[27] Lelaki Berhati Dingin

9.9K 372 11
                                    

𝟮𝟬 𝗝𝘂𝗻 𝟮𝟬𝟬𝟴

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

𝟮𝟬 𝗝𝘂𝗻 𝟮𝟬𝟬𝟴

Damian menuruni setiap anak tangga untuk pergi ke tingkat bawah. Langkahnya terhenti saat dia terlihat kucing putih yang sedang terbaring kaku di bawah tangga.

Damian menutup hidungnya menggunakan tangan kiri kerana hidungnya memang sangat sensetive dengan bau. Kucing itu kelihatan seperti sudah mati.

Damian memanggil pembantu rumah yang berada tidak jauh darinya. Pembantu rumah itu pun terus berlari anak ke arah Damian.

"Ada apa Tuan Muda?" Tanya pembantu rumah itu dengan wajah cemas. Tiada riaksi di wajah Damian.

"Kau buat kerja tak dalam rumah ni?' Tanya Damian dengan nada biasa.

"Yaa Tuan Muda." Jawab Wanita itu cemas. Dia merasa seperti sudah melakukan kesalahan besar, namun dia tidak pasti apa kesalahan tersebut. Sebelum ini Damian hanya akan berbicara untuk hal penting sahaja, selebihnya tidak. Jangankan berbicara, memandang mereka pun tidak.

Damian melihat ke arah kucing yang berada di bawah tangga, pembantu rumah itu pun terus melihat ke arah yang sama. Alangkah terkejutnya dia saat melihat kucing Kimi berada di bawah tangga.

Tanpa membuang masa, dia pun terus mengangkat tubuh kucing putih itu dengan beehati-hati.

"Kenapa ni?" Tanya Kimi sambil mendekati mereka. Mata Kimi membulat saat melihat pembantu rumah tersebut mengangkat tubuh kucing putih kesayangannya yang selama ini dia cari.

"Snow!" Kimi terus mengambil Snow dari tangan pembantu rumah tersebut. Damian mengerutkan dahinya saat melihat Kimi memeluk tubuh kucing itu.

"Buanglah, benda tu busuk." Kata Damian.

"Apa?" Kelihatan cecair jernih mengalir di pipi Kimi. Snow adalah kucing kesayangannya yang dihadiahkan oleh Puan Aishah tahun lepas.

"Buang." Ulang Damian lagi. Kimi mengesat air matanya yang mengalir di pipi. Dia seperti tidak percaya dengan kata-kata yang baru saja di ucap oleh Damian.

"Ini kucing kesayangan aku, kau tau kan Ian?" Kimi melihat tepat ke mata Damian namun tiada riak bersalah di wajah Damian.

"Habistu kau nak aku buat apa? Nangis?" Tanya Damian. Kimi mengetap bibir, cuba untuk menahan air matanya dari mengalir. Kata-kata Damian tadi sangat melukakan hatinya.

"Snow.. Kenapa dengan snow?" Tanya Danian yang baru saja datang dari ruang tamu. Danian berdiri di sebelah Kimi. Riak wajah Danian kelihatan sedih saat dia mengusap pelan tubuh snow.

"Aku tak nak tengok benda macam ni lagi." Kata Damian pada pembantu rumah sebelum berlalu pergi meninggal mereka bertiga.

"Damian.." Panggil Danian namun Damian tidak menghiraukannya.

~°~

Kimi menuruni setiap anak tangga untuk pergi ke tingkat bawah. Langkahnya terhenti saat dia melihat Damian naik ke tangga sambil mengangkat tubuh Kaisara.

Langkah Damian terhenti saat melihat Kimi. Pandangan mereka bertemu. Hawa tiba-tiba terasa lebih dingin daripada sebelumnya.

"Kenapa dengan Kai?" Tanya Kimi risau kerana Kaisara seperti tidak sedarkan diri.

Damian tidak menghiraukan soalan Kimi, dia meneruskan langkahnya.

"Ian!" Kimi memegang bahu Damian. Dia risau jika ada apa-apa yang buruk terjadi pada Kaisara.

"Hm.." Kaisara membuka matanya, dia terkejut saat mendapati Damian sedang mengangkat tubuhnya. Kaisara malu kerana ternyata Kimi juga berada di situ.

