[54] Crybaby

7.6K 349 20
                                    

"Boss memang jarang masuk kerja ke?" Soal Lyana secara tiba-tiba

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

"Boss memang jarang masuk kerja ke?" Soal Lyana secara tiba-tiba.

"Semenjak dah kahwin, boss dah tak masuk kerja macam dulu." Kata Farah, wanita yang sudah berkerja selama 2 tahun di syarikat Damian.

"Boss dah kahwin?!" Soal Lyana dengan wajah terkejut. Selama ini dia tidak tahu bahawa bossnya yang berwajah kacak itu sudah mempunyai isteri.

"Yaa.. Tapi ok lah tu, daripada nampak dia pecat orang sebab mood dia tak baik." Kata Balqis, wanita yang juga berkerja di syarikat Damian.

"Kau dah lupa meeting minggu lepas?" Soal Balqis.

"Nasib baik boss tak pecat Sofian."

"Aku tengok boss tu ok je." Kata Lyana. Dia masih ingat kejadian tempoh hari, saat Damian meminta maaf kerana sudah melanggarnya.

"Ok kau kata?! Kau tak kenal lagi boss tu siapa Lyana." Farah hanya mampu menggeleng sambil memejamkan matanya.

"Dulu kalau ada orang buat silap sikit, boss akan terus pecat orang tu. Dia tak peduli jawatan orang tu apa." Balqis memulakan ceritanya.

"Dulu aku pun terkejut gila bila dengar boss tu dah nak kahwin. Tak ada ribut tak ada taufan tiba-tiba kahwin." Kata Farah pula.

"Itulah.. Boss tak pernah bawa isteri dia pergi sini.. Entah macam mana isteri boss tu boleh tahan dengan perangai dia." Kata Balqis.

"Mana lah tau boss tu sweet dengan isteri dia." Setelah lama mendiamkan diri, akhirnya Lyana bersuara.

~°~

Kaisara masuk ke dalam bilik tidur lalu melihat ke arah Damian yang masih lena di atas katil. Selepas solat subuh bersama, Damian kembali tidur kerana tidak sedap badan.

Kaisara mendekati Damian, bibir Damian kelihatan lebih merah daripada sebelum ini. Takkan suaminya itu demam?

Kaisara menyentuh dahi Damian kerana ingin memeriksa suhu, dahi Damian terasa panas dibawah telapak tangan Kaisara. Ternyata sangkaannya benar, Damian demam.

Kaisara duduk di sebelah Damian lalu mengusap pipi Damian, dahi Damian sedikit berkerut saat Kaisara menyentuh pipinya. Kasihan Damian, selama beberapa hari ini Damian hanya sibuk berkerja. Pasti Damian penat dengan kerja, Kaisara pula tidak pernah bertanya soal kerja Damian sebelum ini.

Kaisara berdiri dari duduknya kerana ingin mengambil handphonenya yang berada di atas meja tepi katil namun Damian terus memegang tangannya. Kaisara melihat kembali ke arah Damian membuatkan pandangan mereka bertemu. Mata Damian terlihat layu.

"Sayang.." Suara Damian terdengar lebih serak dari biasanya.

"Sayang nak-

Kaisara tidak menghabiskan katanya saat melihat cecair jernih mengalir di pipi Damian.

🅲 𝗗𝗘𝗔𝗥 𝗗𝗔𝗠𝗜𝗔𝗡Where stories live. Discover now