OUR BEAUTIFUL FATE √√

Por syxhxris

150K 18.3K 4.4K

[Book 4] Blade Da Erol Lelaki Turki yang tiada agama dan hanya setia pada Steve, tuannya. Cinta? Perempuan? L... Mais

Sinopsis
Bab 1
Bab 2
Bab 3
Bab 4
Bab 5
Bab 6
Bab 7
Bab 8
Bab 9
Bab 10
Bab 11
Bab 12
Bab 13
Bab 14
Bab 16
Bab 17
Bab 18
Bab 19
Bab 20
Bab 21
Bab 22
Bab 23
Bab 24
Bab 25
Bab 26
Bab 27
Bab 28
Bab 29
Bab 30
Bab 31
Bab 32
Bab 33
Bab 34
Bab 35
Bab 36
Bab 37
Bab 38
Bab 39
Bab 40
Bab 41
Bab 42
Bab 43
Bab 44
Bab 45
Bab 46
Bab 47
Bab 48
Bab 49
Bab 50
Bab 51
Bab 52
Bab 53
Bab 54
Bab 55
Bab 56
Bab 57
Bab 58
Bab 59
Bab 60
Bab 61
Bab 62
Bab 63
Bab 64
Bab 65
Bab 66
Bab 67
Bab 68
Bab 69
Characternime
New Story
New Ebook Story

Bab 15

2.1K 239 31
Por syxhxris

Mardhiah Izzyani Binti Mahmud. Mempunyai dua orang kembar seiras dengannya. Afrina dan Qaisha. Tetapi Qaisha terpisah dengan mereka kerana telah di culik dengan orang yang tidak dikenali.

Mahmud seorang bapa yang penyayang tetapi untuk beberapa tahun kemudian bapa mereka pula meninggal kerana serangan jantung. Mardhiah dan Afrina di jaga oleh adik bapanya iaitu Latif.

Malangnya, Latif merupakan seorang lelaki yang sangat tamak. Dia menjaga Afrina dan Mardhiah kerana kekayaan yang di miliki oleh si kembar. Memandangkan si kembar masih kecil, mereka berdua sering menjadi tempat Latif melempiaskan marah. Bukan itu saja kadang kala Latif memang sengaja mahu menyeksa si kembar.

Sehingga lah satu hari Mardhiah di paksa untuk duduk di kerusi renjatan elektrik yang di cipta oleh Latif. Afrina meronta-ronta ingin melepaskan dirinya daripada di ikat untuk menyelamatkan adik kembarnya.

Entah macam mana ikatan tersebut terlerai, Afrina meluru ke arah Mardhiah yang terkena renjatan elektrik dan Afrina tanpa berfikir panjang terus memeluk tubuh Mardhiah. Mereka berdua sama-sama kena renjatan elektrik.

Malangnya keadaan Afrina yang lemah membuatkan Afrina menghembuskan nafasnya terakhir kerana tidak dapat menahan seksaan tersebut. Mardhiah yang tidak dapat menerima kenyataan Afrina meninggal dalam pelukannya terus tidak menyedarkan diri.

Seminggu delepas kematian Afrina, hidupnya menjadi kosong. Dia sentiasa muram dan mengurungkan dirinya dalam bilik. Sehingga lah satu hari dia di seksa seharian sampai lah dia tiada tenaga untuk melawan dan akhirnya dia jatuh pengsan.

Entah macam mana dia tersedar daripada pengsan. Matanya terbungkam saat melihat mayat Latif yang tidak jauh daripadanya dalam keadaan yang mengerikan.

Paling mengejutkan dirinya apabila tangannya penuh dengan darah. Bukan tangan saja tapi wajahnya turut berlumuran dengan darah. Dia tak tahu apa yang berlaku pada dirinya dan juga bapa saudaranya.

Ketika itu lah dia ternampak satu bayang seorang gadis yang seiras dengannya. Rupa-rupanya itu adalah Afrina, kakak kembarnya. Pada mulanya dia tidak percaya dengan apa yang dia lihat tetapi lama-kelamaan dia percaya bahawa Afrina 'hidup' tapi dalam dirinya.

Dia sedar saat malam hampir menjelma dia akan merasakan dada rasa amat sakit dan warna matanya akan berubah kerana itu tanda-tanda Afrina meronta-ronta ingin keluar dari dalam badannya untuk menguasai dirinya agar Afrina mampu melakukan apa saja yang di mahukannya.

