AYSUN: The Unbend

By walnutchoc

5.5K 690 109

"Nobody can beat a woman with a strongwill." NUSAYBAH AL-KHAWLAH; THE RISE OF VALOROUS QUEEN. ⚠️ Bahasa kasa... More

awalan
1 (part 1)
2
3
4
5
6
7
8
10
11
12
13
14
15
16
17
18
19
20
21
22 (part 2)
23
24
25
26
27
28
29
30
32
33
34
35
36
37
38
39
40

9

201 19 3
By walnutchoc

Aku memeluk lutut. Terasa sunyi dan aman apabila lelaki-lelaki viking itu sudah mampus. Petang tadi, pemuda Ziggurat itu menghumban mayat-mayat mereka ke dalam laut di bantu beberapa anak kapal yang lain.

Nampak sangat mereka pun tidak gemar keberadaan lelaki-lelaki berkumis kuning kotor itu.

Selendang hitam aku lilit pada leher. Aku mendongak melihat langit. Aku merasa kagum. Melihat bulan di kelilingi berjuta-juta bintang. Sepertinya bulan itu yang terpaling megah di antara mereka bintang-bintang kecil.

Bolehkah aku menjadi seperti bulan?

"Ibu ayah, Nusa rasa Nusa dah ada cita-cita-"

"I... I think I want to be like a moon" tapak tangan ini menghala pada cahaya bulan.

"Can I be one, my lord? " Aku bersandar lemah pada kapal ini.

Hati ini masih bersedih. Hati ini masih kecewa. Hati ini masih marah.

Aku membenam wajah pada lutut. Mata ini mula memberat. Namun perut aku masih bergelora menahan lapar.

Aku tersentak apabila ada sesuatu yang besar dan suam di lekap pada belakang aku. Aku mengangkat wajah kembali. Pemuda Ziggurat itu menghulurkan aku sebiji kentang rebus. Teragak-agak aku mengambilnya.

Dia tidak memakai hud hitamnya lagi. Dia cuma memakai kemeja putih dan vest berwarna green mud sahaja.

Tidak tahu pula aku, lelaki ini tampan.

"Jangan pandang lama-lama, nanti kau jatuh hati dengan aku Aysun"

Aku menggeliat kegelian.

"Tak ingin " aku menjeling dia tajam. Tak mahu aku jatuh hati dekat lelaki yang kuat berahsia macam dia!

Sebaik sahaja mata ini melihat pesisiran pelabuhan, aku pantas berlari anak menuju ke penghadang kapal. Tangan ini menggenggam erat kayu penghadang kapal.

Geduk!

"Argh! "

"Aysun! "

Hampir saja aku terhumban ke bawah apabila kapal ini berlanggar dengan sesuatu di bawah. Nasib lelaki di belakang aku sempat menarik lengan aku. Dia menghela nafas lega.

Risau juga dia tentang aku hm.

Tapi aku tak rasa pun dia betul-betul risaukan aku. Haih. Kenapa lah dengan aku ni..

"Let's go "

Aku hanya mengangguk dan membuntuti lelaki ini. Tidak sangka aku berada di kapal ini selama seminggu lebih.

Hud nya di campak ke dalam laut. Aku berjalan laju di sebelah dia. Panasaran dengan tindakannya yang selalu di luar jangkaan aku.

"Kenapa kau buang? "

"Penyamaran aku dah habis. Tak ada guna pun aku pakai macam tu dekat tanah air sendiri" balasnya dengan senyuman di bibir. Aku hanya mengangguk faham sahaja.

"Jadi... Aku kena buang aku punya? "

"Tak perlu, keselamatan kau masih belum terjamin walaupun kau ada di sini"

Aku mengemam bibir. Betul juga kata dia. Pasti Putera Razeen masih mencari dan memburu aku. Tak mustahil mereka akan menghantar pembunuh upahan di seluruh empayar.

"Lepas ni-kau akan ting..eem tinggalkan aku eh? " Aku menelan air liur. Kenapa soalan aku yang ini agak kelat di mulut?

