OUR BEAUTIFUL FATE √√

By syxhxris

149K 18.3K 4.4K

[Book 4] Blade Da Erol Lelaki Turki yang tiada agama dan hanya setia pada Steve, tuannya. Cinta? Perempuan? L... More

Sinopsis
Bab 1
Bab 2
Bab 3
Bab 4
Bab 5
Bab 6
Bab 7
Bab 8
Bab 9
Bab 10
Bab 11
Bab 12
Bab 13
Bab 14
Bab 15
Bab 16
Bab 17
Bab 18
Bab 19
Bab 20
Bab 21
Bab 22
Bab 23
Bab 24
Bab 25
Bab 26
Bab 27
Bab 28
Bab 29
Bab 30
Bab 31
Bab 32
Bab 33
Bab 34
Bab 35
Bab 36
Bab 37
Bab 38
Bab 39
Bab 40
Bab 41
Bab 42
Bab 43
Bab 44
Bab 45
Bab 46
Bab 47
Bab 48
Bab 49
Bab 51
Bab 52
Bab 53
Bab 54
Bab 55
Bab 56
Bab 57
Bab 58
Bab 59
Bab 60
Bab 61
Bab 62
Bab 63
Bab 64
Bab 65
Bab 66
Bab 67
Bab 68
Bab 69
Characternime
New Story
New Ebook Story

Bab 50

1.7K 254 57
By syxhxris

"Oiii kau kenapa? Termenung je. Ada masalah ke?" Tegur Jason apabila melihat Qayyum asyik termenung sejak sedari.

Bukan dia tak perasan sudah tiga hari Qayyum asyik termenung. Khalif dan yang lain turut perasan hal yang sama. Bila di tanya kenapa, jawapan yang diberikan hanya lah gelengan saja. Lepas tu buat kerja seperti tiada apa-apa.

Apa hal entah sepupu dia ni? Pelik sungguh perangai.

Qayyum tersentak apabila Jason menegurnya. Dia menggeleng kecil tanda tiada apa-apa. Dia kembali menaip laporan pesakitnya yang tergendala tadi.

Kan dah cakap. Haih, anak Carl Arslan ni.

Geram dengan tingkah Qayyum, Jason memusingkan kerusi Qayyum supaya mereka saling bertentang mata.

"Kau nak apa ni? Jangan kacau boleh? Aku tengah buat kerja ni kan." Marah Qayyum apabila Jason mengganggu dirinya membuat kerja.

Takdelah marah beria-ria cuma nadanya saja kedengaran seperti marah. Tapi marah yang macam tak marah. Hah, macam tu lah. Entah lah nak terangkan pun payah.

"Ne düşünüyorsun? Dul gibi dalgın üç gün. İnsanlar sorduğunda, sadece kafanı sallıyorsun. Asıl sorunun ne Blade ile kavga ettin mi?" Tanya Jason dengan geram.

(Apa yang kau fikir? Tiga hari termenung seperti orang mati bini. Apabila orang bertanya,kau menggeleng kepala saja. Apa masalah sebenar kau?Kau bergaduh dengan Blade?)

Qayyum menggaru kepalanya yang tidak gatal. Dia tahu Jason kalau terlalu geram memang automatik akan cakap bahasa Turki. Tak kisah lah orang tu faham ke tak.

"Hiçbir şey değil." Balas Qayyum pendek.

(Tak ada apa-apa.)

Jason merengus kasar.

"Çirkin yüzünü tokatlamadan önce konuşsan iyi olur."

(Lebih baik kau cakap sebelum aku tampar muka kau yang hodoh itu.)

Qayyum mencebik apabila Jason mengutuk mukanya. Muka dia hodoh? Kalau hodoh takde makna orang tergila-gilakan dia.

Ceh, riak sungguh. Astaghfirullah.....

"Aslında ..."

(Sebenarnya...)

"Ne? Blade'le savaşmak mı?" Potong Jason dengan tidak sabar. Haih, cakap lambat-lambat minta kena tampar betul ni.

(Apa? Gaduh dengan Blade?)

"Afrina ile kavga ettim." Kata Qayyum dengan keluhan.

