[57] My Love For You

6.4K 264 12
                                    

Maya melihat ke arah screen handphonenya, Noah masih belum membalas pesanan ringkas yang dihantarnya pagi tadi

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Maya melihat ke arah screen handphonenya, Noah masih belum membalas pesanan ringkas yang dihantarnya pagi tadi. Adakah Noah terlalu sibuk sehingga tiada masa untuk membaca pesanan darinya?

Sehari memang tidak sah jika dia tidak memikirkan Noah. Adakah kerana Noah sudah berada di dalam hatinya? Adakah inilah saatnya untuk Maya memberi tahu Noah tentang perasaannya?

Lamunan Maya terhenti saat terdengar pintu ruangannya di ketuk dari luar.

"Masuk." Arah Maya. Pintu ruangannya terbuka dari luar, kelihatan seorang lelaki berpakaian serbah hitam mendekati Maya bersama satu sampul surat di tangannya.

Melihat lelaki itu, Maya tahu pasti lelaki itu ingin menghantar laporan yang berkaitan dengan Noah. Maya berharap dia tidak akan mendapat khabar buruk dari lelaki itu.

Lelaki itu menyerahkan sampul surat itu pada Maya, kini sampul surat itu bertukar tangan. Tanpa berfikir panjang Maya terus membuka sampul surat itu lalu mengeluarkan beberapa keping gambar.

Riak wajah Maya terus berubah saat melihat gambar Noah keluar dari kedai bunga sehingga gambar Noah yang sedang berpelukan dengan wanita lain.

"You.. Boleh keluar." Arah Maya. Lelaki itu pun terus keluar dari ruangan Maya lalu menutup pintu ruangan itu.

Maya merenung lama gambar itu, tanpa sedar air matanya mengalir di pipi. Dia tidak menyangka bahawa Noah akan melakukan hal itu di belakangnya. Jadi selama ini Noah hanya menipu dirinya? Adakah cinta yang Noah tunjukkan kepadanya selama ini hanyalah lakonan semata-mata?

Dia tidak sepatutnya mempunyai perasaan yang sama terhadap Noah seperti dulu. Dia sudah berjaya membuang perasaannya cintanya terhadap Noah, tapi saat mengetahui bahawa Noah merasakan hal yang sama, dia mula membuka kembali pintu hatinya untuk Noah.

Namun ternyata dia salah.. Dia tidak sepatutnya berharap lebih..

𝟮𝟲 𝗠𝗮𝘆 𝟮𝟬𝟬𝟰

Maya duduk termenung seorang diri di kerusi yang tersedia di tepi kolam renang. Dia melihat jari jemarinya yang agak berisi. Semenjak masuk bersekolah, dia selalu di ejek kerana mempunyai badan yang gempal.

Selama ini tiada sesiapa yang pernah memalukan dirinya, mummynya juga mengatakan bahawa dia seorang anak gadis yang comel. Tetapi kenyataannya berbeza daripada anak lain yang seumuran dengannya.

"Maya." Kelihatan Puan Cecile, mummy kepada Maya mendekatinya.

"Yaa mummy." Sahut Maya.

"Kawan daddy dah sampai, jom sapa tetamu sayang." Puan Cecile tersenyum manis. Hati Maya terubat saat melihat senyuman hangat Puan Cecile.

Maya berdiri dari duduknya lalu mengikuti Puan Cecile ke ruang tamu. Pandangan Maya terpaku pada seorang budak lelaki yang sedang duduk di sofa ruang tamu.

"Kacaknya.." Tanpa sedar bibir kecil Maya mengucapkan kata-kata itu. Puan Cecile tersenyum melihat tingkah anak gadisnya itu.

"Ini Uncle Richard.." Tuan Khaliq memperkenalkan sahabatnya kepada Maya. Tanpa membuang masa, Maya terus menyalam tangan Tuan Richard. Selepas itu dia melihat ke arah Noah, membuatkan pandangan mereka bertemu.

"Saya Noah.." Noah menghulurkan tangannya untuk bersalaman dengan Maya namun Maya hanya mendiamkan diri sambil menatap wajah Noah.

"Maya.. Kenapa ni sayang?" Soal Puan Cecile membuatkan lamunan Maya terhenti. Maya melihat ke kiri dan kanan, ternyata semua mata melihat ke arahnya.

"Sa.. Saya Maya.." Maya cuba untuk tidak menunjukkan apa-apa riaksi kerana terlalu malu namun dia tidak boleh menyembunyikan rona merah di pipinya.

