OUR BEAUTIFUL FATE √√

By syxhxris

150K 18.3K 4.4K

[Book 4] Blade Da Erol Lelaki Turki yang tiada agama dan hanya setia pada Steve, tuannya. Cinta? Perempuan? L... More

Sinopsis
Bab 1
Bab 2
Bab 3
Bab 4
Bab 5
Bab 6
Bab 7
Bab 8
Bab 9
Bab 10
Bab 11
Bab 12
Bab 13
Bab 14
Bab 15
Bab 16
Bab 17
Bab 18
Bab 19
Bab 20
Bab 21
Bab 22
Bab 23
Bab 24
Bab 25
Bab 26
Bab 27
Bab 28
Bab 29
Bab 30
Bab 31
Bab 32
Bab 33
Bab 34
Bab 35
Bab 36
Bab 37
Bab 38
Bab 39
Bab 40
Bab 41
Bab 42
Bab 43
Bab 44
Bab 45
Bab 47
Bab 48
Bab 49
Bab 50
Bab 51
Bab 52
Bab 53
Bab 54
Bab 55
Bab 56
Bab 57
Bab 58
Bab 59
Bab 60
Bab 61
Bab 62
Bab 63
Bab 64
Bab 65
Bab 66
Bab 67
Bab 68
Bab 69
Characternime
New Story
New Ebook Story

Bab 46

1.6K 231 113
By syxhxris

Seawal jam tujuh pagi, Qayyum sudah pun terpacak di hadapan pintu markas Eagle Eyes dengan pakaian kerjanya.

"Qay? What are you doing at here?" Soal Elan dengan pelik apabila melihat kedatangan Qayyum di sini. Bertambah pelik apabila Qayyum lengkap berpakaian kerja.

Takkan nak jumpa Blade pula? Mereka berdua kan duduk serumah. Buang tabiat ke apa cari Blade dekat sini?

"Morning Elan." Sapa Qayyum dengan sengihan tanpa menjawab pertanyaan Elan. Makin pelik Elan jadinya.

"Actually, aku datang sini nak bawa Mardhiah pergi hospital. Jangan risau Blade dah bagitahu Steve pasal hal ni. Qaisha pun nanti datang hospital bawa Mardhiah ke sini semula." Terang Qayyum.

Elan mengangguk kecil walau hakikatnya dia masih tak faham apa yang Qayyum katakan. Buat apa Mardhiah pergi hospital? Tapi bila Qayyum kata Steve tahu tentang perkara ini dia hanya biarkan saja. Takkan Qayyum nak menipu pula kan?

"Yow Qay, lama ke tunggu?" Tegur Asyraf dengan mesra. Sebelahnya pula kelihatan Mardhiah yang sudah bersiap untuk pergi ke hospital. Simple saja pakaiannya. Hanya memakai sepasang suit blouse berwarna nude sudah memadai.

"Tak tunggu lama pun. Aku pun baru je sampai hah." Balas Qayyum. Matanya singgah pada wajah Mardhiah yang kelihatan malu-malu dengan dirinya.

Comel pula malu-malu macam tu dengannya.

Baru dia perasan rambut panjang Mardhiah di sikat kemas. Ada klip rama-rama kecil terletak elok di atas rambut Mardhiah. Comel!

"Oh, hahaha bagus lah kalau kau pun baru sampai. Risau kalau kau tunggu lama pula. Ni dokumen peribadi Mardhiah yang Chann buatkan. Apa-apa hal kau rujuk situ je. Kad pengenalan pun ada sekali dalam tu." Asyraf menyerahkan satu sampul surat berwarna coklat sederhana besar pada Qayyum.

"Alright, thank you bro." Qayyum membuka sampul surat itu untuk melihat dokumen peribadi Mardhiah.

"Cukupkan?" Tanya Asyraf ingin kepastian.

"Cukup!" Jawab Qayyum dengan senyuman.

"Okey, kalau takde apa-apa aku masuk dalam dulu. Nak membuta kejap." Ujar Asyraf sambil menguap. Mengantuk!

Qayyum menggeleng kecil. Haih, tak senonoh punya perangai.

"Eh, Elan kau buat apa kat sini? Baru aku perasan kau."

