OUR BEAUTIFUL FATE √√

By syxhxris

150K 18.3K 4.4K

[Book 4] Blade Da Erol Lelaki Turki yang tiada agama dan hanya setia pada Steve, tuannya. Cinta? Perempuan? L... More

Sinopsis
Bab 1
Bab 2
Bab 3
Bab 4
Bab 5
Bab 6
Bab 7
Bab 8
Bab 9
Bab 10
Bab 11
Bab 12
Bab 13
Bab 14
Bab 15
Bab 16
Bab 17
Bab 18
Bab 19
Bab 20
Bab 21
Bab 22
Bab 23
Bab 25
Bab 26
Bab 27
Bab 28
Bab 29
Bab 30
Bab 31
Bab 32
Bab 33
Bab 34
Bab 35
Bab 36
Bab 37
Bab 38
Bab 39
Bab 40
Bab 41
Bab 42
Bab 43
Bab 44
Bab 45
Bab 46
Bab 47
Bab 48
Bab 49
Bab 50
Bab 51
Bab 52
Bab 53
Bab 54
Bab 55
Bab 56
Bab 57
Bab 58
Bab 59
Bab 60
Bab 61
Bab 62
Bab 63
Bab 64
Bab 65
Bab 66
Bab 67
Bab 68
Bab 69
Characternime
New Story
New Ebook Story

Bab 24

1.6K 239 33
By syxhxris

Ini adalah kali pertama dia menjejakkan kakinya ke sini. Entah mengapa hatinya terdetik mahu melihat wajah orang yang telah mencederakan adiknya pada malam ini. Pintu besi yang berada di hadapannya di tatap dengan pandangan dingin.

Tanpa berasa gentar, pintu tersebut dibuka. Dia melangkah masuk tanpa menutup semula pintu tersebut memandangkan tiada siapa yang berada di luar dan pintu itu hanya boleh dibuka daripada luar saja.

"Aku rasa sekarang ni kau, Afrina right?"

"Huh, kau nak apa datang sini?" Soal Afrina tanpa mengangkat wajahnya daripada menyembamkan wajah ke lututnya. Rambut panjangnya menutup seluruh wajahnya.

Blade memandang Afrina yang langsung tidak mahu mengangkat wajahnya atau pun bergerak. Apa yang dia dengari, semenjak Qayyum balik tingkah laku perempuan berubah drastik. Tidak agresif seperti biasa. Diam membisu. Mungkin kerana itu hatinya terdetik ingin datang ke sini untuk melihat wajah Afrina yang telah mencederakan Qayyum.

"Kenapa kau serang adik aku malam tu?" Soal Blade mendatar.

Dia ingin mendengar penjelasan daripada mulut perempuan itu sendiri secara berdua. Walaupun dia tahu apa jawapan yang dia dapat tapi dia tetap tidak berpuas hati dan akan terus bertanya sehingga dia dapat jawapan yang memuaskan hatinya.

"Aku dah bagitahu kau kan? Aku rasa kau masih ingat dan aku cakap dengan sangat jelas. Tak perlu untuk aku ulang semula." Balas Afrina dengan nada yang sinis.

Blade menghampiri Afrina lalu bertinggung di hadapan Afrina.

Afrina dapat rasakan di hadapannya ada seseorang yang merenungnya dengan tajam namun dia hanya buat tidak endah saja. Matanya kekal terpejam cuba mengawal dirinya daripada berlaku agresif. Dia tidak mahu membazir tenaganya untuk perkara yang remeh.

"I know but just answer my question girl. I know you have another reason." Dia tak bodoh lagi untuk membutakan matanya pada kecederaan yang di alami oleh Afrina sewaktu perempuan itu di rawat oleh Aisyah, adik tuannya.

Amat mustahil Qayyum sanggup mencederakan seorang perempuan kerana dia amat mengenali Qayyum yang sememangnya tidak akan sesekali menyakiti seseorang terutama pada kaum perempuan dan kanak-kanak melainkan dalam keadaan yang memaksa dirinya untuk lakukan perkara itu.

