OUR BEAUTIFUL FATE √√

By syxhxris

149K 18.3K 4.4K

[Book 4] Blade Da Erol Lelaki Turki yang tiada agama dan hanya setia pada Steve, tuannya. Cinta? Perempuan? L... More

Sinopsis
Bab 1
Bab 2
Bab 3
Bab 4
Bab 5
Bab 6
Bab 7
Bab 8
Bab 9
Bab 10
Bab 11
Bab 12
Bab 13
Bab 14
Bab 15
Bab 16
Bab 17
Bab 18
Bab 19
Bab 20
Bab 21
Bab 22
Bab 23
Bab 24
Bab 25
Bab 26
Bab 27
Bab 28
Bab 29
Bab 30
Bab 31
Bab 32
Bab 33
Bab 34
Bab 35
Bab 36
Bab 37
Bab 38
Bab 39
Bab 40
Bab 41
Bab 42
Bab 43
Bab 44
Bab 45
Bab 46
Bab 47
Bab 48
Bab 49
Bab 50
Bab 51
Bab 52
Bab 53
Bab 55
Bab 56
Bab 57
Bab 58
Bab 59
Bab 60
Bab 61
Bab 62
Bab 63
Bab 64
Bab 65
Bab 66
Bab 67
Bab 68
Bab 69
Characternime
New Story
New Ebook Story

Bab 54

1.5K 239 62
By syxhxris

"Aku nak tunang dengan Mardhiah."

Blade dan Qaisha yang sedang santai di ruang tamu menonton televisyen terus menoleh ke arah Qayyum yang menuju ke arah mereka berdua.

Qaisha yang sedang mengunyah kerepek terus terhenti. Qayyum yang duduk di sofa single di pandang pelik. Tiba-tiba je ni dah kenapa?

"Are you serious?" Tanya Blade.

Qayyum mengangguk kecil. Takkan dia nak buat main tentang hal ini. Dia kan nak kahwin dengan Mardhiah tapi dia nak tunang dulu. Saja nak ikut adat melayu.

"Why tak kahwin terus?" Soal Qaisha pula. Bukankah lebih baik kahwin daripada bertunang? Jimat dan mudah. Islam kan mudah.

Blade mengangguk setuju dengan kata-kata Qaisha. Yelah, tak perlu nak bertunang jika boleh melangsungkan perkahwinan terus.

"Saja nak ikut adat melayu. Lagi pun dalam tempoh bertunang ni aku akan cuba selesaikan apa yang patut untuk persiapan perkahwinan aku nanti." Jawab Qayyum santai.

Kalau setakat nak buat ujian HIV tu bila-bila masa je dia boleh buat. Cuma khusus kahwin dengan nak cari barang kahwin je susah sikit memandangkan dia terlalu sibuk. Waktu cuti pun dia banyak tidur daripada keluar. Yelah, waktu cutikan waktu untuk berehat.

"Kau dah cari cincin tunang ke?" Tidak mahu membantah Qaisha setujukan saja. Biar lah asalkan Qayyum memang ada niat untuk berkahwin dengan kakak kembarnya. Itu pun sudah cukup membuatkan dia gembira untuk Mardhiah.

"Dah!" Jawab Qayyum dengan semangat. Dia mengeluarkan sebuah kotak cincin dalam poket seluarnya.

Ternaik kening Blade. Wowww pantas ya!

Qaisha dan Blade mereka berdua terpaku pada sepasang cincin yang berada di dalam kotak cincin atas tapak tangan Qayyum.

"Simple but nice." Puji Blade. Pandai Qayyum pilih design. Ingatkan tahu pilih design pisau bedah je hahahaha tak tak gurau-gurau je okey.

"Sempat kau beli cincin ni. Bila masa kau beli? Ke dah beli lama?"

"Baru beli masa waktu rehat tadi. Kedai emas pun memang tak jauh daripada hospital, alang-alang tu aku pergi beli kejap lepas makan."

