AYSUN: The Unbend

By walnutchoc

5.4K 688 109

"Nobody can beat a woman with a strongwill." NUSAYBAH AL-KHAWLAH; THE RISE OF VALOROUS QUEEN. ⚠️ Bahasa kasa... More

awalan
1 (part 1)
2
3
4
5
6
7
8
9
10
11
12
13
14
15
16
17
18
19
20
21
22 (part 2)
23
24
25
26
27
29
30
32
33
34
35
36
37
38
39

28

87 16 2
By walnutchoc














Aku berhenti melangkah.

Mata aku menatap segenap ruang. Tempat ini berbeza 360° daripada tempat tadi. Pertempatan ini menghijau, lebih teratur dan manusia-manusia di sini tubuh mereka kelihatan terlebih cukup makan.

Di sini ada kolam perhiasan yang besar. Tugu-tugu yang kukuh menyentuh ketinggian bangunan tiga aras.  Kedai-kedai pakaian, makanan, serbaneka yang mewah. Kereta kuda dan kereta mewah yang sesak di atas jalan.

Ini—

Ini penduduk Isgaris.

Kawasan yang sepatutnya menjadi pertempatan penduduk Pelezein. Tapi mereka penceroboh haram menghalau Rakyat Pelezein daripada rumah mereka sendiri.

Dan mereka mendiami rumah-rumah milik rakyat Pelezein tanpa segan silu.

What a shameless people.

Mata aku kini terancap pada sekumpulan wanita dan pemuda yang mengelilingi seorang wanita yang terbaring atas tanah. Mata aku mengecil. Mereka semua memijak wanita itu berkali-kali. Aku mengepal penumbuk.

Mata aku terarah pada seorang wanita tua dengan baju lusuh yang terinjut-injut berlari ingin melindungi wanita itu. Barangkali ibunya. Aku lihat pula beberapa penduduk Isgaris mengheret ramai rakyat Pelezein ke tengah-tengah kawasan lapang. Nafas aku naik turun melihat mereka di hambat dan di seksa di tengah-tengah panas.

Aku ingin bunuh mereka.

Aku tersentak apabila baju hud aku di tarik. Pantas aku mengerling ke belakang. Ah, dua budak ini . Sejak bila mereka ikut aku, aku pun tidak tahu. Aku berpaling menghadap mereka lalu bercangkung.

"Can we have our house back? " Kanak perempuan ini menyoal aku dengan pandangan penuh harapan.

Aku memandang mereka silih berganti. "Of course".

Lantas mereka berdua aku tarik ke dalam pelukan. "Tell me, what do you want me to do with them " bisik aku perlahan.

"They stole and burn our house." kanak lelaki ini mencengkam hud aku. Aku dapat rasakan kemarahan dan kebencian dalam nada bicaranya.

Lihat rakyat Isgaris, jika kau orang di bakar suatu hari nanti. Kanak-kanak inilah baranya!

"And you want me to the same, right? "

"Kami nak mereka rasa apa yang kami rasa" balasnya perlahan. Bibir aku mengukir senyum sinis.

"Then, I'll set them on fire "

***

Aku meneguk air rakus. Hausnya! Air yang aku bawa tadi sudah aku beri pada kanak-kanak tadi. Aku keluarkan beberapa guni kecil duit syiling emas yang aku dapat hasil daripada pertukaran barang kemas tadi.

Aku buka ikatannya dan aku letak atas meja.

Mata aku menilik kertas yang terukir pelan kediaman pertempatan penduduk Isgaris yang diberi ketua penduduk Pelezein tadi.

Ahh.. banyak juga rumah yang mereka ambil. Ada lebih kurang 300 buah rumah dan 160 kedai awam.

Aku taburkan lagi duit syiling emas atas meja. Aku perlu beli sesuatu.

Kini senarai kapal-kapal lanun pula aku lihat. Banyak. Aku tersenyum lebar. Ini peluang terbesar aku. Kaki aku mengorak langkah menghampiri tingkap apabila bunyi kereta kuda kedengaran.

Terkesima aku melihat Hud yang keluar dengan hanya baju kemeja putihnya yang tersarung tanpa tuck-in. Vest milik lelaki itu sudah tidak kelihatan. Aku menarik nafas dalam melihat kemejanya melekap pada badan.

Rambutnya pula serabai dan basah. Tadi aku lihat dia keluar penuh segak bergaya dengan vest hitam dan rambut yang rapi.

"Hud "

Dia mendongak. Bibirnya mengukir senyum. "Rindu aku ke Aysun? "

"Najis! Tak ingin! "

Aku lihat dia mengeluarkan beberapa guni besar daripada kereta kuda itu. "Kau bawa apa? " Soal aku hairan.

