[35] Love Confession

8K 325 14
                                    

Damian masuk ke dalam bilik tidur lalu mendekati Kaisara yang masih lena

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Damian masuk ke dalam bilik tidur lalu mendekati Kaisara yang masih lena.

"Sayang.." Panggil Damian pelan lalu duduk di sebelah Kaisara.

"Ian.." Kaisara mencelikkan matanya lalu melihat ke arah Damian. Kaisara tersenyum tipis.

Tadi Kaisara tidak ikut sarapan bersama kerana tidak sedap badan.

Damian meletakkan telapak tangannya di dahi Kaisara kerana ingin memeriksa suhu badan Kaisara.

"Kai tak demam.. Cuma sakit kepada sikit." Kaisara memegang tangan Damian.

"Kenapa sayang tak nak panggil Ian abang?" Tanya Damian. Sejujurnya dia sudah lama ingin menanyakan soalan itu pada Kaisara.

"Kai tak.. Biasa.." Kaisara tersenyum kelat. Sejujurnya dia masih tidak biasa dengan panggilan tersebut walaupun dia sudah beberapa kali memanggil Damian dengan gelaran abang.

"Tak apalah." Tiada senyuman di bibir Damian. Kaisara tahu pasti Damian sedih kerana hal itu. Kaisara terus duduk lalu menyandarkan belakangnya di kepala katil.

"Kai minta maaf.." Kaisara menyentuh pipi Damian. Damian hanya mengangguk, dia tidak mahu memaksa isterinya. Dia akan menunggu sehingga Kaisara bersedia untuk memanggilnya abang.

"Harini Damian ada meeting kan?" Tanya Kaisara.

"Dah cancel." Jawab Damian singkat.

"Kenapa??"

"Sebab sayang tak sedap badan, abang nak jaga sayang harini." Jelas Damian, Kaisara buat muka tak percaya.

"Kai ok.. Cuma sakit kepala sikit je.. Kai faham kalau Damian sibuk, lagipun Kai tak buat apa-apa dekat-

"Bangun." Belum sempat Kaisara menghabiskan katanya Damian sudah memotong.

"Kenapa?" Tanya Kaisara saat melihat Damian berdiri dari duduknya.

"Mandi." Jawab Damian tanpa riaksi di wajahnya.

"Oh.." Kaisara terus berdiri dari duduknya.

Tiba-tiba Damian mengangkat tubuh Kaisara membuatkan Kaisara terkejut.

"Kenapa Ian angkat Kai?"

"Mandi sama-sama." Damian terus pergi ke arah bilik air.

"Ian! Kai boleh mandi sendiri!" Kaisara cuba untuk turun tapi gagal. Damian tidak menghiraukan kata-kata Kaisara.

𝟭𝟯 𝗝𝗮𝗻𝘂𝗮𝗿𝘆 𝟮𝟬𝟭𝟱

Noah menekan lonceng rumah Maya, tidak lama selepas itu pintu utama terbuka luas. Kelihatan seorang pembantu rumah yang berumur lingkungan 40 berdiri di hadapan pintu utama.

"Cik Maya ada dekat kolam renang." Kata wanita itu lalu tersenyum.

"Terima kasih." Noah membalas senyuman wanita itu.

🅲 𝗗𝗘𝗔𝗥 𝗗𝗔𝗠𝗜𝗔𝗡Where stories live. Discover now