OUR BEAUTIFUL FATE √√

By syxhxris

150K 18.3K 4.4K

[Book 4] Blade Da Erol Lelaki Turki yang tiada agama dan hanya setia pada Steve, tuannya. Cinta? Perempuan? L... More

Sinopsis
Bab 1
Bab 2
Bab 3
Bab 4
Bab 5
Bab 6
Bab 7
Bab 8
Bab 9
Bab 10
Bab 11
Bab 12
Bab 13
Bab 14
Bab 15
Bab 16
Bab 17
Bab 18
Bab 19
Bab 20
Bab 21
Bab 22
Bab 23
Bab 24
Bab 25
Bab 27
Bab 28
Bab 29
Bab 30
Bab 31
Bab 32
Bab 33
Bab 34
Bab 35
Bab 36
Bab 37
Bab 38
Bab 39
Bab 40
Bab 41
Bab 42
Bab 43
Bab 44
Bab 45
Bab 46
Bab 47
Bab 48
Bab 49
Bab 50
Bab 51
Bab 52
Bab 53
Bab 54
Bab 55
Bab 56
Bab 57
Bab 58
Bab 59
Bab 60
Bab 61
Bab 62
Bab 63
Bab 64
Bab 65
Bab 66
Bab 67
Bab 68
Bab 69
Characternime
New Story
New Ebook Story

Bab 26

1.7K 249 59
By syxhxris

Qayyum membalut lengan Blade yang telah luka itu dengan berhati-hati. Diam saja dia melakukan kerjanya.

Blade melihat Qayyum yang menunduk saja membalut lengannya dengan senyuman nipis. Tahu Qayyum masih terkejut dengan apa yang berlaku tadi.

"Hey, are you okay?" Soal Blade dengan lembut. Rambut Qayyum di usap lembut.

"I'm okay." Qayyum mengangkat wajahnya memandang wajah Blade dengan senyuman kecil. Kalau mental dia tak kuat pasti dia di landa trauma sekarang ini.

"Dah jangan fikir sangat, rileks okey."

Qayyum mengangguk kecil. Nafas panjang di tarik lalu dihembus perlahan. Wajahnya dilentokkan pada atas peha Blade.

Blade tersenyum. Dibelai rambut Qayyum dengan kasih. Matanya melihat ke arah Elan, Chann, James dan beberapa ahlinya yang lain sedang di rawat oleh Jason dan Steve.

Jason dan Steve? Dia sendiri yang membuat panggilan pada tuannya itu untuk ke sini manakala Jason kebetulan memang mahu ke sini kerana di ajak oleh Qayyum untuk melepak.

"Qay, are you okay? Ada luka mana-mana ke?" Soal Jason sebaik sahaja selesai merawat yang lain. Steve turut menghampiri Blade.

"Aku okey." Jawab Qayyum perlahan. Dia memejamkan matanya seketika. Entah mengapa bayangan dirinya hampir di tikam pada wajahnya tidak mahu hilang. Dia memeluk erat kaki Blade.

Steve melihat kelakuan Qayyum itu dengan senyuman nipis. Walaupun lelaki itu mengatakan dirinya okey tetapi sebenarnya tidak.

"Blade bring Qay at Chann room." Arah Steve.

Blade mengangguk faham. Dia menepuk lembut bahu Qayyum agar adiknya ini bangun. Dia memapah Qayyum yang kelihatan lemah itu.

"I think, Qay mengalami sedikit trauma." Jason melepas keluhan kecil. Kesian sepupunya itu terpaksa menghadapi situasi seperti ini.

"Korang berdua off day ke harini?" Tanya Steve ingin kepastian.

Jason mengangguk kecil.

"Tapi siapa perempuan tu? Qay tak pernah cerita tentang perempuan tu." Jason memandang Steve dengan wajah yang kehairanan.

Steve pun menceritakan perihal Afrina kepada Jason dengan terperinci seperti apa yang Blade cerita padanya. Jason diam tidak menyampuk cuba memahami situasi yang sedang berlaku.

"Split personaliti hmmm..." Jason mengangguk faham. Tidak pelik baginya jika itu yang di alami oleh perempuan yang bernama Mardhiah itu. Dia pernah handle kes-kes sebegini sewaktu di Turki malah ada yang lebih teruk daripada ini pun dia pernah hadap. Sangat mencabar tapi itu lah pengalaman yang tidak akan dia lupa sebagai seorang doktor.

