OUR BEAUTIFUL FATE √√

By syxhxris

150K 18.3K 4.4K

[Book 4] Blade Da Erol Lelaki Turki yang tiada agama dan hanya setia pada Steve, tuannya. Cinta? Perempuan? L... More

Sinopsis
Bab 1
Bab 2
Bab 3
Bab 4
Bab 5
Bab 6
Bab 7
Bab 8
Bab 9
Bab 10
Bab 11
Bab 12
Bab 13
Bab 14
Bab 15
Bab 16
Bab 17
Bab 18
Bab 19
Bab 20
Bab 21
Bab 22
Bab 23
Bab 24
Bab 25
Bab 26
Bab 27
Bab 29
Bab 30
Bab 31
Bab 32
Bab 33
Bab 34
Bab 35
Bab 36
Bab 37
Bab 38
Bab 39
Bab 40
Bab 41
Bab 42
Bab 43
Bab 44
Bab 45
Bab 46
Bab 47
Bab 48
Bab 49
Bab 50
Bab 51
Bab 52
Bab 53
Bab 54
Bab 55
Bab 56
Bab 57
Bab 58
Bab 59
Bab 60
Bab 61
Bab 62
Bab 63
Bab 64
Bab 65
Bab 66
Bab 67
Bab 68
Bab 69
Characternime
New Story
New Ebook Story

Bab 28

1.6K 229 26
By syxhxris

"So, selama ni kau menyamar as Michael Rian kenalan kepada Sam Smith? Tak kantoi ke?" Soal Blade dengan perasaan kagum.

Ren mengukir senyuman senget. Itu lah kepakarannya. Paling unik dia boleh tiru suara orang dan sikap orang tersebut.

"Nope, selagi aku pakai topeng muka ni dan ubah gaya rambut aku dia tak akan perasan." Siapa kata kerja dia mudah? Dia perlu selidik cara dan suara Michael Rian yang sebenar dengan teliti tanpa melakukan sebarang kesilapan. Ambil masa lima hari juga lah dia practice untuk tiru lelaki itu.

"Mana Michael yang sebenar?" Tertanya-tanya juga dia mana lelaki itu. Ren bunuh ke?

"Mati overdose dadah. Kematian dia tak ada siapa yang tahu melainkan aku. Kebetulan aku memang intip dia masa tu so yeah aku gunakan kematian dia tu untuk penyamaran aku." Ren mengukir sengihan.

Dia bukannya minta lelaki itu mati demi mahu melakukan penyamaran tetapi kematian lelaki itu sendiri sedikit sebanyak memudahkan dirinya untuk melakukan penyamaran ini dengan sangat mudah.

"Tak sangka Ace Night ada ahli yang berkemahiran daripada Eagle Eyes." Puji Blade dengan ikhlas.

"Well, Eagle Eyes pun apa kurangnya. Kita berdua ada kelebihan tersendiri." Ren turut mengagumi kumpulan Eagle Eyes yang mempunyai cara tersendiri dalam menghapuskan musuh sekelip mata saja.

Dia masih ingat lagi bagaimana Eagle Eyes membantu mereka sewaktu berlawan dengan musuh mereka Elroy. Jika tiada mereka, dia yakin kumpulan mereka sudah tiada.

Blade mengukir senyuman kecil. Betul apa yang dikatakan oleh Ren itu. Sama ada Ace Night atau pun Eagle Eyes, kedua-dua kumpulan itu ada kelebihannya tersendiri.

"Oh by the way mungkin info yang aku nak bagitahu kau ni berguna. Fang Lee simpan Qaisha sebab Qaisha ada sesuatu yang amat berharga. I mean family Qaisha orang jutawan. Dia cuba nak rampas semua harta dia tapi malangnya Qaisha tak tahu memandangkan Qaisha mengalami hilang ingatan masa usia dia sepuluh tahun. Untuk tu Fang Lee dalam diam cuba cari kembar dia yang terpisah sebab dia yakin kembar dia tahu dekat mana harta-harta yang keluarga mereka sembunyikan.