(Aku bertengkar dengan Afrina.)

"Neden onunla kavga ettin?" Tanya Jason dengan pelik. Aik, sejak bila Qayyum pandai bergaduh ni? Bukan Qayyum orang yang paling sabar ke? Apa kes ni?

(Kenapa bergaduh dengan dia?)

Qayyum mengeluh lagi. Dia kembali termenung.

Jason menepuk dahi. Boleh pula sambung termenung budak ni. Parah-parah, aduhaiiii....

"Woiii, borak apa hah!" Khalif menepuk meja Qayyum dengan kuat hingga menyebabkan Qayyum tersentak daripada terus mengelamun.

"Ya Allah, kau ni dah kenapa Khalif Ariq!" Marah Qayyum dengan geram. Boleh kena serangan jantung macam ni.

Jason menahan diri daripada ketawa. Hah, tu lah termenung lagi. Rasakan!

Khalif membuat muka tidak bersalah.

"Kau tu dah kenapa? Tiga hari termenung macam orang mati bini? Aku tak nak dengar jawapan 'takde apa-apa' ke 'nothing' atau gelengen daripada kau. Baik kau cakap sebelum aku sepak anu kau biar kau mandul." Balas Khalif dengan wajah yang serius.

Daripada tadi dia cuba dengar butir bicara mereka berdua tapi usahanya sia-sia saja apabila mereka berbual dalam bahasa Turki. Tidak dapat menahan diri daripada tertanya-tanya terus dia sergah saja mereka berdua. Dia pun nak tahu juga!

Suara Khalif yang agak kuat itu menarik perhatian Taufiq, Lisa dan Juliana. Ummi dan Haziq tiada kerana mempunyai emergency operation yang memerlukan mereka berdua dengan kadar segera.

Juliana yang asyik menaip turut terhenti apabila suara Khalif menarik perhatiannya. Dia melihat Khalif sedang bersandar di tepi meja kerja Qayyum. Kenapa tu?

"Apa hal tu?" Soal Lisa pada Taufiq.

Taufiq menjongket bahunya tanda tidak tahu apa-apa. Tapi mendengar kata-kata Khalif yang mahu menyepak anu Qayyum sampai mandul membuatkan tangannya automatik memegang kemaluannya. Memikirkan perkara itu saja terus membuatkan dia meremang.

Fuhhhhh mahu senak sampai tak boleh bangun.

"Hmmm aku gaduh dengan Afrina tiga hari lepas. Sampai sekarang aku tak baik-baik dengan dia. Aku rasa serba salah gila sebab tinggikan suara aku dekat dia." Kata Qayyum dengan nada lemah.

Tak pernah-pernah dia rasa seperti ini. Resah, gelisah, serba salah dan kerap termenung. Semuanya serba tak kena. Semuanya kerana Afrina.

Khalif menggaru kepalanya. Afrina? Siapa pula Afrina ni?

"Wait, Afrina tu bukan ke kembar Mardhiah? I mean 'sisi' Mardhiah yang lagi satu tu?" Sampuk Lisa.

Terus Khalif teringat tentang penyakit yang di alami oleh Mardhiah. Split personaliti.

"Apa yang korang gaduhkan sampai kau tinggi suara dekat dia? Bukan kau ni penyabar ke orangnya?" Tanya Khalif ingin tahu.

"Urmmm entah lah aku tak sengaja pun tinggikan suara dekat dia. Aku tak sedar hmmm bila aku nak jumpa dia, dia langsung tak nak jumpa aku. Aku datang dia halau aku. Aaaaaaaaa aku stres lah macam ni. Jason, tolong lah aku!!!" Qayyum menyembamkan wajahnya atas meja kerjanya. Hilang terus fokus nak buat siapkan laporannya.

Khalif dan Jason saling berpandangan. Masing-masing garu kepala. Tak pernah-pernah mereka melihat Qayyum berperangai seperti ini. Seperti orang sedang putus cinta. Broken heart gitu!

"Erkkk urmmm kau dah minta maaf?" Tanya Jason. Walaupun soalannya soalan bodoh tapi itu je lah yang mampu dia tanyakan. Dia tak tahu nak tanya apa dah.