Elan membuat muka. Daripada tadi dia dekat sini baru Asyraf perasan dia? Nak kena luku ke apa?

"Jogging, bye." Dua patah perkataan saja dia balas lalu terus dia beredar keluar setelah selesai memakai kasut joggingnya.

"Rajin betul jogging." Tutur Asyraf.

Dia nak jogging? Lambert lagi. Tunggu dia rajin baru jogging. Hikhik...

"Jom Mardhiah."

Mardhiah mengangguk kecil. Segera dia menyarung seliparnya lalu jalan mengikuti Qayyum yang sudah berada di tepi pintu kereta sebelah pemandu.

"Terima kasih awak." Ucap Mardhiah malu-malu apabila Qayyum membukakan pintu untuk dirinya.

"Sama-sama, awaknya." Balas Qayyum dengan sengihan.

Membahang wajah Mardhiah menahan malu. Selepas sahaja dia masuk ke dalam kereta, Qayyum terus menutup pintu lalu menuju ke bahagian pemandu.

Tidak mahu membuang masa, Qayyum terus memandu menuju ke hospital.

Sepanjang perjalanan ke hospital, baik Qayyum mahu pun Mardhiah mereka berdua hanya diam tidak bersuara. Masing-masing tidak tahu mahu berbual apa terutama Mardhiah. Dia masih malu untuk berbual dengan Qayyum.

"Mardhiah, awak nak makan dulu ke sebelum masuk ke dalam hospital?" Tanya Qayyum sekadar ingin memecahkan kejanggalan yang mengelilingi mereka berdua.

Mardhiah tersentak apabila Qayyum bertanya pada dirinya. Teragak-agak dia mahu membalas.

"Erkk urmmm takpe nanti saya makan dengan Sha tengah hari nanti. Kenapa? Awak belum makan lagi ke?" Serba salah pula dia kalau Qayyum belum makan dan dia pula mahu makan bersama Qaisha.

"Saya dah makan dekat rumah tadi. Qaisha masak hari ni. Dia masak nasi goreng daging. Awak nak? Saya selalu bawa bekal pergi kerja. Nanti kita makan sama-sama." Kata Qayyum dengan senyuman kacak.

"Sha masak? Waaaa untungnya awak dengan abang awak. Rindu pula saya dengan masakan Sha. Selalu pagi-pagi dia mesti masak nasi goreng tak pun nasi lemak. Nasi lemak Sha buat memang sedap! Asyraf, Fahri, Chann dan James mesti tambah dua kali. Diorang cakap sedap, macam orang yang meniaga dekat luar tu tapi Sha masak lagi sedap daripada diorang yang meniaga." Cerita Mardhiah dengan bersungguh-sungguh.

Sedar dirinya yang banyak bercakap, terus dia menggigit bibirnya. Wajahnya membahang malu. Terus terhenti mulutnya daripada bercakap.

Ternaik kening Qayyum.

"Aik, kenapa diam? Cerita lah lagi, saya suka dengar awak bercerita." Tegurnya. Memandangkan lampu traffic light berwarna merah, dia mengambil kesempatan menoleh ke arah Mardhiah yang mula berdiam diri itu.

"Saya takut awak tak selesa bila saya cakap banyak macam ni. Lagi pun saya tak sengaja cakap banyak macam ni." Tutur Mardhiah perlahan.

Qayyum tergelak. Entah kenapa dia lihat Mardhiah sangat comel seperti ini. Cuba kalau Afrina macam ni. Fuhhhh, lambert lagi.... Ahahahaha....

"Ishhh apa cakap macam tu. Saya okey je lah. Lagi saya suka dengar awak bercakap ada lah. Yelah, kita ni jarang jumpa, biasa saya jumpa Afrina je. Kesian awak tak berkesempatan nak jumpa saya yang hensem ni. Asyik Afrina je." Gurau Qayyum.

Mardhiah ketawa kecil.

"Kan manis bila awak macam ni. Ketawa pun comel belum lagi senyum. Mau cair hati saya tengok awak senyum hari-hari. Silap haribulan saya ni cair seperti ais batu. Kesian awak tak dapat kahwin dengan saya sebab saya dah cair." Suka pula Qayyum menyakat Mardhiah yang malu-malu dengan dirinya.