Selebihnya aku rasa kau faham maksud aku. Be careful. Jangan biarkan identiti Afrina di ketahui orang. Terutama Fang Lee. Aku tak tahu apa yang orang tua tu akan buat pada Qaisha tapi untuk masa sekarang dia masih selamat. Dalam tempoh kau nak keluarkan Qaisha, aku akan bantu kau apa yang patut." Kata Ren panjang lebar.

"Thank you for helping me, susahkan kau je bantu aku dalam hal ni." Tutur Blade.

"No problem. Lagi pun kami terhutang nyawa pada Eagle Eyes sebab pernah selamatkan nyawa kami sewaktu berlawan dengan Elroy dulu. Master Ammar pun tak kisah jika Sir Steve memerlukan pertolongan daripada kami."

Blade mengangguk faham. Jika di imbas kembali dulu kedua-dua kumpulan mereka saling bermusuhan tetapi sekarang hubungan mereka amat erat sehingga tiada mafia yang berani membuat onar pada kumpulan mereka.

Ace Night dan Eagle Eyes merupakan kumpulan mafia yang terkuat di seluruh negara. Ramai mafia yang memusuhi mereka dan mahu menjatuhkan mereka tetapi semuanya mereka hapuskan dengan sekelip mata saja.

"Kalau macam tu aku masuk dulu."

Blade mengangguk kecil.

Ren keluar daripada kereta Blade setelah mengikat rambutnya. Topeng mukanya dibelek bagi memastikan tiada sebarang cacat cela yang boleh mengantoikan dirinya. Setelah yakin topengnya melekat elok pada wajahnya, dia pun melangkah masuk ke dalam club malam dengan tenang.

Blade melihat saja langkah Ren yang semakin lama semakin jauh ke hadapan menuju ke pintu masuk club malam tersebut.

Mengikut rancangan Ren, dia akan masuk ke dalam setelah 20 minit Ren berada di dalam. Jadi, sementara itu dia memejamkan matanya seketika.

Sejak akhir-akhir ni dia memang tidak cukup tidur dan sedikit penat. Dengan hal kerja di pejabat, hal Eagle Eyes, tentang Qaisha lagi dan juga mendalami tentang agama Islam. Setakat ini tentang solat dia sudah hafal pergerakan dan bacaan dalam solat.

Pada mulanya memang susah untuk dia buat sampaikan dia perlu tampal bacaan solat di dinding untuk dia baca. Tetapi lama kelamaan dia mulai hafal dan tidak lagi memerlukan kertas-kertas yang di tampalnya untuk panduan bacaannya.

Hampir 20 minit, Blade keluar daripada keretanya setelah mematikan enjin keretanya. Hoodienya di tarik hingga hampir menutup wajahnya.

Seperti biasa dia akan mencari kelibat Qaisha yang sedang bekerja di bahagian bar. Melihat Qaisha yang sedang membancuh air jus dengan wajah yang serius membuatkan dia menyungging senyuman kecil.

Tidak jauh daripada situ matanya mengerling ke arah Ren yang sedang berbual rancak dengan Sam Smith.

Ren yang perasan Blade memandangnya hanya mengukir senyuman sinis pada lelaki itu sebelum kembali berbual dengan Sam Smith yang separa sedar kerana terlalu mabuk.

"Hey Qaisha." Sapa Blade sebaik saja dia mengambil tempat duduk di hadapan Qaisha.

Qaisha terkejut melihat kedatangan Blade yang tiba-tiba itu.

"Blade? How are you?" Balas Qaisha dengan nada yang dikawal setenang yang boleh bagi mengelakkan dirinya daripada terlalu gembira melihat kedatangan lelaki itu di sini.

"You look happy." Tegur Blade dengan senyuman senget.

Qaisha terkedu. Ketara sangatkah? Wajahnya mula membahang menahan malu. Dia berdehem kecil.

"Mana ada, biasa je." Nafinya.

Ternaik kening Blade. Bukan dia tidak perasan reaksi yang ditunjukkan oleh perempuan itu saat memandang dirinya. Walaupun Qaisha cuba mengawal riak wajahnya tetapi matanya tajam membaca air muka perempuan itu.