Qaisha mengangguk kecil. Memang kawasan hospial tempat Qayyum kerja itu banyak kemudahan. Dekat dengan restoran, kedai pakaian dan macam-macam lah. Memang mudah nak cari kedai apa-apa dekat area situ.

"Bila nak sarung cincin? Malam ni ke?"

"Eh takde lah malam ni. Nampak macam gelojoh sangat. Hari khamis masa aku cuti nanti aku datang markas untuk sarung cincin. Nanti korang berdua teman lah aku sebagai saksi pihak lelaki." Walaupun dia bukan lah pure Malaysia tapi disebabkan dia dah menetap lama di Malaysia jadi dia pun terikut-ikut adat orang Malaysia. Tak salahkan?

"Boleh je nanti aku minta cuti daripada sir khamis ni." Kata Blade.

Qayyum tersenyum lebar mendengar kata-kata Blade. Dia yakin pasti Blade dapat cuti daripada Steve. Macam mana dia yakin? Heh, come on lah ni Qayyum Da Enver! Kesayangan Blade Da Erol, gitu!

"Okey lah aku naik tidur dulu sorry ganggu masa korang berdua. Cepat sikit bagi aku anak buah. Pastikan ramai dan hensem macam aku. Bubbyeeee...."

Hampir sahaja Qaisha tercekik kerepek dengan kata-kata Qayyum yang sangat selamba itu. Anak buah? Means anak dia dan Blade lah kan?

Blade di sebelah ketawa kecil. Dia melihat Qayyum yang tersengih-sengih ke arahnya. Nampak sangat Qayyum mahu mengenakan dirinya dengan Qaisha. Nakal!

"So...."

"So what?" Qaisha memandang Blade dengan pelik. Ni lagi seorang. Dah kenapa duk so so dengan dia?

Blade mengukir senyuman nakal.

"Bila nak goda aku? Qay dah minta anak buah tu." Tanya Blade dengan suara huskynya.

Tertelan liur Qaisha mendengar.

Ah, sudah!

Dia memang lupa habis pasal tips nak goda Blade tu. Mana tak lupa sedangkan dia cakap sekadar gurauan dan langsung tidak memaksudkannya langsung tapi tak sangka pula Blade percaya dan menunggu dirinya untuk menggodanya.

"Kau suka ke kalau aku goda kau?" Tanya Qaisha dengan berani. Pertanyaan Blade tadi tidak di jawab.

Blade mengiringkan badannya menghadap Qaisha yang turut memandang dirinya. Dia mengukir senyuman senget. Wajah Qaisha yang langsung tiada cacat cela itu di renung dengan pandangan kasih.

Memang dia akui dia sudah jatuh cinta pada Qaisha tapi untuk mengatakan perkara itu amat sukar untuk diluahkan di mulutnya.

"Takkan aku nak suruh orang lain goda aku kalau bukan kau kan? Untung-untung Qay dapat anak buah dengan cepat. Who know right?"

Merona wajah Qaisha. Jantungnya berdegup dengan kencang. Ini kalau selama satu jam jantung dia berdegup kencang macam ni confirm boleh pecah. Okey, tipu je. Mengarut.

"Aku malu lah." Jujurnya. Dia terus mengalihkan pandangannya ke arah televisyen semula. Tak kuat dia nak tenung wajah Blade lama-lama. Haih lah jantung, please stop berdegup dengan laju. Tenang okey tenang.

"Malu? Kau malu dengan aku? Sejak bila kau malu-malu dengan aku ni?" Tanya Blade dengan sinis.

Malu? Sejak bila?

Qaisha menjuling matanya ke atas. Eeiii mulut Blade ni kan memang minta kena tampar dengan selipar jamban betul.

