AYSUN: The Unbend

By walnutchoc

5.4K 688 109

"Nobody can beat a woman with a strongwill." NUSAYBAH AL-KHAWLAH; THE RISE OF VALOROUS QUEEN. ⚠️ Bahasa kasa... More

awalan
1 (part 1)
2
3
4
6
7
8
9
10
11
12
13
14
15
16
17
18
19
20
21
22 (part 2)
23
24
25
26
27
28
29
30
32
33
34
35
36
37
38
39

5

201 22 2
By walnutchoc

10 TAHUN kini berlalu, namun memori itu masih segar di ingatan aku.

Sakit, perit, sedih dan marah sebati dengan diri ini. Bernanah dan berdarah namun tidak terlihat oleh mata kasar. Aku tertawa sinis. Siapa saja yang ingin melihat derita orang lain? Mereka hanya mahu orang lain memahami derita mereka saja!

Semakin aku membesar, semakin bertambah rasa kecewa apabila tiada yang ingin mempertahankan aku dan ibu.

Zap!

Anak panah yang baru aku pasang pada pemanah di genggam kuat. Aku tarik talinya selaras dengan sasaran aku. Sebelah mata terpejam. Aku lepaskan tali ini dan ...

Zap!

Sekali lagi.

Titik tengah pointer yang ada pada batang pokok besar itu aku berjaya tewaskan dengan sasaran ini.

"Nusa "

Aku menoleh.

"Ayah "

Wajah panglima di hadapan aku ini sudah kelihatan kedutannya, jelas menunjukkan dia semakin berusia. Namun susuk inilah yang menyayangi aku seolah-olah aku adalah anak gadisnya. Daripada panggilan 'pak cik Yazid ' kini berubah kepada 'ayah'.

Di saat ayah kandung sendiri membuang aku seperti sampah berulat, Jeneral Yazid mengangkat martabat aku sebagai anaknya.

"Mereka semua tak ada di istana sekarang, ayah rasa.. inilah peluang kamu untuk berjumpa dengan permaisuri Mawaddah"

"Mereka pergi mana pula kali ni? Bukan Raja Tahir sakit ke? " Hairan aku.

Ayah ketawa.

"Macam lah Nusa tak tau dengan perangai dua beranak tu. Gila harta. Gila duniawi "

Aku tersenyum sinis.

Rasanya, inilah yang Raja Tahir mahukan. Bukan?

Isteri tercinta dan anak lelaki peneraju generasi pemerintahan agung-nya konon. Sampaikan dia sakit di kamar, dua manusia itu masih sibuk dengan urusan dunia.

Raja Tahir, lelaki tua masih membenci aku sampai sekarang. Aku sendiri tak faham. Bagaimana boleh wujud bapa yang membenci benih sendiri. Aku tidak faham apa yang hinanya dengan diri aku ini.

Sukar sangatkah untuk menerima hakikat bahawa aku ini anaknya. Memalukan sangatkah aku untuk di panggil sang anak.

"Nusa pergi dulu ya ayah " ujar aku sambil menanggalkan sarung pemanah. Crossbow itu aku beri pada ayah.

"Hati-hati"

Aku hanya mengangguk dengan senyuman lalu beredar.

Reben hitam yang mengikat rambut aku leraikan dan aku simpan ke dalam poket.

Mata ini terangkat melihat istana megah dari puncak bukit yang menghijau ini. Saat pandangan ini menatap istana emas itu, beribu rasa yang membenam di raga dan menyimpan berjuta dendam dan amarah ini menggelodak.

Aku akan ambil hak aku.

I'll conquer the castle and  even this empire, The Al-Andalus.

Bermula saat ini,

Ini sumpah aku.

×××

Aku memerhati Sultan Tahir di sebalik tirai emas ini. Lelaki tua itu tenat. Sudah hampir tandus nyawanya, namun masih angkuh. Lagaknya seperti pangkat dan hartanya bisa di bawa mati.

"Si.. siapa bagi kau kebenauhuk! kebenaran masuk kamar aku? " Suara sakit itu membuatkan aku tersentak sedikit. Serak-serak seolah-olah menahan batuk.

Tersinis aku mendengar soalannya. Tidak tahukah lelaki itu, aku boleh membunuh dia bila-bila masa sahaja? Tidak sedarkah dia, aku sudah sabar begitu lama. Cukup baik aku ingin melawat dirinya yang nyawa-nyawa ikan itu.

Aku tidak menghiraukan soalannya malah melangkah mendekati katil itu.

Wajah Sultan Tahir sudah tidak ubah seperti mayat hidup. Matanya berselaput kelabu dengan sisa tahi mata di penjuru kedua-kedua belah mata tua itu. Wajahnya cengkung dan berkedut. Bibirnya merekah dengan warna hitam pekat.

Namun lelaki ini masih membenci aku. Pandangannya masih sama seperti dulu. Tatapan benci dan geli.