Apabila waktu siang hampir menjelang, Afrina akan kembali masuk ke dalam dirinya untuk 'tidur' dan dia pula yang akan 'berjaga'.

Aisyah membelai rambut panjang Mardhiah yang lena itu dengan senyuman nipis. Tak sangka sebegitu sekali yang perlu dia lalui dalam hidupnya.

Seorang kembar hilang di culik, seorang lagi sudah meninggal tetapi 'hidup' dalam diri perempuan ini.

Split personaliti.

Itu lah yang di alami oleh Mardhiah.

Pada waktu pagi Mardhiah seperti biasa dalam keadaan normal tetapi menjelang pada waktu malam dia akan berubah menjadi ganas dan agresif.

Jika mengikut psikologi, apa yang di alami oleh Mardhiah adalah keadaan mental perempuan itu sedikit terganggu. Kejadian lampau telah membuatkan Mardhiah menciptakan satu ilusi tanpa di sedarinya sendiri.

Tetapi dia tidak salahkan Mardhiah kerana mempunyai masalah itu. Rata-rata orang yang mempunyai split personaliti mempunyai sejarah dan kisah hitam yang menyebabkan mental mereka terlampau tertekan hingga timbul dan menciptakan satu sisinya yang lain.

Air mata yang bersisa pada wajah Mardhiah di usap dengan ibu jarinya. Tak sangka dia akan mendengar kisah yang sangat tragis seperti ini. Sungguh besar dugaan dan ujian yang diberikan padanya.

"Dia tidur dah ke kak?" Soal Airin dengan nada yang perlahan tidak mahu menganggu lena Mardhiah.

Aisyah mengukir senyuman lalu mengangguk kecil. Dia membuat isyarat agar mereka berdua berbual di luar saja.

Airin mengangguk faham. Dia dan Aisyah keluar daripada bilik itu. Elan, James, Chann dan Qayyum masih setia berada di depan bilik itu. Bukannya mereka tak dengar apa yang berlaku dan perkara itu amat menyentuh perasaan mereka terutama Qayyum.

"Kalau boleh jangan ikat tangan dan kaki dia buat sementara waktu boleh? Saya kasihan tengok Mardhiah terseksa macam tu. Lagi pula ini bukan kemahuannya sendiri. Dirinya sendiri luka teruk, saya tak nak lukanya bertambah teruk." Pinta Aisyah pada Elan memandangkan Blade tiada bersama mereka.

"But madam saya tak berani nak buat keputusan tanpa arahan daripada Sir Steve." Serba salah Elan ingin menolak permintaan Aisyah. Dia tahu niat Aisyah itu baik dan dia puji tentang itu.

Tapi memang dia tidak boleh melakukan sesuatu perkara tanpa arahan Steve sendiri. Walaupun Aisyah adik Steve tapi dia tetap taat dan patuh pada arahan Steve saja.

Aisyah berfikir sejenak.

"Takpe nanti saya call abang saya." Jawab Aisyah dengan senyuman.

Dia yakin Mardhiah baik-baik saja sebelum menjelang waktu maghrib. Lagi pula keadaan Mardhiah yang cedera teruk itu menyukarkan untuk dia keluar secara bebas.

"Okay then, sorry madam." Balas Elan.

"Takpe saya faham." Ujar Aisyah.

Ammar pun ketua mafia juga sebab tu dia faham bertapa pentingnya arahan daripada seorang ketua. Kalau Ammar kata tak boleh memang tak boleh walaupun hanya untuk perkara yang kecil. Mungkin kecil untuk dia tapi bukan pada Ammar. Kadang kala perkara yang kecil itu lah yang boleh menimbulkan masalah yang sangat besar.

Aisyah naik ke atas menuju ke ruang tamu di mana begnya berada. Dia mahu membuat panggilan pada Steve agar abangnya itu melepaskan Mardhiah untuk bebas seketika. Dia yakin Steve akan setuju memandangkan lelaki itu sendiri yang menyuruhnya datang ke sini.

"Mama mama...."

Aisyah melihat Dania yang berlari ke arahnya.