"Eiiii awak ni, merepek je." Makin merah wajah Mardhiah apabila di usik sebegitu. Rasa nak nyorok bawah kerusi je.

Qayyum ketawa mengekek. Comelnya anak orang ni. Tak sangka pula Mardhiah berperwatakan seperti ini. Dia mula rasa selesa dengan kehadiran Mardhiah mahu pun Afrina dalam hidupnya.

Melihat Qayyum ketawa, Mardhiah mengukir senyuman kecil. Perlahan-lahan dia mula selesa dengan Qayyum.

Sampai sahaja di perkarangan hospital, Qayyum memakirkan keretanya di ruang khas pekerja hospital.

"Okey, dah sampai. Jom turun." Kata Qayyum sebaik sahaja mematikan enjin keretanya. Dia pun keluar lalu menuju ke pintu belakang bahagian pemandu untuk mengambil beg sandangnya.

Mardhiah menanggalkan seatbelt lalu membuka pintu kereta dan terus keluar. Entah mengapa dia berasa sangat gementar.

"Awak okey tak ni? Gementar?" Tegur Qayyum apabila sedar perubahan pada wajah Mardhiah yang kelihatan gementar itu.

"Saya takut lah." Jujur Mardhiah. Dia mula rasa tidak yakin. Melihat orang keluar masuk dalam hospital membuatkan dia berasa tidak selesa dan takut.

Melihat Mardhiah seperti itu, Qayyum memegang lengan Mardhiah yang berlapik itu dengan lembut. Dapat dia rasakan bertapa menggigilnya perempuan ini.

"Takpe saya ada jangan risau okey? Sha pun nanti ada dengan awak. Awak tenang je." Memandangkan jadual Qayyum tidak sibuk pagi ini jadi dia ada masa untuk menemani Mardhiah semasa permulaan sesi rawatannya.

Mardhiah cuba mengatur nafasnya supaya kembali stabil. Dia tidak boleh terlalu takut. Yakin dia mula kembali tenang, dia memandang Qayyum yang setia menunggu dirinya.

"Okey jom."

"Good morning Doktor Qayyum."

"Morning too." Balas Qayyum dengan ramah. Seperti biasa dirinya pasti di sapa oleh jururawat atau pun doktor yang berselisih di tepinya.

Mardhiah yang jalan beriringan dengan Qayyum hanya diam membisu. Wajahnya tunduk menekur memandang lantai. Kedua-dua belah tangannya di genggam erat. Sungguh dia tak selesa apabila berjalan di kawasan yang ramai orang.

"Eh, siapa perempuan yang jalan dengan Doktor Qayyum tu?"

"Entah, adik dia kut?"

"Adik? Bukan ke Doktor Qayyum takde adik?"

"Ha'ah, dia ada abang je kan?"

"Iyelah, siapa perempuan tu? Lain macam je diorang rapat."

Bisikan-bisikan kecil itu sedikit sebanyak membuatkan Mardhiah menjadi sangat tidak selesa dan membuatkan dia menjadi sangat gementar. Tanpa berfikir panjang, lengan Qayyum di pegang erat.

Qayyum tersentak. Dia yang mahu menegur tidak jadi apabila melihat Mardhiah mencengkam lengannya dengan kuat. Dapat dia rasakan tangan Mardhiah menggigil-gigil.

"Mardhiah, awak okey tak ni? Kenapa menggigil?" Tanya Qayyum sedikit risau.

"S-saya takut..." Tutur perlahan. Semakin lama semakin rapat dia dengan Qayyum. Dadanya mula rasa sesak. Sungguh dia tidak sukakan keadaan seperti ini. Jalan di khalayak ramai dan menjadi perhatian. Dirinya mula terasa terancam.

Qayyum mula melihat sekelilingnya. Ternyata dia dan Mardhiah menjadi perhatian. Dia mengeluh dalam hati. Jangan kata Matdhiah saja yang tidak selesa, dirinya sendiri turut tidak selesa apabila menjadi perhatian.

Rimas tau, rimas!