Blade memapah Qayyum hingga ke birai katil.

"Dah jangan fikir banyak, istighfar banyak-banyak. Aku tahu kau kuat. Jangan biarkan rasa terkejut tu terlalu lama dalam diri. Anggap je ni semua mimpi ngeri. Jangan terlalu ikutkan perasaan takut tu." Tutur Blade berbaur nasihat.

Qayyum tergelak kecil mendengar kata-kata Blade itu.

Blade menjadi hairan.

Dah kenapa? Jangan cakap adiknya ini dah jadi gila pula.

"Kau dah kenapa tiba-tiba gelak? Gila dah ke?"

Qayyum tersengih. Dia menggeleng kecil.

"Thanks sebab nasihatkan aku. Jujur aku terkejut dan trauma tentang apa yang berlaku tadi tapi sepatutnya aku kena atasi perasaan tu. Baru aku faham perasaan orang-orang yang trauma tu macam mana dan aku tak sangka aku mengalami perkara yang sama walaupun tak teruk mana." Kata Qayyum dengan senyuman nipis.

Mungkin Allah ingin memberikan dirinya sedikit perasaan takut dan trauma seperti mana orang lain rasa ketika berada dalam keadaan yang tidak di sangka-sangka untuk dia memahami dengan lebih dalam hati dan perasaan mereka yang lain. Dia beristighfar panjang di dalam hati.

"Tanggungjawab aku sebagai seorang abang. Lagi pun aku tak nak adik lelaki aku ni lemah macam ni. If kau masih resah, takut lagi buat solat sunat. Bagi hati dengan fikiran kembali tenang. Kiblat arah pukul satu berhadapan dengan pintu bilik ni." Balas Blade lagi. Di usap rambut Qayyum.

Qayyum mengukir senyuman. Hatinya tersentuh dengan keprihatinan yang di tunjukkan oleh Blade padanya. Sudah lama dia tidak sebegini dengan Blade.

"Terima kasih Blade, aku bangga ada abang macam kau. Kalau kau takde entah apa lah jadi dekat aku ni. Gila kut tak pun murung." Guraunya.

"Kau gila aku hantar je dekat hospital bahagia sana tu. Bergembira lah kau dengan orang-orang dekat sana sampai mati." Kata Blade dengan selamba.

Qayyum memukul lengan Blade yang tidak berbalut itu dengan wajah yang cemberut.

"Ish kau ni tak sayang aku aee sampai nak hantar aku ke sana. Sampai hati."

Blade ketawa.

"Dah gi rehat, aku nak kemas apa yang patut dekat bawah. Kesian Jason dengan Sir Steve berdua buat kerja."

Qayyum mengangguk. Dia merebahkan tubuhnya atas katil. Dia membaca beberapa surah dan selawat sebelum memejamkan matanya. Tak lama kemudian dia pun terlelap dan tidur dengan lena.

Setelah yakin Qayyum tidur dengan lena, Blade bangun lalu keluar daripada bilik tidur Chann. Dia turun ke bawah untuk mengemas apa yang patut.

"Eh, Blade asal turun? Rehat lah dengan Qayyum dalam bilik." Tegur Jason yang sedikit berpeluh itu. Lengan panjang bajunya di sinsing hingga ke paras sikunya.

"It's okay bukannya aku cedera teruk sangat pun. Lagi pun takkan aku nak biarkan kau dengan sir buat semua ni berdua je." Memandangkan ahli-ahli yang berjaga dalam markas semuanya pengsan dan cedera jadi hanya mereka bertiga saja yang mengemas segala apa yang bersepah di ruang tamu ini.

Steve tidak memanggil anak-anak buahnya yang menjaga di bahagian luar kerana Steve takut ada musuh yang memerhati atau pun menyerang. Segala kemungkinan boleh berlaku jika mereka cuai sedikit.

"Luka kau macam mana? Tak silap aku dalam juga tu."

Blade melihat lengan kirinya yang berbalut itu. Kali kedua lengannya di hiris dengan pisau.

"Tak dalam mana pun still boleh gerak lagi. Dah diam biar aku tolong sekali."

Jason membuat muka. Heleh, berlagak betul.

"Up to you lah."

Blade menggeleng kecil. Risau sangat. Penyapu dan penyodok yang terletak elok di tepi sofa di ambil. Di sapu kaca-kaca botol yang bersepah ke dalam penyodok lalu di buang ke dalam satu plastik sampah berwarna hijau.