"Iya sayang, kenapa?" Dia mencangkung di hadapan Dania yang sudah berpeluh-peluh itu.

"Mama pergi mana? Puas Nia cari mama." Soal Dania dengan nafas mengah.

"Mama ada dekat bawah buat kerja sikit. Kenapa Nia cari mama? Nia nak apa-apa ke? Nak makan?"

Dania menggeleng dengan sengihan.

"Saja je cari mama hehehe...."

Aisyah tergelak. Ada saja lah anak perempuannya ini.










"Khalif!"

Khalif yang baru saja selesai menjalankan pembedahan berhenti daripada berjalan menuju ke pintu lif untuk menuju ke aras bawah.

Terangkat keningnya melihat Jannah memanggil namanya. Pelik apabila doktor perempuan itu berlari anak ke arahnya. Tak pernah-pernah Jannah memanggilnya.

"Ada apa? Aku nak turun ni." Tanyanya sebaik saja Jannah berada di depannya. Dah lah dia tengah lapar. Haih...

"Weh, Qayyum tak datang ke? Daripada semalam aku tak nampak dia. Dia sakit ke?" Soal Jannah tanpa selindung.

Memang itu yang dia mahu tahu daripada Khalif. Lagi pula bukannya Khalif tak tahu yang dia ada hati dengan sahabatnya, Qayyum itu. Sudah dua hari dia tidak nampak Qayyum, jadi tidak mahu menyesakkan fikirannya terus dia mencari Khalif apabila dia sudah tidak ada pesakit yang perlu dia jumpa.

Khalif mencebik. Sudah dia agak niat sebenar Jannah datang berjumpa dengannya. Apa lagi kalau mahu tahu tentang Qayyum. Ceh, sibuk je tanya pasal anak teruna orang.

"Entah tak tahu." Jawabnya dengan malas. Button lif di tekan. Malas dia nak lama-lama dekat situ.

Cemburu? Eh, memang tidak lah.

Meluat je banyak. Orang tak suka sibuk terhegeh-hegeh. Eeiiii takde rasa malu ke apa. Rasanya satu hospital ni tahu yang Jannah ni tergila-gilakan Qayyum.

Jannah ni bukannya tak cantik, cantik je tapi perangainya membuatkan dia tidak berkenan. Kalau dia tak berkenan apatah lagi Qayyum. Qayyum memang anti dengan perempuan yang jenis cemburu buta dan gedik.

Lagi pula Qayyum tidak suka bercinta. Hidupnya sentiasa dengan kerjanya saja sehingga tiada masa untuk perkara yang lain. Percaya atau pun tidak Qayyum langsung tidak berminat untuk kenal dengan perempuan lebih dalam. Itu lah punca kenapa Qayyum masih tidak berkahwin. Calon pun takde.

"Eh, takkan lah kau tak tahu? Kau kan kawan baik dia, mesti lah kau tahu kan? Ke kau memang sengaja tak nak bagi tahu aku?" Jannah memicingkan matanya memandang wajah Khalif yang langsung tidak memandang dirinya.

Khalif membuat muka menyampah. Orang kata tak tahu tu tak tahu lah. Tak faham bahasa ke apa? Letih dia gini, haihhhh....

"Kalau aku tahu pun memang aku takkan bagitahu kau pun." Lif ni dah kenapa pula tiba-tiba lembab sangat? Tak reti nak cepat ke apa?

Tapi jujur dia katakan memang dia tak tahu pasal Qayyum. Banyak kali dia call tapi hanya peti simpanan suara saja yang di terimanya. Pelik, risau pun ada. Mahu pergi ke rumah Qayyum langsung dia tidak tahu alamat rumah lelaki itu.

"Hah nampak kau memang sengaja tak nak bagitahu aku. Bagitahu je lah tak luak mana pun. Aku cuma nak tahu je bukannya apa pun." Sumpah dia rasa nak maki je Khalif ni.

Dia cuma nak tahu kenapa Qayyum tak ada dua hari ni je. Tu pun payah ke nak bagitahu? Mengenangkan Khalif satu-satunya orang yang paling rapat dengan Qayyum, dia sabarkan saja hatinya yang panas itu.

"Eh perempuan kan aku dah cakap aku tak tahu tu tak tahu lah. Hish, aku dah lah penat kerja, layan kau lagi memenatkan aku."

