OUR BEAUTIFUL FATE √√

By syxhxris

150K 18.3K 4.4K

[Book 4] Blade Da Erol Lelaki Turki yang tiada agama dan hanya setia pada Steve, tuannya. Cinta? Perempuan? L... More

Sinopsis
Bab 1
Bab 2
Bab 3
Bab 4
Bab 5
Bab 6
Bab 7
Bab 8
Bab 9
Bab 10
Bab 11
Bab 12
Bab 13
Bab 14
Bab 15
Bab 16
Bab 17
Bab 18
Bab 20
Bab 21
Bab 22
Bab 23
Bab 24
Bab 25
Bab 26
Bab 27
Bab 28
Bab 29
Bab 30
Bab 31
Bab 32
Bab 33
Bab 34
Bab 35
Bab 36
Bab 37
Bab 38
Bab 39
Bab 40
Bab 41
Bab 42
Bab 43
Bab 44
Bab 45
Bab 46
Bab 47
Bab 48
Bab 49
Bab 50
Bab 51
Bab 52
Bab 53
Bab 54
Bab 55
Bab 56
Bab 57
Bab 58
Bab 59
Bab 60
Bab 61
Bab 62
Bab 63
Bab 64
Bab 65
Bab 66
Bab 67
Bab 68
Bab 69
Characternime
New Story
New Ebook Story

Bab 19

1.8K 245 62
By syxhxris

"What? Seriuslah?"

Qayyum membuat muka. Ni yang dia malas nak cerita. Tak pasal-pasal meja mereka menjadi perhatian orang ramai.

"Iya, takkan aku nak menipu pula. Tak percaya tanya Doktor Firdaus, dia tahu pasal aku cuti. Kau ni suara tu jangan lah kuat bengong." Tegur Qayyum dengan nada geram.

Khalif tersengih. Bukannya dia sengaja pun. Dah dia terkejut nak buat macam mana. Dia meneguk air milonya seteguk.

"Uishhh dahsyat betul perempuan tu. Dah tu dekat mana dia sekarang?" Tanya Khalif ingin tahu.

"Ada dalam pengawasan abang aku lagi pun dia dalam rawatan sekarang ni." Jawab Qayyum pendek. Dia hanya menceritakan apa yang Khalif patut tahu saja yang selebihnya dia tidak cerita dengan lebih lanjut. Dia tidak mahu Khalif tahu tentang dunia mafia.

"Hmmm, cakap pasal tu kan abang kau ada datang masa malam yang kau kata kau ada emergency tu. Mula-mula aku ingat siapa tau yelah mat salleh bertatu pula tu tiba-tiba tanya pasal kau. Nama penuh pula tu. Betul ke tu abang kau?"

Dia bukan nak pertikaikan hubungan antara Qayyum dan lelaki bertatu itu tetapi dia berasa musykil. Betul ke mereka berdua adik-beradik?

"Laaa dia datang sini ke? Buat apa?" Patut lah Blade cepat menemui dirinya semasa dia bergelut dalam hutan. Rupa-rupanya Blade datang ke hospital mencari dirinya. Memang dia mahu tanya macam mana Blade tahu tentang keberadaannya tapi dia lupa terus pasal itu.

"Dia suruh aku bagi kau bekal makanan yang kau tertinggal." Jawab Khalif.

Qayyum mengangguk kecil. Mesti sebab masa tu dia kelam kabut sedikit sampai tertinggal bekalnya di atas meja dapur.

"Hmmm mesti kau tak percayakan tu abang aku kan?"

"Ye duhhh bapak lain siut! Beza gila korang berdua. Aku masa tu macam yeke dia tu abang kau tapi nak nafikan mustahil sebab tak semua orang tahu nama panjang kau. Then siap suruh aku bagi beg kertas isi bekal makanan kau dekat aku." Ujar Khalif dengan sedikit perlahan tidak mahu orang lain mendengar perbualan mereka berdua.

Qayyum ketawa. Aduh, kelakar betul muka Khalif. Muka tak percaya habis. Ahahahaha.....

"Ha'ah dia memang bertatu pun sebab dia bukan beragama Islam macam aku. Apa yang kau patut tahu keluarga aku tidak berpegang pada mana-mana agama. Macam aku, aku sendiri masuk Islam masa aku duduk dekat Turki sebelum datang sambung belajar dalam Malaysia.

