[13] Aku Suka Kau

11.3K 462 16
                                    

"Damian ni cuailah

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

"Damian ni cuailah." Kata Puan Gress. Kaisara hanya mendiamkan diri. Dia tidak berani untuk bersuara.

"Ian pergi dapur kejap." Damian terus berlalu pergi meninggalkan Puan Aishah, Puan Gress dan Kaisara di ruangtamu.

Kaisara berdiri macam tunggul buruk, dia tidak tahu ingin berbuat apa. Dia masih segan dengan Puan Gress kerana pertemuan mereka tempoh hari. Kaisara masih ingat dengan jelas kejadian itu.

"Duduklah sini Kai." Kata Puan Gress sambil menepuk-nepuk sofa yang berada di sebelahnya. Dengan perlahan Kaisara menghampiri Puan Gress lalu duduk di sofa yang berada di sebelah Puan Gress.

Kaisara terus menghulurkan tangannya untuk bersalaman dengan Puan Gress. Tangan Puan Gress di salam lalu dicium oleh Kaisara.

Puan Gress tersenyum, Kaisara tidak menyangka Puan Gress akan senyum kepadanya.

"Maafkan mama." Kata Puan Gress pada Kaisara. Kaisara tidak dapat menyembunyikan wajah terkejutnya di hadapan Puan Gress. Adakah wanita ini adalah Puan Gress yang dia temui tempoh hari?

"Mama?" Kaisara melihat ke arah Puan Aishah dan Puan Gress silih berganti kerana dia tidak tahu ingin berkata apa. Dia bingung, banyak soalan yang bermain di fikirannya.

"Kai bakal isteri Damian kan, nanti Kai akan panggil saya mama." Jelas Puan Gress.

Kaisara tertunduk merenung jari jemarinya. Entah kenapa dia tiba-tiba merasa segan dan malu saat Puan Aishah dan Puan Gress memandangnya. Dia tidak biasa menjadi pusat perhatian.

Tiba-tiba Damian mendekati mereka lalu duduk di sofa yang berhadapan dengan Kaisara. Hanya meja kaca yang memisahkan mereka berdua.

Kaisara merasa Damian sedang memerhatikannya namun Kaisara tidak berani untuk menatap wajah Damian kerana dia sudah melakukan kesalahan yang besar. Sesekali Kaisara melihat ke arah Damian dan benar, Damian sedang melihat ke arahnya.

"Kai.." Panggil Puan Gress. Kaisara terus melihat ke arah Puan Gress. Puan Gress tersenyum.

"Mana keluarga Kai?" Tanya Puan Gress. Dia berniat untuk bertemu dengan ibu dan ayah Kaisara kerana ingin berbincang tentang perkahwinan anak mereka nanti.

"Ibu dan ayah Kai dah tak ada." Kata Puan Aishah yang sedari tadi mendiamkan diri. Kaisara hanya mengangguk sambil tersenyum kelat. Kata-kata Puan Aishah betul-betul membuatkan Puan Gress terkejut.

"Maafkan mama." Kata Puan Gress lalu memegang tangan Kaisara. Kelihatan peluh halus mengalir di dahi Kaisara.

"Tangan Kai panas.." Kata Puan Gress.

"Kai sakit ke?" Tanya Puan Aishah dengan riak wajah yang risau, bibir Kaisara kelihatan sedikit pucat. Kaisara hanya tersenyum kelat.

"Kai ok Nenda." Jawab Kaisara.

Damian berdiri dari duduknya lalu mendekati Kaisara. Kaisara mendongakkan wajahnya kerana ingin memandang wajah Damian yang kini sudah berdiri di hadapannya. Seperti biasa, riak wajah Damian sentiasa kelihatan tenang.

Damian menyentuh dahi Kaisara, ternyata dahi Kaisara panas.

"Ian hantar Kai dekat bilik kejap." Kata Damian sambil melihat ke arah Puan Aishah. Puan Aishah hanya mengangguk. Dia sangat risau dengan keadaan Kaisara, dia tidak ingin perkara buruk berlaku kepada Kaisara.

"Maafkan Kai.. Kai pergi ke bilik dulu yaa mama, nenda." Kata Kaisara. Bibirnya sedari tadi masih mengukir senyuman.

"Hati-hati Kai." Pesan Puan Gress. Kaisara pun terus berdiri dari duduknya lalu berlalu pergi bersama Damian. Damian memegang lengan Kaisara kerana ingin membantunya namun Kaisara menolak pelan tangan Damian.

"Tak apa, saya ok." Kata Kaisara sambil tertunduk. Mereka berdua mendaki setiap anak tangga untuk naik ke tingkat atas.

Sampai saja di depan bilik, Kaisara terus mendongakkan wajahnya untuk memandang wajah Damian. Pandangan mereka bertemu.

"Damian.." Panggil Kaisara pelan.

"Hm." Suara garau Damian membuatkan Kaisara sedikit gugup. Namun sudah lama dia ingin mengatakan hal ini kepada Damian.

"Saya tak dapat teruskan semua ni.." Akhirnya masa yang tepat telah tiba.

"Maksud kau?" Tanya Damian.

"Saya tak boleh teruskan perkahwinan ni.. Saya tak nak tipu nenda dan mama awak.." Jelas Kaisara jujur.

"Saya.." Kaisara tertunduk.

"Saya tak cintakan awak Damian." Kata Kaisara pelan. Dia tidak ingin berkahwin dengan lelaki yang dia tidak mencintainya dengan setulus hati. Dia inginkan hubungan yang sebenar tanpa sedikit pun kebohongan.

"Pandang aku Kai." Akhirnya Damian bersuara. Kaisara mendongakkan wajahnya untuk memandang wajah Damian kerana Damian lebih tinggi daripada dirinya.

"Leher saya sakit lah pandang muka awak." Kata Kaisara sambil mengurut-ngurut belakang lehernya. Damian tergelak kecil. Dia tidak menyangka Kaisara akan mengatakan hal itu kepada dirinya. Kaisara mengerutkan dahinya. Apa yang lawak?

"Kau tak suka aku?" Tanya Damian. Kaisara mengangguk.

"Tapi aku suka kau."

Kaisara terkedu saat mendengar kata-kata yang baru saja diucapkan oleh Damian. Entah kenapa, bibir Kaisara bagaikan terkunci.

Tiba-tiba riaksi wajah Kaisara berubah menjadi serius kerana dia merasa bahawa Damian mengatakan hal itu kerana sengaja ingin mempermainkan perasaannya.

"Janganlah bergurau Damian.. Saya serius, saya tak boleh teruskan semua ni." Kata Kaisara.

"Aku serius.. Aku suka kau sangat-sangat." Mata Kaisara membulat saat melihat bibir Damian mengukir senyuman manis.

"Saya tak suka awak!" Kaisara terus membuka pintu biliknya lalu masuk ke dalam bilik. Kaisara mengunci pintu biliknya dari dalam. Dia tidak akan tertipu dengan kata-kata lelaki itu.

𝓗𝓮𝓵𝓹 𝓶𝓮 𝓽𝓸 𝓶𝓪𝓴𝓮 𝓲𝓽 𝓼𝓱𝓲𝓷𝓮 ⭐
|🌹THANK YOU🌹|

🅲 𝗗𝗘𝗔𝗥 𝗗𝗔𝗠𝗜𝗔𝗡Where stories live. Discover now