OUR BEAUTIFUL FATE √√

By syxhxris

150K 18.3K 4.4K

[Book 4] Blade Da Erol Lelaki Turki yang tiada agama dan hanya setia pada Steve, tuannya. Cinta? Perempuan? L... More

Sinopsis
Bab 1
Bab 2
Bab 3
Bab 4
Bab 5
Bab 6
Bab 7
Bab 8
Bab 9
Bab 10
Bab 11
Bab 12
Bab 13
Bab 14
Bab 15
Bab 16
Bab 17
Bab 18
Bab 19
Bab 20
Bab 21
Bab 22
Bab 24
Bab 25
Bab 26
Bab 27
Bab 28
Bab 29
Bab 30
Bab 31
Bab 32
Bab 33
Bab 34
Bab 35
Bab 36
Bab 37
Bab 38
Bab 39
Bab 40
Bab 41
Bab 42
Bab 43
Bab 44
Bab 45
Bab 46
Bab 47
Bab 48
Bab 49
Bab 50
Bab 51
Bab 52
Bab 53
Bab 54
Bab 55
Bab 56
Bab 57
Bab 58
Bab 59
Bab 60
Bab 61
Bab 62
Bab 63
Bab 64
Bab 65
Bab 66
Bab 67
Bab 68
Bab 69
Characternime
New Story
New Ebook Story

Bab 23

1.7K 227 28
By syxhxris

Sejak daripada dia masuk ke ruang lobby utama hospital, dirinya menjadi perhatian kaki tangan pekerja hospital ini. Wajahnya serius dan dingin tanpa sebarang senyuman.

Memandangkan dia masih baru di sini dan tidak jelajah setiap tingkat dan pelusuk dalam hospital ini menyukarkan dirinya untuk mencari surau dan tandas yang berdekatan dengannya.

Nak bertanya dia malas bukannya sombong. Mana tak malas kalau sejak daripada tadi doktor mahu pun jururawat perempuan asyik merenung dirinya bagai dia ni orang asing.

Okey, dia memang orang asing memandangkan dia orang Turki bukan orang Malaysia tulen. Hehehehehe.....

Sudahnya, dia berdiri di hadapan lif untuk naik ke atas menuju ke tempat kerjanya. Hanya itu saja yang dia ingat.

Saat pintu lif terbuka terus dia masuk setelah memastikan tiada orang yang berada di dalam. Button nombor 7 di tekan. Kedua-dua belah tangannya di masukkan ke dalam seluar slacknya.

Pintu lif pun di tutup. Jason berdiri tegak di sudut belakang. Matanya merenung nombor yang tertera pada kotak kecil di bahagian atas nombor-nombor button lif itu dengan pandangan kosong.

Tinggg

Jason melihat angka nombor yang tertera.

4

Pintu lif terbuka.

Dua orang doktor dan seorang jururawat lelaki masuk ke dalam untuk menuju ke atas. Jason langsung tidak mengendahkan mereka. Dia hanya diam membisu tanpa ada niat mahu menegur atau pun menyapa mereka bertiga walaupun dirinya menjadi perhatian mereka bertiga.

Tingggg

Pintu lif pun terbuka.

Ketiga-tiga mereka pun keluar memandangkan bahagian tempat kerja mereka yang berada di aras 6. Pintu kembali di tutup.

Tak sampai beberapa saat, pintu lif kembali terbuka menandakan sudah sampai ke aras 7. Dia pun segera keluar daripada lif.

"Hai Doktor Jason." Sapa Zuraidah dengan ramah saat berselisih dengan Jason. Semalam tidak sempat dia mahu menyapa lelaki yang merupakan sepupu Qayyum itu.

Macam mana dia tahu Jason sepupu Qayyum walaupun Qayyum tidak mengatakan apa-apa? Semuanya berkat Khalif yang kecoh memberitahu mereka dalam group whatsapp mengenai hubungan Jason dan Qayyum. Memang terkejut habis mereka. Habis mereka tag nama Qayyum untuk mengesahkan perkara itu. Pelbagai pertanyaan di lontarkan pada Qayyum.

"Hai, just call me Jason and you?" Balas Jason dengan senyuman kecil. Wajah doktor yang bertudung di hadapannya ini di pandang. Sangat ayu orangnya. Matanya tertacap pada perut doktor itu.

"Are you pregnant? Berapa bulan?" Soalnya ingin tahu. Jika mengikut kiraannya pasti usia kandungan itu sudah lebih lapan bulan sama seperti kandungan isterinya.