"Harta "

Guni-guni itu di angkatnya ke dalam rumah. Ikatan guni itu di buka dan menjerumus kepada rahang aku jatuh.

"Berapa banyak pengkalan yang kau pecah masuk ni Hud? "

Dia tertawa.

"Aku pecah masuk bar orang kaya Isgaris "

"Habistu, tak kan lah dia orang tak perasan yang kau angkut keluar guni-guni pelik ni? " Soal aku hairan. Setahu aku, bar lelaki tua itu di jaga rapi berpuluh-puluh askar Isgaris.

"Macam mana nak perasan kalau semuanya dah mati? "

Aku diam sejenak. Mati?

"Kau.."

Dia tersenyum manis. Matanya terpejam rapat.

Aku menghela nafas.

Ah.. apa nak hairan, lelaki ini memang sebegini. Aku sudah cukup masak dengan tindakan luar jangkaan Mr. Capricious sorang ini. Aku tatap matanya kembali.

"Could you lend me a help? " Permintaan aku membuatkan keningnya terjungkut sebelah.

Aku merapati dia. Entah kenapa lelaki ini seolah-olah tersentak dengan tindakan aku. Aku dapat lihat cuping telinganya memerah.

Kau dah kenapa Hud?

Aku menggeleng. Orang gila macam Hud mana ada perasaan! Tak mungkin dia sedang malu!

Aku tak buang masa, cepat aku berbisik padanya.

Sesudah habis bisikan aku, dia hanya mengangguk sambil matanya mengerling pada taburan duit syiling emas di atas meja.

Dia melangkah ke arah meja. Jemarinya mengutip satu syiling emas. "I don't know what are you trying to do. But best of luck Aysun and don't get caught" syiling emas itu di bawah pancaran cahaya matahari itu di beleknya.

Dia menoleh memandang aku sejenak, "we only have tomorrow".

"Aku tahu "

Dia tersenyum nipis.

***


Aku usap kepala anak-anak kecil ini. Entah kenapa, aku rasa berat untuk meninggalkan mereka.

"Urm.. "

Drastik aku menoleh. Usapan aku terhenti. Oh, wanita semalam. Ibu Huda dan Hadid.

"Sa-saya.. minta maaf pasal semalam. Maaf atas kelancangan mulut saya menuduh awak "

Aku menyengetkan kepala sambil tersenyum nipis. "Tak apa. Aku faham ".

"Awak orang baik. Awak wanita baik.. saya terlalu teruk menilai— "

"It's okay. I'm truly fine. You don't need to put your trust on everybody " aku pintas dia laju. Jangan puji aku, aku benci.

Mereka semua berkumpul mengelilingi aku. Penduduk-penduduk Pelezein memberi sepenuhnya tumpuan pada aku.

"My plans are almost done. Aku harap, lepas rencana aku berjaya.. kau orang tak alpa dan lalai seperti dulu"

"Rancangan aku mungkin akan menyebabkan kau orang  terpaksa bina bandar baru kembali. Tapi percayalah, ini saja jalan yang aku ada untuk hancurkan pendirian Isgaris"

"Build your new home. Create your own empire. Don't easily let anyone break in your kingdom again."

"Apa yang aku buat, tak lain tak bukan untuk kamu semua. Jangan sesekali hampakan usaha aku. Kau orang juga perlu berjuang untuk tanah air sendiri "

"Jangan bagi orang lain yang mempertahankan tanah air kau" sempat aku mengugut mereka. Serentak dengan itu semua wanita dan kanak-kanak menerpa ke arah aku lalu memeluk tubuh aku erat. Aku tergamam membatu.

Mereka semua berpusu-pusu mengujarkan terima kasih untuk aku. Sampaikan ada antara mereka yang mengalirkan air mata. Aku hanya mampu mengukir senyum nipis.

"Aysun "

Aku berpaling.

"Kita perlu berkemas sekarang. Malam ni kapal akan teruakan perjalanan. He already bought the gas and oil "

Aku hanya menangguk.

Dua kanak-kanak yang aku jumpa sebelum ini datang memeluk aku erat. "Janganlah pergi... " Mereka meraung kuat. Pelukan mereka erat seakan-akan tidak mahu aku bergerak langsung. Aku mencangkung.

Wajah mereka aku sentuh. Mata aku menatap mereka silih berganti. "You need to grow stronger kids. After 10 years, I would come to see both of you "

"And when you're older, protect the young one and respect the elders. But still, protect both of them"

"Be a good person but not a foolish person "

"I love both of you. Understand? " Aku tatap mereka dalam. Perlahan-lahan mereka mengangguk. Tubuh mereka aku tarik ke dalam pelukan lalu aku hadiahkan kucupan pada dahi mereka.