"Whatever, by the way i'm fine alhamdulillah. How about you?"

"I'm fine too. So, ada apa datang sini?" Soal Qaisha sekadar ingin berbual kosong.

"Saja. Kenapa? Tak boleh?" Soalan berbalas soalan.

Qaisha menggeleng kecil.

"Jusk ask. Nak minum apa-apa tak?"

"Orange juice." Pinta Blade.

Qaisha terus membancuh jus oren yang di pinta oleh Blade itu.

Blade melihat sekelilingnya. Kelibat Jackson di cari tetapi langsung tiada. Malah kelibat Amelya pun tiada. Pergi mana lah diorang berdua tu.

"Jackson dengan Amelya tak ada. Diorang berdua keluar pergi makan. Maybe around satu jam lebih baru nampak muka diorang berdua kat sini." Kata Qaisha tanpa di pinta. Gelas yang berisi jus oren diletakkan di hadapan Blade.

"Thank you." Ucap Blade lalu meneguk air jus tersebut seteguk.

"Hmmm Blade can i ask you something?"

"Can."

"It is true i have twins? Jack tanya aku sama ada aku ada kembar atau pun tidak tapi setahu aku, aku takde kembar atau pun adik beradik. Aku anak tunggal. Mustahil aku ada kembar. Tapi Jack cakap kau jumpa seorang perempuan yang muka sama dengan muka aku dan mengaku dia tu kembar aku. Betul ke?" Tanya Qaisha dengan perasaan ingin tahu.

Pertanyaan Jackson malam itu sedikit sebanyak mengganggu fikirannya. Lebih-lebih lagi cara Jackson yang terlalu mendesak dirinya agar mengingati tentang ahli keluarganya.

Masalahnya dia langsung tak ingat siapa keluarganya. Dia cuma tahu keluarganya mati dalam sebuah kemalangan jalan raya dan dia di jaga oleh seorang lelaki yang tidak di kenali sebelum dia di jual di club malam ini oleh bekas teman lelakinya sendiri.

"Aku tak paksa kau untuk percaya semua ni sebab aku faham benda ni semua tiba-tiba je. Disebabkan kau tak percaya dengan apa yang aku katakan, aku akan bawa kau jumpa kembar kau sendiri." Jawab Blade.

"Tapi bukan senang aku nak keluar daripada pengawasan orang tua tu." Keluh Qaisha. Hidupnya memang dikawal ketat oleh Fang Lee. Nak keluar sekejap pun tak boleh apatah lagi keluar lama. Dia sendiri tak faham kenapa.

"Don't worry aku dah bincang dengan Jack pasal ni."

Qaisha menggigit bibirnya. Boleh ke?












"Jarang you bawa i keluar makan dekat restoran mewah macam ni. Ada apa-apa yang istimewa ke hari ini?" Soal Amelya dengan pelik.

Kebiasaannya kalau Jackson ingin membawanya makan luar, lelaki itu hanya akan bawa dia makan di kedai-kedai yang berhampiran dengan Star Night. Katanya risau dengan Qaisha yang sedang bekerja di dalam. Tapi malam ni lain pula.

"Why? You don't like it?" Soal Jackson tanpa menjawab soalan Amelya. Amelya yang duduk di sebelahnya di pandang dengan kening terangkat.

"Of course i like and love it but it's weird you know." Jawab Amelya. Dia menongkat wajahnya menatap wajah kacak Jackson. Haih, makin hari makin hensem.

Jackson ketawa. Dia turut menongkat wajahnya menatap wajah Amelya yang bujur sirih itu. Mereka saling bertatapan antara satu sama lain. Mereka tidak seperti pasangan yang lain apabila duduk semeja akan duduk menghadap antara satu sama lain tetapi dia dan Amelya lebih suka duduk sebelah menyebelah. Lagi sweet gitu.

"I want make your day, love. I know you worried about Sha but Blade at there now. So forget about Sha for this time okay?" Kata Jackson dengan senyuman kacaknya. Senyuman yang hanya akan di tunjukkan kepada Amelya sahaja.