Jason pula mengemop lantai ruang tamu yang terpalit dengan darah-darah yang hampir kering. Mujur lah hanya di ruang tamu saja keadaan huru-hara bukan satu bangunan markas ini. Mahu patah pinggang dia nanti dan cutinya hanya dihabiskan untuk mengemas markas ini saja. Dah lah besar, luas pula tu hah!

"Where sir?" Tanya Blade apabila menyedari kelibat Steve tiada di situ. Dah balik ke?

"On call." Jawab Jason pendek. Dia melepaskan lelahnya di atas sofa. Penat oiii....

Blade mengangguk kecil. Dia turut duduk atas sofa yang berhadapan dengan Jason. Fikirannya melayang ke arah Afrina. Dia tertanya-tanya apa yang berlaku sebenarnya? Macam mana Afrina boleh terlepas dalam kurungannya? Yang paling dia pelik kenapa Afrina berkelakuan sangat agresif malam ini.

"Sir Steve ada bagitahu aku pasal perempuan tu. Kau tak rasa ke nak bawa dia jumpa dengan kembar dia tu? Mungkin sebab tu dia mengamuk nak jumpa kembar dia." Ujar Jason secara tiba-tiba.

Blade terus duduk menegak. Otaknya berfikir seketika.

Ada betul juga apa yang dikatakan oleh Jason itu. Mungkin itu lah yang membuatkan Afrina agresif seperti tadi.

"Hmmm nanti aku bawa Sha datang sini." Tapi mungkin ambil masa sebab agak sukar untuk membawa perempuan itu keluar daripada kawasan club malam itu.

"Huwarghhhh aku nak tidur sini lah malam ni. Malas nak balik, penat." Jason membaringkan tubuhnya pada sofa. Fuhhhh lembut betul. Memang lena dia sekejap lagi.

Blade hanya membiarkan saja Jason mahu tidur di situ. Lagi pun dah hampir tengah malam. Hampir sejam juga lah mereka berdua mengemas.

Dia menyeluk poket seluarnya mengeluarkan Iphonenya. Nama Jackson di cari lalu dia menghantar pesanan whatsapp pada sepupunya itu.

Blade :
- Bring Sha at here, Afrina want meet her.

Bluetick

Ternaik keningnya. Laju baca.

Jackson :
- Okay but take time

Blade menutup Iphonenya. Matanya di pejam ingin berehat seketika. Penat.












Qayyum berdiri di hadapan pintu besi yang menempatkan Mardhiah atau lebih tepat Afrina. Memandangkan hari sudah siang jadi dia ingin berjumpa dengan sisi lagi satu Afrina iaitu Mardhiah, pemilik asal tubuh jasad tersebut.

Krekkkk

Matanya tertacap pada Mardhiah yang sedang memeluk lutut di hujung dinding. Langsung tidak terurus rambut panjang perempuan itu. Serabai.

Dia mengukir senyuman nipis. Tanpa berkata apa-apa dia melangkah mendekati Mardhiah yang langsung tidak mengangkat wajahnya.

"Mardhiah kan?" Tegur Qayyum dengan lembut. Dia duduk berhadapan dengan Mardhiah. Ini adalah kali pertama dia bersua muka dengan Mardhiah sepanjang perempuan ini di sini. Selalunya Afrina saja yang dia melawat.

Agak susah dia mahu melawat Mardhiah memandangkan dia akan berjaga pada waktu siang saja dan pada waktu malam pula akan di ambil alih oleh Afrina. Tambahan pula dirinya sendiri tiada masa untuk di luangkan kerana sibuk bekerja.

Mungkin selepas ini dia akan melawat Mardhiah seketika selepas pulang daripada bekerja. Sekurang-kurangnya dapat lah dia mengenali Mardhiah dengan lebih dalam lagi.

Mardhiah terkejut apabila namanya di sebut. Perlahan-lahan wajahnya di angkat. Sebaik sahaja pandangannya dengan pandangan Qayyum bersatu, matanya mula berkaca-kaca. Bibirnya terketar-ketar ingin menutur kata.

"S-sa-sayaa min-minta maafff...." Ucap Mardhiah dengan esakan kecil. Air matanya mengalir membasahi pipinya.

"Ehhh, kenapa awak minta maaf? Awak tak ada buat salah apa-apa pun." Gelabah Qayyum jadinya apabila tiba-tiba saja Mardhiah menangis tanpa sebab. Kepalanya yang tidak gatal di garu.