"Zuraidah, panggil Kak Zu je. Ha'ah mengandung dah lapan bulan tiga minggu. Anak pertama." Jawab Zuraidah senyuman lebar. Perutnya di usap dengan rasa teruja yang teramat. Tidak sabar mahu menunggu kelahiran si kecil.

"Waaa congratulation. Same with my wife. Maybe your baby can make friend with my baby soon. I can't wait that time." Dapat dia bayangkan anaknya dan anak doktor wanita ini akan menjadi kawan baik. Auwhhhhh so cute....

"Awak dah kahwin?" Terkejut Zuraidah apabila mengetahui Jason sudah berkahwin. Sangkanya Jason masih bujang kerana dia langsung tidak nampak tanda-tanda lelaki itu sudah pun berkahwin. Di jari lelaki itu pun tiada sebarang cincin yang tersarung.

Jason ketawa kecil melihat reaksi terkejut Zuraidah.

"Yes, i'm. Kahwin muda, ada anak tiga nak masuk empat dah." Ujar Jason dengan senyuman.

Tak pelik kalau orang terkejut dengan status dia sebagai seorang suami orang. Kenapa dia tak pakai cincin kahwin? Cincin dia terjatuh dalam lubang bilik air yang tidak bertutup semasa dia tanggalkan dan letak atas sinki.

Entah macam mana boleh tergelincir sampai masuk dalam lubang. Murung juga lah dia seminggu. Puas juga isteri dia pujuk. Haih, kenangan sungguh. Itu lah peristiwa setahun yang lalu sehingga sekarang dia tidak memakai sebarang cincin di jarinya.

"Wah, tak sangka yee mesti dah besar anak-anak awak. Tak sabar pula saya nak tunggu anak saya lahir. Mesti seronok ada anak ramai."

"Truth! Sangat seronok tapi tu lah dengan kerja saya as doctor susah untuk saya spend time with them and my wife."

Zuraidah mengangguk faham. Dia faham perasaan Jason itu. Dirinya sendiri susah untuk meluangkan masa bersama dengan suaminya sendiri. Hanya jika dia bekerja pada shift pagi saja dia mempunyai masa untuk diluangkan bersama encik suami.

"Good night, Kak Zu!"

Zuraidah dan Jason serentak menoleh memandang Khalif yang menyapa Zuraidah dengan nada yang agak kuat itu.

"Good night too, Khalif." Balas Zuraidah dengan senyuman.

Perasan Jason turut bersama Zuraidah, Khalif tersengih malu.

"Hai, Jason." Sapa Khalif sedikit kekok. Jujur dia masih berasa kekok dengan Jason. Kalau Qayyum ada tidak lah dia kekok sebegini.

"Hey dude." Jason menyimpul senyuman kecil melihat raut wajah Khalif yang kelihatan gugup itu. Keningnya terangkat. Kekok ke tu? Hahahahaha....

"Awal sampai? Biasa seminit sebelum pukul lapan baru terpacak dekat sini." Soal Zuraidah dengan sengaja ingin mengusik Khalif.

"Ala akak ni, saya datang awal salah datang lambat lagi lah salah." Cebik Khalif. Ish malu lah dia dengan Jason. Jangan lelaki itu fikir dia suka datang lambat sudah. Dia datang on time okey, sebelum pukul 8. Ek elehhh.....

Zuraidah ketawa.

"Okey lah akak pergi tempat kerja akak dulu lah ye." Pamit Zuraidah apabila sedar dirinya terlalu lama berbual dengan Jason.

"Okey kak, baik-baik jalan tu." Balas Khalif pula. Dia melambai tangan pada Zuraidah sambil tersenyum.

Zuraidah ketawa kecil. Dia turut membalas lambaian Khalif itu dengan senyuman.

Kini tinggal Jason dan Khalif saja berdua. Suasana menjadi sunyi dan janggal. Memandangkan waktu kerja mereka pada jam 8, tiada orang yang sampai awal melainkan mereka berdua serta Zuraidah.

Jika Zuraidah tidak perlu dihairankan kerana wanita itu sering datang awal mandangkan suami wanita itu sering menghantar Zuraidah datang awal ke hospital memandangkan rumah mereka agak jauh.

"Khalif." Panggil Jason.

"Ya, kenapa?" Tanya Khalif yang baru saja mahu melangkah ke meja kerjanya.

"Surau dekat mana?"

