OUR BEAUTIFUL FATE √√

By syxhxris

150K 18.3K 4.4K

[Book 4] Blade Da Erol Lelaki Turki yang tiada agama dan hanya setia pada Steve, tuannya. Cinta? Perempuan? L... More

Sinopsis
Bab 1
Bab 2
Bab 3
Bab 4
Bab 5
Bab 6
Bab 7
Bab 8
Bab 9
Bab 10
Bab 11
Bab 12
Bab 13
Bab 14
Bab 15
Bab 16
Bab 17
Bab 18
Bab 19
Bab 20
Bab 21
Bab 22
Bab 23
Bab 24
Bab 25
Bab 26
Bab 27
Bab 28
Bab 29
Bab 30
Bab 31
Bab 32
Bab 33
Bab 34
Bab 35
Bab 36
Bab 37
Bab 39
Bab 40
Bab 41
Bab 42
Bab 43
Bab 44
Bab 45
Bab 46
Bab 47
Bab 48
Bab 49
Bab 50
Bab 51
Bab 52
Bab 53
Bab 54
Bab 55
Bab 56
Bab 57
Bab 58
Bab 59
Bab 60
Bab 61
Bab 62
Bab 63
Bab 64
Bab 65
Bab 66
Bab 67
Bab 68
Bab 69
Characternime
New Story
New Ebook Story

Bab 38

1.6K 239 49
By syxhxris

"Aaaaa comelnyaaaa...."

Lisa dan Ummi geram melihat seorang bayi lelaki yang sedang tidur dengan lena dalam katil bayi. Haziq, Taufiq dan Khalif menggeleng kecil melihat tingkah mereka berdua itu.

Zuraidah tidak turut serta bersama mereka kerana keadaan wanita itu tidak mengizinkan dirinya untuk bergerak banyak.

"Oiii korang berdua jangan bising lah. Baby tengah tidur tu kan. Suara kalau perlahan tak apa ini suara macam pontianak." Tegur Khalif dengan pedas.

"Ishh, mulut jangan choiii sangat ye. Apa sebut natang tu." Marah Ummi.

Khalif hanya buat pekak saja.

"Hmmm macam kau tak kenal orang perempuan macam mana. Bising lepas tu nak menang je kerja. Spesies annoying." Sampuk Taufiq.

Lisa terus menoleh ke arah Taufiq.

"Apa? Spesies annoying? Amboi amboi amboi, mengata saya ke tu? Kalau perempuan spesies annoying, lelaki pula spesies buaya." Balas Lisa dengan geram.

Taufiq tercengang.

Aik? Apa kena mengena annoying dengan buaya ni? Jap, dia buaya? Heh, kalau boleh memang dia nak je jadi buaya biar Lisa makan hati dengan dia hari-hari. Padan muka muahahahaha....

"Awak jangan nak buat hal ye..." Wajah Taufiq di pandang tajam. Bukan dia tak nampak Taufiq tersengih-sengih. Adalah tu dia fikir bukan-bukan.

"What? I don't say anything."

"Gaduh pula laki bini ni." Keluh Haziq. Orang datang nak melawat yang mereka berdua ni sempat lagi nak bergaduh. Ada yang kena halau keluar ni.

Khalif hanya ketawa sahaja. Malas dia nak masuk campur. Tak pasal-pasal dia kena tempias sama. Lagi-lagi mulut Lisa tu boleh tahan pedas juga bila bersuara. Macam mana Taufiq boleh tersangkut dengan minah tu pun tak tahu lah.

"So, apa nama anak kau tu?" Tanya Qayyum pada Jason yang duduk di sebelah Nurul iaitu isteri Jason.

"Hmmm aku belum terfikir lagi pasal tu. Sayang ada nama tak untuk nama baby boy tu?" Jason menatap wajah isterinya yang masih jelas kepenatan itu walaupun di selindungi dengan niqab. Ya, isterinya seorang berniqab.