Lagi pula Qayyum ada memberitahunya, semasa dia jumpa dengan Afrina, perempuan itu memang dalam keadaan yang cedera parah. Hatinya tertanya-tanya. Apa yang berlaku sebenarnya?

Pertanyaan blade itu membuatkan dia mencelikkan matanya. Wajahnya tadi tenang mula berubah bengis tatkala teringatkan kejadian pada waktu itu.

"Kau tak perlu tahu." Balasnya dengan kasar. Dia menahan dirinya daripada terus hilang kawalan. Dia berdengus kasar. Anak matanya mula berwarna hitam pekat.

Jika di ikutkan mahu sahaja dia menyerang lelaki di hadapannya ini tapi dia tahu tiada sebab untuk dia berkelakuan agresif dengan lelaki ini. Sepanjang dia berada dalam kurungan ini dirinya tidak pernah di sakiti oleh mereka malah dirinya pula di layan dengan baik dan lembut.

Walaupun Mardhiah yang berjaga pada waktu siang tapi dia masih dapat lihat dan rasa betapa ikhlasnya orang yang berada di sekelilingnya. Memberi pakaian, makan, minum serta merawatnya.

Seperti waktu sekarang walaupun dirinya masih di gari tetapi mereka telah melonggarkan ikatan gari tersebut supaya tidak terlalu ketat agar dirinya tidak mengalami sebarang luka.

"I need to know because you attack my younger brother."Jelas tidak berpuas hati dalam nada Blade.

Afrina ketawa kecil.

"Then ask Mardhiah, don't ask me." Balas Afrina dengan nada sarkastik.

Bengang dirinya seakan-akan dipermainkan oleh perempuan psiko ini Blade tanpa sedar mendongakkan wajah Afrina agar wajah mereka saling bertentangan.

"You..." Blade terkejut saat melihat wajah Afrina yang jelas itu.

Dek kerana tingkah Blade itu, Afrina terus menjadi berang. Tangannya terus menumbuk wajah Blade dengan wajah yang bengang.

Blade yang dapat membaca pergerakan Afrina pantas mengelak dan menahan tangan Afrina daripada bertindak agresif.

"Don't touch me! Aku bunuh kau! Bunuh kau!" Afrina memberontak hebat. Matanya bulat menatap Blade dengan wajah yang berang.

Blade masih terkejut dengan apa yang dia lihat. T-tak tak mungkin.... Dia tak salah lihat kan?

"Qaisha...."

Afrina tersentak. Tangannya terus berhenti daripada memberontak. Tubuhnya kaku. Matanya dan mata Blade saling bertentangan.

Melihat tindak balas Afrina saat dia menyebut nama itu, Blade mula sangsi tentang identiti perempuan itu. Amat mustahil untuk dia katakan Qaisha dan Afrina adalah orang yang sama. Qaisha berambut pendek manakala Afrina berambut panjang. Atau Qaisha dan Afrina.....

"Qaisha Izzati...."

Membulat mata Afrina. Dia mengetap rahangnya dengan kuat. Urat-uratnya mula timbul menandakan dia betul-betul di landa emosi kemarahan yang sangat tinggi.

"Mana.... Mana kau tahu nama tu?" Soalnya dengan nada yang tertahan-tahan. Tubuhnya menggigil menahan kemarahan yang kian memuncak.

Blade masih lagi tenang. Langsung tidak takut dengan reaksi Afrina yang mula membengis itu. Jadi, betul lah tekaannya?

"I know her. Aku jumpa dia secara tidak sengaja. Kau dengan dia adik-beradik?" Soal Blade ingin kepastian.

Mendengar jawapan Blade membuatkan Afrina berubah emosi.

