AYSUN: The Unbend

Von walnutchoc

5.5K 691 109

"Nobody can beat a woman with a strongwill." NUSAYBAH AL-KHAWLAH; THE RISE OF VALOROUS QUEEN. ⚠️ Bahasa kasa... Mehr

awalan
1 (part 1)
2
3
4
5
6
7
8
9
10
11
12
13
14
15
16
17
18
20
21
22 (part 2)
23
24
25
26
27
28
29
30
32
33
34
35
36
37
38
39
40

19

157 24 2
Von walnutchoc


BAM!

"AH MERAPU! "

"DIA ORANG YANG LEMAH! SEBAB TU MAMPUS AWAL! "
Tajam matanya mencerlung lelaki muda itu.

"Aku sendiri akan bunuh mereka"

"Kalau nak harap kau orang, buang masa! "

Amarahnya menggelodak. Berani-berani dua orang penceroboh kawasan hutan miliknya membunuh anak-anak buahnya.

Otaknya ligat memikirkan cara untuk memerangkap mereka. Jari jemarinya bercantum. Senyuman ngeri terukir perlahan-lahan.

"Culik penduduk kampung bawa ke sini"

"Pastikan kau culik keluarga yang ada anak perempuan kecil "

"Biar aku kerat-kerat badan budak perempuan tu depan mereka. Aku tak sabar nak tengok apa reaksi orang yang mencabar kesabaran aku! Tunjuk belang sangat kan! "

"B.. baik"

Senyuman ngerinya melebar. Dia mula berfantasi kejam. Dia mahu menyeksa mereka sehingga mereka meronta-ronta meminta belas kasihan dari dirinya. Tiada siapa yang boleh melawan dia!

×××

Aku mengeluh perlahan. Sudah berapa hari berlalu tapi aku dan lelaki Ziggurat ini masih tidak keluar dari hutan tebal. Hutan ini terlalu luas!

Aku tak mahu berjumpa dengan lanun hutan lagi!

Aku melorotkan badan pada kuda. Mata aku memerhatikan lelaki Ziggurat ini memasang unggun api.

"Orang tua"

"Siapa orang tua, aku orang muda "

"Siapa suruh tak bagitahu nama kau dekat aku " aku ketawa kecil.

"You've already heard my name, it's just you who don't realized "

"When? Is it important to hide your name from me? I thought we were companions "

Dia ketawa.

Apa masalah dia ni?.

"I will tell you soon "

"Soon when? When I become wrinkled old women? Hah cuba bagitahu aku. Soon kau tu menyakitkan hati aku"

"When we got seperate"

Aku tersentak. Riak wajah aku berubah.

"Kenapa kau nak seperate dengan aku?" Suara aku bergetar.

"Kau tak boleh tinggalkan aku. Sampai bila-bila pun kau tak boleh pergi. Sampai mati pun kau kena ada dengan aku! "Aku bersuara geram. Tidak tahu apa kena dengan aku sekarang ni. Entah kenapa aku aku tiba-tiba sahaja teremosi.

"Habis tu kau nak masuk kubur dengan aku sekali ke? "Dia balas selamba.

Aku kembali ke realiti.

"Ish, aku bencilah betul lah cakap dengan orang tua ni!"

Aku tarik sleeping bag menutup seluruh tubuh aku. Aku baring mengiring membelakanginya.

Menyampah.

Aku dengar tawa lembutnya sebaik sahaja aku menutup mata.

Aku cuma tak boleh terima kalau sesiapa lagi tinggalkan aku.

Aku tak mahu di tinggalkan lagi. Aku masih tak mampu hidup seorang diri.

Aku takut.

Dunia ini terlalu menyakitkan bagi aku.

Mata aku mula memberat. Akhirnya aku tertidur.




PANG!

"DIAM! "

Suara tangisan gadis kecil yang ditamparnya menjadi semakin nyaring. Rasa berangnya menggelodak. Rambut kerinting gadis di cengkamnya kasar membuatkan anak kecil itu meronta-ronta.

PANG!

"YA ALLAH! TOLONG JANGAN PUKUL ANAK SAYA! " datang seorang wanita 30-an melutut sambil kedua-dua tangannya memeluk kaki si lelaki.

Langsung dia tidak pedulikan raungan si ibu. Malah kakinya menendang-nendang wajah wanita itu.

"Tuan. Kami dah jumpa mereka "

Serta-merta tangannya melepaskan cengkaman pada rambut gadis kecil. Dia menoleh dengan riak wajah teruja. Senyumannya terukir sinis dengan tawa halus.

