AYSUN: The Unbend

By walnutchoc

5.4K 688 109

"Nobody can beat a woman with a strongwill." NUSAYBAH AL-KHAWLAH; THE RISE OF VALOROUS QUEEN. ⚠️ Bahasa kasa... More

awalan
1 (part 1)
2
3
4
5
6
7
8
9
10
12
13
14
15
16
17
18
19
20
21
22 (part 2)
23
24
25
26
27
28
29
30
32
33
34
35
36
37
38
39

11

142 18 0
By walnutchoc

Roman aku mencacak ke atas. Seolah-olah ingin cabut meninggalkan kulit. Selendang yang dari tadi melilit di leher ibarat scarf ini aku angkat kembali lalu aku sarung.

Hipokrit sungguh aku.

Ah. Tak peduli aku. Yang penting sekarang, aku kena tahan mulut aku daripada bersuara benda yang bukan-bukan. Aku ni sudahlah suka menjawab. Banyak bertanya pula tu.

"Silakan masuk kalian berdua" pintu dibuka lelaki tua itu.

Ini mengingatkan aku tentang kejadian di mana aku di sumpah seranah Sultan Tahir hanya kerana mengetuk pintu pejabatnya. Mungkinlah memang aku yang bersalah kerana mengacau dia waktu dia sedang bekerja.

Tapi waktu itu aku hanyalah kanak 4 tahun yang otaknya cuma tahu bermain.

Sejak daripada kejadian itu, aku tidak pernah lagi lalu di kawasan pejabatnya. Pasti sekarang, pejabat itu di huni Putera Razeen.

Sebaik sahaja kaki melangkah masuk. Aku hanya melihat seorang lelaki muda duduk di atas kerusi membelakangi kami berdua. Sebaik sahaja dia tersedar kehadiran kami, dia memusingkan badannya perlahan-lahan.

Aku agak terkesima melihat wajahnya.

Lengan Mr. Capricous yang berdiri di sebelah kanan aku ini aku langgar perlahan. "Asal muka dia macam kau?! "Aku menjerit perlahan pada telinganya.

"Dia sepupu aku"

"Tap- "

"Shut up for a while Aysun"

Aku mengangguk perlahan. Senyuman masih tidak pudar daripada wajah ini. Baik, kali ni aku mengalah.

"Kami bersimpati atas apa yang terjadi pada Permaisuri Mawaddah dan Puteri Nusaybah "

"Jadi atas meneruskan legasi hubungan persaudaraan antara Al-Andalus dan Ziggurat, aku perkenankan izin untuk melindungi Tuan Puteri "

Aku menunduk. Ucapannya mengembalikan kesedihan yang telah hilang seketika.

"Losing someone indeed is hurtful. It takes times to heal. But princess, you still need to move out from sadness. Al-Andalus needs you "

Aku hanya mengangguk.

"Jika Tuan Puteri telah bersedia sepenuhnya untuk mengambil kembali kuasa pemerintahan terhadap Al-Andalus sepenuhnya. Empayar ini adalah sebahagian daripada tentera Tuan Puteri"

"I have things to say"

Aku tersentak. Sempat aku berpandangan dengan Mr. Capricous. Berharap agar dia akan menjawab soalan lelaki yang mirip dengannya ini.

"Selagi Puteri di bawah lindungan empayar ini, Puteri wajib patuh dengan segala arahan dan tatatertib Ziggurat"

"Kami tidak akan meminta sebarang pampasan kembali sekiranya kita berjaya tawan Al-Andalus kembali. Akan tetapi; kami mengharapkan Puteri Nusaybah tidak akan menghianati Empayar Ziggurat"

"Bring the letter for her" di mengerling askar di sebelah kanannya. Askar itu mengangguk dan mengeluarkan sesuatu daripada kotak di tangannya.

Dia menghampiri aku. Gulungan surat berwarna emas itu dia tarik hingga tegang betul-betul di hadapan aku.

Aku cuba membacanya dan memproses apa yang tertera dalam kandungan surat itu.

Namun.

Ini bukan bahasa aku.

Aku menoleh sebelah, mengharapkan lelaki ottoman ini membantu aku. Lengan bajunya aku tarik sedikit.

"Surat ini hanya untuk Puteri Nusaybah sahaja, Hud Pasha tidak boleh membaca isi surat ini" lelaki tua itu menghalang aku daripada meminta tolongnya.

"Tapi kan saya tak faham.. " aku mengeluh.

"It's okay Aysun, just sign it" Mr. Capricous cuba menenangkan aku.