Nurul mengukir senyuman kecil di sebalik niqab yang di pakainya.

"Hamzah Bin Jason Wang, boleh?"

"Hamzah, Hamzah... Sedap nama tu. Nama pejuang Islam, Saidina Hamzah." Puji Qayyum. Dia mengerling ke arah ketiga-tiga anak-anak saudaranya.

Uwais Bin Jason Wang, 12 tahun.

Umar Bin Jason Wang, 9 tahun.

Safiyyah Binti Jason Wang, 4 tahun.

Hanya satu patah perkataan saja tetapi nama-nama tersebut sangat hebat maknanya. Bah kan merupakan nama srikandi pejuang Islam. Walaupun mereka bertiga masih kecil tetapi kelakuan mereka sangat baik dan tidak nakal seperti kanak-kanak yang lain.

Qayyum bangga kerana Jason berkahwin dengan seorang wanita yang beriman dan solehah. Lihat sahaja penampilan Nurul walaupun baru saja melahirkan anak tetapi auratnya terjaga rapi. Safiyyah yang duduk di ribanya di peluk. Baik je, tak meragam langsung.

"Baik je anak-anak kau, tak meragam bila jumpa orang." Kata Khalif sambil mencuit-cuit pipi Umar yang sedikit berisi itu. Umar hanya tersengih saja pada dia.

"Tengoklah siapa walid dia, hahahaha...." Riak Jason.

Nurul menggeleng kecil melihat tingkah Jason yang berperangai kebudak-budakkan itu. Pandangannya jatuh pada Qayyum yang tidak jauh daripadanya. Dia masih ingat lagi sewaktu Qayyum menjadi saksi pernikahan dia dan Jason sewaktu ketika dahulu. Tak sangka mereka akan berjumpa lagi.

"Annoying siaa aku dengan kau ni."

Mati terus ketawa Jason mendengar kata-kata daripada Khalif itu.

"Orang single memang macam tu. Dengki." Perli Jason dengan nada yang mengejek.

Semua menahan ketawa apabila Khalif mati kata. Hah, sentap lah tu. Siapa suruh single lama-lama?

"Macam lah aku sorang je single dekat sini. Qayyum dengan Haziq pun masih single okey." Jeling Khalif. Mana boleh dia sorang je dikenakan oleh Jason.

"Apa nak kaitkan aku pula ni? Aku takde kena-mengena dengan perbalahan korang ye." Haziq mengangkat keningnya.

Eh eh ehhh nak kaitkan dia sekali pula dalam hal ni dah kenapa? Siapa cakap dia single? Tunggu masa je dia edar kad kahwin pada mereka. Buat masa sekarang, biar lah rahsia.....

Qayyum turut melakukan hal yang sama. Buat masa sekarang memang dia single but not available. Hahahahaha.... Gituuu.....

"Tadi mengata kita bising tapi diorang pula yang bising. Cakap tak serupa bikin diorang tu." Bisik Lisa pada Ummi.

"Tu lah tu. Lelaki memang kerja nak cari salah orang perempuan je. Lepas tu bila kita cakap benda betul kata perempuan selalu nak menang lah perempuan tak pernah salah lah apa lah. Eeeiii menyampah betul dengan statement macam tu." Sokong Ummi dengan mimik muka yang geram.

Lisa mengangguk setuju. Lelaki memang bab mengata orang perempuan kemain sembang kencang.

Sedang mereka rancak berbual pintu wad yang di ketuk daripada luar mematikan perbualan mereka semua.

Tok tok tok

"Masuk lah." Laung Jason memberi keizinan orang luar untuk masuk. Siapa pula yang datang ni?

Pintu wad pun terbuka sebaik sahaja di beri izin oleh Jason untuk masuk ke dalam.

"Bro!" Jason lantas berdiri dengan senyuman. Begitu juga dengan Qayyum.

Manakala Lisa, Ummi, Khalif, Taufiq dan Haziq terkedu melihat beberapa orang lelaki berwajah asing masuk ke dalam wad ini dengan wajah yang serius. Siapa mereka semua ni?