"Really?" Amelya mengukir senyuman lebar apabila Blade bertemu dengan Qaisha pada malam ini.

Jackson mengangguk.

Tak lama kemudian pesanan makanan mereka pun tiba. Spagetti carbonara dan chicken chop. Amelya mengukir senyuman lebar melihat makanan mereka sudah sampai.

"Are you sure tak nak makan nasi or something else? Chicken chop cukup ke?" Tanya Jackson ingin kepastian.

Amelya mencebik.

"Ish you ni, i tahu lah i ni kuat makan tapi malam ni teringin nak makan chicken chop. Lagi pun ayam dia ni besar lepas tu kentang dia ni pun banyak." Cebik Amelya. Mentang-mentang lah dia ni kuat makan nak perli-perli pula.

"Hahahaha i just ask okay. Tak mau lah marah-marah. I'm kidding." Puncak hidung Amelya di cuit manja.

Elelele merajuk pula dia ni ye.

"Cepat you baca doa." Amelya menadah tangannya.

Jackson akur saja. Dia turut menadah tangan dan membaca doa makan sebelum mereka menjamah makanan tersebut.

"You nak rasa? Sedap you...." Amelya menyua potongan ayam yang dipotong kecil kepada Jackson.

Tidak banyak kata Jackson mengangakan mulutnya. Terus Amelya menyuap Jackson dengan senyuman.

"Sedapkan? Pandai you cari tempat makan." Puji Amelya.

Yelah, sesetengah tempat mewah makanan tak berapa nak sedap. Hiasan je lawa. Tapi tang rasa makanan tu kurang. Memang boleh spoilkan mood seseorang kalau orang tu tengah craving nak makan sesuatu tapi rasa tak sedap. Boleh bad mood satu hari di buatnya.

"Hurmm sedap lagi diri you." Balas Jackson dengan selamba. Matanya mengerling ke tubuh Amelya dengan pandangan nakal.

Tersedak Amelya mendengar kata-kata yang di ucapkan oleh Jackson itu. Jus mangganya di teguk laju. Lengan Jackson di pukul.

"Seriusly Jack?"

Jackson menayang muka selamba. Apa betul lah apa yang dia cakapkan tadi tu. Amelya lagi sedap daripada chicken chop tu. Lagi manis, sedap dan memuaskan dirinya. Muahahahaha.....

Amelya membuat muka toya. Susah dapat kekasih yang asyik berfikiran kotor ni. Ada je benda kotor nak di cakapkan. Haih, nasib baik lah sayang.

"Open your mouth, love." Arah Jackson sambil menyua garfu yang di gulung dengan spagetinya pada Amelya.

Amelya terus menganga.

Jackson mengukir senyuman sinis. Saat garfunya hampir mengenai bibir Amelya dia membuat pusingan u-turn lalu masuk ke dalam mulutnya. Amelya terlongo.

Adakah dirinya baru saja di scam?

"You!"

Jackson ketawa mengekek. Seronok dapat mengenakan Amelya. Habis wajahnya masam mencuka kerana di scam olehnya.

Geram punya pasal dia makan spageti milik Jackson yang tinggal separuh itu hingga habis.

"Ehhhh you stop it! Ah, damn!" Terkejut dia apabila sekelip mata saja spagetinya habis di makan oleh Amelya. Langsung dia tidak sempat mempertahankan spagetinya.

Amelya ketawa jahat dalam hati. Mulutnya sibuk mengunyah lalu menelan spageti tersebut dengan wajah kepuasan. Peduli apa dia muka dia hodoh masa makan spageti milik Jackson tadi asalkan dia dapat membalas dendam pada Jackson.

"Padan muka siapa suruh buat i marah. Hah makan lah pinggan dengan garfu tu." Tangannya memotong daging ayam dengan wajah yang bersahaja. Kisah pula dia Jackson lapar ke tak.

Jackson mengeluh. Sudah lah dia masih belum kenyang. Makanannya habis di makan oleh Amelya. Bertuah punya kekasih. Nasib baik kekasih kalau tak memang dia sumbat pinggan ni dalam mulut Amelya. Geram ni gerammmm....