"Itu cuma surat perjanjian dan akur setia sahaja Puteri Nusaybah, tidak ada apa yang perlu di hiraukan" pemerintah Ziggurat itu bangun dari kerusinya. Perlahan-lahan dia melangkah ke arah aku.

Derap kakinya memberi getaran.

Adakah ini aura pemerintah yang di selalu di rasai oleh orang-orang biasa?

Rasa gerun.

Rasa takut.

Takut di tindas.

Kenapa aku harus merasa aura ini sedangkan aku juga seperti dia? Adakah ini kerana murka Sultan Tahir pada aku?

Sumpah seranahnya.

Dan kata-kata lelaki itu bahawa aku ini orang biasa.

Lama aku termenung sehinggakan baru sekarang aku tersedar dengan huluran pen di tangan lelaki itu. Aku menunduk sedikit, memohon maaf.

Aku juga masih ada martabat.

Walaupun aku sudah menjadi sebegini rupa, namun dia tiada hak melayan aku rendah.

Ego ini masih bernyala.

Inilah yang aku masih warisi dari ayah kandung aku.

Surat itu aku tanda tangan.


×××


"Kenapa kau biarkan je aku tanda surat dari Emperor kau tu? " Aku menahan dia laju.

Dia berhenti memandang aku seketika. Aku yakin dia tak kan jawab.

"Tak apa lah, aku faham. Kau bukannya akan jawab pun. Dasar mulut emas. " keluh aku. Kaki ini mengorak langkah meninggalkan dia.

Sejujurnya aku sedikit kecewa dengan caranya tadi. Aku fikir dia akan bertikam mulut dengan sultan itu. Ah sayangnya, sopan pula lelaki tak guna ini.

Aku tahu dia masih merenung aku dari belakang. Aku tak akan pandang belakang. Hmph!

Aku mendengus.

Dia ni tak sedar ke aku tengah marah?!

Laju aku menoleh belakang ingin melihatnya. Namun, apa yang aku lihat sekarang ini hanya kosong.

"Ma.. ma-na orang tua ni? " Suara aku bergetar. Tak kan lah dia boleh hilang sepantas ini? Aku mula berjalan, mata ini liar mencari susuk tubuh Mr. capricous.

Tetap tidak kelihatan batang hidungnya. Aku menghela nafas panjang. Stres juga aku kalau hari-hari hadap perangai 'Hud Pasha' yang sorang ini.

Sudahlah emosi dia berubah tanpa mampu di duga! Perangainya pun ikut sama!

Sakitnya hati aku!


×××


Rambutnya yang baru sahaja di basahkan di raup ke belakang. Sisi sinki di genggam kuat. Nafasnya naik turun seolah-olah sedang mengawal amarah.

Benar, dia sedang marah.

Dia angkat wajah memandang cermin di hadapannya. Wajah yang tegang itu perlahan-lahan kembali menjadi redup kembali. Dia perlu kawal perasaannya.

Janjinya harus di tunaikan.

Apapun yang bakal terjadi, dia harus akur pada janjinya.

"Aku minta maaf "

"Nusaybah"

Banyak rencana yang harus dia rancang dengan teliti. Dia tidak boleh gagal. Dia tak akan selamanya tunduk pada orang atasan. Dia tak akan jadi seperti ayah dan moyang-moyangnya terdahulu.

Mungkin mereka akur kerana di butakan oleh harta dan kesetiaan.

Tapi dia masih tidak buta.

Dan tak akan ada sesiapa pun yang mampu membutakan mata dan hatinya kecuali dirinya sendiri.

















*Hi! Tunggu update ke tu? Hihi maap takde idea, sebabtu slow:(

*Apa-apa pun kita bagi bonus lagi satu chap sebab harini bd author HAHAHHAHAHA;>

*Enjoy!

Continue Reading

You'll Also Like

34.4K 3.4K 50
CRYSTAL QEY QUIN adalah seorang wanita berkulit semula jadi cerah dan memiliki sepasang mata berwarna keemasan mampu menarik perhatian sesiapa saja...
33.3K 3.1K 34
⚠ Ini adalah sambungan kisah cinta hero & heroin DIA PENGAWAS NERD AKU.⚠ Kebahagiaan yang telah terbina atas dasar cinta seorang insan bernama Ari...
697K 35.4K 67
2nd story by FAzzahrah Status: COMPLETE [ in editing ] Cover by @MiaMie16 *-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-* Kehilangan identiti selama 11 tahun bukanlah seke...
51.2K 1.4K 34
New version ! HAURA KHUMAIRA & AIDEN ElHAQ START : 2.12.2023 END : 7.5.2024