OUR BEAUTIFUL FATE √√

By syxhxris

150K 18.3K 4.4K

[Book 4] Blade Da Erol Lelaki Turki yang tiada agama dan hanya setia pada Steve, tuannya. Cinta? Perempuan? L... More

Sinopsis
Bab 1
Bab 2
Bab 3
Bab 4
Bab 5
Bab 6
Bab 7
Bab 8
Bab 9
Bab 10
Bab 11
Bab 12
Bab 13
Bab 14
Bab 15
Bab 16
Bab 17
Bab 18
Bab 19
Bab 20
Bab 21
Bab 22
Bab 23
Bab 24
Bab 25
Bab 26
Bab 27
Bab 28
Bab 29
Bab 30
Bab 31
Bab 32
Bab 33
Bab 34
Bab 35
Bab 36
Bab 38
Bab 39
Bab 40
Bab 41
Bab 42
Bab 43
Bab 44
Bab 45
Bab 46
Bab 47
Bab 48
Bab 49
Bab 50
Bab 51
Bab 52
Bab 53
Bab 54
Bab 55
Bab 56
Bab 57
Bab 58
Bab 59
Bab 60
Bab 61
Bab 62
Bab 63
Bab 64
Bab 65
Bab 66
Bab 67
Bab 68
Bab 69
Characternime
New Story
New Ebook Story

Bab 37

1.7K 239 41
By syxhxris

"Aku dengar dia kena tindakan disiplin, betul ke?"

"Ha'ah betul lah tu. Aku ada dengar dia sengaja tolak Kak Zuraidah."

"Eiiii teruknya perangai. Nak jadi pembunuh ke apa? Kak Zu tu tengah sarat mengandung."

"Memang patut pun kena tindakan disiplin. Lebih bagus kena buang kerja terus."

Sepanjang jalan ke bilik kerjanya Jannah hanya memekakkan telinga sahaja apabila dirinya di perkatakan. Fikirannya masih teringat-ingat bagaimana Qayyum naik tangan pada wajahnya. Berdesing kepalanya ketika itu. Tamparan tersebut sangat kuat hingga menyebabkan pipinya bengkak. Automatik tangannya menyentuh pipinya yang masih bengkak.

Flashback

Dia yang baru sahaja membuka kot putihnya yang kotor dan menggantung di kerusinya tersentak apabila pintu bilik kerjanya di buka kasar daripada luar.

Wajahnya bertambah pucat apabila Qayyum merenungnya dengan tajam. Tubuhnya sedikit menggeletar.

"Q-qay..." Tak sempat dia menghabiskan ayatnya. Satu tamparan kuat hinggap pada wajahnya hingga kepalanya terteleng ke belakang. Air matanya jatuh mengalir kerana terlalu sakit.

"You deserve it!" Kata Qayyum dengan keras.

Dia nampak betapa tegangnya wajah Qayyum. Jujur dia takut melihat keadaan Qayyum tika itu. Dapat dia rasakan aura membunuh daripada Qayyum. Tidak pernah dia lihat keadaan lelaki itu seperti itu. Dia juga tidak menyangka lelaki itu akan naik tangan padanya tanpa teragak-agak.

"A-apa salah saya?" Soalnya dengan nada yang terketar-ketar. Dia cuba menghampiri Qayyum tapi mata helang Qayyum mematikan langkahnya.

"Apa salah kau? Soalan bodoh apa kau tanya aku hah! Kau cuba jatuhkan Kak Zu dan kau sakitkan kakak ipar aku! Apa salah kau, kau tanya aku? Mulai saat ini jangan kau berani tunjuk muka kau depan aku kalau tak nak kena tampar dengan aku lagi." Habis berkata Qayyum terus melangkah pergi dan pintunya dihempas kuat.

Dia jatuh terduduk.

End flashback

Disebabkan kejadian semalam dia di gantung kerja selama sebulan tanpa gaji. Hari ini dia ke hospital pun sebab mahu mengambil beberapa barangnya yang masih berada dalam bilik kerjanya.

Segala appoinment pesakit di bawahnya di serahkan kepada orang lain.

"Memang patut pun Doktor Qayyum tampar dia. Kalau aku aku tampar dua-dua pipi dia tu. Baru puas."

"Hahahaha kannn...."

Segala kata-kata buruk yang di lemparkan padanya membuatkan hatinya mendidih panas. Tapi untuk melawan dia tidak berani kerana memang terang salahnya.

Cepat-cepat dia membesarkan langkahnya supaya dia sampai ke bilik kerjanya dengan cepat. Tak tahan dia mendengar setiap apa yang dikatakan oleh mereka semua.

