OUR BEAUTIFUL FATE √√

By syxhxris

150K 18.3K 4.4K

[Book 4] Blade Da Erol Lelaki Turki yang tiada agama dan hanya setia pada Steve, tuannya. Cinta? Perempuan? L... More

Sinopsis
Bab 1
Bab 2
Bab 3
Bab 4
Bab 5
Bab 6
Bab 7
Bab 8
Bab 9
Bab 10
Bab 11
Bab 12
Bab 13
Bab 14
Bab 15
Bab 16
Bab 17
Bab 18
Bab 19
Bab 20
Bab 21
Bab 22
Bab 23
Bab 24
Bab 25
Bab 26
Bab 27
Bab 28
Bab 29
Bab 30
Bab 31
Bab 32
Bab 33
Bab 34
Bab 35
Bab 36
Bab 37
Bab 38
Bab 39
Bab 40
Bab 41
Bab 42
Bab 43
Bab 44
Bab 45
Bab 46
Bab 47
Bab 48
Bab 49
Bab 50
Bab 51
Bab 53
Bab 54
Bab 55
Bab 56
Bab 57
Bab 58
Bab 59
Bab 60
Bab 61
Bab 62
Bab 63
Bab 64
Bab 65
Bab 66
Bab 67
Bab 68
Bab 69
Characternime
New Story
New Ebook Story

Bab 52

1.5K 227 35
By syxhxris

"Uishhh sedapnya bau, masak apa tu?" Tegur Qayyum baru saja masuk ke dapur sebaik sahaja usai menunaikan solat isya'.

Qaisha yang berdiri di sisi Blade menoleh ke belakang apabila terdengar suara Qayyum yang menegur mereka.

"Blade masak ayam dengan daging bakar." Jawab Qaisha dengan senyuman lebar.

Mana tak senyum kalau dia minta Blade masak ayam dan daging bakar, Blade terus buat tanpa beri alasan apa-apa. Bukan itu saja malah ada juga beberapa jenis lauk yang Blade masak untuk makan malam mereka bertiga.

"Uihhhhh rajinnya membakar malam-malam ni. Ada apa-apa ke?" Tanya Qayyum dengan pelik.

Susah nak tengok Blade masuk dapur tapi sekali Blade masuk dapur hah memang takde siapa yang dibenarkan masuk untuk tolong Blade masak. Katanya masakan dia lain daripada yang lain dan orang lain tak boleh kacau dia. Berlagak betul.

Tapi tak dinafikan Blade kalau memang masak memang superb! Mantap habis! Memang takkan cari masakan lain gitu! Tetapi semuanya masakan Turki bukan masakan Melayu.

"Takde apa-apa pun cuma ada orang tu teringin nak makan bakar-bakar ni dan kebetulan aku nak pergi ke markas lepas ni. Ada kerja sikit." Ujar Blade pula.

Alang-alang dia masak baik dia masak lebih untuk dia bawa ke markas sekejap lagi. Bukan selalu dia masak macam ni.

Qayyum mengangguk kecil. Patut lah masak banyak macam ni rupanya nak bawa ke markas sekali. Matanya meliar mencari apa-apa yang boleh dia bantu. Buat air ke apa ke kan?

"Tak payah nak meliar sangat mata tu Qay, kau duduk je semua dah siap hidang atas meja. Tinggal ayam dengan daging bakar ni je." Kata Qaisha apabila perasan Qayyum seperti tercari-cari sesuatu.

Dia dah siapkan semuanya semasa Blade sedang membakar. Buat air, hidang nasi, lauk pauk atas meja semua dah siap.

"Oh ye eh? Hehehe okey...." Qayyum tersengih. Dia menuju ke meja makan lalu menarik sebuah kerusi untuk dia duduk.

Dia melihat lauk pauk yang terhidang atas meja. Semuanya amat menyelerakan! Namun ada dua hidangan yang menarik perhatiannya. Terus membuatkan dia kecur liur.

"Blade, kau ke buat ni?" Tanyanya tanpa memandang Blade. Matanya terpaku pada dua hidangan tersebut yang merupakan makanan kegemarannya.

Blade mengukir senyuman kecil. Tahu apa yang dimaksudkan oleh Qayyum itu. Apa lagi kalau bukan kegemaran Qayyum sejak kecil lagi.

Manti dan kebab daging.