"Bebaskan ibu aku " aku bersuara tegas. Tidak mahu berselindung di sebalik kata-kata lagi.

Sultan Tahir terdiam seaat sebelum dia ketawa terbahak-bahak.

"Kau.. kau—ingat k-kau siapa? "

Aku ketawa sinis.

"Aku? " Aku menunjal sisi kepala sendiri.

"Aku Puteri Nusaybah Al-Khawlah Binti Sultan Tahir Ali Ar-Razi"

"Puteri sulung Sultan TAHIR dan Permaisuri MAWADDAH. Pewaris SAH Empayar Al-Andalus "

"Cukup? "

"Ke masih tak cukup perkenalan anakanda ni wahai ayahanda? "

Sultan Tahir terbungkam. Sesaat kemudian dia terbatuk-batuk kuat sehingga darah keluar daripada mulutnya itu. Aku tersentak seketika. Mata aku tidak lepas daripada melihatnya. Raja Tahir mencapai gelas air di atas meja lalu meneguk rakus.

Namun semakin lama keadaannya semakin parah. Dia mula menggila  Aku kelu.

"S-SAKIT!!! "

"ARGHHH!!! SAKIT AKU SAKIT!!! "

"T-tuanku? "

Dia mencengkam rambutnya  dan menarik-narik kasar. Aku bergegas keluar dari kamarnya dan mata aku meliar mencari pengawal istana.

"Pengawal! Sultan Tahir! "

Namun sebaik sahaja pengawal-pengawal istana memasuki kamar Raj Tahir. Lelaki itu sudah tidak bernyawa. Goblet glass di tangannya jatuh ke lantai dan pecah berderai.

Aku terdiam.

Sultan Tahir— sudah tiada?

Belakang badan aku berlanggar pada dinding. Tubuh ini perlahan-lahan melorot jatuh.

Sekeping jiwa yang aku miliki ini bercampur baur perasaannya. Aku tidak tahu. Aku masih kecewa tidak dapat mendengar lelaki itu memanggil aku sebagai anaknya. Mengapa dia harus pergi tanpa sempat menerima aku sebagai anak perempuannya!?

"Kau kejam.."

Aku mengetap gigi. Mata aku sudah bertakung. Tanpa menunggu lama, aku berlari meninggalkan kawasan itu. Deringan nyaring beduk istana semakin lama semakin kuat. Aku menutup kedua-dua telinga aku dan terus menuju ke penjara bawah tanah.

Aku perlu bebaskan ibu sendiri. Aku tahu perkara buruk akan berlaku sebaik sahaja Raja Tahir mangkat. Mereka pasti akan menjatuhkan aku seteruk-teruknya.

Aku berhenti mengejut apabila seseorang muncul di sebalik dinding.

Putera Razeen!

Setahu aku lelaki ini tiada di istana?!

"Kau... "

Dia mengukir senyuman tajam. Tawa jahatnya mula menghiasi suasana sepi bawah tanah ini.

"Lepaskan ibu aku "

"Kalau aku kata aku tak mahu"

Aku mengetap gigi.

"Kau tak ada hak!! Sultan Tahir baru saja mangkat dan kau tak naik takhta lagi Razeen! "

Dia tersenyum.

"Pengawal "

Aku berundur kebelakang apabila pengawal-pengawal istana muncul di belakang lelaki itu.

Sial.

"Aku tahu.. kau yang bunuh Sultan Tahir!" aku menikam pandangannya.

"Bad people don't die easily, so i helped him to make it easy "

"You're the bad one too! "

"That's it "

Darah aku menggelegak. Hati aku sakit.

"Sumbat dia dalam penjara pengawal " sebaik sahaja perintah itu keluar dari mulutnya. Lengan aku di cengkam kasar. Aku meronta-ronta.

"Lepas! Lepaslah bodoh!!! " Kaki aku cuba menendang askar di hadapan ini.

Namun hampa, aku terus di seret tanpa belas kasihan.

"Your mom will be execute tommorow"

Jantung aku luruh.

"KAU MEMANG SIAL RAZEEN!! "

Continue Reading

You'll Also Like

59.1K 6.2K 25
Mungkin hanya ilusi atau fantasi... Atau mungkinkah ia realiti? "Dinda boleh melupakan segala memori di sini tapi cuma jangan satu." "Apakah ia kanda...
697K 35.4K 67
2nd story by FAzzahrah Status: COMPLETE [ in editing ] Cover by @MiaMie16 *-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-* Kehilangan identiti selama 11 tahun bukanlah seke...
290K 18.8K 44
[ ON- GOING] Dia... Leftenan Zar Uzair, pemegang amanah yang teragung, pada fikiranya ini jalan yang dipilih, tanggungjawab yang dipikul asbab mengap...
33.3K 3.1K 34
⚠ Ini adalah sambungan kisah cinta hero & heroin DIA PENGAWAS NERD AKU.⚠ Kebahagiaan yang telah terbina atas dasar cinta seorang insan bernama Ari...