Aku bangun dan melangkah ke arah Hud yang dari tadi setia menunggu. Sempat aku menoleh ke belakang. Entah kenapa terasa sembilu melihat kanak-kanak itu menangis.

Seolah-olah aku..

Melihat diri aku sendiri.

Aku menggeleng berkali-kali. Lantas aku pusing kepala menghadap ke hadapan kembali dan terus mengorak langkah laju.

Aku tidak menoleh kembali.













MALAM membuka tirai. Aku melilit skarf hitam di leher. Suhu malam ini sejuk yang amat. Cepat-cepat aku menyandang beg dan tanpa menunggu lama aku melangkah keluar daripada tempat ini.

Boom!

Aku menoleh.

Bunga api.

Ah..baru aku ingat yang malam ini rakyat Isgaris sedang menyambut sambutan sempena keberjayaan mereka menawan satu lagi daerah Pelezein. Pasti ramai manusia Isgaris di sana. Aku tersenyum segaris.

Kedua-dua tangan aku seluk ke dalam poket baju sejuk. Kaki aku terus melangkah menuju ke pelabuhan. Bunyi bunga api mereka tidak mengujakan aku.

Aku mahu dengar bunyi yang lagi satu. Bunyi yang bakal mengujakan satu dunia.

Mata aku melilau sekitar pelabuhan. Sepi, hanya ada lanun sahaja. Tiada langsung askar Isgaris.

"Hey little woman, what takes you so long?! "

Aku mendongak. Ergh lelaki puaka ni lagi. "Shut up ". Langsung aku tidak menghiraukan pandangan tidak puas hati lelaki ini. Laju-laju aku naik ke atas kapal.

Aku melangkah merapati penghadang di mana lelaki puaka ini berdiri.

"Damn it. They are celebrating it like crazy "

"Sure they are" aku balas bosan.

Satu garis cahaya membelah atmosfera. Dia menegakkan posisi badan.

"Wait the hell up.."
Meleret nada suaranya apabila melihat cahaya bunga api yang kelihatan lain daripada yang sebelum ini.

Matanya membulat namun hujung bibir aku pula terjungkit tajam.

"that look weir—"

BOOM!!!

"Mesmerizing " Aku tersenyum lebar memandang cahaya terang di langit pertempatan Isgaris.

"Boom "

:
:
:

BOOM!!!

Angin suam merombos ke dalam kulit. Debu-debu berterbangan ke atmosfera.

Hud yang dari tadi berada di belakang kini melangkah merapati aku.

"Malam ni kita akan tengok 460 bunga api! "
Jerit aku penuh keterujaan.

Serentak dengan itu bunyi letusan bergema tanpa henti. Dari jauh aku dapat dengar jeritan rakyat Isgaris. Bibir aku masih tersenyum lebar.

Mereka manusia leka!

Di saat malam mereka terlena. Aku pula berjaga menziarahi satu persatu rumah mereka dengan buah tangan yang mahal.

Dan nampaknya malam ini, mereka menerima hadiah daripada aku.

Api marak yang menjilat ganas permukiman Isgaris itu aku tatap dengan tatapan bahagia.
Senyuman aku semakin melebar tanpa aku sendiri sedar.

Hati aku puas!

Hud merapatkan wajahnya pada sisi wajah aku. "Kau— gila Nusaybah" bisiknya perlahan. Telinga aku menangkap tawa halusnya di hujung ayat.

Aku hanya tersenyum manis. Wajahnya aku pandang lama "wish that everybody knows it".

Aku gila; dan mereka puncanya.























P/s: salam, cover dah baru. Harap sukalah. Kitanya cincai ii je buat cover.

Saya teringin nak buat account tiktok. Tapi saya nak stay underated. Saya nak orang jumpa sendiri cerita saya. Tapi saya nak buat account tiktok jugak. Tapi saya malu. Alamak stressnya jadi perempuan complicated. Nak jadi mix and match la.

*Bunyi kambing beranak










Continue Reading

You'll Also Like

33.3K 3.1K 34
⚠ Ini adalah sambungan kisah cinta hero & heroin DIA PENGAWAS NERD AKU.⚠ Kebahagiaan yang telah terbina atas dasar cinta seorang insan bernama Ari...
8.5K 923 40
Semakin lama aku menyelami hidupnya, semakin aku tak faham apa yang sebenarnya berlaku Dia ada masalah ke? Dia selalu diam je... Kawan pun tak ada...
697K 35.4K 67
2nd story by FAzzahrah Status: COMPLETE [ in editing ] Cover by @MiaMie16 *-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-* Kehilangan identiti selama 11 tahun bukanlah seke...
260K 13K 60
(Cerita pertama yang mengandungi banyak KESALAHAN) Tengku Ghibran Adrean X Haura Ameena Konflik tk berat,story jenis yang chill Tengku Ghibran Adrean...