"Maafkan saya, maafkan saya isk isk isk maafkan saya...." Ucap Mardhiah dengan esakan.

Melihat tiada tanda-tanda Mardhiah ingin berhenti menangis membuatkan Qayyum mati akal. Dia mana pandai pujuk orang perempuan selain Airin. Tapi itu pun dah bertahun lamanya sebelum Airin berkahwin.

"Saya maafkan awak, dah jangan menangis. Tak cantik dah awak nanti." Pujuk Qayyum dengan lembut.

Air mata yang mengalir pada wajah Mardhiah di seka dengan ibu jarinya. Tiada niat di hatinya mahu mengambil kesempatan untuk menyentuh Mardhiah sesuka hati. Dia hanya cuma mahu Mardhiah berhenti menangis dan bertenang.

Mardhiah mengemam bibirnya menahan esakannya. Namun air matanya tetap mahu mengalir kerana berasa amat bersalah pada lelaki di hadapannya ini. Dia tahu apa yang berlaku pada malam tadi. Dia nampak semuanya dengan jelas tapi dia tidak dapat buat apa-apa. Sungguh dia terseksa dengan apa yang berlaku pada dirinya.

Dirinya telah mencederakan semua orang dalam markas ini. Malah hampir membunuh lelaki di hadapannya ini dengan kedua belah tangannya sendiri. Mengingati perkara itu saja membuatkan dirinya mahu meraung semahu-mahunya.

Dia berasa amat bersalah pada mereka semua. Dia berasa amat berdosa pada mereka. Dia tak nak hidup seperti ini. Berkongsi jasad. Dia hanya boleh bergerak bebas pada waktu siang tetapi waktu malam dirinya terkurung dalam tubuhnya sendiri.

Hampir setengah jam baru lah Mardhiah berhenti daripada menangis. Air matanya di seka dengan hujung lengan bajunya. Wajahnya di raup seketika.

Qayyum setia melihat Mardhiah yang mula tenang itu. Dia tak tahu mahu memulakan perbualan seperti apa.

"Saya minta maaf tentang apa yang berlaku pada malam tadi. Saya tak tahu yang 'dia' akan mengganas malam tadi. Saya dah cuba halang 'dia' tapi saya tak mampu. Saya sedar yang 'dia' cederakan orang-orang dalam tempat ni. Awak pun 'dia' hampir nak bunuh. Saya betul-betul minta maaf." Tutur Mardhiah dengan penuh serba salah.

Tiada apa yang boleh dia katakan selain memohon maaf. Itu saja yang dia mampu lakukan.

Qayyum menguntum senyuman kecil. Dapat dia rasakan betapa jujurnya kata-kata yang di tuturkan oleh Mardhiah.

"Takpe saya faham. Awak mahu pun Afrina tak salah dalam hal ni. Cuma saya nak tahu apa yang menyebabkan Afrina berkelakuan agresif pada malam tadi. Awak tahu?" Tanya Qayyum dengan berhati-hati tidak mahu menyinggung perasaan perempuan itu.

"'Dia' mahu bertemu dengan Qaisha, adik kembar kami. 'Dia' terdesak sampai terpaksa mencederakan orang lain asalkan apa yang 'dia' inginkan tercapai." Jawab Mardhiah dengan keluhan kecil.

Dirinya dan Afrina berkongsi satu tubuh. Setiap apa yang dilihat, di dengar dan dituturkan oleh Afrina dia turut tahu begitu juga sebaliknya.

Berkerut dahi Qayyum. Adik kembar? Qaisha? Bukan Afrina je ke kembar dia?

"Awak ada adik kembar lain ke? Qaisha nama dia?"

Mardhiah mengangguk perlahan. Wajah Qayyum di pandang.

"Kami bertiga terpisah. Ada seseorang yang menculik Qaisha. Puas kami cari tapi tak jumpa sehingga sekarang. Tapi bila Blade beritahu ada seorang perempuan yang mempunyai wajah serupa seperti kami dan menyebut nama adik kami, saya mahu pun 'dia' terkejut. Jadi, mungkin di sebabkan itu 'dia' mengamuk ingin berjumpa dengan Qaisha." Jawab Mardhiah lagi.

Blade? Jadi, abangnya tahu semua tentang Mardhiah dan Afrina?

"Susah untuk saya jelaskan dengan lebih terperinci sebab 'dia' adalah saya dan saya adalah 'dia'. Perasaan kami sama. Cuma yang membezakan perwatakan kami. Hidup saya ni complicated mungkin susah untuk awak atau orang lain faham." Mardhiah tunduk menekur mengenang nasibnya yang baginya amat malang itu.