Tidak sampai hati melihat Mardhiah berkeadaan seperti itu, Qayyum memegang wajah Mardhiah lalu disembamkan pada lengan sasanya.

"Abaikan diorang, saya ada dengan awak." Kata Qayyum dengan lembut. Dia tahu pasti sukar untuk Mardhiah kerana ini pertama kali Mardhiah di bawa keluar daripada markas Eagle Eyes. Pasti Mardhiah berasa sangat tidak selesa.

Tidak jauh daripada lift, terlihat Taufiq dan Khalif sedang rancak berbual di depan lift. Mereka berdua langsung tidak peduli dengan keadaan sekeliling. Apa yang mereka berdua berbual tu pun tak tahu lah. Ralit sangat!

"Eh, Qay! Awal sampai?" Tegur Khalif apabila perasan kehadiran Qayyum di situ bersama seorang perempuan. Tidak perlu tanya siapa, Khalif sudah dapat mengagak pasti perempuan itu merupakan kakak kembar isteri abang Qayyum yang Qayyum cerita pada tempoh hari tapi tidak pada Taufiq.

Taufiq memandang hairan perempuan yang bersama dengan Qayyum itu. Siapa pula perempuan ni? Kemain rapat semacam je?

"Awal? Biasa je. Kau tu yang awal sampai, selalu lima minit sebelum pukul 8 baru terpacak dekat sini." Balas Qayyum dengan nada sinis.

"Eh, okey lah ni datang awal. Karang datang lambat bising pula." Cebik Khalif.

Qayyum ketawa kecil.

Tinggg

Pintu terbuka dan beberapa orang jururawat dan doktor keluar daripada lift. Sempat mereka mengerling ke arah Mardhiah yang masih memeluk erat lengan Qayyum.

Taufiq, Khalif, Qayyum dan Mardhiah pun masuk ke dalam setelah lift kosong. Ada juga beberapa orang lagi yang turut masuk bersama mereka berempat. Semua senyap saja tidak bersuara.

Mardhiah mengecilkan tubuhnya di tepi Qayyum. Bukan dia tak perasan dirinya menjadi perhatian. Renungan-renungan pelik yang dilemparkan kepadanya membuatkan dia berasa sesak.

Tinggg

Beberapa jururawat dan doktor yang masuk bersama mereka terus keluar apabila mereka sudah sampai pada tingkat yang mereka ingin tuju.

Tinggg

Pintu lift pun terbuka lagi menandakan mereka sudah tiba di tingkat tempat kerja mereka. Taufiq dan Khalif keluar terlebih dahulu kemudian baru Qayyum dan Mardhiah keluar.

"Mardhiah, kita singgah tempat kerja saya dulu boleh? Letak beg saya sekejap lepas tu kita terus pergi ke bilik Doktor Umair. Doktor yang akan rawat awak nanti." Kata Qayyum pada Mardhiah.

Mardhiah tidak membalas, dia cuma mengangguk kecil sahaja.

"Yow Qay, bawa siapa tu?" Soal Lisa apabila menyedari ada seorang perempuan yang jalan bersama dengan Qayyum. Siap pegang lengan lagi tu. Adik ke? Atau sepupu?

Pertanyaan Lisa itu membuatkan Haziq dan Ummi yang sedang berborak terus mengalihkan pandangan mereka pada Qayyum dan Mardhiah.

"Perkenalkan ni Mardhiah, kakak kembar kakak ipar aku. Mardhiah, ni semua kawan-kawan saya. Awak jangan takut, diorang semua ni baik walaupun perangai macam setan kadang-kadang." Ujar Qayyum dengan sengihan.

"Eh, kurang ajar betul mulut kau ya. Kau tu acah perangai malaikat pula ya. Mardhiah, awak tak payah dengar apa yang Qayyum tu cakap. Semua tu tipu, dusta semata-mata. Kami ni baik tau terutama saya." Bidas Khalif.

"Eeiiuuuu sejak bila kau baik hanat? Kau tu raja segala iblis dekat sini. Sedar diri tu sikit." Naik geli geliman Lisa dengar apabila Khalif mengatakan diri dia baik. Baik? Celah mana yang baik? Uwekkkk....