Dua hidangan ini wajib ada pada setiap hari di atas meja semasa mereka sekeluarga makan petang. Haih, rindu sungguh kenangan mereka sekeluarga.

Qayyum tersenyum lebar melihat makanan kegemarannya berada di atas meja makan. Ya Allah, sumpah dia rindu sangat nak makan makanan ini. Entah mengapa matanya bergelinang dengan air mata. Nak nangis je rasa!

Api dapur di tutup. Qaisha membantu Blade membawa pinggan yang berisi daging dan ayam bakar untuk diletakkan atas meja makan.

"Ada masa aeee kau buat semua ni."

"Alang-alang aku masak makan malam, aku teringat yang kau suka makan manti dengan kebab daging that's why aku buatkan. Bahan senang dapat dengan cara buat pun senang tak makan banyak masa." Blade duduk berhadapan dengan Qayyum manakala Qaisha duduk di sebelahnya.

Qaisha memandang masakan yang dinamakan manti itu dengan mata yang terkerbil-kerbil. Sedap ke? Nampak macam sedap tapi kena ke dengan tekak melayu dia? Kalau kebab tu dia biasa dah makan jadi dia tak kisah sangat. Tapi manti? Hurmmm....

"Uishhhh kalau hari-hari macam ni bagus sangat ni. Lama siot tak makan manti. Sini susah nak cari manti even dekat restoran Turki." Ada tu ada tapi tak kena dengan tekak dia bukannya dia tak pernah cari. Tak pure Turki walaupun restoran Turki.

"Tak rajin aku nak buat hari-hari."

Qaisha menahan dirinya daripada tergelak apabila melihat wajah Qayyum berubah muram sebaik saja mendengar kata-kata Blade itu.

Nampak dah Blade seorang yang malas nak memasak. Ish ish ish suami siapa lah ni ya?

"Dah dah aku lapar ni, cepat lah baca doa." Qaisha sudah menadah tangan. Borak je bila nak makan ni? Perut sudah berkeroncong minta di isi dengan secepat yang mungkin.

Blade dan Qayyum ketawa kecil. Lupa pula mereka pada Qaisha yang turut ada bersama dengan mereka.

Blade membaca doa makan lalu mereka bertiga pun makan dengan berselera terutama Qayyum. Dia mendahulukan makan kebab daging dan manti daripada nasi. Nasi kemudian baru dia makan.

Qaisha yang melihat Qayyum makan manti dengan selera membuatkan dia terasa ingin makan makanan Turki itu. Dari gaya Qayyum makan nampak macam sedap sangat je.

Blade yang perasan Qaisha yang asyik melihat Qayyum makan manti terus mengambil piring kecil yang masih kosong lalu mengambil sedikit manti untuk diletakkan atas piring tersebut. Dia meletakkan piring tersebut di hadapan Qaisha.

"Ehhh?" Terkerdip-kerdip mata Qaisha.

"Daripada kau tengok Qayyum makan lebih baik kau makan sendiri. Kalau tak sedap jangan paksa makan, aku boleh tolong habiskan." Kata Blade apabila melihat Qaisha teragak-agak mahu makan manti.

Perlahan-lahan Qaisha ambil sedikit potongan manti lalu disuakan ke dalam mulutnya. Dia mengunyah perlahan-lahan cuba merasa masakan yang dinamakan manti ini.

Rasa kenyal dan dalamnya ada hirisan serta ketulan-ketulan ayam dan di salut dengan tepung. Yogurt yang di tuang atas manti bersama mentega yang telah dicairkan menambahkan rasa kesedapan manti ini.

Sedap! Sangat sedap!

Itu yang mampu dia katakan.

Sangat sedap!

"So, how?" Tanya Blade ingin tahu walaupun daripada riak wajah Qaisha sudah pun dia dapat teka tetapi sengaja dia ingin mendengar komen daripada Qaisha sendiri.

Qayyum tersengih melihat Qaisha yang seakan-akan mula menyukai manti. Rugi sesiapa yang tak makan manti ni. Lebih-lebih lagi kalau Blade yang buat. Dia punya rasa sedap tu tak boleh bawa bincang langsung!

Boleh dah Blade tukar kerja jadi chef lepas ni. Ahahahahaha....

"So yummyyy, i like it." Jawab Qaisha dengan jujur. Hilang terus rasa nak makan ayam bakar yang dia minta petang tadi. Nampaknya dia kena belajar cara nak buat manti daripada Blade ni. Senang kalau dia nak makan dia buat sendiri je.