"Bukan dengan kau tapi dengan Qayyum. Takkan aku nak goda kau bila Qayyum ada dekat sini. Memang lah jarang nak nampak dia dekat rumah ni tapi kalau tiba-tiba dia nampak tak ke haru? Potong mood je. Buat malu aku je." Balas Qaisha dengan laju.

Entah kenapa kata-kata itu meluncur laju keluar daripada mulutnya. Lebih tepat lagi, keluar secara spontan. Tak fikir panjang, tak fikir apa-apa.

"Ohhhh i see hurmmmm then apa kata kita pergi honeymoon? Lebih privacy. Takde siapa kacau kau dengan aku. Kau pun boleh lah jalankan misi untuk goda aku. Right honey?" Makin menjadi-jadi Blade mengusik Qaisha. Mahu saja dia menghamburkan ketawanya apabila melihat wajah Qaisha semakin memerah.

Malu letuwwww

Qaisha menjadi semakin tidak tentu arah. Lebih-lebih lagi apabila Blade memanggilnya honey. Dah lah suara husky. Jarak antara mereka berdua pun rapat.

Allahu, sis tak kuat!!!

Nasib baik dah sah jadi suami isteri. Takde lah dia rasa berdosa bila dia melting dengan suami sendiri. Hikhik.....

Tapi betul juga tu. Bila lagi dia boleh goda Blade kan? Balde orang yang sentiasa sibuk dengan kerja.

"On! Nak honeymoon dekat mana?" Tanya Qaisha setelah lama mendiamkan diri.

Blade terkejut sedikit apabila Qaisha bersetuju untuk pergi honeymoon. Dia hanya cakap saja sekadar ingin mengusik tapi tak sangka pula Qaisha bersetuju. Dia menggaru kepalanya.

"Urmmm tak fikir lagi."

Hek elehhh...













Suasana di ruang tamu markas Eagle Eyes sunyi sepi tidak seperti biasa. Semua orang berdiam diri dan saling bertentang mata antara sebelah lelaki dan juga sebelah perempuan.

Qayyum yang duduk di sebelah Blade sedikit berdebar apabila dirinya menjadi tumpuan. Walaupun dia memang rapat dengan ahli Eagle Eyes tetapi disebabkan hari ini hari yang istimewa membuatkan dirinya terasa lain. Terasa dirinya seperti pertama kali kenal dengan mereka semua.

Jason dan Jackson turut ada sama bagi memeriahkan suasana walaupun suasana sunyi sepi seperti ada harimau bersama mereka.

Mardhiah pula duduk rapat di sebelah Qaisha dengan wajah yang kebingungan. Dia tidak tahu kenapa tiba-tiba saja Qaisha datang dan menyuruhnya agar bersiap dengan cantik.

Tidak banyak tanya dia ikutkan saja kehendak Qaisha. Siap saja terus Qaisha menarik tangannya untuk turun ke bawah dan membuatkan dia kehairanan apabila ruang tamu markas penuh dengan orang. Ada apa sebenarnya ni?

Steve, Elan, James dan Chann turut ada melihat kedua-dua belah pihak saling menghadap. Blade mewakili Qayyum manakala Qaisha mewakili Mardhiah.

Airin pula tersenyum lebar melihat Qayyum yang sudah di anggap seperti abangnya bakal mengakhiri zaman bujangnya. Aaaaaa excited okay!

"So, we come today to propose Mardhiah as Qayyum flance. Did you accept it?" Soal Blade dengan tenang sambil menatap wajah Qaisha yang turut menatap dirinya. Sweet kan mereka berdua.

Qaisha memandang Mardhiah dengan senyuman. Dia faham Mardhiah keliru dengan apa yang berlaku sekarang ni. Yelah, semua ni secara tiba-tiba dan memang dia sengaja mahu membuat kejutan pada Mardhiah tentang kedatangan Qayyum pada hari ini.