"D-dia... D-dia hidup lagi? Hah haha hahahahaha dia hidup lagi! Dia hidup lagi!" Afrina ketawa kuat. Dia mencengkam rambutnya dengan kuat sambil ketawa bahagia. Dia gembira mendengar perkara ini.

Blade hanya melihat saja tingkah Afrina yang baginya amat pelik itu. Namun dia diam saja tidak mahu mengganggu emosi petempuan itu.

"D-dekat mana kau jumpa dia? Dekat mana huh? Mana?" Soalnya. Matanya mula berkaca-kaca menunggu masa air matanya ingin jatuh mengalir. Kolar baju Blade di cengkam kuat.

"Aku terserempak dengan dia sewaktu dekat masjid. Sekarang ni dia kerja dekat club bahagian bar. Jadi pelayan dekat situ." Jawab Blade dengan jujur.

"Bawa aku ke sana. Aku nak jumpa dia! Lepaskan aku!" Pinta Afrina. Dia melepaskan cengkaman pada kolar baju Blade. Direntap-rentap tangannya agar gari yang mengunci tangannya terlerai. Sungguh dia terdesak mahu bertemu dengan kembarnya. Qaisha Izzati.

Melihat tindakan Afrina yang memberontak kuat itu terus dia peluk tubuh perempuan itu agar tidak melakukan perkara yang boleh mencederakan diri sendiri.

"Lepaskan aku! Lepasssss... Aku nak jumpa kembar aku! Adik kembar aku! Qaisha! Qaisha!!!" Jeritnya dengan lantang.

Lantas Blade menekup mulut Afrina agar tidak terus menjerit mengejutkan penghuni dalam markas ini.

"Listen Afrina! Aku faham perasaan kau tapi tak mudah untuk kau jumpa dengan dia. Dia dalam pantauan orang-orang club malam tu. Jangan disebabkan tindakan kau ni, nyawa Qaisha dalam bahaya!" Jerkah Blade.

Afrina ketawa sinis.

"Kau takkan faham perasaan aku. Bertahun kami terpisah, bertahun aku cari dia bagai nak gila. Macam-macam aku lalui, kau takkan faham."

"Siapa kata aku tak faham? Aku pernah hilang Qayyum bertahun jadi aku faham perasaan kau walaupun situasi kita tak sama."

Afrina terkejut. Dia melihat wajah Blade yang sedikit mendung itu. Dapat dia lihat wajah lelaki itu turut menzahirkan rasa sedih.

"Untuk pengetahuan kau, Qaisha dalam jagaan aku. Walau apa pun caranya aku akan keluarkan Qaisha daripada neraka tu walaupun aku terpaksa membunuh." Ujar Blade dengan nekad.

"Apa maksud kau? Aku tak faham."

Blade melepaskan Afrina daripada pelukannya. Mereka saling berpandangan. Keluhan kecil dilepaskan. Segala apa yang berlaku pada hidup Qaisha diceritakan pada Afrina tanpa kurang atau menokok tambah cerita.

"Disebabkan kau kakak dia, aku minta izin untuk mengahwini dia."

Dia sudah tekad untuk mengeluarkan Qaisha daripada tempat itu dan setelah itu dia akan mengahwini Qaisha agar dia terus melindungi perempuan itu dengan cara yang halal. Cinta? Dia akan cari perasaan cinta itu selepas sahaja mereka berkahwin.

Afrina terkedu. Namun tidak lama, dia mengukir senyuman sinis.

"I trust you."













"Sha mana ada adik-beradik. Dia anak tunggal bro." Berkerut wajah Jackson apabila tiba-tiba sahaja Blade memberitahunya Qaisha mempunyai dua orang kembar.

Namun hanya seorang yang masih hidup manakala yang seorang lagi sudah meninggal. Tapi apa yang peliknya roh kembar yang sudah meninggal itu berada dalam tubuh kembarnya yang masih hidup.

Pfffttt are you kidding me? Kisah karut apa yang dia dengar ni?