"Tak sempat aku nak cakap apa-apa di jerkah aku suruh keluar jangan dekat dengan dia. Macam mana aku nak minta maaf?"

Aaaaaa rasa nak jerit sekuat hatinya. Biar Afrina dengar walaupun tak bersua muka.

"Hmmm takpe lah aku gerak dulu, kau borak lah dengan Jason." Khalif mula angkat kaki tidak mahu masuk campur hal Qayyum itu.

Bab-bab hati dan perasaan ini dia memang kosong ya. Jangan tanya atau minta nasihat daripada dia sebab dia bukannya peduli pun apa yang orang lain rasa tentang dia. Minta tips bergaduh dengan orang dia tahu. Dia memang power dalam hal-hal sebegitu.

Lisa dan Taufiq turut menyambung kerja mereka tidak mahu masuk campur. Namun dalam masa yang sama mahu saja mereka ketawa melihat Qayyum yang berperangai seperti budak- budak yang baru putus cinta.

"Dah tak payah nak sedih sangat. Mana kau punya sikap profesional? Hilang dah? Haih, nanti-nanti lah fikir pasal ni. Apa yang penting ni hah sekarang waktu kerja, waktu untuk bekerja bukannya waktu untuk termenung." Bebel Jason.

Qayyum mencebik.

Dia bukannya nak sangat pun termenung macam orang bodoh tapi dirinya serba salah sangat pada Afrina nak buat macam mana? Hmmmm....













Qayyum yang termenung itu di perhati oleh Mardhiah. Seperti kebiasaan habis sahaja sesi rawatan Mardhiah, Qaisha dan Qayyum akan makan tengah hari bersama-sama.

Qaisha menyenggol lengan Mardhiah. Mardhiah tersentak terus menoleh ke arah Qaisha yang memandang dirinya.

Mardhiah menjadi bingung. Kenapa?

Qaisha memuncungkan mulutnya ke arah Qayyum dengan kening yang terangkat.

Mardhiah terkerbil-kerbil. Tidak faham bahasa isyarat yang digunakan oleh Qaisha itu. Apa yang cuba disampaikan oleh kembarnya itu?

Qaisha menepuk dahinya. Nampak sangat Mardhiah tidak faham. Wajah blur yang dipamerkan oleh Mardhiah itu membuatkan dia menggeleng kecil. Nak marah tak boleh. Sabar je lah.

"Qay, kau kenapa termenung je? Dekat rumah termenung, dekat sini termenung apa masalah kau ni? Kau okey tak ni?" Tegur Qaisha.

Dia perasan sejak kejadian haritu Qayyum kerap termenung. Bukannya dia tak nak tegur tapi Blade kata biarkan saja Qayyum berkelakuan sebegitu. Lama-lama nanti okey lah.

Tapi masalahnya makin lama makin tak okey! Masa makan pun boleh termenung apatah lagi masa lain. Memang kuat betul penangan yang Afrina berikan pada Qayyum hingga mampu membuatkan Qayyum termenung seperti ini.

Qayyum tersentak. Harini saja dah tiga kali dia tersentak. Dia meraup wajahnya.

"Sorry, Sha. Jangan risau aku okey je." Balas Qayyum dengan senyuman nipis. Nasi goreng yang langsung tidak di sentuhnya sejak sedari di tenung. Perlahan-lahan dia mula menjamah makanannya. Perlahan saja dia mengunyah.

Qaisha meletakkan sudu garfunya. Tidak berpuas hati dengan balasan Qayyum.

Okey? Okey apa macam tu? Kunyah makanan pun perlahan mengalahkan siput.

"Kau still rasa serba salah dengan Afrina kan? Apa kata kau cakap dekat Mardhiah? Aku yakin Afrina boleh dengar dari dalam tubuh Mardhiah." Kata Qaisha

"Cakap lah memang senang tapi aku kalau boleh nak minta maaf dengan Afrina sendiri. Aku tak nak Mardhiah jadi pengantara aku dengan Afrina. Lagi pun memang salah aku dekat dia. Tak sepatutnya aku tinggikan suara pada Afrina." Kata Qayyum dengan nada yang penuh penyesalan.