"Congrats bro, where my newphews huh?" Sapa Jackson dengan senyuman lebar apabila Jason memberitahunya dia akan menerima seorang lagi anak saudara melalui whatsapp.

Terus dia menghubungi Blade untuk mengajak sepupunya itu datang melawat Jason dan isteri adiknya itu di hospital. Mujur lah Blade tidak sibuk malah Steve, Elan, Chann dan James turut sama mengikuti Blade untuk melawat.

"Ada tu hah dekat Qayyum. Baby dalam katil tu tengah lena." Jason muncungkan mulutnya ke arah anak-anaknya.

"Blade." Qayyum mendukung Safiyyah lalu di berikan kepada abangnya. Sengaja dia mahu melihat reaksi Safiyyah apabila di dukung oleh Blade.

Teragak-agak Blade mahu mendukung si kecil apabila mata Safiyyah bulat memandangnya.

"Safiyyah, this is Uncle Blade. My brother. Your uncle." Kata Qayyum dengan senyuman.

"Uncle..." Tutur Safiah dengan sengihan. Matanya bulat sinar memandang wajah Blade yang turut memandang dirinya.

Blade mengukir senyuman.

"Hello pretty..." Pipi tembam Safiyyah di kucup lembut.

"So what my nephews names?" Soal Blade yang masih tidak mengetahui nama ketiga-tiga anak Jason selain Safiyyah.

"My older son name is Uwais, second Umar, third Safiyyah and my new baby name is Hamzah. Uwais, Umar both of them are your uncles. Uncle Blade and Uncle Jackson."

Uwais dan Umar turun daripada kerusi lalu berdiri di hadapan Blade dan Jackson. Tangan di hulur untuk bersalaman dengan pak cik saudaranya.

"Hello boys..." Tegur Jackson dengan ramah. Pertama kali dia berjumpa dengan anak-anak saudaranya yang comel-comel ini membuatkan dirinya terasa ingin memiliki anak dengan segera.

"Bro, aku rasa abang kau tu tak sabar nak anak tu." Kata Chann dengan selamba.

"Tch, biasa lah tu orang dah nak kahwin. Kau rilek je. Tak sampai sebulan dia lepas geram dekat Amelya mengandung Amelya tu nanti." Sampuk James dengan ketawa.

"The fuck bro?" Elan tertawa mendengar kata-kata James. Jason turut ketawa sama.

Steve pula sejak sedari hanya berpeluk tubuh saja di tepi pintu sambil memerhati anak-anak saudara Blade. Comel.

Walaupun dia tiada kena mengena dalam hubungan keluarga Blade tapi alang-alang mereka semua mahu keluar makan dia singgah ke hospital sebentar. Tak sangka pula Jason berkahwin dengan seorang wanita berniqab.

"Lisa, kau kenal tak lelaki yang sandar dekat pintu tu?" Soal Ummi dengan nada berbisik.

Daripada lelaki itu masuk sampai sekarang dia perhati saja raut wajah lelaki itu. Bukan kerana kekacakan yang dimiliki olehnya tetapi dia seperti mengenali lelaki itu. 

"Hah? Yang mana satu? Banyak lelaki dalam wad ni." Lisa memerhati lelaki-lelaki yang baru masuk ke dalam wad itu satu per satu.

"Ala tu yang sandar dekat pintu tu. Betul-betul dekat pintu. Mat salleh mata hijau tu."

Seorang lelaki yang berkemeja putih sambil berpeluk tubuh di tepi pintu wad menjadi tumpuan Lisa. Itu ke?

"Hurmmm macam kenal je...." Lisa cuba mengingati raut wajah lelaki itu. Lama dia berfikir, dia teringat sesuatu. Terus dia mengeluarkan handphonenya daripada poket bajunya.

"Kau search apa?" Soalnya apabila Lisa menaip sesuatu di google.