Noah tersenyum, setika Maya merasa seperti hatinya telah dicuri oleh Noah.

Selepas pertemuan itu, Maya meminta untuk bersekolah di sekolah yang sama dengan Noah membuatkan hubungan mereka semakin akhrab.

Noah tidak pernah malu untuk berteman dengannya walaupun dia selalu di ejek berbadan gempal. Saat semua orang menjauhi Maya, hanya ada Noah yang sentiasa menemaninya.

Beberapa tahun telah berlalu, perasaan Maya masih sama seperti dulu. Namun rasa cintanya terhalang saat melihat banyak gadis yang cuba untuk mendekati Noah. Mereka tidak segan-segan memberi surat pada Noah, Maya merasa kesal saat melihat hal itu.

Maya akan mencuba yang terbaik supaya Noah tidak akan direbut oleh gadis lain. Untuk pertama kalinya Maya berniat ingin menurunkan berat badan dan akhirnya dia berjaya. Melihat dirinya yang sudah cantik, Maya merasa bahawa kini dia sudah boleh meluahkan isi hatinya pada Noah.

Akhirnya hari yang selama ini di nantikan oleh Maya telah tiba, dia akan meluahkan isi hatinya pada Noah. Namun saat ingin masuk ke dalam kelas, tanpa sengaja Maya melihat seorang gadis sedang duduk di sebelah Noah.

Kenapa mereka duduk berdua di dalam kelas? Adakah itulah sebabnya kenapa Noah tidak dapat ikut bersamanya ke kantin? Banyak persoalan yang bermain di fikiran Maya.

"Apa hubungan awak dengan Maya?" Soal gadis itu. Maya hanya berdiri kaku, ternyata mereka masih tidak sedar dengan kehadiran Maya.

"Dia kawan saya dari kecil.. Tak lebih dari tu." Jawab Noah.

Setika harapan Maya untuk bersama dengan Noah hancur berkecai. Maya terus keluar dari dalam kelas tanpa memikirkan hala tuju. Tanpa sedar air matanya mengalir di pipi.

Noah tidak salah dalam hal ini, dia yang salah kerana mempunyai rasa cinta terhadap Noah. Lebih baik dia membuang semua rasa cinta ini kerana tidak mahu Noah tidak selesa dengan perasaannya.

Saat menuruni tangga Maya hampir terjatuh namun seorang lelaki sempat menarik tangannya.

"Awak ok?" Soal lelaki itu. Maya terus mengesat laju air matanya lalu mengangguk.

"Maafkan saya." Kata Maya.

"Maya.." Maya berpaling ke arah belakang saat terdengar namanya di panggil.

"Noah.." Maya bagaikan tidak percaya, sejak bila Noah berdiri di situ? Adakah tadi Noah melihatnya keluar dari kelas?

Dahi Noah berkerut saat melihat air mata Maya. Noah mendekati lelaki itu lalu menarik kolar baju lelaki itu.

"Kau buat dia nangis?!" Soal Noah. Maya tidak pernah melihat Noah semarah itu sebelum ini.

"Bukan." Lelaki itu cuba untuk melepaskan tangan Noah di kolar bajunya namun gagal.

"Noah! Tadi dia selamatkan saya!" Maya cuba untuk mempertahankan lelaki itu. Akhirnya Noah melepaskan kolar baju lelaki itu. Ternyata semuanya cuma salah faham.

"Maaf.. Nama awak siapa?" Soal Maya kepada lelaki itu.

"Tak apa.. Nama saya Danian.." Danian tersenyum kelat, dia tidak menyangka dia akan disambut dengan hal itu di hari pertamanya bersekolah di sekolah baru.

Itulah pertemuan pertamanya dengan Danian.. Lelaki kedua yang berjaya mengetuk pintu hatinya..

Namun hubungan itu juga tidak berhasil, mungkin dia benar-benar bernasib buruk dalam hal percintaan. Itulah yang Maya fikirkan.

𝓗𝓮𝓵𝓹 𝓶𝓮 𝓽𝓸 𝓶𝓪𝓴𝓮 𝓲𝓽 𝓼𝓱𝓲𝓷𝓮 ⭐
|🌹THANK YOU🌹|

🅲 𝗗𝗘𝗔𝗥 𝗗𝗔𝗠𝗜𝗔𝗡Where stories live. Discover now