[46] I'm All Yours

7.9K 330 23
                                    

2 Bulan kemudian

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

2 Bulan kemudian..

Ketika Adam sedang ashik bercakap, Kaiz Ize hanya diam sambil memandang wajah Adam tanpa riaksi di wajahnya.

"Kau dengar tak Kaiz?" Soal Adam. Saat itu mereka sedang makan tengahari bersama di salah satu restaurant yang terletak tidak jauh dari pejabat Kaiz Ize.

"Hm." Jawab Kaiz Ize singkat. Adam hanya mampu menggeleng. Kaiz Ize sudah banyak berubah selepas kakaknya meninggal dunia. Kaiz Ize yang dulunya adalah seorang lelaki yang ceria dan suka tertawa kini sudah berubah menjadi seorang lelaki yang serius dan pendiam.

Kalau di ajak bergurau pun, belum tentu Kaiz Ize akan tergelak seperti dulu.

Tiba-tiba mata Kaiz Ize membulat sambil melihat ke arah belakang Adam. Adam mengerutkan dahinya.

"Kau dah kenapa? Dah macam nampak hantu." Soal Adam lalu melihat ke arah yang sama.

Di sebalik dinding kaca restaurant itu, dia dapat melihat dengan jelas wajah seorang wanita yang sangat serupa dengan Kaisara sedang berjalan bergandingan dengan seorang lelaki di luar restaurant.

"Kaiz.." Adam berpaling ke arah Kaiz Ize namun Kaiz Ize sudah tidak kelihatan.

Ternyata Kaiz Ize sudah keluar dari restaurant kerana ingin mengejar wanita itu. Kaiz Ize melihat ke kiri dan kanan namun wanita itu sudah tidak kelihatan lagi.

"Kaiz!" Adam berlari ke arah Kaiz Ize lalu menarik tangan Kaiz Ize saat melihat Kaiz Ize cuba melintasi jalan yang masih sibuk dengan kenderaan.

"Lepas Adam! Aku nampak kakak aku!" Kaiz Ize masih melihat ke kiri dan kanan kerana ingin mencari kelibat wanita itu.

"You almost got hit by a car!" Jerit Adam. Lutut Kaiz Ize tiba-tiba terasa lemah mengakhibatkan dia jatuh melutut di hadapan sahabat baiknya itu.

"Kakak aku.." Kelihatan cecair jernih mengalir di pipi Kaiz Ize.

"Aku faham Kaiz.. Mungkin kau salah nampak.." Adam membantu Kaiz Ize untuk bangun. Banyak mata yang memandang ke arah mereka namun sedikit pun tidak dia hiraukan.

"Aku tak salah! Aku tau tu kakak aku!" Kaiz Ize sudah menangis teresak-esak.

"Tenang dulu Kaiz.." Adam cuba untuk menenangkan sahabat baiknya itu.

~°~

"Tutup mata tau! Jangan tengok dulu." Kata Kaisara dari dalam bilik air, saat itu Damian sedang duduk di sofa yang berada tidak jauh dari katil.

Dua hari lepas, Damian membelikan banyak baju untuk Kaisara walaupun Kaisara tidak memintanya.

"Okay sayang." Jawab Damian. Kaisara pun terus keluar dari bilik air sambil memakai dress yang berwarna putih.

🅲 𝗗𝗘𝗔𝗥 𝗗𝗔𝗠𝗜𝗔𝗡Where stories live. Discover now