"I don't know how to explain at you but if you don't believe me come here. I waiting you."

Jackson menghembus asap rokoknya ke atas. Matanya mengerling ke arah Amelya yang sedang berbual dengan Qaisha tidak jauh daripadanya.

Qaisha ada kembar? Hurmmm....

"Okay, give me 20 or 30 minutes." Balas Jackson. Daripada dia berteka-teki di sini lebih baik dia melihat dengan mata kepalanya sendiri.

"Okay."

Talian pun dimatikan.

"Siapa call?" Tanya Amelya apabila menyedari Jackson duduk di sebelahnya. Jauh betul angkat call.

"Blade, dia nak jumpa kejap ada hal." Jawab Jackson. Jus oren milik Amelya di minum seteguk menghilangkan rasa dahaganya.

Amelya mengangguk kecil.

"Got to go, see you tomorrow." Di kucup pipi Amelya sekilas sebelum beredar pergi.

"Hal apa lah diorang tu nak bincangkan?" Amelya menongkat dagunya.

"Don't know." Balas Qaisha.

Dia bukan ambil kisah pun tentang mereka. Dia cuma ambil kisah tentang lelaki bertatu itu saja. Entah mengapa bibirnya menguntum senyuman kecil apabila teringatkan si dia. Namun cepat-cepat dia mengawal riak wajahnya agar tidak di sedari oleh Amelya.

Jackson memecut laju keretanya menuju ke markas Eagle Eyes. Memandangkan hari sudah lewat malam dan keadaan jalan raya sangat sunyi amat memudahkan dirinya untuk memecut laju hingga melebihi had kelajuan yang maksima.

Daripada perjalanan yang memakan masa 20-30 minit, dia sampai hanya kurang 15 minit saja. Sebaik saja dia tiba di hadapan pintu pagar masuk ke dalam markas Eagle Eyes, dia segera menekan hon agar pagar tersebut di buka.

Tidak menunggu lama, pagar tersebut pun di buka dan dia pun masuk ke dalam. Keretanya di pakir bersebelahan dengan kereta milik Blade.

Rambutnya yang terjuntai di dahi di raup ke belakang. Setelah pintu keretanya di lock dia segera melangkah menuju ke pintu masuk markas.

"Yow Blade." Sapa Jackson sebaik saja dia melihat Blade sedang duduk santai di sofa ruang tamu sambil mengelamun. Apa lah yang dimenungkan lelaki itu.

Blade mengangkat wajahnya sebaik sahaja dirinya di tegur. Dia terus bangun sebaik sahaja Jackson berada di hadapannya.

"Jom."

Jackson mengangguk sekilas.

Blade jalan mendahului Jackson menuju ke bilik bawah tanah. Jackson hanya ikut sahaja langkah Blade. Matanya melihat suasana bilik bawah tanah itu dengan rasa kagum.

Jujur dia katakan ini kali pertama dia menjejakkan kakinya ke bilik bawah tanah yang merupakan bilik tahanan setiap mangsa yang mencari masalah dengan Eagle Eyes. Lagi pula dia jarang berada di sini memandangkan dia sering melakukan misinya di luar berbanding di dalam.

Apa ingat mafia ni takde kerja lain ke selain bunuh-bunuh orang? Mana nak berurusan dengan mafia lain, mana nak jaga kawasan mereka lagi, mana nak selidik latar belakang seseorang, mana nak jaga budak-budak mereka lagi eh banyak lagi lah kerja lain yang perlu di buat.

Jackson berhenti apabila Blade berhenti di hadapan sebuah pintu besi.

"This room?" Tanyanya.

"Urmmm..." Terus Blade membuka pintu besi tersebut.

"Come in." Ujar Blade mempersilakan Jackson untuk masuk ke dalam.

Jackson masuk ke dalam tanpa banyak bicara. Di sudut hujung tepi dalam bilik itu kelihatan seorang perempuan sedang duduk dengan lutut yang di naikkan merapat ke wajah.