"Nak pergi solat aeee jom lah ikut aku. Aku pun nak gi solat maghrib juga ni." Ujar Khalif dengan senyuman kecil.

Jason mengangguk kecil sambil tersenyum nipis. Dia mengekori langkah Khalif yang jalan mendahului dirinya.

Sesudah menunaikan solat, Jason dan Khalif menuju ke meja kerja mereka tanpa ada sebarang bicara. Tiada apa yang mahu dibicarakan memandangkan tiada topik mahu dibualkan bersama.

Khalif yang selalu kecoh dengan mulut murainya menjadi kekok kerana tidak biasa dengan suasana yang sunyi. Jam di skrin komputernya di lihat. 7:45p.m. Kejap lagi pasti yang lain akan sampai. Takde lah sunyi nanti.

Dia mengambil beberapa buah fail yang mempunyai rekod pesakit di bawah jagaannya untuk membuat laporan dalam kertas kerjanya. Tidak ramai hanya tiga orang pesakit sahaja. Dua orang dewasa lelaki dan seorang remaja perempuan.

Dia tekun melakukan lerjanya tanpa menghiraukan kedatangan rakan-rakan sekerjanya yang mula datang menuju ke tempat masing-masing. Sapaan mereka dia hanya balas tanpa memandang wajah mereka.

Qayyum yang baru tiba berasa pelik apabila keadaan di ruang kerja mereka senyap tanpa sebarang bunyi. Matanya melihat ke arah Khalif yang khusyuk melakukan kerjanya. Kemudian dia melihat pula rakan-rakan sekerjanya yang lain. Semua diam tidak berbual seperti biasa.

Aik? Pelik semacam je ni?

Dia berjalan menghampiri ke tempatnya. Jason yang sedang meneliti fail-fail pesakitnya di pandang.

"Bir şey mi oldu? Neden herkes sessiz?" Soal Qayyum ingin tahu. Tidak pernah-pernah keadaan aras mereka sunyi sepi macam ni. Macam baru lepas kena marah je. Semua senyap tidak bersuara langsung.

(Ada sesuatu berlaku ke? Kenapa semua orang diam?)

Jason memandang Qayyum dengan pelik.

"Geldim herkes sessizdi." Jawab Jason. Dia melihat sekelilingnya. Semua tekun buat kerja. Takde apa yang pelik pun.

(Aku datang semua orang diam.)

"Iya ke?" Qayyum memandang Jason dengan curiga.

Aneh ni aneh. Nak kata malaikat maut lalu memang setiap masa malaikat maut menjenguk mereka cuma mereka saja tidak nampak kerana hijab mereka terbatas untuk melihat perkara yang ghaib.

Malas mahu ambil tahu dia menghidupkan komputernya. Sementara itu dia mengeluarkan handphonenya daripada dalam begnya. Berkerut dahinya melihat notyfication whatsapp group yang masuk tidak henti-henti itu.

We Are Cool Docs In The Area

Qayyum melihat Khalif yang sibuk menaip di skrin handphonenya itu. Bukan Khalif saja malah boleh dikatakan mereka semua sedang sibuk menaip sesuatu.

Handphonenya tidak berhenti daripada vibrate memandangkan dia memasang mood vibrate. Segera dia buka group itu.

Ummi :
- Sunyi je memang tak nak borak apa-apa ke?

Lisa :
- Tu lah sunyi oiii 😅

Haziq :
- Okey arr ni takde lah memekak je dengar korang bergosip 😂🤣

Taufiq :
- Biasa Khalif yang bising, aneh senyap je harini awat bro?

Haikal :
- Ha'ah bro, kau sihat tak @Khalif

Ummi :
- Oit @Khalif senyap je, orait tak orait?

Lisa :
- Demam agaknya

Khalif :
- Apo ehhh seru-seru nama aku ni
- Buat kerja ni hah, ek elehhhh
- Takkan rindu suara aku kut 😚

Haziq :
- Muntoh pelangi aku 🤢

Lisa :
- Rindu jadah kau lah

Qayyum menahan diri daripada ketawa. Kan dah kena setepek dengan Lisa. Selain Khalif, Lisa pun boleh tahan lancang mulut apabila berkata-kata. Tapi masih lembut dalam berbicara tidak seperti Khalif.

Ummi :
- @Lisa 🤣🤣🤣

Taufiq :
- Setepek kena duh hahahahaha

Haikal :
- 😂😂😂

Haziq :
- Kau tu hah apesal tiber senyap harini? Kena sampuk jembalang mana malam-malam ni?

