Masa di Turki - 8 pagi
Masa di Malaysia - 1 petang
Perbezaan masa Turki lebih lambat daripada Malaysia selama 5 jam.
#Take noted
"So, kita nak gerak sekarang ke?" Tanya Qaisha dengan penuh teruja. Daripada malam tadi dia langsung tak dapat tidur dengan lena kerana terlalu teruja berada di bumi Turki.
"Iyup, kita breakfast dekat mana-mana kedai dulu then baru kita gerak ke Istanbul." Jawab Blade sambil menghidupkan enjin kereta.
Qaisha meliarkan matanya melihat suasana kawasan perumahan rumah mendiang ibu bapa mertuanya iaitu rumah keluarga Blade. Sangat tenang dan mendamaikan.
Sebaik sahaja tiba di Turki, mereka berdua naik teksi menuju ke rumah keluarga Blade atas kehendak suaminya sendiri dan dia tidak membantah. Dia yakin pasti Blade rindukan rumah keluarganya yang sudah lama kosong tidak berpenghuni.
"Blade?Sen olduğunu?"
(Blade? Adakah itu kamu?)
Qaisha yang asyik melihat pemandangan di sekelilingnya tersentak apabila seorang wanita yang berusia menyapa Blade dengan bahasa asing. Dia cuma faham perkataan Blade sahaja. Selebihnya dia tidak faham.
"Aunty Anne? Nasılsınız? Aunty Anne ailesi sağlıklı mı?" Balas Blade dengan ramah.
(Aunty Anne? Apa khabar? Keluarga Aunty Anne sihat?)
Wanita berusia yang di panggil Aunty Anne itu mengukir senyuman lebar apabila tekaannya adalah benar sama sekali.
"Teyzenizin ailesi sağlıklı. Uzun zamandır eve gelmiyorsun. O kadın kim? Kız arkadaşın? " Tanya Aunty Anne merujuk kepada Qaisha yang sedang memerhatikannya. Cantik orangnya.
(Aunty sekeluarga semua sihat. Sudah lama kamu tak pulang. Siapa wanita itu? Teman wanita kamu?)
"Bir süreliğine eve gidiyorum. Bir hafta. O benim karım, Qaisha Izzati. balayımız için buradayız."
(Saya pulang hanya sekejap sahaja. Satu minggu. Itu isteri saya, Qaisha Izzati. Kami ke sini untuk berbulan madu.)
"Evli misin? Seni kutlarım. Annen ve baban hala orada olsaydı, çok mutlu olurlardı." Ujar Aunty Anne dengan gembira.
(Kamu dah kahwin? Tahniah saya ucapkan. Kalau ibu dan ayah kamu masih ada pasti mereka berdua sangat gembira.)
Blade mengukir senyuman nipis.
"Eminim ikisi de çok mutludur. Anne Teyze'nin bildiği kadarıyla Qayyum 10 ay sonra evleniyor. Ann Teyze'yi davet etmek istiyorum."
(Saya pasti mereka berdua sangat gembira. Untuk pengetahuan Aunty Anne, Qayyum bakal berkahwin pada bulan 10 tahun ini. Jadi, saya nak jemput Aunty Anne sekeluarga datang ke majlis Qayyum.)
"Qayyum evlenmek istiyor?" Aunty Anne terkejut tetapi dalam masa yang sama dia berasa amat teruja.
(Qayyum nak berkahwin?)
"Teyze kesinlikle teyzenin ailesiyle gelecek. Siz ikiniz büyüksünüz. Eskiden küçüktünüz, siz ikiniz, hahahaha, tamam, böyle, Blade bana bir telefon numarası verdi. Daha sonra teyzen telefonu evet."
(Aunty pasti akan datang dengan keluarga aunty. Besar dah kamu berdua. Dulu kecik-kecik je kamu berdua hahahaha okey macam ni Blade beri nombor telephone kamu pada aunty. Apa-apa hal nanti aunty telephone kamu ya.)
"Evet."
(Boleh.)
Setelah memberikan nombor phonenya pada Aunty Anne, Aunty Anne meminta diri untuk pulang ke rumah memandangkan mereka berdua sudah terlalu lama bersembang.
"Sha, let's go." Laung Blade.
Qaisha yang asyik memerhatikan Aunty Anne tersentak apabila Blade memanggilnya. Cepat-cepat dia bangun lalu menuju ke kereta Blade.
"Siapa mak cik tu?" Tanya Qaisha tertanya-tanya. Kemain rancak mereka berdua bersembang.
"Aunty Anne dan dia kawan baik mumma that's why kitorang rapat dengan keluarga Aunty Anne." Jawab Blade ringkas.
Qaisha meng'o'kan saja.
Tak menunggu lama mereka berdua pun terus masuk ke dalam kereta.