"I tak kenyang lagi lah."

Nak order baru rasa membazir pula. Dia bukannya jenis makan banyak macam Amelya. Nasib baik lah badan tu tak gemok. Nanti kalau gemok bising pula. Sendiri yang makan tak ingat dunia lepas tu sendiri bising. Haih, ini lah perempuan.

"Share dengan i lah. I pun tak habis makan chicken chop sorang-sorang." Amelya menolak pingganya ke arah Jackson. Sejujurnya dia memang mula rasa kenyang. Dengan jus mangganya lagi. Fuhhhh mahu meletop perutnya.

"Aik, takkan dah kenyang kut? Bukan ke selagi tak masuk pinggan yang kedua you takkan kenal erti kekenyangan?" Perli Jackson. Sambil-sambil itu dia memotong ayam lalu di cucuk dengan garfu serta beberapa kentang goreng masuk ke dalam mulutnya.

"You ingat i bela saka makan banyak-banyak." Keling Amelya dengan tajam.

"Laaa selama ni you tak bela saka ke? I ingatkan you bela saka maklumlah makan macam membela saka je gayanya."

"You ni kan memang nak buat i sakit hati ke macam mana ni? I jahit mulut you tu karang biar tak dapat bercakap." Kecik besar kecik besar je dia tengok Jackson. Sesiapa tolong lah ambil Jackson daripada dia. Menyakitkan hati, jiwa dan raga betul.

"Uuuu takutnyaaa...."

"Jackson Wang!"

"Yes darling?"

Amelya mengetap bibirnya menahan geram. Geram apabila Jackson tak habis-habis menyakatnya. Ini kalau Qaisha tengok perangai Jackson sebegini mesti perempuan tu tak percaya. Yelah, Jackson takkan tunjuk perangai gila-gilanya pada orang lain dengan mudah.

Kata Jackson, jangan tunjukkan kemesraan hubungan mereka pada orang lain. Nanti mereka jealous sebab single.

Fuhhhh ayat dia lain macam betul. Kesian pada yang single tu.

Jackson ketawa kecil. Tak tahan dengan kecomelan Amelya terus dia mencium pipi Amelya dengan kasih.

"I love you so much." Ucapnya dengan romantis.

Daripada geram terus dia menguntum senyuman. Berbunga-bunga hatinya apabila Jackson menutur kalimah keramat itu. Bukan senang nak dengar Jackson cakap macam tu padanya. Lembut, romantis je arghhhhh dia cair. Cair dengan kekasihnya sendiri.

"I love tou, too." Balas Amelya dengan senyuman manisnya.

Jackson tersenyum. Rambut Amelya di usap lembut. Cintanya pada Amelya adalah cinta yang hadir dari dalam hatinya bukan kerana nafsu semata-mata. Dia berharap apa yang dia rancangkan dipermudahkan.













Continue Reading

You'll Also Like

287K 11K 74
Main characters ; Engku Hazellyna Emelda Engku Haizad Ezray : dia cantik , dia manis , dia hati kering , dia anak orang kaya tapi perwatakannya tidak...
1.3M 35K 66
Wardah Arinna : Kerana dendam, jiwa dan raganya disiksa Dilayan seperti pelacur sungguh meretakkan jiwanya. Namun perasaan cintanya terhadap suaminya...
61.3K 4.3K 51
𝐊𝐡𝐚𝐢'𝐬 𝐅𝐥𝐨𝐚𝐫𝐞 | 𝐂𝐨𝐦𝐩𝐥𝐞𝐭𝐞𝐝 𝐒𝐭𝐨𝐫𝐲 AKIF KHAIZURAN. Lelaki jambu yang diminati ramai kerana rupa fizikalnya. Wajahnya tak pernah...
433K 20.9K 51
"Hanya kerana seutas tasbih, Kita ditemukan." Cinta hadir tanpa diduga, cinta juga hadir tanpa dipinta.Semua yang berlaku atas kehendak-N...