Sumpah dia rasa menyesal gila!

Mardhiah hanya diam saja. Dia nak bantu tapi dia tak tahu apa yang boleh dia bantu. Dia tahu apa yang berlaku tapi dia sendiri tak tahu apa yang boleh dia tolong Qayyum supaya Afrina maafkan Qayyum.

Baginya Qayyum langsung tidak melakukan apa-apa kesalahan. Malah, tiada keperluan langsung untuk Qayyum meminta maaf pada Afrina. Untuk apa Qayyum meminta maaf sedangkan lelaki itu langsung tidak buat salah apa-apa.

Setakat tinggi suara apa lah sangat jika nak dibandingkan dengan perbuatan Afrina yang sangat-sangat mencabar kemarahan orang lain. Malah membunuh orang tanpa perasaan dan suka melihat hasil pembunuhan yang telah di lakukannya.

Namun, dia berasa pelik apabila Afrina langsung tidak mahu berjumpa dengan Qayyum sebaik sahaja Qayyum meninggikan suara kepadanya. Dia tidak faham tentang itu. Setahunya Afrina seorang yang sangat sinis dan langsung tiada perasaan. Cakap lah apa pun pada dia pasti Afrina hanya memandang sinis saja. Tidak seperti ini. Diam dan tidak mahu berjumpa bah kan langsung tidak mahu memaafkan Qayyum.

Entah mengapa dia merasakan Afrina seolah-olah terasa hati dengan Qayyum. Jika tidak kenapa Afrina seakan-akan mahu menjauhi Qayyum? Adakah Afrina mula mempunyai perasaan pada Qayyum?

Mardhiah mengukir senyuman kecil apabila yakin dengan apa yang dia rasakan saat ini. Afrina mula suka pada Qayyum!

"Awak...." Panggilnya dengan lembut.

"Ya? Kenapa Mardhiah? Awak nak apa-apa ke?" Soal Qayyum apabila lengannya di tepuk lembut oleh Mardhiah.

Dia mencari kelibat Qaisha tapi tiada. Pergi tandas mungkin? Entah lah.

"Awak jangan lah rasa serba salah sangat. Saya yakin Afrina tak marah pun pada awak. Mungkin dia masih terkejut bila awak tertinggikan nada suara awak masa tu." Kata Mardhiah cuba mengambil hati Qayyum agar lelaki itu sedikit tenang daripada rasa serba salah.

"Yeke? Mana awak tahu? Dia bagitahu awak ke?" Soal Qayyum dengan wajah yang agak gembira.

Mardhiah ketawa kecil. Comel!

"Afrina tu kan diri saya juga. Saya tahu apa yang dia rasa. Awak jangan risau okey?" Balas Mardhiah dengan senyuman manis.

Qayyum menepuk dahinya. Lupa pula dia. Bibirnya mengukir sengihan kecil.

"Kalau betul lah apa yang awak cakap tu lega saya dengar. Cuma kalau boleh saya nak dengar dia yang cakap sendiri. Awak tak boleh ke suruh dia keluar?" Pinta Qayyum dengan penuh berharap.

Mardhiah menjadi serba salah.

"Erkkk saya minta maaf Qayyum. Saya tak boleh buat macam tu. Afrina yang akan keluar sendiri bila dia nak. Buat lah macam mana sekali pun dia takkan keluar selagi bukan kemahuannya. Macam yang awak tahu dia berjaga pada waktu malam kerana bagi dia waktu malam merupakan waktu yang sangat bahaya untuk saya berjaga.

Dia jaga saya, dia lindungi saya daripada segala ancaman bahaya. Tak kira haiwan atau manusia bila bahaya datang dan mengancam diri saya, Afrina lah yang akan selamatkan saya walaupun dengan cara yang agak kejam dan tak berperikemanusiaan." Tutur Mardhiah panjang lebar. Amat mustahil untuk dia memanggil Afrina keluar melainkan Afrina sendiri yang mahu keluar.