Blade tersenyum senang apabila masakannya di puji oleh sang isteri. Hikhik suami mana tak kembang oiii bila isteri memuji.

Qayyum tersengih. Kembang la tu, erk elehhhh...

"Sedap kan? That's why lah manti ni makanan kegemaran aku. Mendiang mumma selalu buat waktu-waktu petang. Manti dengan kebab daging memang wajib ada bila makan petang." Kata Qayyum dengan senyuman.

Qaisha mengangguk kecil.

"Nanti ada masa ajar lah aku buat benda ni." Pinta Qaisha pada Blade.

Blade menggosok keningnya. Dia bukan tak nak ajar tapi hmmm dia malas sebenarnya.

"Tengok keadaan." Putusnya. Tak berani pula nak berjanji takut jadi munafik kerana tidak menepati janji.

Qaisha tidak membalas apa-apa. Faham Blade seorang yang sangat sibuk dengan kerja-kerjanya. Baik pagi mahu pun malam. Sentiasa sibuk.

Sepatutnya Blade cuti seminggu tetapi disebabkan ada perkara penting yang perlu diuruskan Blade terpaksa masuk kerja semula. Bukan dia tak perasan kadang kala jika dia terjaga pada jam 2 atau 3 pagi dia perasan Blade masih tekun menghadap laptop di atas katil menyiapkan kerja-kerjanya sehingga terlelap dengan laptop yang masih menyala.

Pernah juga dia melihat apa yang Blade buat tapi langsung dia tak faham. Pening kepala apabila dia cuba memahami apa yang di taip oleh Blade. Terutama pada bahagian graf. Tak faham dia.

"Kau nak pergi markas bila?" Tanya Qayyum ingin tahu.

"Sekejap lagi lepas makan. Kenapa? Nak pergi sana juga ke?"

"Ha'ah, nak jumpa Afrina."

Ternaik kening Qaisha. Hmmm tak settle lagi masalah diorang berdua ni rupanya. Ingatkan dah settle.













"What's up Blade! Lama tak datang markas sejak dah kahwin ni." Tegur Chann apabila melihat Blade melangkah masuk ke dalam ruang utama markas Eagle Eyes.

Ternaik kening Blade mendengar teguran daripada Chann itu. Ceh, over betul! Baru tiga hari dia kahwin, tak datang markas dah kata lama dia tak datang.

"Over je kau, baru tiga hari Blade takde bukannya tiga tahun." Sampuk Elan yang baru saja turun daripada tingkat atas. Dia memang sedia maklum akan kedatangan Blade pada malam ini kerana mereka berdua mempunyai kerja yang perlu di lakukan bersama-sama.

"Hai, Sha! Eh, Qay pun ada? Nak jumpa Afrina ke?" Soal Chann apabila melihat Qayyum di belakang Blade dan Qaisha.

Qaisha hanya mengukir senyuman kecil saja pada Chann sebagai balasan sapaan lelaki cina itu.

"Ha'ah macam biasa lah Chann, nak pujuk orang perempuan merajuk kena usaha lebih sikit." Kata Qayyum dengan sengihan.

Chann dan Elan ketawa mendengar kata-kata Qayyum yang selamba itu. Macam-macam hal. Mereka berdua melihat sahaja Qayyum menuju ke tingkat bawah tanah untuk berjumpa dengan Afrina yang di kurung dalam bilik tahanan.

"Ni Blade ada masak, korang makan lah dulu sebelum buat kerja." Kata Qaisha sambil menghulurkan satu beg besar yang berisi beberapa bekas makanan yang berisi ayam bakar, ikan bakar, daging bakar, manti, kebab daging dan nasi.

Chann menyambut huluran Qaisha itu dengan wajah teruja.

"Fuhhhhh bukan biasa-biasa Blade masak ni. Ada manti dengan kebab daging tak?" Tanya Chann ingin tahu.

Walaupun agak pelik macam mana Chann tahu Blade masak manti dan kebab daging, dia mengangguk kecil.

"Serius? Lama siut tak makan manti! Manti Blade buat memang the best! I love it!" Membayangkan sahaja sudah membuatkan Elan kecur liur.

Blade tertawa kecil. Tak pelik pun kalau mereka berdua dapat meneka apa yang dia masak sebab dia kalau masak memang dua menu itu wajib dia masak dan hidang pada mereka untuk makan bersama.