Dia berhenti secara tiba-tiba.

"If you want me to stay, then i'll stay. If you ask me to leave, then i'll do" matanya redup memandang aku. Sesekala pandangannya meragut perhatian aku daripada menoleh ke arah lain.

Aku tidak pernah ada kawan yang berlainan jantina sejak aku kecil. Jadi aku tidak memahami bagaimana rasanya jatuh hati atau di sukai lelaki-lelaki ajnabi.

Namun melihat cara ayahanda Sultan Tahir melayan ibu, badan aku sering menggingil takut dan geram. Aku tidak mahu mengulangi kesilapan ibu.

Aku berdehem.

"I have no one right now. So, what about you stay with me until it's all over Mr. Capricous? "

Dia ketawa kecil. "Aight, miss princessa. You will always need me to rely on, don't you?" sinis panggilannya pada aku.

Aku mengguling bola mata. Bukannya selalu pun aku berharap dekat dia!

Aku tarik beg lelaki ini sehingga di menoleh memandang aku. Keningnya terangkat sebelah. "Kita nak pergi mana ni Mr. Capricous? ".

"Pergi terbang "

"Hah? "

"Tak ada apa-apa"

"Cakap laaa " aku menggoyangkan begnya kuat. Dia mengeluh.

"Kan aku dah cakap, kita nak terbang " ujarnya sarkastik.

"It's not funny "

"It's not a joke Aysun "

"It is! " Aku mencerlungnya tajam.

Dia berjalan selangkah demi selangkah merapati aku. Aku terkedu dan kaki ini secara automatik menapak ke belakang. Kedua-dua belah pipi aku di tekup kuat. Aku menjerit kecil.

Ditolaknya wajah ini mendongak ke atas. Rahang aku jatuh.

"Did you see something? "

"Hot.. hot air ballon? " Aku membalas teragak-agak.

"Jenaka lagi ke bagi kau hm? " Dia menyoal sinis. Matanya tersenyum sekali.

"Hmm tak tak " aku tersengih.

Tapi belon udara panas tu terbang ke?


***

"hoş geldin (welcome) ya akhi "

"Hoş bulduk (glad to be here) " Mr, Capricous di sebelah aku ini memyambut salam lelaki 30-an di hadapan kami.

Aku hanya diam. Aku tak tahu apa yang mereka bualkan. Jadi aku hanya tersenyum.

"Memleketiniz nerede? (Where are you from?)" Dia beralih memandang aku pula.

"Uh.. eer mem le what? " Aku tersengih.

"o türk değil (she's not a turkish) " lelaki di sebelah aku memotong laju.

"Ohh naa'm naa'm " dia mengangguk berkali-kali.

Dia membuka pintu belon udara di belakangnya. Jujurnya aku merasa teruja yang amat saat ini. Aku tidak pernah melihat belon udara secara depan-depan sebelum ini. Aku hanya mampu melihatnya di dalam buku saja.

Aku masih tidak mengenal dunia. Aku masih terperangkap dalam penjara yang aku bina sendiri.

Sebaik sahaja kami berada di dalam, lelaki itu segera melepaskan tali yang melilit penahan di tanah. "iyi günler! (Enjoy your day!) " Ujarnya sambil melambai-lambai tangan ke arah kami. Mr. Capricous di sebelah aku menunduk sedikit dengan tangan kanannya yang melekap di dada kiri.

Belon ini perlahan-lahan ingin menyentuh langit. Aku memegang erat pemegangnya. Mata ini aku pejam rapat. Tenang rasanya apabila angin lembut membelai seluruh wajah aku.

Dia yang dari tadi berada di belakang aku mula menapak dan berdiri di sebelah aku. "Kenapa kau bawa aku pergi sini? " Aku menyoal dia.

"Adalah "

Aku mendengus.

"Semua benda nak berahsia, bukannya aku tanya kau nak anak berapa pun! " Aku bersuara tidak puas hati perlahan. Langsung tidak sedar apa yang keluar dari mulut puaka ini.