"Nak breakfast dekat mana?" Perut sudah berkeroncong. Bukan perut dia saja malah perut Blade turut berkeroncong sama. Lapar!
Mana tak lapar daripada malam tadi mereka berdua tak makan apa-apa kerana sibuk mengemas rumah keluarga Blade yang sangat berhabuk. Sibuk mengemas sampai lah ke malam tanpa menjamah apa-apa. Hanya minum air kosong sahaja. Lepas mandi, solat isya' terus mereka berdua terlelap atas katil setelah memasang cadar.
Blade melilaukan matanya melihat sekeliling mencari kedai makan. Tak kisah lah kedai apa-apa asalkan halal dan perut pun kenyang. Jalan punya jalan, Blade ternampak satu kedai makan yang agak menarik perhatiannya tidak jauh daripada pandangan matanya.
Bitlisli
"Sampai." Brek di tarik. Enjin kereta dimatikan.
"Kedai apa ni?" Tanya Qaisha. Tak ramai tapi kelihatan agak meriah di dalam kedai itu.
"Kedai makan."
Qaisha buat muka toya.
"Tahu kedai makan takkan kedai tayar kereta pula."
Blade menahan dirinya daripada mengukir senyuman lucu.
"Kedai makan makanan Turki, Bitlisli."
Lagi sekali jawapan yang agak annoying daripada Blade. Takkan kedai makan makanan Melayu pula aiyyyy... Malas nak layan, Qaisha keluar daripada kereta terlebih dahulu.
Blade mengangkat bahu.
Sikit-sikit nak marah. Perempuan memang macam ni aee? Suka sangat moody tak tentu pasal. Tak faham.
"Hoşgeldiniz efendim." Ucap penyambut tetamu sebaik sahaja Blade dan Qaisha masuk ke dalam.
(Selamat datang tuan, puan.)
Qaisha terpinga-pinga tidak faham apa yang dituturkan oleh penyambut tetamu itu. Dia hanya mengangguk kecil saja sebagai balasan pada penyambut lelaki tersebut.
"Teşekkürler." Balas Blade pada penyambut lelaki itu agar tidak membuatkan mereka berdua seperti seorang yang sombong.
(Terima kasih.)
Qaisha bukannya faham pun. Jalan pun menonong je. Lapar sangat tu.
Duduk saja seorang pelayan perempuan datang ke meja mereka untuk mengambil pesanan. Qaisha serahkan saja pada Blade untuk mereka sarapan. Tak faham langsung apa yang terpapar pada buku menu itu. Nampaknya dia kena belajar bahasa Turki ni.
Selesai bersarapan, mereka terus gerak ke Istanbul seperti yang telah di rancang oleh Qaisha. Tidak sampai setengah jam memandu, mereka berdua tiba di destinasi mereka.
ISTANBUL
Terpapar besar di hadapan pintu gerbang masuk ke tempat itu membuatkan Qaisha bertambah teruja. Tidak sabar mahu berjalan-jalan di bumi Turki ini.
"So, nak pergi mana dulu?" Soal Blade sebaik sahaja memakirkan kereta di ruangan pakir kereta yang disediakan untuk pelancong.
"Eh? Kau tanya aku nak pergi mana? Mana aku tahu nak pergi mana. Ni bukan tempat aku. Kau lah yang patutnya ajak aku pergi tempat-tempat yang best dekat sini. Ni kan tempat lahir kau."
Blade mengerutkan wajahnya.
Aik, dia pula yang kena?
Siapa yang beria sangat nak pergi Istanbul ni? Dia atau Qaisha?
Nak je jentik dahi isterinya itu tapi dia tidak mahu pula merosakkan mood Qaisha yang tengah happy itu.
"Honey, i don't know where are you want to go. Istanbul ni besar, bandar bersejarah bukannya macam Pulau Langkawi yang hanya pantai dan pemandangan yang indah semata-mata." Balas Blade berbaur sindiran.
Qaisha tersengih. Bukan kerana sindiran Blade tetapi kerana perkataan honey itu. Kembang hatinya.
"Ala jalan je lah. Sambil jalan tu sambil tengok. Okey jom gerak. Let's go darling...." Qaisha meleretkan perkataan darling itu supaya Blade tidak membebel padanya. Mana tahu cair ke kan? Tapi hati Blade yang keras seperti batu konkrit tu mudah cair ke?
Blade meng'hmmm'kan saja. Layankan saja apa yang cik isterinya minta.
Darling ehhhh....
Dia mengukir senyuman senget tanpa di sedari oleh Qaisha yang sudah pun keluar daripada kereta.
Hagia Sophia
Qaisha takjub melihat bangunan yang besar berdiri gah di hadapannya itu dengan mulut yang sedikit menganga.
Besar, luas dan sangat cantik!
"Tutup sikit mulut tu. Lalat masuk tak pasal-pasal tercekik lalat." Tegur Blade.