Pada mulanya dia cuba je masak dalam kuantiti yang sedikit sebab dia tak tahu sama ada masakan Turki kena pada tekak mereka atau pun tidak tapi siapa sangka mereka terus gilakan masakan Turkinya itu. Cuma dia akan buat bila dia rajin sahaja.

"Thank you, ni makin sayang dekat kau ni." Chann membuat flying kiss pada Blade.

Blade membuat muka geli. Jijik sampai rasa nak lempang je muka Chann. Ni belum masuk James. James lagi teruk daripada Chann bila mood gay dia sampai.

Ye tak ye enn mana James? Tak nampak pula kanak-kanak pra matang tu daripada tadi. Dekat atas ke? Takkan dah membuta?

"Where's James?" Soal Blade kehairanan. Dia dan Qaisha sudah pun duduk di sofa panjang menghadap televisyen.

Balang kerepek atas meja kaca di capai oleh Qaisha. Rasa nak mengunyah pula malam-malam ni.

"Pergi beli wain, stok dah nak habis. Patutnya dia dah balik sekarang ni." Sudah satu jam James keluar pergi beli wain sampai sekarang tak balik-balik lagi. Ada menyinggah mana-mana lah tu.

"I'm home!" Laung James sebaik sahaja masuk ke dalam markas. Dia masih tak perasan kehadiran Blade dan Qaisha.

Blade menoleh ke pintu. Hmmmm, baru je sebut nama dah muncul. Panjang umur pendek akal. Itu lah James.

"Eh? Blade? Huwaaaaa my partner gay coming!" Terus James meletakkan plastik yang berisi beberapa botol wain atas lantai lalu berlari menuju ke arah Blade yang sudah membuat muka toya.

Qaisha tercengang. Melihat James yang laju meluru ke arah Blade terus dia beranjak ke sofa yang bertentangan.

"Miss you brother! Aaaaaaaaa miss you miss you miss youuuuuuuu so muchhhhhh!!!!!" Tubuh Blade di peluk erat.

"Let me go James!" Kata Blade dengan keras apabila James memeluknya dengan ketat. Bengang pula dia rasa apabila suara Elan dan Chann seronok mengertawakan dirinya.

Dia menoleh ke arah Qaisha yang asyik mengunyah merepek sambil menonton movie yang ditayangkan di kaca televisyen. Langsung tidak peduli dengan apa yang berlaku di sekelilingnya. Movie yang ditayangkan lebih menarik perhatiannya.

Bertuah punya isteri!

Qayyum menuju ke pintu besi tempat Afrina di kurung. Seperti biasa dia akan membuka pintu besi tersebut tanpa meminta izin daripada orang di dalam iaitu Afrina.

"Afrina aku ada bawa ma-... hah?" Qayyum terkerbil-kerbil melihat keadaan Afrina.

Ma-macam mana ni boleh berlaku?

"Ma-mardhiah?"

Mardhiah menggigit bibirnya. Dia tahu pasti Qayyum berasa terkejut dan aneh melihat dirinya yang berjaga dan bukan Afrina seperti biasa.

"Mar-mardhiah? Macam mana awak boleh urmmmm..." Qayyum tidak tahu mahu meneruskan kata-katanya. Dia takut Mardhiah terguris hati dengan kata-katanya.

Mardhiah mengeluh kecil. Dia memandang wajah Qayyum yang jelas-jelas terkejut dan hairan melihat dirinya. Dia mengukir senyuman nipis.

"Duduk lah Qayyum, maaf lah saya tak dapat berdiri nak sambut kedatangan awak." Tutur Mardhiah lembut. Dia duduk bersimpuh di hadapan Qayyum yang masih berdiri kaku.

Qayyum duduk di hadapan Mardhiah dengan perasaan canggung. Beg kertas yang di bawa bersama dengannya diletakkan di hadapan Mardhiah.

"Saya ada bawa makanan untuk awak, Blade yang masak. Awak makan lah. Tapi ni makanan Turki saya tak tahu awak suka ke tak." Kata Qayyum. Sambil itu dia mengeluarkan bekas makanan untuk dihidangkan pada Mardhiah.

"Wahhhhh mesti sedap!" Mardhiah teruja apabila Qayyum membawa makanan masakan Turki kepadanya.

Qayyum tergelak melihat reaksi Mardhiah yang baginya sangat comel itu.