Sampai sahaja dia terus buka pintu bilik kerjanya dan masuk ke dalam. Pintu di kunci. Dia menyandarkan tubuhnya pada belakang pintu. Air matanya menitis perlahan-lahan. Menyesal? Dia menyesal tapi benda sudah pun berlaku. Tiada apa yang boleh mengubah keadaan.

Tidak mahu berlama dia bangun setelah menyeka air matanya. Laptopnya di masukkan ke dalam begnya dan menyumbat segala barang-barangnya ke dalam beg yang sama. Siap sahaja terus dia keluar daripada bilik itu.

Langkahnya laju sahaja menuju ke lobby hospital. Langsung tidak menoleh ke kiri kanan kerana dia tahu dia telah menjadi perhatian dan bualan mulut orang.

"Jannah...."

Langkah Jannah terhenti. Susuk tubuh Aina yang berada di hadapannya di renung dengan pandangan kosong.

"Apa? Nak mengata aku? Mengata lah." Ujarnya dengan mendatar.

Aina mengeluh. Seburuk-buruk perangai Jannah dia tidak menyangka Jannah akan bertindak sehingga ke tahap itu tapi walau apa-apa pun Jannah tetap kawannya.

"Aku harap apa yang jadi ni pengajaran untuk diri kau. Aku faham kau tengah emosi masa tu tapi ingat nyawa orang sekali. Jangan disebabkan emosi kau tu kau jadi pembunuh." Tutur Aina dengan lembut.

Tidak berniat untuk menyindir Jannah yang sudah dia anggap seperti keluarganya sendiri. Dia cuma mahu menasihatinya agar tidak melakukan perkara yang sama pada masa yang akan datang.

Jannah ketawa sinis.

"Kau tak payah nak berlagak baik depan aku. Jijik. Kau dengan orang lain sama je. Suka mengata aku belakang-belakangkan? Blah lah." Bahu Aina dirempuh kasar.

Aina terkebelakang beberapa langkah. Keluhan kecil terlepas di bibirnya.

"Tak payah mengeluh dengan orang perangai macam tu."

Aina tersentak. Dia menoleh ke belakang. Dua orang lelaki berdiri di belakangnya dengan raut wajah yang tidak beriak. Khalif dan Qayyum. Dia tidak tahu mahu berkata apa-apa.

"Aku ingat dia tak berani jejak sini lagi rupanya berani. Boleh tahan muka tembok dia." Kata Khalif dengan pedas. Entah mengapa hatinya mendidih apabila melihat kelibat Jannah tadi. Mujur Qayyum menahan dirinya. Kalau tak memang eeiiiii....

"Saya tahu awak tengah marah Khalif tapi maafkan lah dia. Dia dah mengaku salah." Balas Aina pula.

"Senangnya, dah buat salah minta maaf. Dialog sama setiap kali buat salah tapi tak reti berubah tak guna juga. Boleh pergi mati dia dengan maaf dia tu. Jom lah gerak Qay, panas aku dekat sini lama-lama." Khalif menarik tangan Qayyum agar segera beredar daripada situ.

Qayyum hanya diam saja. Saat mata dia dan mata Aina bertembung dia hanya beriak kosong sahaja manakala Aina berwajah kelat.

"Kenapa kau nak bela sangat perempuan tu Aina? Abaikan je orang macam tu." Tegur Hani yang menjadi pemerhati sejak sedari. Bukan dia saja malah orang yang berada di kawasan lobby turut menyaksikan perkara tadi.

"Buruk dia pun dia tetap kawan aku, Hani." Jawab Aina.

"Ya aku tahu dia kawan kau tapi kalau dia sendiri tak hargai kebaikan kau, buat apa kau nak stay lagi dengan dia? Diri kau juga yang sakit hati dengan apa yang dia cakap tu." 

Aina mengetap bibirnya menahan rasa. Betul apa yang dikatakan oleh Hani itu. Dia memang terasa dengan apa yang dikatakan oleh Jannah pada dirinya tadi.

"Buruk-buruk dia sekali pun dia pernah tolong aku masa aku susah. Takkan sebab benda ni aku kena lupakan segala kebaikan yang dia dah buat dekat aku? Ya, dia silap sebab langgar Kak Zu sampai nak jatuh. Aku takkan putus kawan dengan dia walau apa pun yang berlaku." Aina terus beredar pergi apabila habis berkata-kata.

"Biarlah Aina tu, kita jangan masuk campur hal ni." Sampuk Suraya.

"Aku cakap je. Suka hati nak dengar ke tak nak." Kata Hani dengan mencebik. Kalau dia ada kawan jenis macam Jannah tu memang tidak lah dia nak stay lama dengan orang macam tu. Buat malu orang je.













