AYSUN: The Unbend

By walnutchoc

5.5K 691 109

"Nobody can beat a woman with a strongwill." NUSAYBAH AL-KHAWLAH; THE RISE OF VALOROUS QUEEN. ⚠️ Bahasa kasa... More

awalan
1 (part 1)
2
3
4
5
6
7
8
9
10
11
12
13
15
16
17
18
19
20
21
22 (part 2)
23
24
25
26
27
28
29
30
32
33
34
35
36
37
38
39
40

14

124 14 0
By walnutchoc

*satu chap pun ambik masa lama sangat. Rindu zaman ii free dan tak kalut macam sekarang ni huhu. Apa ii pun enjoy la chapter rushing ni;>























AL-ANDALUS
0200a.m.



Teriakan yang kedengaran dari penjara bawah tanah kedengaran. Bergema kuat sehinggakan roman sesiapa sahaja yang mendengar akan menegak seriau.

Bunyi cemeti yang melibas-libas tidak akan sehari pun tidak kedengaran. Apabila jeritan itu tidak lagi kedengaran, maka jeritan yang seterusnya akan menyambung teriakan yang terhenti sebelumnya.

Inilah Al-Andalus saat ini.

Di bawah pemerintahan yang zalim, berpaksikan duniawi. Menyembah keangkuhan sendiri. Mereka mula meranakan insan-insan kerdil yang tidak punya darjat seperti mereka.

Jeneral Khan meludah darah yang tersisa di dalam mulutnya. Matanya mencerlung tajam lelaki muda di hadapannya. Kedua-dua tangannya di gari di atas kepala. Kakinya pula di gari dengan besi bola yang berat.

Tubuhnya calar balar. Penuh dengan luka-luka kulit yang tidak sembuh dan masih berdarah. Hari demi hari, cemeti dan rotan tebal menyentuh kulit badannya. Namun dirinya masih mampu mendongak memandang benci lelaki muda yang dahulunya di pimpin dan diajar ibarat anaknya sendiri.

Kalau dahulu pedang kayu yang di pegang lelaki itu mencalarkan pokok. Namun kini, cemeti yang di pegang lelaki itu mencalarkan tubuhnya.

"Jeneral Khan"

"Apa yang kau nak lagi daripada aku, Putera Razeen? "

"Correction, 'Your Highness' " dia bersuara angkuh. Matanya sinis melihat wajah calar balar lelaki tua di hadapannya.

Matanya gemar melihat kekejaman di hadapannya.

Jeritan dan rayuan manusia yang sedang meraung kesakitan bagaikan irama syahdu baginya.

Inilah didikan ayahandanya.

"Bagitahu aku, ke mana Nusaybah pergi "

"Aku tak akan bagi tahu mana kakak kau berada sampai bila-bila..

Walaupun aku mat- argh!! "

Darah tersembur keluar dari mulut Jeneral Khan sebaik sahaja tubuhnya di libas dengan cemeti.

Zap!

Zap!

Zap!

Jeneral tua itu tertunduk lemah.

"Dia bukan kakak aku, orang tua bodoh. She's weak as hell, and yet you still think she can be my sister!? " Tinggi nada suaranya menengking.

"Nusaybah tak lemah.. kau yang lemah sebenar-benarnya Razeen! Kau ada beribu orang di belakang kau tapi kakak kau cuma ada siapa selain Permaisuri Mawaddah dan Jeneral Yazid?! "

"Jangan terlalu menjunjung langit, Razeen. Takut nanti engkau yang akan menyembah tanah "

Riak muka Putera Razeen berubah merah padam menahan amarah. Pantas pedangnya di lepaskan dari sarung dan-

Zapp!

"Engkau yang patut menyembah tanah sial.. " mata merah berurat itu merenung benci kepala Jeneral tua yang di penggalnya itu.

Kini tubuh lelaki itu pula menjadi mangsa pedangnya beraksi.

"Kumpulkan semua orang istana yang pernah berkhidmat di bawah Nusaybah. Biar aku cincang daging mereka bagi anjing-anjing aku makan! "

***

ZIGGURAT EMPIRE
0930a.m.

ZANG!

"Fikir lawak ke tiba-tiba je suruh aku memasak " aku mengenggam meja kuat. Mata aku menatap tajam pisau yang tercacak atas papan pemotong daging di hadapan aku.

Aku tak faham.

Aku datang sini cuma untuk merancang cara untuk rampas kembali Al-Andalus. Bukan untuk ganti chef dapur istana memasak!!

"Ergh"Aku mendengus kasar. Chef-chef yang berada di sekitar memandang aku terkejut.

"Apa pandang-pandang? Nampak pisau ni? Aku cucuk mata sorang-sorang nanti tahulah! " Aku mengugut mereka. Laju-laju mereka melepaskan pandangan dan kembali melakukan kerja mereka.

"A princess should not talk like that "

"Diam lah kau, semak "

Aku membalas selamba. Ada hati dia nak tegur aku. Biarlah aku nak cucuk mqta dia orang pun.

Aku diam beberapa saat sebelum kening aku berkerut.

Kenapa lain macam aje suara Mr. Capricous yang aku dengar ni..

Erk! Aku tersentak seketika. Perlahan-lahan aku menoleh. Pandangan aku berlawan dengan pandangan lelaki ini.

Aku sudah mula kelihatan seperti cacing kepanasan. Ya tuhan! Apa yang aku patut buat ni. Buatnya kalau Emperor Ziggurat ni campak aku ke Al-Andalus balik macam mana!?

Tak.

Nusaybah Al-Khawlah tak boleh tunduk!