Steve Hendry

Membulat mata Ummi. Jadi, lelaki itu Steve Hendry? Top five usahawan yang berjaya dalam dunia perniagaan.

"Gila siutttt aku admire gila dengan dia sebab dia hensem nak mati." Sungguh Ummi terkejut apabila tidak sangka dia akan berjumpa dengan usahawan yang di minatinya selama ini berada di hadapannya. Fuhhhhh mimpi ke ni? Kalau betul mimpi tolong jangan kejutkan dia. Hahahaha....

"Jangan nak admire sangat, laki orang tu." Lisa ketawa kecil melihat wajah masam Ummi. Saja je nak mengusik.

"Ish, aku tahu lah dia dah kahwin. Comel je anak-anak dia. Semua mata hijau. Isteri dia pun comel je, kecik molek macam budak sekolah." Puji Ummi tentang keluarga Steve.

"Tak silap aku isteri dia suka cover lagu kan? Apa aeee ig isteri dia?"Tanya Lisa.

"Jap." Ummi cuba mencari id ig isteri Steve.

"Jumpa! HenRin_"

Lisa dan Ummi pun stalk gambar-gambar yang di upload oleh Airin sehingga lah tiba satu gambar di mana Airin berada di tengah-tengah dan di kiri kanannya di apit oleh lima orang lelaki. Tiga sebelah kanan, dua sebelah kiri. Apa yang menarik perhatian mereka berdua, gambar seorang lelaki yang berdiri di sebelah Airin dengan senyuman kacak sambil berpeluk tubuh.

"Ini bukan ke...."

"Qayyum?"

Lisa dan Ummi saling berpandangan antara satu sama lain. Qayyum yang sedang berbual dengan Jason di pandang. Apa hubungan sebenar Qayyum dengan lelaki-lelaki itu semua? Keluarga?

"Aku rasa dah lama sangat kita dekat sini. Waktu rehat pun nak habis dah ni. Jom lah gerak." Kata Haziq apabila menyedari mereka sudah terlalu lama berada di sini.

"Eh yelah, jom lah gerak masuk kerja balik. Maaf ye Kak Nurul lama pula kami lepak dekat sini." Tutur Taufiq pula. Serba salah apabila merasakan mereka menganggu Nurul yang sepatutnya merehatkan diri setelah penat bertarung nyawa.

"Kami minta diri dulu ye kak, tahniah lagi sekali untuk kelahiran anak keempat." Lisa dan Ummi bersalaman dengan Nurul sebelum beredar. Sempat lagi mereka mencium pipi Hamzah yang sedang lena itu. Langsung tidak terjaga walaupun keadaan agak bising dengan suara-suara mereka semua.

"Jom Qay. Tahniah Kak Nurul atas kelahiran baby boy." Khalif melempar senyuman pada Nurul.

"Ceh, dengan bini aku kemain ucap tahniah. Dekat aku takde pula korang ucap tahniah ye." Jeling Jason.

"Tak payah nak mengada sangat, kitorang dah ucap tahniah awal-awal dekat kau ehh masa kau datang atas. Aku lempang kau karang." Khalif menjuling matanya ke atas.

Terburai ketawa mereka.

"Ada ehhh lupa..."

"Takpe orang tua memang cepat lupa. Faham..." Ejek Taufiq sengaja.

"The fuck man?" Carut Jason dengan wajah bengang. Eh hello, dia masih muda okey! Hot daddy gituwww...

"Oiiii apa carut depan budak-budak? Akak Nurul, piat laki akak ni sikit. Mulut takde insurans langsung." Tegur Lisa.

Nurul ketawa kecil.

"Terima kasih ye datang melawat. Susah-susah je awak semua datang." Tutur Nurul dengan nada suara yang perlahan tetapi masih jelas pada pendengaran mereka.

"Sama-sama kak, kami masuk kerja dulu ye assalamualaikum."

"Waalaikumsalam..."