"Akak betul ke nak berhenti? Takkan sebab hal semalam akak terus nak berhenti?" Lisa mencebik dengan wajah yang sedih.

"Ala, tak best lah kalau akak berhenti. Siapa nak teman Ummi gosip-gosip lepas ni? Tak payah berhenti Kak Zu..." Ummi memuncung.

Zuraidah ketawa kecil apabila kedua-dua wanita ini datang ke mejanya apabila mendapat tahu dia akan berhenti pada hujung bulan ini iaitu dua minggu daripada sekarang.

"Apa yang korang borakkan ni?" Tegur Taufiq yang baru saja tiba bersama Haziq. Terserempak dekat bawah, alang-alang naik bersama-sama.

"Ni hah Kak Zu nak berhenti hujung bulan ni." Adu Lisa. Air mata sudah bergenang di tubir mata, tunggu masa saja nak jatuh mengalir.

"Eh, akak nak berhenti? Kenapa tiba-tiba je ni?"

Bukan Taufiq atau Haziq yang bersuara sebaliknya Khalif yang bersuara. Entah bila masa pula dia muncul pun tak tahu.

"Ish kau ni terkejut aku tiba-tiba sergah macam tu." Marah Ummi yang memang mudah terkejut. Mujur dia bukan jenis yang melatah.

Khalif tersengih. Saja je nak sergah-sergah. Hahahaha....

Qayyum di sebelahnya menggeleng kecil. Tadi kemain marah sekarang nak menyakat orang pula. Itu lah yang bagus tentang Khalif. Jenis yang tidak membawa emosi. Sekejap je marah lepas tu hyper balik.

"Betul ke Kak Zu nak berhenti? Kenapa kak?" Tanya Khalif buat kali kedua apabila pertanyaannya masih tidak berjawab.

"Akak memang nak berhenti lepas akak selamat bersalin. Nak jaga anak. Akak tak berani nak suruh orang lain jagakan anak akak sebab yelah ini kan anak pertama akak. Suami akak pun galakkan akak berhenti jaga anak je." Terang Zubaidah.

Bukan dia saja-saja nak berhenti tapi memang ini niatnya. Surat berhenti pun sudah dia serahkan pada pihak atasan sebulan yang lalu cuma baru sekarang dia membuka mulut tentang perkara ini pada Ummi dan Lisa memandangkan akan ada yang mengganti tempatnya nanti.

"Oh, macam tu elok lah kak. Zaman sekarang pengasuh pun kita tak boleh percaya sangat. Banyak sangat kes pasal pengasuh ni. Walaupun tak semua pengasuh macam tu tapi biar lah kita bersikap berhati-hati terutama anak pertama." Sokong Haziq.

Dia bukan nak mengata tapi memang realitinya banyak kes pengasuh dera anak orang sehingga ada yang maut. Kalau dia ada isteri pun dia memang akan suruh isterinya berhenti kerja dan jaga anak saja. Dia tak akan benarkan anaknya di hantar pada orang luar melainkan pada ibu bapanya atau ibu bapa mertuanya.

"Betul lah tu, saya sokong apa yang suami akak galakan tu. Bahaya zaman sekarang ni. Tak kisah lah dia ada sijil mengasuh ke apa tapi kalau niat atau emosi dia lain macam masa tu fuhhh tak terbayang saya kalau jadi sesuatu yang melibatkan nyawa."

Taufiq mengangguk setuju dengan kata-kata Khalif itu. Dia mengerling ke arah Lisa yang turut memandang ke arahnya. Dia menyungging senyuman senget.

Lisa buat-buat tak nampak. Faham sangat senyuman cik tunangnya itu. Mesti Taufiq pun tak bagi dia bekerja bila dia ada anak nanti. Huwaaaaa bosan betul!

"Tak silap saya due akak pun nak dekat dah. Tak nak duduk wad ke?" Tanya Qayyum pula.

"Akak akan start duduk wad selepas sehari akak berhenti."

"Kiranya hari terakhir akak nanti, akak cuma kemas barang-barang akak untuk akak bawa balik. Lepas tu esoknya akak datang hospital untuk masuk ke wad ibu bersalin, betul tak kak?" Teka Taufiq.

"Ya, betul sama sekali."

"Aaaaaa boleh tengok baby dari akak." Ummi melonjak suka. Hilang terus rasa sedihnya tadi.

"Dah dah jom buat kerja, ni kalau Doktor Firdaus tiba-tiba datang mengejut naya oiii..." Ujar Khalif apabila menyedari mereka ralit bersembang.

"Ehhhh hahahahaha tak sedar pula dah masuk waktu kerja."