Serentak itu pintu lif pun terbuka. Segera Khalif masuk dan tekan button ke bawah. Malas dia nak lama-lama dengan doktor gedik tu. Risau dia terlepas maki je. Sudah lah tengah kebulur nak mampus. Hah memang menguji kesabaran dia.

Jannah merengus geram. Dia memandang pintu lif yang sudah tertutup itu dengan perasaan bengang.

"Fikir dia sorang je penat? Aku pun penat lah. Sia-sia je aku cari mamat tu. Tak boleh pakai langsung." Rengusnya dengan geram.

Buat penat saja dia berlari ke sana sini semata-mata cari Khalif untuk tahu tentang keadaan Qayyum tapi hampeh.

Dengan perasaan yang sakit hati yang menggunung, dia pun beredar pergi. Kalau lah dia mempunyai alamat atau nombor telefon Qayyum kan senang. Tapi tu lah sangat sukar untuk mendapat dua benda itu.

Ikutkan hati dia mahu je minta dekat rakan sekerja Qayyum yang lain tapi dia tidak lah mahu dirinya diperkatakan gedik atau perempuan terdesak yang mahu perhatian daripada Qayyum seperti yang dia dengari daripada pekerja-pekerja hospital ini.

Dia tahu dirinya selalu menjadi bualan mulut orang. Apa ingat dia ni pekak ke tak tahu dirinya menjadi umpatan orang. Ikutkan hati memang dia nak maki je siapa yang suka bawa mulut tu tapi dia tahu tak ada faedah yang dia dapat. Makin orang suka mengata adalah.

Heleh, macam lah dia sorang yang tergila-gilakan Qayyum. Ramai okey tapi dia juga yang menjadi bualan mulut orang. Urghhhh dia tak faham. Kenapa mesti dia yang menjadi buah mulut orang? Tahu lah dia cantik. Hek elehhhh....

Tingggg

Khalif keluar daripada lif sebaik saja tiba di tingkat bawah. Kakinya laju menuju ke cafe yang terletak di bawah hospital ini. Perutnya yang berkeroncong itu di tepuk perlahan.

"Sabar ye perut, nanti kita makan okey." Ujar Khalif.

Tak sampai sepuluh minit dia pun tiba di hadapan cafe tersebut. Tidak ramai yang ada pada waktu itu memandangkan jam sudah menunjukkan pada jam 10 malam dan cafe itu akan di tutup pada jam 12 tengah malam.

Dia pun masuk ke dalam. Matanya mencari tempat kosong yang sesuai untuk dirinya makan berseorangan.

"Eh, Khalif?"

Khalif menoleh ke arah suara orang yang menegur dirinya itu.

"Laaa akak pun makan dekat sini ke?" Balas Khalif apabila melihat Zuraidah sedang membawa sepinggan mee goreng dengan secawan air sirap limau.

Macam sedap je mee goreng tu. Lagi-lagi ada telur mata separuh masak. Fuhhh mantap Pak Abu!

"Ha'ah akak makan dekat sini je. Lapar." Jawab Zuraidah dengan sengihan. Walaupun dia dah makan malam dengan suaminya tapi dia masih berasa lapar. Hormon wanita mengandung.

"Cantik kak! Kita makan sama-sama lah kak, takde lah rasa alone sangat saya makan sorang-sorang."

Zuraidah ketawa.

"Hahahaha boleh-boleh, akak tunggu Khalif dekat meja hujung sana tu ye." Ujar Zuraidah menunjuk ke arah tempat yang tidak jauh daripada mereka berdiri.

"Bereh kak." Tidak mahu membuang masa Khalif terus pergi membeli makanan dan minumannya. Mee goreng menjadi pilihannya. Tak lupa telur mata separuh masak serta teh tarik.

Usai membeli terus membawa langkah ke arah Zuraidah yang menunggu dirinya.

"Akak baru habis buat kerja ke?" Tanya Khalif sekadar ingin berbual kosong.

"Ha'ah lepas siapkan laporan pesakit dan key in ke sistem akak terus turun ke cafe ni. Isi perut sebelum masuk kerja semula. Khalif pula? Baru habis operation ke?" Soal Zuraidah pula. Melihat pemakaian Khalif yang berwarna biru itu membuatkan dia berfikir Khalif baru sahaja selesaikan pembedahan pada pesakitnya.