"Dia ke yang kau cakapkan tu?" Soal Jackson inginkan kepastian. Susah untuk dia lihat wajah perempuan kerana ditutupi dengan rambutnya yang panjang itu. Haih serupa ju on gayanya.

"Hmmm, Afrina ada orang nak jumpa kau." Kata Blade dengan tenang.

Afrina yang sedang termenung mendongakkan wajahnya menatap Blade dan seorang lelaki asing yang tidak di kenalinya. Serta merta wajahnya berubah dingin.

"Aku tak nak jumpa sesiapa." Jawab Afrina dengan kasar. Dia berdengus geram menandakan dia tidak suka di ganggu saat ini. Terutama dengan orang yang tidak dia kenali.

Tersungging senyuman senget di bibir Jackson. Kasar huh?

"I don't care, aku datang sini pun sebab nak pastikan sesuatu je." Balas Jackson dengan sinis.

Ingat dia nak sangat ke datang sini? Tch!

Afrina buat tidak endah. Dia tiada mood untuk bersuara. Fikirannya masih memikirkan Qaisha, adik kembarnya. Sungguh dia masih tidak menyangka Qaisha masih hidup. Fikirnya Qaisha sudah mati sejak mereka terpisah bertahun yang lalu. Puas dia cari tapi langsung tidak jumpa.

Jackson berdecit kecil.

"Bro, sorry aku kasar sikit."

Tidak sempat Blade mencerna kata-kata sepupunya itu, Jackson melangkah laju ke arah Afrina yang langsung tidak mengendahkan dirinya. Dengan sedikit kasar dia mendongakkan wajah Afrina agar mereka saling bertatapan.

"Bro!" Terkejut Blade melihat tingkah Jackson yang agak kasar itu.

"K-kau tak guna! Lepaskan aku bodoh!" Tajam mata Afrina merenung Jackson yang beriak datar itu. Sesuka hati saja mencengkam wajahnya.

Seperti reaksi Blade, Jackson turut terkejut melihat wajah Afrina.

Sama! Mirip! Serupa!

Mustahil tapi betulkah ni?

"So, did you believe me?" Soal Blade dengan sinis.

"Unbelievable...." Jackson melepaskan wajah Afrina dengan penuh rasa terkejut. Dia menyangkakan Blade hanya bermain-main saja tapi tak sangka memang betul wajah mereka berdua seiras. Mereka kembar?

Afrina berkerut memandang mereka berdua. Apa benda yang berlaku ni? Dia mendengus geram.














Continue Reading

You'll Also Like

105K 4.5K 30
🥀𝒵𝓎𝒶𝓃 ℛ𝒶𝒻𝒶ℯ𝓁 x 𝒜𝓁𝓎𝒶 𝒬𝒶𝒾𝓈𝒶𝓇𝒶🥀 _ℛℯ𝓁𝒶 𝒦𝓊 𝒟ℯ𝓇𝒾𝓉𝒶 𝒟ℯ𝓂𝒾 ℳℯ𝓁𝒾𝒽𝒶𝓉 ℳ𝓊 ℬ𝒶𝒽𝒶ℊ𝒾𝒶_ Disatukan tanpa kerelaan hati.Itu...
279K 19.1K 53
Highest rank : #1 action Note : Cerita ni sedikit cringe as it is my first book series. EMIR ADDEN FATTAH - Seorang lelaki melayu kacukan korea. Dia...
88.8K 6.4K 41
بسم الله الرحمن الرهيم... Karya sulung @MissRose___ 🔅🔅🔅🔅🔅🔅 "Kau ni mental ke hah? Ada wayar yang putus eh kat otak kau?" - Zayn Khayrie ...
857K 7.4K 11
WN | 01 Nukilan : Wawa Nabilla mula : 1119 cover : stargazell Nia Ameera telah dianiaya oleh ahli keluarganya sendiri sehingga dia dihalau keluar d...