Aku harap kau jangan lah pandang serong dekat abang aku tu. Aku pun dah nampak tanda-tanda dia berminat dengan agama Islam. Cuma dia tak nak bagitahu mungkin dia masih berasa was-was. Aku faham susah untuk percaya pada sesebuah agama. Aku pun dulu macam dia juga, makan masa nak faham tentang Islam." Terang Qayyum pada Khalif. Dia tahu pasti Khalif berfikir bukan-bukan sewaktu pertama kali melihat Blade.

"Eh, takdenya aku pandang serong dekat abang kau. Cuma aku pelik je sebab dia bertatu tapi kau tak. Lepas tu muka dia nampak garang takut aku. Macam gengster je aku tengok abang kau tu. So sheram!"

Qayyum ketawa mengekek. Siapa je yang tak takut tengok muka Blade yang selalu serius tu? Pandang orang macam nak terkam je. Sebiji ikut rupa mendiang Cael Arslan, ayahnya. Bengis.

"Tapi apa pun alhamdulillah tak sangka aku kau ni muallaf rupanya. Patutlah muka hensem semacam je. Aku ingat kau buat operation ke apa. Aku doakan abang kau tu terbuka hati dia untuk masuk Islam." Tutur Khalif dengan senyuman.

Alhamdulillah, Qayyum adalah insan yang di pilih oleh Allah untuk menjadi seorang hamba-Nya yang soleh.

"Aamiin ya rabb tapi jahat gila kau fikir aku buat operation muka. Eeiiii nauzubillahiminzalik, apa kau ingat aku ni hodoh sangat macam katak nak buat operation bagai?" Cebik Qayyum.

Ada ke patut fikir dia buat operation semata-mata nak hensem? Oh please lah dia memang hensem sejak lahir okey! Muka ori ni tau.

Khalif ketawa berdekah-dekah.

"Shhh kau ni ketawa berdekah-dekah macam langsuir tu dah kenapa? Malulah orang tengok. Teruk betul perangai." Tegur Qayyum apabila buat kali yang kedua mereka menjadi perhatian orang yang berada dalam cafe ini.

Haih, rasa macam tak nak mengaku kawan pun ada. Lepas tu pindah meja. Biar Khalif sorang-sorang dekat meja ni.

"Hahahahaha sorry-sorry hahahaha kelakar bodoh hahahaha...." Khalif membayangkan wajah Qayyum seperti wajah katak. Pffttt kahkahkah.....

Tidak jauh daripada meja mereka, sejak sedari Jannah perhatikan saja gelagat mereka berdua daripada jauh.

Siapa sangka akhirnya dia dapat juga melihat Qayyum masuk kerja setelah dua minggu hilang. Tak lena dia nak tidur memikirkan keadaan Qayyum yang langsung tidak memunculkan diri di hospital.

Tidak sia-sia dia datang ke cafe ini untuk makan pagi. Pada mulanya dia tidak perasan tetapi setelah terdengar suara Khalif yang kuat terus menoleh mencari Khalif. Terkejut sungguh dia apabila orang yang sedang berbual dengan Khalif adalah Qayyum.

Gembira sungguh dia apabila akhirnya dia dapat menatap wajah pujaan hatinya sebelum bekerja. Bibirnya mengukir senyuman lebar. Mahu saja dia melangkah menuju ke meja Qayyum tapi melihat Khalif yang berada di aitu membantutkan niatnya. Bukan dia tak tahu Khalif sangat anti dengan dirinya. Mulut lelaki itu bila bersuara memang puaka sungguh. Menyakitkan hati!

Sedar yang dia sudah terlalu lama memerhatikan mereka segera dia makan makanannya memandangkan dia akan masuk kerja sekejap lagi. Nanti-nanti je lah dia tegur Qayyum. Dapat tatap wajah doktor muda itu sekejap pun sudah cukup menceriakan hidupnya.

"Kau tengok apa? Berkerut je muka kau. Berkedut kang aku tak tahu." Tegur Qayyum apabila perasan Khalif seerti sedang melihat sesuatu di belakangnya. Ada siapa?

Dia yang mahu menoleh ke belakang untuk melihat apa yang ditenungkan oleh Khalif segera di tahan oleh lelaki itu. Dah kenapa pula?

"Tak payah lah pandang belakang. Ada Jannah tu hah. Aku perasan dia perhati je kau daripada tadi." Jangan ingat dia tak nampak ye. Dia belum buta lagi cuma sengaja dia buat-buat tak nampak.

"Oh, dia ke aku ingat siapa." Qayyum hanya buat biasa saja. Nasi gorengnya yang tinggal suku di habiskan.