Qayyum melepas keluhan. Ye tak ye juga kan? Sungguh dia terlupa perkara itu kerana terlalu berharap Mardhiah mampu memanggil Afrina supaya keluar walaupun dia sendiri tahu Mardhiah tidak dapat melakukannya. Teruk betul dia ni.

Untuk beberapa saat dia mula teringat sesuatu. Wajah Mardhiah terus di pandang.

"Kejap! Maksud awak, Afrina akan keluar bila dia nak atau pun masa diri awak terancam kan?" Qayyum mula berwajah serius.

"Erkkk ya betul, kenapa?" Tanya Mardhiah pula. Takut pula dia melihat wajah serius Qayyum itu.

"Masa Afrina tiba-tiba keluar tu, awak terasa diri awak terancam ke?" Qayyum masih ingat lagi sewaktu Mardhiah di kelilingi lima orang jururawat dan ketika itu tubuh Mardhiah di kawal oleh Afrina.

Wajah Mardhiah mula menunduk. Dia menarik nafas panjang lalu menghembusnya perlahan-lahan.

"Waktu tu saya terlalu takut dan panik sampai tak tahu nak buat apa. Sa-saya cemas dan resah sampai lah dada saya mula rasa sakit. Waktu tu saya sendiri tak sangka yang Afrina memberontak ingin keluar dan yeah Afrina berjaya keluar."

Qayyum mengangguk faham.

Jadi, Afrina akan keluar pada waktu malam dan ketika Mardhiah merasakan dirinya terancam. Dia akan ingat perkara ini sampai bila-bila. In Shaa Allah.

"Awak takut di kelilingi orang ramai ke?"

Mardhiah mengangguk.

"Saya tak biasa. Saya takut sebab saya rasa diorang semua mencurigakan. Maaf, saya bukan nak kata kawan-kawan awak jahat tapi saya takut. Takut dengan bayang-bayang kisah lama saya." Jujurnya.

"Awak jangan takut, awak kan ada saya, Qaisha, Blade dan yang lain juga. Takde apa yang perlu awak takutkan di sini. Sini semua orang baik-baik cuma perangai saja yang tak berapa nak baik. Tapi selagi awak ada bersama saya, awak akan selamat. Jangan risau okey?" Qayyum mengukir senyuman lebar pada Mardhiah.

Dia perlu mendapatkan keyakinan Mardhiah agar perempuan itu tidak perlu takut dengan orang-orang yang bekerja di dalam hospital ini. Setakat gosip-gosip murahan tu heh sekali sound je terus senyap gitu je. Cuma tu lah malas nak buat kecoh. Tak pasal-pasal nanti ada yang kena malu.

Terukir senyuman di bibir Mardhiah.

Awak kan ada saya.

Ayat itu membuatkan hatinya gembira dan yakin pada Qayyum. Dia kembali menyambung makanannya yang terhenti tadi.

Qayyum tersenyum.

In Shaa Allah, saya akan buat yang terbaik untuk awak dan Afrina.















Ada yang dah mula masuk asrama ke tu? 👀

I will try my best untuk siapkan cerita ni sebelum bulan 10 okey sebab aku tahu ramai readers aku student yang masuk asrama.

So yeah doakan aku rajin, dikurniakan idea yang melimpah untuk endingkan story ni cepat-cepat 😘

Continue Reading

You'll Also Like

283K 2.7K 11
• SIRI PERTAMA • COMPLETED at 13 June 2020 • In editing (some parts have been unpublished) ❁❁❁❁❁ Siri percintaan yang penuh dengan onak duri. Jang...
205K 13.2K 53
Tragedi kemalangan jalan raya telah menyebabkan ibubapanya terkorban, sekali gus mengubah hidupnya. Satu persatu masalah yang timbul membuatkan dia t...
278K 19K 53
Highest rank : #1 action Note : Cerita ni sedikit cringe as it is my first book series. EMIR ADDEN FATTAH - Seorang lelaki melayu kacukan korea. Dia...
32.3K 1.6K 29
KAPTEN DANIELLEA ARALYN • Seorang juruterbang pesawat awam. Seorang yang lemah lembut jika dilayan lembut. Mudah gelabah. Pemalu tapi tidak malu sang...