[38] Danian's Diary

7.7K 339 24
                                    

"Terima kasih temankan Nenda tidur malam ni

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

"Terima kasih temankan Nenda tidur malam ni." Kata Puan Aishah pada Kaisara.

Saat itu Kaisara dan Puan Aishah sedang duduk di sofa yang berada tidak jauh dari katil Puan Aishah  Akhirnya Damian terpaksa mengizinkan Kaisara untuk menemani Puan Aishah kerana dipaksa oleh Puan Aishah.

"Kai." Panggil Puan Aishah membuatkan lamunan Kaisara terus mati.

"Yaa Nenda." Kaisara melihat ke arah Puan Aishah.

"Ni gambar Damian waktu kecil." Puan Aishah menyerahkan satu album yang berwarna putih pada Kaisara.

"Terima kasih Nenda." Kaisara yang teruja terus mengambil album tersebut.

Dari dulu Puan Aishah suka menunjukkan gambar Damian pada Kaisara. Mungkin Kaisara juga akan melakukan hal yang sama bila dia sudah ada cucu nanti.

Kaisara membuka lembaran yang pertama, kelihatan gambar Danian dan Damian yang masih bayi.

Kaisara hampir terlupa bahawa Damian mempunyai abang kembar. Kaisara mula tertanya-tanya bagaimana sikap Danian. Adakah sikap Danian sama seperti suaminya?

"Kenapa?" Tanya Puan Aishah.

"Tak ada apa Nenda." Kaisara tersenyum.

"Kai tengok gambar tu lama-lama, Kai fikirkan apa?" Tanya Puan Aishah lagi.

"Kai cuma terfikir, Danian dan Damian kan kembar. Mesti sikap diorang pun sama kan?" Tanya Kaisara lalu melihat ke arah Puan Aishah.

Puan Aishah melihat ke arah gambar Danian dan Damian. Tidak lama selepas itu, terbit senyuman tipis di bibir Puan Aishah.

"Sikap Danian dan Damian sangat berbeza. Danian ni ceria dan selalu tersenyum, dia rapat dengan semua orang termasuk dengan beberapa pembantu rumah di sini. Danian sangat berbeza dengan Damian yang selalu kelihatan serius dan tegas." Puan Aishah mula bercerita tentang Danian dan Damian.

"Oh.." Ternyata sikap Danian sangat berbeza dengan suaminya.

Kaisara rasa bersalah kerana telah menanyakan soalan itu pada Puan Aishah. Pasti Puan Aishah sedih saat teringat tentang Danian.

Kaisara memegang tangan Puan Aishah lalu mengusap tangan Puan Aishah dengan lembut. Puan Aishah gembira setelah Kaisara hadir dalam hidup mereka, Kehadiran Kaisara betul-betul merubah hidup mereka.

"Jaga kandungan elok-elok." Pesan Puan Aishah.

"Baik Nenda." Kaisara tersenyum.

Kaisara membuka lembaran yang seterusnya. Mata Kaisara tertumpu pada seorang lelaki yang berpakaian sekolah. Kaisara tidak pasti lelaki itu Damian atau Danian.

"Ini siapa?" Tanya Kaisara.

"Itu Damian." Jawab Puan Aishah.

'Handsomenya.. Dah macam artis..' Kata Kaisara dalam hati.

🅲 𝗗𝗘𝗔𝗥 𝗗𝗔𝗠𝗜𝗔𝗡Where stories live. Discover now