"Kau dengkikan? Erk elehhh minah ni. Taufiq jaga tunang kau ni elok-elok. Mulut tu aku jahit mati kang." Khalif menjeling Lisa dengan tajam.

"Aik, aku yang diam takde kata apa-apa pun kena sekali ke?" Taufiq menggaru kepalanya.

"Hahahaha nak buat macam mana dah korang berdua laki bini dekat sini. Kahwin cepat-cepat, tak payah tunggu hujung tahun ni pun takpe." Celah Haziq sambil ketawa. Walaupun Taufiq dan Lisa masih bertunang tapi mereka suka menggelarkan Taufiq dan Lisa laki bini.

Ummi ketawa kecil melihat mereka bertingkah mulut. Bila je diorang ni tak gaduh mulut? Tapi itu lah yang menceriakan suasana kerja mereka.

"So, Mardhiah ni lah bakal isteri kau?" Soalan Ummi membuatkan mereka memandang Qayyum dengan wajah yang tertanya-tanya melainkan Khalif.

Khalif hanya beriak biasa je. Tak payah nak terkejut sangat lah sebab dia dah dapat agak semasa Qayyum dan Mardhiah bersama-sama sejak di depan lift lagi.

"Ha'ah, dia lah bakal isteri aku." Dengan selamba dia merangkul bahu Mardhiah dengan erat. Dia tahu sepatutnya dia tidak boleh menyentuh Mardhiah sesuka hati tapi dia tidak mahu Mardhiah berasa takut dengan mereka semua.

Mardhiah terkejut. Terus dia memandang wajah Qayyum yang sedang tersenyum padanya. Wajah Mardhiah mula merah menahan malu.

"Eceeee pandai kau sekarang Qay. By the way saya Lisa, selamat berkenalan Mardhiah." Lisa menghampiri Mardhiah lalu menghulurkan tangan untuk bersalaman dengan Mardhiah.

Mardhiah terkerbil-kerbil. Teragak-agak dia menyambut huluran tangan Lisa itu.

"Mardhiah." Tutur Mardhiah dengan gugup.

Lisa mengukir senyuman. Dapat dia rasakan bertapa sejuk dan menggigilnya tangan Mardiah. Melihat senyuman nipis daripada Qayyum, Lisa mengukir senyuman kecil.

"Awak jangan lah takut dengan kami. Kami tak makan orang, kami makan nasi ayam. Nanti ada masa awak datang lah sini lagi boleh kita makan sama-sama." Kata Lisa dengan ramah.

"Uishhh sejak bila Lisa jadi peramah ni?" Usik Haziq sengaja.

"Diam lah kau, sibuk je." Jeling Lisa.

"Dah dah pukul berapa dah ni? Pergi buat kerja. Qay, jom ikut aku pergi jumpa Umair." Ujar Ummi apabila sedar jam sudah pun menunjukkan 8:17 a.m. Ralit sangat mereka bersembang.

"Garang lah Ummi sekarang semenjak Kak Zu takde." Gurau Khalif.

"Ke datang bulan?" Sampuk Haziq.

"Choiiii, aku stapler mulut kau kang." Stapler yang berada atas meja dia di ambil.

Terkekek-kekek Haziq dan Khalif ketawa. Seronok melihat Ummi marah. Marah-marah macam harimau betina. Rawrrr hahahaha.... Tachoddd babyyy.....















Continue Reading

You'll Also Like

267 76 19
"I will spoiled you, Bella." Haidar Lian, di tinggalkan oleh keluarganya dan di maki selama 10 tahun, tapi muncul semula untuk meruntuhkan hak keluar...
100K 9.4K 48
Dua pekerjaan yang sangat mencabar. Jika lalai seminit, banyak nyawa yang terkorban. "Tuan ingat muka Tuan kacak sangat?" Gaduh. Gaduh. Gaduh. Ada...
889K 35.9K 98
Pertemuan yang tidak disengajakan antara Damian dan Kaisara telah merubah hidup mereka berdua. "Do i look like a murderer to you?" Soal Damian. "To...
209K 13.3K 53
Tragedi kemalangan jalan raya telah menyebabkan ibubapanya terkorban, sekali gus mengubah hidupnya. Satu persatu masalah yang timbul membuatkan dia t...