"Kau tunggu apa lagi. Bawa lah datang sini! " Dia menengking kasar.

"Tolong.. jangan buat apa-apa dekat anak saya.." Wanita tadi tidak menyerah. Sekali lagi kaki penculik itu di peluknya kuat.

"Buat lah apa-apa pun dekat aku.. aku tak peduli—a..asal kan anak aku kau lepaskan" kedua-dua tangannya di satukan. Matanya tulus merayu.

Senyuman jahat lelaki itu kembali menghiasi wajah.








***



Mata aku terbuka luas.

Suara jeritan seseorang membuatkan aku kembali terjaga.

"Tak perlu hirau. Biasalah ni hutan, macam-macam bunyi ada " sleeping bag aku di tarik sehingga aku kembali terbaring.

"Aku rasa.. "

"Tak sedap hati hm? " Balasannya membuatkan aku mengangguk.

Sekali lagi jeritan kuat kedengaran.

Aku dan Mr.Capricious bangun serentak.

"We need to get out from here" arahnya.

Aku hanya mengangguk. Lantas pedang aku gapai.

Zap!

Aku kaku.

"Sa..sakit! " Entah dari mana, anak panah kecil menusuk perut aku.

"Aysun! "

Zap!

Kini lelaki Ziggurat itu pula di sasarkan. Kepala aku memberat. Pandangat aku mula kabur. Aku masih dapat melihat lelaki Ziggurat ini sedaya upaya cuba untuk menggapai aku sebelum panahan kedua mengena bahunya.




Splash!!

"HAH hah..." Aku tersentak. Wajah aku basah dengan air. Rasa pedih kembali menyucuk-nyucuk.

"Puas tidur? "

Mata aku bertatapan dengan lelaki 40-an yang  bercangkung di hadapan aku. Tangannya mencengkam rahang aku kasar.

"kau- siapa.." aku renung dia tajam.

Dia ketawa sinis.

"Landlord of this magical forest" dia mengangakat kedua-dua tangannya sambil bangun.

"More like horror forest" pintas aku.

"Sounds much better "

Pandangan aku terkalih melihat di belakang lelaki ini. Ada wanita yang di ikat pada pokok. Wajah dan badannya berlumuran darah.

Dan;

Ada anak kecil memeluk kaki wanita di pokok itu.

"K..kau! Kau buat apa dekat dia?!"

"It was a horor forest. So I made a little show for you!" Dia tersenyum lebar.

Lelaki sial.

Rambut aku di cengkam ke belakang. Wajah aku hanya seinci dengan wajahnya. "Dia sendiri yang minta aku buat apa-apa asalkan tak sentuh anak dia" pandangannya menusuk mata aku.

"Jadi salah ke apa yang aku buat sekarang ni hah? "

Mulut aku masih terkunci. Air mata aku bergelinang sebaik sahaja menatap sekujur tubuh yang bajunya telah di carik-carik itu.

Aku tahu.

Aku tahu apa yang mereka buat!

Dan aku tahu jeritan sebentar tadi datang dari wanita itu!

"Kau rasa siapa yang salah sekarang ni? "

"You could've save her, but you choose to be ignorant" suaranya dirintihkan.

Lelaki ini mula bermain dengan pendirian aku.

"Dan sekarang.. "

"Kau akan hancurkan harapan budak tu pula" rambut aku di lepaskan kasar.

Dia bangun. Pisau di poketnya di keluarkan. Langkahnya menuju ke arah kanak perempuan itu.

Aku meronta-ronta ingin melepaskan diri. Mata aku dari tadi bertakung dengan limpahan air mata. Aku menggeleng-geleng kepala berkali-kali.

"DON'T YOU DARE TOUCH HER! I'LL FUCKING CUT YOUR ARMS!!! "

Aku cuba melepaskan ikatan di tangan. Rasa ngilu dan pedih akibat hirisan tali tebal itu aku tidak hiraukan.

Lelaki itu mencengkam rahang kanak perempuan yang di tindihnya pada pokok. Pisau di tangannya di bawa ke dahi gadis itu.

Aku mengetap bibir.

Sebaik sahaja hirisan di dahi gadis itu mengalirkan darah, jiwa aku mula tenggelam.

Jeritannya bergema.

Dan aku disini masih tidak mampu berbuat apa. Pandangan aku kabur kembali.

"SAKIT!!! SAKIT!!!!! "

Jeritan kali kedua gadis itu membuat kan aku tersentak kembali ke realiti.

Aku mengetap gigi.

Tangan yang terasa pedih ini aku tarik sekuat-kuatnya agar lepas daripada ikatan. Cecair merah likat mengalir pada jari-jemari sendiri.