"Hmmm, kau tahu lah kan dia tu kan syok dekat kau. Masa kau takde dua minggu ni setiap hari setiap masa duk tercongok depan pintu masuk hospital. Duk tercari-cari kut-kut lah kau datang ke apa ke kan. Bukan aku je perasan Kak Zu, Rian, Asya, Zack, Man boleh dikatakan semua orang perhati je dia tu. Macam orang mati laki." Cerita Khalif tanpa di pinta.

Masa nak bergosip!

Ternaik kening Qayyum. Dia meneguk teh'o ais limaunya dua teguk.

"Serius lah? Sampai macam tu sekali?" Buang tabiat ke apa?

Khalif mengangguk.

"Entah aku kadang risau dengan keadaan dia. Serupa orang yang tengah obses. Habis lah kau Qay, hati-hati dengan Jannah tu. Kena culik dengan dia aku tak tahu." Ujar Khalif sambil menakut-nakutkan Qayyum.

"Merepek lah kau, takde maknanya dia nak culik aku. Larat ke dia nak angkat aku dengan badan keding macam tu."

"Eh, mana lah tahu dia upah orang ke apa kan? Macam dalam drama tu. Kau mana tahu kan?"

Qayyum menggeleng kecil. Merepek je lah budak ni. Ada ke patut fikir macam tu. Haih, tak pasal-pasal jatuh fitnah nanti bila buat andaian yang buruk pada diri seseorang.

"Hmmm, dah lah jangan nak merepek sangat. In Shaa Allah, aku berhati-hati dengan dia kalau betul lah apa yang kau fikirkan tu."

Khalif hanya menjongket bahunya. Dia bukan apa kadang kala sikap Jannah yang terlalu syok pada Qayyum sampai berkelakuan seperti itu kadang kala membuatkan dirinya sedikit risau. Takut doktor perempuan itu obses pada Qayyum. Bahaya!












Tok tok tok

"Come in!"

"Are you busy sir?" Soal Blade setelah masuk ke dalam pejabat tuannya. Pintu di tutup rapat lalu dia melangkah berdiri tegak di hadapan Steve yang asyik menatap skrin laptop.

"Nope, why?" Steve mengangkat wajahnya menatap wajah Blade yang entah lah dia tak tahu mahu duga reaksi lelaki itu.

"Urmmm, i want ask you something about Islam. It is okay to talk at here?" Risau dia apabila Steve marah padanya kerana bertanya perkara yang tiada kaitan dengan kerja memandangkan mereka berada di pejabat bukan berada di luar atau pun markas untuk berbual.

"It's okay, so what you want talk with me?" Steve mula memberi perhatian pada Blade yang duduk menghadapnya.

"I think i want convert to Islam." Jujur Blade tanpa rasa was-was.

"Are you serious?" Soal Steve dengan senyuman yang gembira.

Blade mengangguk dengan senyuman. Sudah sekian lama dia mengumpul keberanian dan keyakinan untuk menyatakan hasratnya itu. Baru hari ini dia ada keyakinan yang tinggi untuk mengatakan perkara ini pada Steve. Kenapa bukan Qayyum? Susah betul nak jumpa Qayyum sejak adiknya itu mula bekerja.

Jadi lebih baik dia berjumpa dengan Steve terlebih dahulu untuk mendapatkan beberapa nasihat sebelum dia masuk ke dalam agama Islam. Lagi pula Steve mempunyai pengalaman macam mana terdetik hati untuk masuk ke dalam agama Islam tanpa ragu-ragu berseorangan.

"Kau percaya Allah itu wujud? Tuhan yang sebenar-benarnya? Tuhan yang wajib di sembah oleh seluruh alam?" Soal Steve dengan serius.

"Percaya!" Jawab Blade dengan yakin.

"Kau percaya bahawa Rasulullah S.A.W adalah pesuruh Allah?"

"Percaya!"

"Kau ingin masuk ke dalam agama Islam dengan keikhlasan hati atau pun kerana terpaksa atau pun di paksa?"

"Keikhlasan hati."

Steve mengukir senyuman puas hati. Tangannya di hulur pada Blade. Blade menyambut huluran tersebut.

"Alhamdulillah, petang nanti ikut aku pergi masjid untuk mengesahkan keislaman kau. Aku bangga dengan kau." Dia berjabat tangan dengan Blade. Dia mengucap syukur kepada Allah kerana telah menjentikkan hati Blade untuk berada di jalan yang benar.