"Ni nama dia manti dan ini pula kebab daging. Ini pula ayam bakar, daging bakar dan ikan bakar. Saya letak dalam satu bekas je sebab senang hehehehe dan ni nasi. Panas lagi ni sedap kalau awak makan sekarang kalau sejuk nanti dah kurang sedap. Awak makan lah, mesti awak belum makan lagi kan?"

"Awak dah makan ke?" Tanya Mardhiah.

Qayyum mengangguk kecil.

"Saya dah makan dah dekat rumah sebelum datang ke sini. Awak makan lah saya teman. Kesian awak sorang-sorang dekat sini."

Mardhiah tersenyum kecil. Dia mengambil bekas yang mengandungi nasi dan mengambil ayam, daging dan ikan bakar dalam kuantiti yang sedikit. Walaupun agak tak selesa dia makan dalam keadaan tangan yang bergari, dia tetap makan dengan sopan.

Melihat Mardhiah yang makan dengan tangan yang bergari, Qayyum berasa kasihan. Nampak wajah Mardhiah yang agak tak selesa apabila tangan dan kakinya bergari. Susah untuk menggerakkan tangan dan kakinya secara bebas.

Dia mengeluarkan kunci pendua gari-gari yang menggari kedua belah tangan dan kaki Mardhiah dari dalam poket seluarnya.

Macam mana dia ada kunci pendua ni? Blade yang bagi pada dia atas keizinan Steve sendiri. Katanya senang untuk Qayyum merawat Afrina atau pun Mardhiah jika berlaku sebarang kecederaan pada diri perempuan itu.

"Awak, sekejap."

Mardhiah berhenti mengunyah. Dia merenung Qayyum yang sangat dekat dengan dirinya. Hatinya mula berdebar-debar.

Qayyum membuka gari-gari yang menggari kedua-dua belah tangan dan kaki Mardhiah supaya Mardhiah makan dengan lebih selesa.

"Okey, dah. Awak boleh makan dengan selesa." Qayyum mengukir senyuman manis pada Mardhiah.

Mardhiah menunduk. Dia menyambung makan semula tetapi kunyahannya mulai perlahan. Hatinya masih berdebar-debar.

Habis sahaja makan dia membasuh tangan dengan air mineral yang di bawa oleh Qayyum.

"Alhamdulillah, kenyang sangat. Terima kasih ya Qayyum. Manti dengan kebab daging abang awak buat memang sedap!" Puji Mardhiah ikhlas.

Qayyum tersengih. Bangga apabila masakan abangnya di puji. Hehehehehe....

"Hmmm Mardhiah, maaf kalau soalan saya buat awak terasa hati tapi kenapa awak boleh berjaga malam? Mana Afrina?" Soal Qayyum ingin tahu.

"Hmmm sebenarnya saya pun pelik macam mana saya masih boleh berjaga sehingga waktu sekarang. Tanda-tanda Afrina nak keluar pun tak ada. Jangankan awak, saya sendiri tak tahu macam mana perkara ni boleh berlaku." Jawab Mardhiah yang turut berasa hairan. Dia sendiri tiada jawapan untuk persoalan Qayyum.

Qayyum terdiam.

Jika Mardhiah sendiri tidak tahu apa yang berlaku apatah lagi dirinya sendiri. Hmmm...
















Yang ni manti


Yang ini pula kebab daging















Selamat menjamu mata

Jangan terliur pula, kang kebulur malam2 tatau arrr 😂🤪

Continue Reading

You'll Also Like

5.1K 111 71
Kisah seorang gadis muda yang jatuh miskin dan ditinggalkan oleh teman lelakinya. Lalu dia bertemu dengan keluarga asalnya dan telah menjadi seorang...
283K 2.7K 11
• SIRI PERTAMA • COMPLETED at 13 June 2020 • In editing (some parts have been unpublished) ❁❁❁❁❁ Siri percintaan yang penuh dengan onak duri. Jang...
32.6K 1.6K 29
KAPTEN DANIELLEA ARALYN • Seorang juruterbang pesawat awam. Seorang yang lemah lembut jika dilayan lembut. Mudah gelabah. Pemalu tapi tidak malu sang...
857K 7.4K 11
WN | 01 Nukilan : Wawa Nabilla mula : 1119 cover : stargazell Nia Ameera telah dianiaya oleh ahli keluarganya sendiri sehingga dia dihalau keluar d...