Khalif mengangguk kecil. Dia mengunyah mee gorengnya lalu menelannya.

"Lepas operation saya terus turun ke cafe ni, lapar sangat. Lagi pun saya belum makan apa-apa lagi masa sampai hospital ni. Ingat nak makan roti ke apa sebelum buat kerja tapi tu lah tak sempat nak beli roti ada emergency call. So di sini lah saya berada." Kata Khalif. Fuhhh, kenyang sudah perut dia. Teh tariknya di minum perlahan memandangkan masih panas.

"Faham. Hmmm, Khalif akak nak tanya Khalif tahu tak kenapa Qayyum tak masuk kerja dua hari ni?" Soal Zuraidah dengan wajah tertanya-tanya.

"Jujur saya katakan saya sendiri tak tahu kenapa Qayyum tak masuk kerja dua hari ni. Dia cuma cakap dekat saya yang dia ada emengercy then terus end call tak sempat saya tanya apa-apa. Saya call dia banyak kali tapi tak dapat sampai sekarang."

Nak pergi rumah Qayyum dia sendiri tak tahu alamat rumah sahabatnya itu. Dia cuma tahu alamat kondo Qayyum kerana dia sering ke sana semasa mereka berdua masih praktikal.

Tapi memandangkan Qayyum berpindah ke rumah abangnya, dia sudah tidak melepak dengan Qayyum. Malah, Qayyum langsung tidak memberitahunya alamat rumah abangnya itu.

"Akak bukan apa sebab dua harini akak nampak Doktor Jannah tu resah semacam. Berdiri depan pintu masuk hospital macam orang mati laki." Ujar Zuraidah.

Dia bukannya kisah sangat Qayyum cuti tapi bila dia nampak Jannah berkelakuan seperti itu dia tergerak hati mahu menanyakan perkara itu pada Khalif. Mana lah tahu Qayyum ada beritahu sesuatu pada Khalif yang menyebabkan Qayyum tidak masuk kerja.

"Hmmm akak buat tak tahu je pasal perempuan tu. Letih saya nak layan. Dia jumpa saya tadi tanya pasal Qayyum. Lepas tu bila saya cakap saya tak tahu dia kata saya penipu lah apa lah. Saya dah lah tengah lapar haish nasib baik tak kena maki dengan saya tadi."

Zuraidah menahan dirinya daripada ketawa. Bukan dia tak tahu Khalif anti betul dengan Jannah. Dia pun tak berapa suka dengan perangai doktor muda itu. Gedik.

Mereka berdua pun berbual seketika sebelum naik untuk melakukan kerja mereka semula.














Maaf lama tak update, okey seperti yang diberitahu sampai di sini saja lah aku akan update di wattpad dan selebihnya pada E-book yang akan siap pada bulan 8, In Shaa Allah

Di sini aku nak beritahu, mungkin cerita ni agak merepek untuk di baca tapi sesiapa yang berminat nak terus membaca dan ada yang nak beli E-book tu sabar ye, masih belum siap sepenuhnya. Jangkaan siap pada bulan 8.

Dengan ini OBF melabuhkan tirai dalam wattpad, terima kasih kerana sudi menunggu story ni walaupun hanya sedikit saja sebagai pengenalan untuk di E-bookkan....














Continuar a ler

Também vai Gostar

160K 12.6K 69
Season 2 of ILY, Mr. Korean Mafia. Bintang tak selalu ada untuk bulan tapi aku akan selalu ada untuk kau. *********** "Aku janji aku akan protect kau...
283K 2.7K 11
• SIRI PERTAMA • COMPLETED at 13 June 2020 • In editing (some parts have been unpublished) ❁❁❁❁❁ Siri percintaan yang penuh dengan onak duri. Jang...
88.8K 6.4K 41
بسم الله الرحمن الرهيم... Karya sulung @MissRose___ 🔅🔅🔅🔅🔅🔅 "Kau ni mental ke hah? Ada wayar yang putus eh kat otak kau?" - Zayn Khayrie ...
325K 11.8K 50
Selepas 15 tahun menetap di bumi Amerika, Kaira Farhanim akhirnya membuat keputusan untuk pulang semula ke pangkuan ayah kandungnya. Tempat di mana d...