Blade mengukir senyuman kecil. Entah kenapa hatinya berasa tenang dan lapang. Tak sabar nak tunggu Qayyum balik dan memberitahu perkara ini pada adik lelakinya itu. Dia yakin pasti Qayyum akan menangis. Memikirkan itu saja membuatkan dirinya tersengih.

"Thank you sir." Ucap Blade.

Setelah itu Blade meminta diri untuk menyambung semula kerjanya di bilik pejabatnya yang hanya bersebelahan dengan bilik pejabat Steve.

Seperti yang dikatakan selepas lunch Steve membawa Blade ke masjid yang berdekatan dan dengan bantuan imam besar masjid itu Blade dengan sahnya telah menjadi seorang muslim.

"So, perlu ke aku buang tatu-tatu yang terukir dekat kulit badan aku ni?" Tanya Blade ingin tahu. Apa yang dia tahu orang Islam diharamkan untuk memiliki atau mengukir sebarang tatu pada tubuh badan mereka.

Tapi tatu yang terukir di badannya bukannya sedikit tetapi boleh dikatakan satu badannya penuh dengan pelbagai corak yang terukir di badan, lengan serta lehernya. Membayangkan dia perlu buang tatu di pada kulit tubuhnya sudah pun cukup mengerikan dirinya.

"Islam itu mudah, tak perlu buang jika ia boleh memudaratkan diri sendiri. I told you, buang tatu is too pain. Kulit kau akan terasa seperti di siat-siat. Kau memang dah bertatu sebelum masuk Islam jadi segala dosa kau telah di ampun sebaik saja kau masuk Islam. Setelah sahnya kau sebagai seorang muslim saat itu kau seperti bayi yang baru saja lahir, suci tanpa dosa. Jadi, tatu pada tubuh kau tak perlu buang." Terang Steve dengan jelas.

Blade mengangguk faham. Bibirnya mengukir senyuman segaris. Itu pun sudah cukup melegakan hatinya.

"So, mulai saat ini aku akan mula solat dan berdoa lah kan? But i'm not confident about that yet. Aku tak hafal tentang solat, bacaan atau pun perbuatan lagi." Jujur Blade.

Bukan dia tak tahu langsung tentang solat cuma dia tak terlalu hafal kerana tiada masa. Lagi pula semuanya bacaan bahasa arab bukannya dia tahu baca pun. Dia baca maknanya saja.

"It's okay, slow-slow jangan paksa diri untuk buat semua sekali gus. Memang take time tapi bila dah biasa buat mesti ingat. Terutama bacaan solat. Don't worry i will guide you about this." Walaupun dia tidaklah terlalu bagus untuk perkara ini tapi dia akan cuba tolong Blade apa yang dia tahu.

"Thank you sir." Tutur Blade ikhlas.

Steve hanya mengukir senyuman kecil. Tak salah mahu menolong saudara baru yang baru saja masuk ke dalam agama Islam dan dia sebagai saudara sesama Islam wajib membantu Blade agar lelaki itu terus beristiqamah supaya Blade dapat merasai bertapa indahnya agama Islam ini.

"So, wanna go home or office?" Soal Blade apabila mereka berdua telah pun masuk ke dalam kereta milik Blade. Enjin kereta di hidupkan.

"Office and you can go home after send me." Jawab Steve sambil melonggarkan tali lehernya. Panas.

Blade mengangguk kecil. Lagi pula waktu kerja hampir habis dan tiada apa yang perlu dia mahu pun Steve lakukan di pejabat.














Blade dah masuk Islam

Hah apa tunggu lagi pergilah masuk minang 🤣

Continue Reading

You'll Also Like

26K 1.5K 45
Kehilangan Queen secara tiba-tiba cukup memberikan impak yang besar kepada kehidupan Daniyal. Tak dilupakan Prince Ariq yang sentiasa bertanya tentan...
5K 111 71
Kisah seorang gadis muda yang jatuh miskin dan ditinggalkan oleh teman lelakinya. Lalu dia bertemu dengan keluarga asalnya dan telah menjadi seorang...
325K 11.8K 50
Selepas 15 tahun menetap di bumi Amerika, Kaira Farhanim akhirnya membuat keputusan untuk pulang semula ke pangkuan ayah kandungnya. Tempat di mana d...
287K 11K 74
Main characters ; Engku Hazellyna Emelda Engku Haizad Ezray : dia cantik , dia manis , dia hati kering , dia anak orang kaya tapi perwatakannya tidak...