Terus Qaisha mencebik. Blade ni memang minta kena stapler agaknya mulut tu. Eeiiii geram je.
"Ishhhh aku teruja lah. Kau ni cuba jangan spoilkan mood aku."
Blade tertawa kecil. Dia menarik pipi Qaisha dengan geram. Geram sangat dengan Qaisha. Geram sebab comel bila Qaisha buat muka geram macam tu.
Qaisha mengerutkan wajahnya. Dia menolak tangan Blade yang menarik-narik pipinya.
"Jangan lah tarik-tarik pipi aku. Sakit tahu tak." Marahnya. Pipinya di usap-usap.
Blade tersengih.
"Let's go. Aku akan ceritakan serba sedikit tentang sejarah Hagia Sophia. Aku harap kau tak bosan. Istanbul bandar yang penuh dengan sejarah. Why not you learn about my country history, right honey?"
"Why not, darling..." Balas Qaisha dengan senyuman senget. Bosan? Dia tak akan pernah bosan apabila dengan Blade. Hikhik....
"Jom." Blade mencapai tangan Qaisha lalu di genggam erat. Qaisha tersentak tapi dia tidak menepis bah kan mengeratkan lagi pegangan mereka berdua.
"Hagia Sophia atau sebahagian masyarakat menyebutnya dengan nama Aya Sofya atau St Sofia membawa maksud Kebijaksanaan Suci. Ia merupakan bangunan tinggalan gereja yang dibina pada abad ke 4. Hagia Sophia pada awalnya merupakan bangunan Gereja Ortodoks Yunani yang di bangunkan oleh Kaisar Justinian I bagi menggantikan bangunan gereja sebelumnya yang di bakar.
Hagia Sophia ini berdiri teguh selama 1400 tahun. Bangunan ini menjadi tumpuan utama pelancong ke Turki. Selama hampir enam dekad ia menjadi gereja Roman Katolik. Kemudiannya ia menjadi masjid pada tahun 1453 dan kekal sehinggalah ianya di tutup pada tahun 1931.
Bangunan ini di buka semula sebagai muzium pada tahun 1935. Dahulu, ia adalah katedral terbesar di dunia, dan menjadi inspirasi kepada masjid-masjid lain termasuklah Masjid Biru kerana Seni Bina Byzantinenya yang hebat." Terang Blade panjang lebar sepanjang mereka berdua berjalan di dalam Hagia Sophia ini.
"Gaya kau cakap macam orang yang guide pelancong hahahaha...." Gurau Qaisha.
Apa yang diterangkan oleh Blade itu sangat jelas walaupun ringkas tapi padat.
"Well, you can say like that because you are a tourist at bere and i will guide you young lady." Kata Blade berbaur gurauan.
Qaisha ketawa.
Young lady huh?
Hahahahaha....
"Thank you, my man." Qaisha mengenyitkan matanya pada Blade.
Ternaik kening Blade melihat aksi nakal Qaisha itu. Amboi, pandai dah nak kenyit-kenyit mata.
"Adakah ini salah satu cara kau nak goda aku?"
"Maybe?" Qaisha menjongketkan bahunya.
"Tadi kau ada sebut tentang Masjid Biru. Jom pergi sana."
Mereka berdua pun berjalan keluar daripada Hagia Sohia untuk menuju ke destinasi mereka yang seterusnya.
Masjid Biru.
Perjalanan tidak jauh daripada Hagia Sophia. Qaisha langsung tidak berasa penat. Blade mengerling ke arah Qaisha yang ternyata teruja melihat suasana di Istanbul. Dia mengukir senyuman kecil.
"I'm sorry, aku tak tahu sangat pasal Masjid Biru ni. So, kita tengok-tengok je lah ya." Kata Blade sebaik sahaja mereka berdua tiba di hadapan Masjid Biru.
Qaisha menoleh ke arah Blade dengan senyuman.
"It's okay, jom masuk." Dia menarik tangan Blade agar mereka masuk ke dalam untuk melihat keadan di dalam Masjid Biru itu.
Daripada bentuk dan luaran masjid itu kelihatan cantik dan besar apatah lagi apabila berada di dalam masjid itu. Pasti lebih cantik!
"Wowwww cantiknyaaaaa....." Qaisha sangat-sangat teruja sehingga tidak sedar dia terjerit kecil kerana terlalu takjub.
"Beautiful." Blade turut takjub sama.
"Sultanahmet Camii veya Sultan Ahmed Camii olarak bilinen Türkiye'nin En Büyük Şehri İstanbul'da bulunan bir camidir. Sultanahmet Camii, Osmanlı Padişahlarının ikametgahı olan Topkapı Sarayı'nın yakınında yer almaktadır 1853'e kadar ve Boğaziçi boğazından çok uzakta değil.