"Blade, aku masuk kerja dulu. Jumpa dekat rumah." Safiyyah yang berada dalam dukungan Blade di usap lembut rambut si kecil dengan senyuman.

"Jumpa lagi Safiyyah." Di kucup pipi Safiyyah dengan kasih.

"Bye uncle...." Safiyyah melambai tangan pada Qayyum. Qayyum membalas lambaian Safiyyah dengan senyuman kacaknya.

"Qayyum, kau dengan lelaki yang nama Steve Hendry tu ada apa-apa hubungan ke?" Soal Ummi setibanya mereka berada di hadapan lift.

"Huh? Kau kenal Steve ke?"

"Gila tak kenal usahawan berjaya tu. Aku minat gila dekat dia kau tahu. Anak-anak dia semua comel-comel mata hijau. Eeeiiii mat salleh betul."

Qayyum ketawa.

"Eh eh ehhh korang borak pasal siapa ni? Steve? Usahawan berjaya? Siapa?" Soal Khalif dengan wajah berkerut.

"Ala, ada lelaki yang sandar tepi pintu tadi tu. Tu lah Steve Hendry." Jawab Lisa bagi pihak Ummi.

"Laaaa dia yeke... Patut lah aku rasa macam kenal je. Rupanya memang kenal, hahahahaha....." Haziq ketawa apabila mula mengingati tentang usahawan berjaya itu.

"Hmmm tak kenal aku. Kau kenal ke Fiq?"

"Hmmm kenal tapi aku tak ambil port sangat." Jawab Taufiq. Takde masa dia nak tahu tentang orang lain. Tahu sikit-sikit pun sudah memadai.

Khalif terciduk. Memang dia seorang je ke yang tak kenal siapa Steve Hendry tu?

"Steve tu bos abang aku. Lelaki yang aku bagi Safiyyah tadi tu lah abang aku. Kebetulan dia suami kepada Airin, adik angkat aku. So, kitorang rapat lah." Terang Qayyum serba ringkas.

"Ohhh gitu, kira hebat juga lah kau kenal dengan orang hebat macam Steve."

"Hahaha takdenya biasa je aku rasa." Qayyum menjungkit bahunya. Hebat? Untuk apa dia rasa hebat?

"Rendah diri pula."

Tingggg

Bunyi lift terbuka mematikan perbualan mereka. Mereka berlima masuk ke dalam lift untuk naik ke atas.













Memperkenalkan keluarga kecil Jason
Comelkan nama-nama anak Jason 🥰

Maaf andai ada salah silap, biasalah manusia tak lari daripada membuat salah. Ah tibah 🤣

Okey bubbyyee muah cikit 😘

Btw pembelian ebook masih ada jika ada yang masih nak beli, just pm je okey 😁

Continue Reading

You'll Also Like

50.6K 2.3K 62
Tengku Adam Iqbal | Aara Kaifiya AARA KAIFIYA -Pelajar yang masih lagi bersekolah di sekolah menengah. Kpopers setia kepada kumpulan nct iaitu Jeno...
61.3K 4.3K 51
𝐊𝐡𝐚𝐢'𝐬 𝐅𝐥𝐨𝐚𝐫𝐞 | 𝐂𝐨𝐦𝐩𝐥𝐞𝐭𝐞𝐝 𝐒𝐭𝐨𝐫𝐲 AKIF KHAIZURAN. Lelaki jambu yang diminati ramai kerana rupa fizikalnya. Wajahnya tak pernah...
160K 12.6K 69
Season 2 of ILY, Mr. Korean Mafia. Bintang tak selalu ada untuk bulan tapi aku akan selalu ada untuk kau. *********** "Aku janji aku akan protect kau...
88.8K 6.4K 41
بسم الله الرحمن الرهيم... Karya sulung @MissRose___ 🔅🔅🔅🔅🔅🔅 "Kau ni mental ke hah? Ada wayar yang putus eh kat otak kau?" - Zayn Khayrie ...