Dagger di poket aku keluarkan. Aku menerpa sepantas mungkin. Dagger aku berada di atas kepala bersedia untuk menikam lelaki itu.

"PERGI MATI! "

Sial. Dagger aku tidak mengena. Dan itu membuatkan aku mula berang.

Dia masih dengan senyuman jahatnya. Dagger di tangan aku genggam kuat.

Lelaki itu kini mengeluarkan pedangnya pula. Aku mendesis geram melihat pedang yang di hunusnya.

"Kau... "

"Kau ambil pedang aku.." amarah aku bergelonjak naik.Dia mencabar kesabaran aku.

Aku akan putuskan tangan dia.

Kedua-duanya sekali.

Pedang di tangannya mula cuba menyentuh aku. Aku mengelak laju. Aku harus pertaruhkan segala-galanya sekarang ini.

Fight or die.

Bilah pedang di hunus pada leher aku. Aku menunduk laju membuatkan aku berada di paras dadanya. Dagger di tangan aku genggam kuat.

Ssak!

"ARGH!!! "

Ssak!

Dia melonjak ke belakang.

Tangannya menyentuh luka tikaman di perut.

"KAU MEMANG CELAKA!! " kedua-dua tangannya menghunus mata pedang ke arah aku.

Aku mengelak laju ke sisi.
Lengan kanannya menjadi sasaran aku.

Ssak!

Tidak cukup dengan tikaman. Aku toreh kebawah tangannya dengan bilah dagger yang terbenam pada dagingnya.

Sekali lagi jeritannya bergema.

Aku rasa tidak puas.

Aku mahu buat lagi teruk dari ini.

Dia cuba menyeret punggungnya menjauhi aku.
Pedang milik aku yang berada ditangannya masih terarah pada aku.

"I put a curse on my sword that nobody can use it"

"And how dare you.. "

"Using my mother's sword! "

Kali ini aku pula menerpa ke arahnya. Dagger aku semakin menggila.

SSAK!

SSAK!

SSAK!

SSAK!

SSAK!

Pedang di tangannya aku ambil kembali.

"Closed your eyes kid, you won't want to see this"  aku mengerling ke belakang sekilas melihat kanak perempuan itu yang masih kaku terdiam memang aku.

Laju-laju dia menutup kedua-dua matanya dengan tapak tangan.

SSAK!

SSAK!

Tubuh yang cacat ini aku tatap kosong. Walau tangannya putus kedua-duanya sekali. Bagi aku, masih tidak cukup dengan apa yang dia telah lakukan sebelum ini.

Hanya tuhan yang mampu hukum dia berterusan.

Dan kecewanya aku kerana aku hanyalah manusia biasa yang tidak mampu.

Tetapi aku yakin,

Balasan tuhan lagi pedih.

"May you rot in hell"


























P/s: saya akan hiatus lama. Sampai bulan 3. Lepas bulan 3, saya update banyak ii sampai korang menyirap tengok noti walnutchoc hari-hari.

Untuk readers yang sedang menghadapi masa-masa yang sukar seperti saya. It's okay, you got this. 'لَا يُكَلِّفُ ٱللَّهُ نَفْسًا إِلَّا وُسْعَهَا ۚ ' Allah does not burden a soul beyond that it can bear. I've been through so many things for this year. Sometimes i just wanted to give up, stop forgiving people and stop apologizing.
But at the end, it will hurt me back. Sakit kan bila kena minta maaf dekat orang yang ego? Tapi tak apa. Ini ujian untuk saya. Saya pernah buat silap. Kita sama-sama cuba untuk jadi better person. Walaupun tak perfect, sekurang-kurangnya kita mencuba!🤍









Weiterlesen

Das wird dir gefallen

72K 5.4K 58
Sequel dari cerita Breaking The Rule Breaker. Serafina Katniss, 21 tahun. Lepasan akademi. Disebabkan dia tak suka belajar, dia cuba cari kerja deka...
8.5K 923 40
Semakin lama aku menyelami hidupnya, semakin aku tak faham apa yang sebenarnya berlaku Dia ada masalah ke? Dia selalu diam je... Kawan pun tak ada...
1.4M 53.2K 62
Status : Complete Noah Iskandar x Sufi Nur Humaira [Karya kedua dari snowdreamm] Impian Noah Iskandar untuk membina mahligai bersama tunang tersayan...
660K 25.1K 53
"Yang disangka racun rupanya hanya la sekadar penawar" "Selamat datang, adik tiriku." - Tuanku Daeen Mateen Nakal, bebal, miang. Itu yang dapat Bunga...