana terlalu ketawa. Akhirnya Noah tergelak kecil bila teringat tentang kejadian tadi.

"Abang fikir Haura dah jadi bantal?" Soal Maya. Noah sekadar mengangguk, bibirnya masih mengukir senyuman. Dia merasa bahagia saat melihat Maya tertawa seperti itu.

"Sayang rest lah.." Noah memegang tangan Maya, dia tidak mahu isterinya penat dan tidak cukup tidur.

"Sayang nak peluk abang.." Sejak kebelakangan ini dia tidak dapat memeluk tubuh Noah saat mereka tidur bersama.

"Come here.." Noah baring betul-betul di hujung katil kerana ingin memberi ruang untuk Maya baring di sebelahnya. Maya baring berbantalkan lengan kanan Noah sedangkan tangan kiri Noah pula memeluk pinggangnya.

"Kalau abang jatuh macam mana?" Soal Maya sedikit risau.

"Tak apa." Bibir Noah mengukir senyuman, matanya terpejam rapat. Mungkin Noah masih mengantuk kerana berjaga.

Maya membalas pelukan Noah, kini kepalanya berada di dada Noah. Bibirnya mengukir senyuman saat merasa bibir Noah menyentuh dahinya lama. Maya memejamkan matanya, wangian dari tubuh Noah selalu membuatkan Maya merasa tenang.

~°~

Saleha berjalan ke arah pintu utama sambil tunduk melihat ke arah screen handphonenya. Sedari tadi jari jemarinya kelihatan sibuk menekan-nekan screen handphone. Sampai saja di depan pintu utama, Saleha terus membuka pintu utama lalu keluar tanpa melihat pun ke hadapan.

Tiba-tiba bahunya di langgar oleh seorang lelaki membuatkan fail yang berada di tangan lelaki itu jatuh ke atas lantai. Saleha yang terkejut terus mengambil fail yang jatuh lalu mendongakkan wajahnya memandang wajah lelaki itu.

"Ma.." Saleha tidak meneruskan katanya. Lelaki itu tidak menunjukkan apa-apa riaksi saat melihat wajah Saleha. Namun, Saleha bagaikan tepukau saat melihat wajah kacak lelaki itu.

"I'm so sorry.." Saleha sengaja berbahasa english kerana dia tidak pasti jika lelaki itu berasal dari Malaysia.

"File saya."

Riak wajah Saleha berubah terkejut saat lelaki itu bersuara. Ternyata lelaki itu pandai berbahasa melayu.

"Maaf." Saleha terus menyerahkan fail yang berada di tangannya kepada lelaki itu.

Lelaki itu mengambil fail itu dari tangan Saleha sebelum masuk ke dalam rumah agam Puan Aishah. Saleha hanya mendiamkan diri sambil melihat ke arah lelaki itu sehingga tubuh lelaki itu hilang dari pandangannya.

Saleha tidak pernah melihat lelaki itu di rumah agam Puan Aishah sebelum ini. Adakah lelaki itu teman Kimi Zarif? Saleha yakin, pasti lelaki itu datang ke rumah Puan Aishah kerana ingin bertemu dengan Kimi Zarif.

"Astagfirullahaladzim, Saleha.." Saleha menepuk pelan kedua pipinya. Dia harus mengawal pandangan matanya. Jika melihat lelaki sekacak itu, siapa saja yang tidak terpukau?

Saleha keluar dari rumah agam Puan Aishah, langkahnya terhenti saat melihat seorang wanita cantik berdiri di hadapannya. Perempuan itu mengenakan dress paras peha yang berwarna hitam, dan sudah pasti wajah wanita itu terlihat sangat cantik dan sempurna.

"Kimi Zarif ada?" Soal wanita itu secara tiba-tiba. Saleha mengelip-ngelipkan matanya, adakah wanita itu juga adalah teman Kimi Zarif? Atau cuma peminat Kimi Zarif yang datang tanpa persetujuan lelaki itu? Perkara seperti itu selalu terjadi saat mereka berada di jepun dulu. Saleha harus memastikan identiti wanita itu sebelum membenarkan wanita itu bertemu dengan Kimi Zarif.

"Awak siapa ya?" Soal Saleha.

"Perlu ke you tahu I ni siapa?" Soalan berbalas soalan, wanita itu berpeluk tubuh. Dia sepertinya tidak suka dengan soalan yang baru saja Saleha ajukan kepadanya.

"Yaa Puan.."

"Puan? You tengok I ni macam dah tua sangat ke?!"

Saleha mengerutkan dahinya, dia baru teringat bahawa gelaran Puan hanya untuk wanita yang sudah berkahwin. Saleha tiada niat lain, dia hanya ingin menghormati wanita itu.

"Maaf cik.. Tapi saya cuma-

"I ni girlfriend Zarif." Belum sempat Saleha menghabiskan katanya, wanita itu sudah memotong. Tetapi Saleha tidak akan mempercayai wanita itu bulat-bulat.

"Adelia?"

Saleha dan wanita itu terus melihat ke arah pintu utama dengan serentak.   Kelihatan Kimi Zarif berdiri tidak jauh dari mereka berdua.

"Zarif!" Adelia terus mendekati Kimi Zarif lalu memeluk erat tubuh lelaki itu di hadapan Saleha. Saleha hanya berdiri kaku seperti tunggul buruk, adegan itu terjadi betul-betul di hadapan matanya.

𝓗𝓮𝓵𝓹 𝓶𝓮 𝓽𝓸 𝓶𝓪𝓴𝓮 𝓲𝓽 𝓼𝓱𝓲𝓷𝓮 ⭐
|🌹THANK YOU🌹|

🅲 𝗗𝗘𝗔𝗥 𝗗𝗔𝗠𝗜𝗔𝗡Where stories live. Discover now