"Macam la kau nak jadi isteri aku budak kecil "

Pipi aku mula terasa kebas. Aku yakin muka aku sudah kemerahan.

Argh!

Ni tak boleh jadi. Aku harus tolak tepi rasa malu ini! Shuh shuh..

"I'm not a teenager anymore!" Aku mencerlungnya tajam. Silap-silap dia yang masih budak!

"I'm 21! "

Walhal aku sebenarnya masih 19. Aku tersenyum sumbing.

"And i'm 27 "

Senyuman aku hilang serta-merta. Tak mungkin....

"Tapi- "

"Kau tak macam 27 tahun pun.. do not lie little old man " aku tersenyum jengkel. Pasti lelaki ini sedang menipu aku.

Dia fikir dia boleh tipu aku huh?

"Mungkin aku ni awet muda. Jadi aku rasa tak perlu agaknya nak bagi proof dekat budak kecil macam kau ni "

"Kau ni... Jangan sampai aku bel-"

"What you can do to me right now little girl? " Pintasnya membuatkan aku terdiam.

Dia melangkah merapati aku. "Bagitahu aku", aku semakin menjauh ke belakang sehinggakan belakang aku terlanggar penghadang.

Sial.

Senyumannya semakin menjengkelkan.

Oh tuhan, mengapa lelaki ini sangat cepat berubah?!

"Do i need to put you under my sweetest spell so you can shut your little mouth, Aysun " dia berbicara halus. Kedua-dua tangannya mengepung aku.

Aku menoleh kebelakang. Pokok-pokok besar dan tasik-tasik kecil seolah-olah melambai aku dari bawah. Seperti ingin aku jatuh!

Ya allah,

Tingginya!!

"Aku tak faham. Kenapa kau suka berahsia? Are you really a good man or else? Or did you try to take benefits from people that you helped? " Aku masih dengan prinsip aku, stay curious until you get the answers.

"Kau pernah dengar tentang Robin Hood? " Dia menyoal secara tiba-tiba.

Aku terdiam.

"Kenapa dengan si pencuri tu? "

"Maybe we are the same "

"I'm neither good or bad. Aku buat apa yang aku suka dan tolong orang yang aku nak saja. Sounds like a selfish person right, little aysun? "

"Indeed it is"

"But that's the world we live in right now. Bukan semua orang kau perlu tolong pun"

"And now you're one of the things i stole, and just now you became my property" dia tersenyum manis.

Hati aku hampir tercabut. Oh tuhan selamatkan aku! Jauhkan aku dari lelaki Capricous bermulut manis tawar pahit masin ini!

"Eh? " Aku menyenget kepala apabila ada seekor burung merpati terbang ke arah kami. Lelaki ini turut menoleh ke belakang.

Burung merpati putih itu mendarat di atas bahu kanan lelaki ini setelah melepaskan sepucuk surat bergulung.

Dia melepaskan tangannya dari memegang penghadang.  Aku melepaskan nafas lega. Bebas juga aku daripada di kepung lelaki ini..

"Petang nanti kita akan bertolak ke istana"

Surat di tangannya di gulung lalu di simpan ke dalam poket.


Continue Reading

You'll Also Like

69.9K 2.4K 14
Hadinah Humairah adalah seseorang yang sangat handal dalam bela diri.Dia tidak suka orang menyibuk tentang identiti dirinya sendiri.Dia juga merupaka...
72K 5.4K 58
Sequel dari cerita Breaking The Rule Breaker. Serafina Katniss, 21 tahun. Lepasan akademi. Disebabkan dia tak suka belajar, dia cuba cari kerja deka...
59.4K 6.2K 25
Mungkin hanya ilusi atau fantasi... Atau mungkinkah ia realiti? "Dinda boleh melupakan segala memori di sini tapi cuma jangan satu." "Apakah ia kanda...
158K 10.2K 32
Adam Hirdy | Azalea