"Kau terima tak jadi tunang Qayyum? Kalau kau terima, aku akan sarungkan cincin pada jari kau. Kalau kau tak terima aku akan pulangkan semula cincin ni pada Qayyum. Pilihan ada dalam tangan kau, kami tak paksa." Kata Qaisha dengan jelas supaya Mardhiah faham dengan situasi mereka sekarang ini.

Mardhiah terkejut.

Tunang?

Dia terus menoleh ke arah Qayyum yang turut sama memandang dirinya. Qayyum tersengih pada Mardhiah. Mardhiah tersenyum kecil.

"Saya terima." Jawab Mardhiah dengan yakin. Dia yakin dengan apa yang dia putuskan ini dan dia tidak akan menyesal sama sekali.

Untuk apa dia tolak sedangkan selama ini Qayyum yang banyak menolong dirinya dan sangat baik dengan dirinya atau pun Afrina. Qayyum terima sisi baik dan juga sisi buruknya. Malah dia pula yang rasa tak layak untuk Qayyum kerana dirinya terlalu banyak kekurangan dalam dirinya. Dia akui perkara itu.

Blade tersenyum puas mendengar jawapan positif daripada Mardhiah. Daripada ekor matanya dapat dia menangkap senyuman gembira yang terukir di bibir Qayyum. Dia ketawa kecil.

Besar dah adik lelaki dia ni. Dah jadi tunang orang.

"Yeayyyy Abang Qay dah bertunang! Bila tarikh nikah?" Tanya Airin dengan ingin tahu. Lengan sasa Steve di paut erat.

Steve menggeleng kecil melihat telatah Airin yang terlebih teruja itu. Pinggang Airin di peluk erat. Dari dulu sampai sekarang tak pernah berubah.

"In Shaa Allah, hujung bulan 10." Jawab Qayyum tenang. Ada masa lagi dua bulan daripada sekarang untuk dia siapkan segala apa yang patut untuk majlis perkahwinan dia dan Mardhiah.

"Yes!!!! Nasi minyak again!!!!"

Bukan Airin, bukan Jason atau pun Qaisha yang menjerit teruja. Sebaliknya Chann dan James saling bertepuk tampar tanpa menyedari diri mereka berdua menjadi tumpuan.

"Ehemmm...."

Chann dan James berhenti bersorak. Bagaikan tersedar terus mereka berdua melihat sekeliling mereka.

Gulp!

Pandangan daripada Steve membuatkan mereka berdua kelu daripada mengeluarkan sebarang suara. Kepala di gosok menahan malu apabila mereka berdua yang over excited.

Elan menggeleng kecil. Kalau dia tak berdehem entah sampai bila dua ekor beruk ni nak berhenti melompat-lompat macam beruk. Dasar beruk yang tak bertauliah!

"Sorry, terexcited pula hehehehe...." Tutur Chann dengan sengihan malu. Malu lah dah lah depan Steve. Adehhh...

Airin ketawa kecil. Terhibur dengan gelagat Chann dan James yang agak kebudak-budakkan mengalahkan dirinya.

Ketawa Airin itu menarik perhatian Steve. Terukir senyuman nipis di bibirnya. Mata hijaunya melihat anak-anak buahnya yang galak mengertawakan Chann dan James yang tengah malu itu.

"So, apa tema warna baju pengantin korang?" Soal Asyraf.

Qayyum berfikir sejenak. Tema warna baju aeee hmmm...

"Pink!"

Semua menoleh ke arah Fahri.

"Pink? Eeeeiiuuwww not my taste bruhhh...." Asyraf membuat muka geli. Pink? Eeiiuuwww.....

"The hell bro? Pink? Tch, aku rela kena bunuh daripada pakai baju pink." Ujar Chann pula. Tak kena langsung dengan wataknya sebagai mafia.

"Aku sokong apa yang Chann kata tu. Walaupun aku partner gay Blade tapi aku tak rela pakai apa-apa yang berkaitan dengan pink. Aku bantah!" Tegas James.

