[3] Layak Untuk Bahagia

17.3K 694 44
                                    

"Damian!" Jerit Puan Gress, bergema suaranya di ruang tamu itu

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

"Damian!" Jerit Puan Gress, bergema suaranya di ruang tamu itu. Damian melihat ke arah Puan Gress tanpa riaksi di wajahnya, entah apa lagi yang Puan Gress mahukan dari dirinya.

"You nak pergi mana?! Lepas you dah malukan I, you fikir you boleh pergi macam tu je?!" Marah Puan Gress. Wajahnya kelihatan merah.

Damian hanya mendiamkan diri kerana malas mahu berdebat.

"Kenapa you tak pernah dengar cakap I?! I ni mama you Damian!" Jerit Puan Gress lagi. Kaisara hanya mampu mendiamkan diri kerana tidak berani masuk campur.

"Mama?" Damian tersenyum sinis.

"Dulu kau tak pernah sekali pun jalankan tanggungjawab kau sebagai mama pada aku." Damian melihat tepat ke mata Puan Gress.

Puan Gress terkedu, dia tidak menyangkah Damian akan berkata begitu kepada dirinya.

"Kau tak pernah pedulikan aku, sekarang kau nak aku dengar cakap kau? Kau pernah ke dengar cakap Nenda? Sebelum ni kau pernah ke anggap aku ni anak kau?!" Damian meninggikan suaranya pada Puan Gress. Tiba-tiba bahu Damian di tarik oleh Kaisara mengakibatkan Damian memalingkan tubuh ke arahnya.

Pang!

Kaisara menampar wajah Damian membuatkan mata Damian membulat. Hidung dan kening Kaisara kelihatan merah, air matanya mengalir di pipi. Damian bagaikan tidak percaya Kaisara baru saja menampar wajahnya.

Puan Gress menutup mulutnya menggunakan tangan kanan kerana terkejut, dia sendiri tidak pernah menampar wajah anak lelakinya seperti itu. Semua pembantu rumah yang berada di ruang tamu itu juga bagaikan tidak percaya dengan apa yang baru saja mereka lihat.


"Kenapa awak cakap macam tu dekat mama awak? Kenapa biadap sangat?" Soal Kaisara, air matanya masih mengalir di pipi. Kaisara paling tidak suka bila melihat anak yang biadap dengan ibu bapa. Damian sepatutnya bersyukur kerana masih ada keluarga, tidak seperti dirinya yang sudah yatim piatu.

Semua mata melihat ke arah Kaisara, tiada seorang pun yang berani bersuara di ruangan itu.

"Jangan masuk campur hal aku." Kata Damian dengan wajah serius.

"Diam!" Kaisara menjerit kecil pada Damian, membuatkan semua orang yang berada di ruangan itu kembali terkejut.

"Puan.. Anak Puan layak buat keputusan untuk diri dia sendiri, anak puan layak untuk bahagia dengan pilihan dia sendiri. Puan janganlah buat keputusan mengikut kepentingan diri Puan, anak Puan pun ada perasaan.." Kata Kaisara pada Puan Gress pula. Puan Gress yang masih terkejut tidak mampu untuk berkata apa-apa.

🅲 𝗗𝗘𝗔𝗥 𝗗𝗔𝗠𝗜𝗔𝗡Where stories live. Discover now