Bu cami, içindeki boyanın rengi maviye boyandığı için bir zamanlar Sultanahmet Camii olarak biliniyordu. Aynı zamanda Bizans ve İslami olmak üzere iki mimari stili birleştirir. Cami, Türkiye'nin bir numaralı seramik üreticisi olarak İznik ilçesinden 20.000 mavi seramikle dekore edilmiştir.
Bu caminin zemini en iyi ipek dokumacılardan yapılmış ipek halılarla kaplıdır. Sultanahmet Camii'nin içinde 60 cam pencere var Mihrap bile güzel tam el oymaları ile Mermerden yapılmıştır."
(Masjid Biru atau dikenali sebagai Masjid Sultan Ahmed merupakan masjid yang berada di istanbul, Kota Terbesar Turki. Masjid Biru ini terletak berhampiran dengan Istana Topkapi, tempat kediaman para Sultan Uttmaniyah sehingga tahun 1853 dan tidak jauh dari selat Bosphorus.
Masjid ini dikenali sebagai Masjid Biru suatu ketika dahulu adalah kerana warna cat didalamnya di cat dengan warna biru. Ia juga menggabungkan dua gaya seni bina iaitu Byzantium dan islam. Masjid ini dihiasi dengan 20,000 seramik biru dari daerah Iznik sebagai penghasil seramik nombor satu di Turki.
Lantai di masjid ini dilitupi dengan karpet sutera yang dihasilkan dari pemintal sutera terbaik. Terdapat 60 jendela kaca di dalam Masjid Biru ini malah Mihrabnya pula diperbuat daripada Marmar dengan pahatan tangan lengkap yang cantik.)
Blade dan Qaisha pusing ke belakang.
Kelihatan seorang lelaki dalam likungan 30-an berdiri di belakang mereka dengan senyuman kecil.
Qaisha mengerut dahi tidak faham.
"Açıklama için teşekkürler." Ucap Blade.
(Terima kasih atas penerangan.)
"Aynen tahminim sen türk vatandaşısın." Tutur lelaki itu dengan ketawa kecil. Memang sengaja dia bertutur dalam bahasa Turki kerana dia mahu melihat reaksi daripada pasangan di hadapannya ini.
(Tepat sangkaan saya, kamu adalah warga Turki.)
Pada mulanya dia menyangkakan mereka berdua adalah pelancong daripada luar negara tetapi setelah dia mengamati lelaki di hadapannya ini seperti warganegara Turki jadi dia sengaja bertutur dalam bahasa mereka sendiri dan sangkaannya tepat sekali.
"Ben Türküm ama eşim Malezyalı." Balas Blade sambil memaut bahu Qaisha.
(Saya orang Turki tapi isteri saya orang Malaysia.)
Qaisha blur. Apa hal ni? Tiba-tiba je paut bahu dia.
"Oh, böyle. Siz ikiniz mükemmelsiniz." Kata lelaki itu dengan jujur. Dia menunjukkan kamera polaroidnya pada Blade.
(Oh, macam tu. Kamu berdua sangat sesuai.)
"Burada hatıra olarak ikinizin fotoğrafını çekmemi ister misiniz? Merak etme ben samimiyim."
(Mahu saya ambilkan gambar kamu berdua sebagai kenangan di sini? Jangan risau, saya ikhlas.)
Blade mengangguk setuju. Apa salahnya kan?
Lelaki itu berundur beberapa langkah ke belakang untuk mengambil gambar pasangan suami isteri tersebut dengan berlatarkan dalaman Masjid Biru ini.
"Orang tu nak buat apa?" Tanya Qaisha dengan pelik.
"Dia tolong ambil gambar kita berdua." Pinggang Qaisha di peluk mesra.
Qaisha tersentak. Jantungnya berdegup kencang.
"Ready...."
Qaisha memang ke depan melihat lelaki tersebut mula mengira untuk mengambil gambar mereka berdua. Dia mengukir senyuman manis.
Snap
"Güzel." Puji lelaki itu.
(Cantik.)
Beberapa saat kemudian gambar yang di ambilnya pun keluar. Terus dia menyerahkan gambar tersebut pada Blade.
"Teşekkürler."
(Terima kasih.)
"Tamam önce ben gideyim." Lelaki itu pun beredar pergi tidak mahu mengganggu pasangan itu.
(Sama-sama, saya pergi dulu.)
"Eeeiiii cantiknya gambar ni!" Puji Qaisha.
Pandai betul lelaki itu ambil gambar seperti seorang yang profesional.
"So, kita nak pergi mana pula?" Tanya Qaisha.
"Kita pergi makan tengah hari lepas tu solat zohor dulu sebelum kita sambung ke tempat lain." Ujar Blade setelah melihat jam pada skrin Iphonenya yang sudah menunjukkan jam satu petang.
"Okey jom."