"Mana nak sedarnya kalau asyik sangat bersembang."

"Hahahahaha jom buat kerja jom."

Mereka kembali ke tempat mereka masing-masing.

"Qay, mana Jason? Tak datang ke?" Tanya Khalif apabila menyedari Jason masih belum datang. Jam sudah menunjukkan pukul 10 pagi, bermakna sudah dua jam mereka memulakan pekerjaan Jason masih belum datang.

"Entah lah takde pula dia call atau whatsapp aku." Jawab Qayyum. Dia pun hairan sebenarnya apabila Jason masih tidak masuk kerja.

Baru sahaja sebut tentang Jason, Jason pun muncul di hadapan mereka dengan wajah yang berpeluh. Lengan kemejanya yang telah dilipat hingga paras siku serta tali leher yang telah di longgarkan menyebabkan dirinya di pandang hairan.

"Kau daripada mana ni Jason?" Soal Qayyum dengan wajah yang berkerut.

"Isteri aku masuk wad bersalin, air ketumban dia pecah tadi. Aku naik sini pun sebab nak minta korang semua doakan supaya isteri aku selamat bersalin." Tutur Jason senafas.

Wajahnya yang berpeluh berseri-seri apabila dia akan menyambut lagi sekali anaknya yang bernombor empat. Peduli apa dia penampilan dia selekeh ke apa.

Tak sangka pula air ketumban isterinya pecah pagi ini tapi dia bersyukur kerana dia masih belum gerak pergi kerja. Sudahnya dia angkut isteri dan tiga orang anak-anaknya untuk terus ke hospital sesudah mengambil barang-barang keperluan isterinya.

"Serius? Mana anak-anak kau?" Tanya Qayyum dengan teruja.

"Ada dekat depan wad, aku suruh diorang tunggu situ kejap. Nanti ada masa datang lah melawat boleh kau kenal dengan anak-anak saudara kau. Aku minta EL so aku tak masuk kerja harini." Jawab Jason tak lekang dengan senyuman lebar walaupun hatinya masih berdebar-debar dengan keadaan isterinya yang sedang bertarung nyawa.

"Tahniah Jason." Ucap Lisa, Ummi, Haziq, Taufiq dan Khalif serentak. Mereka begitu teruja apabila mengetahui Jason bakal mendapat seorang lagi anak. Malah mereka turut teruja ingin bertemu dengan anak-anak Jason.

"Tahniah Jason, nanti masa rehat kami datang melawat. Awak whatsapp nombor wad dalam group nanti kami sampai." Tutur Zuraidah dengan senyuman.

Mendengar khabar berita itu membuatkan dirinya tidak sabar untuk melahirkan anak pertamanya. Tidak sabar untuk menggelarkan dirinya sebagai ibu dan suaminya ayah. Dia tersenyum sambil mengusap perutnya.

"Tetima kasih Kak Zu dan korang semua. Okey lah aku gerak dulu tak boleh lama-lama. Risau anak-anak tak makan lagi tu." Ujar Jason apabila menyedari dia agak lama berada di sini. Jika anak-anaknya sudah besar dia tidak kisah tapi masih kecil lagi. Risau mereka kelaparan saja.

"Hah yelah, aku doakan semua urusan di permudahkan." Qayyum menepuk lembut bahu Jason. Walaupun Jason mengukir senyuman tetapi ada raut gelisah pada wajah itu.

Jason mengangguk kecil. Segera dia beredar pergi setelah meminta izin untuk beredar. Rasa tidak sopan pula jika dia keluar begitu saja tanpa berkata apa-apa.
















Continue Reading

You'll Also Like

86.4K 3.8K 57
[COMPLETE] Tengku Nathan Lufian x Layla Sofea "Cantik kan waktu senja" - Layla Sofea. "I love the moon, but this time I chose the sunset as my favor...
207K 13.3K 53
Tragedi kemalangan jalan raya telah menyebabkan ibubapanya terkorban, sekali gus mengubah hidupnya. Satu persatu masalah yang timbul membuatkan dia t...
306K 18.6K 42
𝘐 𝘚 𝘓 𝘈 𝘔 𝘐 𝘊 𝘍 𝘈 𝘕 𝘍 𝘐 𝘊 𝘛 𝘐 𝘖 𝘕 𝘚 𝘛 𝘖 𝘙 𝘠 Bermula tanpa rasa cinta Dan akhirnya Berakhir dengan rasa cinta Itulah dia 𝙏𝘼...
116K 12.8K 70
STATUS : COMPLETED BUT IN EDITING NOTES : Jika anda baca cerita ni sebelum tarikh 3 Oktober 2023, anda digalakkan untuk baca semula cerita ni sebab s...