[14] Kenangan Masa Lalu

11.2K 471 8
                                    

Sudah seminggu Damian tidak pulang ke rumah agam Puan Aishah

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Sudah seminggu Damian tidak pulang ke rumah agam Puan Aishah. Kaisara tidak tahu kenapa dan Kaisara juga tidak bertanya pada Puan Aishah.

'Mungkin Damian sibuk.' Bisik hati kecil Kaisara.

Kaisara duduk termenung di kerusi panjang yang tersedia di taman bunga Puan Aishah. Tempat itu sudah menjadi tempat kegemaran Kaisara kerana haruman daripada bunga yang berada di taman itu membuatkan hatinya terasa tenang.

Kaisara mengeluh kecil, entah bila dia akan berkahwin dengn Damian. Kali di fikirkan kembali, Kaisara juga tidak tahu kenapa dia bersetuju untuk mengikuti rancangan Damian sampai ke tahap ini. Semuanya terjadi hanya kerana dia terlanggar kereta Damian.

Kaisara rasa bersalah kerana sudah membohongi Puan Aishah tentang hubungannya dengan Damian. Kenal pun tidak, apalagi cinta? Bagaimana dia ingin membahagiakan Damian jika semuanya cuma lakonan semata-mata? Kaisara masih ingat dengan jelas wajah bahagia Puan Aishah saat mengetahui bahawa Damian sudah ada pilihan hati. Kaisara tidak dapat membayangkan rasa kecewa Puan Aishah jika dia mengetahui hal sebenar.

Kaisara berfikir bahawa dia harus mengakhiri semua lakonan ini. Tetapi jika Kaisara batalkan persetujuannya untuk berkahwin dengan Damian, pasti Damian akan memaksa Kaisara untuk membayar semua kerugiannya. Kaisara mana ada duit.

Kaisara di layan dan diterima dengan baik di rumah agam Puan Aishah. Namun, Kaisara tahu bahawa dia tidak layak untuk menerima semua layanan baik itu.

𝟬𝟮 𝗝𝗮𝗻𝘂𝗮𝗿𝘆 𝟮𝟬𝟬𝟰

Kaisara melihat ke sekeliling taman permainan itu. Setelah sudah 10 minit bermain, akhirnya Kaisara penat juga.

"Ah.." Kaisara mengeluh kecil. Dia berjalan seperti zombie ke arah kerusi panjang yang berada di taman permainan itu.

Kaisara duduk di sebelah seorang budak lelaki lalu mengesat peluhnya yang mengalir di dahi.

"Hai." Sapa Kaisara sambil tersenyum ke arah budak lelaki itu. Kaisara memang seorang budak yang aktif dan ceria. Kaisara memang suka bertegur sapa dengan sesiapa sahaja yang dia temui.

"Hai." Sapa Kaisara lagi. Namun budak lelaki itu hanya mendiamkan diri tanpa riaksi di wajahnya. Namun Kaisara tidak berputus asa.

"Hi awak." Kaisara menggoncang pelan lengan budak lelaki itu. Akhirnya budak lelaki itu melihat ke arahnya.

"Kau nak apa?" Tanya budak lelaki itu.

"Nama saya Sara, umur saya 6 tahun." Jawab Kaisara lalu tersenyum ceria.

"Ok." Jawab budak lelaki itu dingin.

"Nama awak siapa? Umur awak berapa?" Tanya Kaisara lagi.

"Damian, 6 tahun." Jawab Damian singkat.

🅲 𝗗𝗘𝗔𝗥 𝗗𝗔𝗠𝗜𝗔𝗡Where stories live. Discover now