"Kimi.." Kaisara tersenyum kelat. Dia ingin turun tapi Damian mengeratkan pelukannya. Kaisara terus berpaut di leher Damian kerana takut jatuh.

Damian meneruskan langkahnya, Kimi sudah tidak menghalang kerana dia tahu bahawa Kaisara cuma tidur tadi. Kimi merasa mungkin dia cuma risau berlebihan.

Masih banyak persoalan yang bermain di fikiran Kimi. Betul ke Kaisara berkahwin dengan Damian kerana dia mencintai Damian?

Tapi melihat wajah marah Damian tengahari tadi membuatkan Kimi merasa ada sesuatu yang cuba untuk disembunyikan oleh Damian.

Sikap Damian masih belum berubah dari dulu, dia hanya berubah saat bersama dengan Kaisara sahaja. Jadi Damian memang mencintai Kaisara? Lelaki yang berhati dingin seperti Damian kini sudah jatuh cinta?

Pada awalnya Kimi tidak menyedari bahawa Kaisara adalah teman mereka dulu. Tapi semakin lama dia memerhati Kaisara, dia semakin yakin bahawa Kaisara adalah Sara. Budak yang selalu bermain dengan mereka di taman dulu.

Kimi masih ingat lagi bertapa sukanya Sara pada Danian. Sara akan mengikuti kemana saja mereka pergi asalkan ada Danian bersama.

~°~

Maya berdiri di sebelah katil Tuan Khaliq. Dia gembira kerana Tuan Khaliq sudah sedarkan diri.

"Daddy.." Maya memegang tangan Tuan Kaliq. Tuan Kaliq tersenyum tipis saat melihat wajah Maya. Wajah Maya saling tak tumpah dengan wajah arwah isterinya.

"Daddy minta maaf.." Tuan Khaliq tiba-tiba meminta maaf. Kelihatan cecair jernih mengalir di pipinya.

Tuan Khaliq seperti diberi kesadaran. Selama ini dia buta kerana melebihkan orang lain daripada keluarganya sendiri. Tuan Khaliq menyesal. Dia kehilangan cinta yang tulus kerana sibuk mengejar cinta yang palsu..

Maya mendiamkan diri, dia tidak tahu ingin berkata apa. Maaf? Entah kenapa perkataan maaf itu saja tidak cukup untuk semua penderitaan yang dia dan mummynya lalui dulu.

Dia tidak akan berpuas hati selagi Puan Natali masih bahagia di luar sana. Dia harus memastikan Puan Natali menderita, selepas itu baru lah dia akan berpuas hati.

"Daddy janganlah sedih.." Maya tersenyum lalu mengesat air mata Tuan Khaliq menggunakan ibu jarinya.

"Yang penting Daddy ok, Maya bersyukur sangat." Tenang hati Tuan Khaliq saat Maya mengucapkan kata-kata itu.

Maya sudah berjaya mengambil kepercayaan Tuan Khaliq, dia akan pastikan semua rancangannya berjalan lancar.

"Daddy sambunglah tidur.. Maya nak Daddy rest.." Maya mengusap pelan tangan Tuan Khaliq. Tuan Khaliq mengangguk lemah sebelum memejamkan matanya.

Senyuman Maya terus mati saat teringat wajah Puan Natali dan Kaisara. Dia tidak akan berpuas hati selagi tidak melihat hidup orang yang telah merebut kebahagiaannya menderita.

𝓗𝓮𝓵𝓹 𝓶𝓮 𝓽𝓸 𝓶𝓪𝓴𝓮 𝓲𝓽 𝓼𝓱𝓲𝓷𝓮 ⭐
|🌹THANK YOU🌹|

𝗧𝗲𝗿𝗶𝗺𝗮 𝗸𝗮𝘀𝗶𝗵 𝟰𝗸 𝗿𝗲𝗮𝗱𝘀 𝗗𝗲𝗮𝗿 𝗗𝗮𝗺𝗶𝗮𝗻

🅲 𝗗𝗘𝗔𝗥 𝗗𝗔𝗠𝗜𝗔𝗡Where stories live. Discover now