Pffttt...

Qaisha menahan dirinya daripada menghamburkan ketawanya. Begitu juga dengan yang lain. Tak berani mahu ketawakan Blade apabila wajah lelaki itu berubah tegang.

Blade mengepalkan penumbuknya. Geram saja dengan ayat James yang sesuka hati saja mengatakan dia merupakan partner gay lelaki itu. Memang menempah maut budak ketot tu.

"Kau nak mati ke James?" Tanya Blade dengan nada yang tertahan-tahan.

Bengang sungguh dia apabila dirinya menjadi bahan ketawa mereka. Walaupun mereka tidak ketawa di depannya tapi dia tak buta lagi apabila dengan jelas mereka menunjukkan reaksi wajah yang sedang menahan ketawa. Terutama Qaisha.

"What? Salah ke apa yang aku cakap? Walaupun kau partner gay aku tapi aku bantah tema baju warna pink. Tak gentlemen!" Ulang James dengan jelas tanpa rasa bersalah.

Geram dengan ayat 'partner gay' yang dilontarkan oleh James itu, Blade mengeluarkan pistol yang selalu diselitkan di sebalik jaket yang di pakainya lalu dihalakan kepada James yang berdiri di sebelah Chann.

Ternganga mereka melihat tindakan Blade itu. Qaisha jangan cakap lah. Muka terkejut habis. Sejak bila Blade ada pistol? Tidak pernah sekali pun Qaisha nampak Blade pegang pistol atau pun pistol ada bersama dengan Blade. Tak pernah nampak okey!

Steve mengukir senyuman senget. Malas dia nak masuk campur. Lagi pun James yang mulakan dulu. Bukan dia tak tahu Blade memang pantang orang memanggilnya sebagai gay disebabkan tak pernah sentuh atau pun berminat pada perempuan sebelum dia mengenali Qaisha.

"Woah woahhh rilek bro, simpan balik pistol tu." James mula menggelabah. Mana tak gelabah Blade halakan pistol ke arah dirinya.

Gila! Jangan buat main bila Blade dah mula keluarkan pistol kerana itu menandakan lelaki itu sedang serius dan dalam keadaan yang teramat marah.

"Go to hell bastard!" Picu di tarik.

Tanpa sebarang suara, Blade melepaskan tembakan dengan wajah yang mendatar.

Bangggg

"Astaghfirullahalazim..." Qayyym mengurut dadanya kerana terlalu terkejut dengan bunyi tembakan yang dilepaskan oleh Blade itu.

"Bro...." Elan menelan liurnya dengan payah.

Chann pula terkaku.

Suasana sunyi sepi.

Blade menyimpan semula pistolnya. Jangan ingat dia tak berani tembak orang yang rapat dengan dirinya.

James jatuh terduduk. Beberapa helai rambutnya yang gugur atas lantai di tenung. Gila! Kalau dia gerak tadi memang berlubang dahi dia.















Continue Reading

You'll Also Like

433K 20.9K 51
"Hanya kerana seutas tasbih, Kita ditemukan." Cinta hadir tanpa diduga, cinta juga hadir tanpa dipinta.Semua yang berlaku atas kehendak-N...
205K 13.2K 53
Tragedi kemalangan jalan raya telah menyebabkan ibubapanya terkorban, sekali gus mengubah hidupnya. Satu persatu masalah yang timbul membuatkan dia t...
88.7K 6.4K 41
بسم الله الرحمن الرهيم... Karya sulung @MissRose___ 🔅🔅🔅🔅🔅🔅 "Kau ni mental ke hah? Ada wayar yang putus eh kat otak kau?" - Zayn Khayrie ...
1.3M 35K 66
Wardah Arinna : Kerana dendam, jiwa dan raganya disiksa Dilayan seperti pelacur sungguh meretakkan jiwanya. Namun perasaan cintanya terhadap suaminya...