Ummi :
- Choiii mulut kau, Ziq

Jason yang melihat Qayyum tersenyum-senyum melihat skrin handphone berkerut hairan. Dah kenapa pula tersenyum-senyum depan handphone? Gila?

"Kau dah kenapa? Gila?" Tegur Jason.

Qayyum tersentak. Dia menoleh ke arah Jason yang merenungnya dengan pelik. Terus dia tersengih sambil menghulurkan handphonenya pada Jason. Biar sepupunya itu baca sendiri.

Jason dengan perasaan pelik mengambil handphone Qayyum. Terpampar chat group whatsapp.

"Unik nama group."

"Well...." Qayyum ketawa kecil. Nama tu yang di pilih oleh Khalif sendiri dan di persetujui oleh semua orang.

Dia pula memang jenis tak kisah. Suka hati lah asalkan segala hal kerja semua disampaikan dalam group itu walaupun lebih banyak merapu daripada hal kerja.

Tak lama kemudian Jason ketawa mengekek dan perkara itu menarik perhatian Khalif dan orang lain. Yelah, suasana sunyi dan tiba-tiba ada orang gelak memang dengar lah semua orang.

"Funny...." Jason tidak dapat menahan dirinya daripada ketawa. Matanya tidak lari daripada membaca setiap apa chat yang di hantar oleh mereka.

Ummi :
- Weh, kenapa dia gelak? Dia tahu ke kita tengah borak pasal dia?

Haziq :
-Maybe, tak pelik pun sebab Qay duduk sebelah dia

Taufiq :
- Ayokkk tu lah bergosip je kan dah kantoi 🤪

Lisa :
- Tagune punya member, mana nak sorok muka aku yang cun ni 😌

Khalif :
- Bawah meja boleh, bawah kerusi pun boleh gi sorok gi

Haikal :
- Bodoh lah kau 😂

Taufiq :
- Hahahaha harey betul

Haziq :
- 🤣🤣🤣

Tidak tahan daripada mahu ketawa, Jason mengembalikan semula handphone tersebut pada Qayyum. Apa yang boleh dia katakan mereka semua malu mahu berbual dengannya. Boleh tahan masuk air otak mereka ni. Jason ketawa kecil.

"Diorang semua kelakar." Komen Jason sesudah habis ketawa. Adeh, senak perut dia.

Qayyum turut ketawa sama. Macam-macam hal lah. Baru saja dia mahu melakukan kerjanya, bunyi panggilan kecemasan menarik perhatiannya.

"Perhatian! Perhatian kepada Doktor Qayyum Da Enver serta Doktor Jason Wang, di minta untuk ke unit kecemasan bilik A dengan kadar segera. Ulang suara, diminta Doktor Qayyum Da Enver serta Doktor Jason Wang ke unit kecemasan bilik A dengan kadar segera. Terima kasih."

Qayyum dan Jason segera mencapai kot putih mereka lalu tanpa melengahkan masa segera mereka berdua berlari keluar menuju ke lift.

"Hari pertama kau bekerja dah bermula." Ujar Qayyum dengan senyuman senget.

"Aku akan buat yang terbaik."

Qayyum dan Jason saling berlaga tumbuk. Sebaik saja pintu lif terbuka terus mereka masuk dan tekan button untuk turun ke bawah.














Continue Reading

You'll Also Like

857K 7.4K 11
WN | 01 Nukilan : Wawa Nabilla mula : 1119 cover : stargazell Nia Ameera telah dianiaya oleh ahli keluarganya sendiri sehingga dia dihalau keluar d...
61.3K 4.3K 51
𝐊𝐡𝐚𝐢'𝐬 𝐅𝐥𝐨𝐚𝐫𝐞 | 𝐂𝐨𝐦𝐩𝐥𝐞𝐭𝐞𝐝 𝐒𝐭𝐨𝐫𝐲 AKIF KHAIZURAN. Lelaki jambu yang diminati ramai kerana rupa fizikalnya. Wajahnya tak pernah...
1.3M 35K 66
Wardah Arinna : Kerana dendam, jiwa dan raganya disiksa Dilayan seperti pelacur sungguh meretakkan jiwanya. Namun perasaan cintanya terhadap suaminya...
32.6K 1.6K 29
KAPTEN DANIELLEA ARALYN • Seorang juruterbang pesawat awam. Seorang yang lemah lembut jika dilayan lembut. Mudah gelabah. Pemalu tapi tidak malu sang...