"Siapa kata saya tak faham?"

Terus Mardhiah merenung wajah Qayyum yang mengukir senyuman manis padanya. Seketika dia terpegun melihat senyuman Qayyum itu. Sangat ikhlas.

"Walaupun orang lain tak faham tapi saya faham. Saya faham tentu hidup awak sukar kerana berkongsi tubuh dengan 'entiti' kembar awak. Bila siang awak normal tetapi waktu malam 'entiti' itu akan ambil alih tubuh badan awak. Disebabkan itu lah awak menjadi seorang yang kuat kerana telah berjaya bertahan sehingga ke hari ini. Mental awak kuat sebab tu awak mampu bertahan hidup hingga ke saat ini." Ujar Qayyum dengan kagum.

"Saya hargai apa yang awak cakap tu tapi malangnya sebaliknya. Saya tak sekuat seperti yang awak sangkakan. Hidup saya dah musnah sejak kejadian hitam tu. Mental saya rapuh. Jika di beri pilihan saya lebih rela mati daripada hidup." Mardhiah ketawa kecil. Dia dah tak sanggup nak hidup seperti ini. Dia letih, penat.

"Kenapa awak tak bunuh diri selepas kejadian hitam tu berlaku? Kenapa awak pilih untuk hidup sampai sekarang?" Soal Qayyum dengan tenang.

Mardhiah terdiam.

Melihat kebisuan Mardhiah, Qayyum bersuara lagi.

"Sebab hati awak pilih untuk teruskan hidup, cari matlamat untuk teruskan kehidupan awak. Cuma awak je yang tak sedar perkara itu. Kalau saya berada di tempat awak, saya rasa saya dah bunuh diri dah. Mental saya tak sekuat awak. Hati saya tak setabah hati awak. Sebab itu saya kata awak kuat."

Mata Mardhiah mula bergenang dengan air mata. Tidak sangka ada seseorang yang mengambil berat pada dirinya.

"Terima kasih ambil berat tentang diri saya. Saya hargainya." Tuturnya perlahan.

Qayyum tersenyum.

"Sekurang-kurangnya dapat lah juga saya lihat sisi lembut daripada awak. Kalau dengan Afrina tu asyik nak marah je. Ganas macam singa." Kata Qayyum berbaur gurauan.

Mardhiah ketawa kecil. Kelakar apabila lelaki bergurau seperti itu.

"Lupa nak perkenalkan. Saya Qayyum Da Enver, adik lelaki kepada Blade Da Erol." Qayyum memperkenalkan dirinya.

Mardhiah mengukir senyuman manisnya. Mereka berdua berbual panjang. Pelbagai perkara yang mereka bualkan sehingga tidak menyedari matahari sudah tegak di atas kepala.














Entah lah makin mengarut je

Layan je lah aeeee hahahaha 🤣

Oh by the way maaf lah terlupa ramai readers yang bawah umur, minta skip ye bahagian yang agak 'extreme' untuk di baca,  kadang tak perasan sebab leka menaip ikut cita rasa sendiri sampai lupa umur readers yang majoriti underage 😅

Continue Reading

You'll Also Like

253K 10K 80
1𝓼𝓽 𝓼𝓽𝓸𝓻𝔂 𝓫𝔂 𝓯𝓵𝓸𝓵𝓮𝓼𝔂𝓪 𝐀𝐋𝐄𝐄𝐒𝐀 𝐙𝐔𝐋𝐀𝐈𝐊𝐇𝐀 Mempunyai masa silam yang teruk. Dia seumpama iblis bertopengkan malaikat. Namu...
88.8K 6.4K 41
بسم الله الرحمن الرهيم... Karya sulung @MissRose___ 🔅🔅🔅🔅🔅🔅 "Kau ni mental ke hah? Ada wayar yang putus eh kat otak kau?" - Zayn Khayrie ...
433K 20.9K 51
"Hanya kerana seutas tasbih, Kita ditemukan." Cinta hadir tanpa diduga, cinta juga hadir tanpa dipinta.Semua yang berlaku atas kehendak-N...
160K 12.6K 69
Season 2 of ILY, Mr. Korean Mafia. Bintang tak selalu ada untuk bulan tapi aku akan selalu ada untuk kau. *********** "Aku janji aku akan protect kau...