Aku berdehem.

"Maaf terkasar, saya cuma teremosi saja tadi. Lagipun saya rasa, saya tak pernah minta jawatan untuk jadi tukang masak di istana awak ni"

"Saya sangka memasak memang tugas seorang wanita?" Dia menapak ke arah aku.

Ya tuhan..

Aku mahu lari!!

"Sejak bila pula memasak khas untuk perempuan sahaja tuanku? "

"Cooking is one of the basic skill. Both gender can do it. Adakah kalau awak terperangkap dalam hutan ataupun lautan tanpa adanya seorang manusia yang bergelar wanita, awak hanya akan tunggu sampai ada perempuan yang datang dan masakkan untuk awak supaya awak tak kebuluran? Saya yakin awak akan mati dulu sebelum ada perempuan yang jumpa awak  "

"I hate to admit it. But, yes I don't like cooking. But! If it's a need, then i will do"

Heh, jangan ingat kau boleh kuli kan aku ye. Mentang-mentang ni dapur kau.

Dia tersenyum.

"This is the first time in my life, someone talked againts my words. You're brave"

Aku mengerut dahi.

Tok!

Pintu dapur di buka dari luar. Setiausaha tua itu menghampiri lelaki di hadapan aku ini. Dia berbisik pada telinganya. Lelaki itu hanya mengangguk.

"Semoga kita bertemu lagi, Puteri Nusaybah"

Aku tidak membalas. Namun mata ini mengekori pemergian Sultan Ottoman itu.

Aku melihat di atas meja. Terkejut bila ada roti-roti manisan di dalam bekas kertas. Mungkin dia letak tanpa aku sedar tadi. Tahu-tahu aje aku tengah kebulur.

"Hm hebat jugak engkau berdebat tadi Aysun. Tapi kenapa kena hutan, bukan pulau "

Hidung aku kembang-kempis menahan rasa angkuh. Aku mendecit sinis.

"Heh biasalah. Aku ni bukan biasa-biasa macam kau. Aku ni kan—ARGHH! "  Secara drastik aku terbaling pisau ke arahnya.

Dia mengelak pantas.

Ssak!

Mata pisau yang aku tidak sengaja terbaling tadi selamat membenam antara salah seekor ayam yang di gantung. Aku menghela nafas lega. Nasib tak ada sesiapa yang kena.

Mata aku laju merenung lelaki di hadapan aku ini dengan tajam.

"BILA MASA DAN KENAPA KAU ADA DEKAT SINI?!! "

Dia menghabiskan sisa baki roti ke dalam mulut sebelum ke sinki membasuh tangan.

"Dah lama dah aku ada dekat sini. Sebelum kau membebel macam orang sewel. Lagi satu suka hati aku lah nak buat apa pun hahaha" balasannya penuh ringkas, padat dan menyakitkan.

"Aku jadi sewel sebab kau "

Dia tersenyum.

"Teruskan "

Tak guna.

***

Aku menatap langit malam di beranda. Angin-angin malam menyucuk-nyucuk ke dalam liang roma. Aku tak boleh tidur. Aku cuba. Tapi nanti aku tetap tak akan dapat tidur yang lena. Mimpi buruk sentiasa menghantui hari-hari aku. Aku menghela nafas.

Mungkin dendam aku masih teguh. Dan rasa benci ini seakan-akan marah dengan aku yang tak mampu berbuat apa-apa.

Aku memang tiada apa-apa.

Aku tiada pangkat yang mampu aku kagumkan.

Aku tiada angkatan tentera di belakang aku.

Aku tiada kuasa untuk menundukkan sesiapa yang aku mahu walhal cuma seorang pembantu istana.

Aku tiada daulat.

Dalam erti kata lain; aku cuma ada diri aku yang sebatang kara ini.

Aku meraup rambut ke belakang. Tidak faham dengan hala tuju aku sekarang ini. Memang lah askar Ziggurat berpihak kepada aku. Tapi, macam mana aku mahu mengarah mereka sedangkan aku bukan pemimpin di sini. Pasti akan ada yang membantah.

Kerana pasti bagi mereka. Mengapa mereka perlu menumpahkan darah sendiri hanya untuk sesuatu yang tidak ada kaitan langsung dengan kerajaan mereka ini.

Aku juga tak mahu Emperor Ziggurat membebaskan empayar aku sendiri. Aku mahu darah aku yang tumpah di tanah air aku. Bukan orang lain.

Berdasarkan apa yang di perinta kan untuk aku. Aku tak boleh menggunakan pedang selama 3 bulan.

Heh.

Peduli pula aku.

Akal aku mula mencari cara-cara untuk melanggar peraturan bodoh itu.

Aku tersenyum jahat.
















Continue Reading

You'll Also Like

853K 48.9K 108
Diandra Advilent adalah seorang gadis yang telah kematian ayahnya sejak berumur 17 tahun. Ibunya pula langsung tidak pernah dia kenali sepanjang dia...
45.6K 10.6K 25
K A R Y A|| k e s e b e l a s [ this story just like, "yang kuban kuban jelah" ha like that ] Kisah percintaan hantu lagi best dari manusia 🗿 Eh tib...
654K 25K 53
"Yang disangka racun rupanya hanya la sekadar penawar" "Selamat datang, adik tiriku." - Tuanku Daeen Mateen Nakal, bebal, miang. Itu yang dapat Bunga...
69.9K 2.4K 14
Hadinah Humairah adalah seseorang yang sangat handal dalam bela diri.Dia tidak suka orang menyibuk tentang identiti dirinya sendiri.Dia juga merupaka...