OUR BEAUTIFUL FATE √√

By syxhxris

150K 18.3K 4.4K

[Book 4] Blade Da Erol Lelaki Turki yang tiada agama dan hanya setia pada Steve, tuannya. Cinta? Perempuan? L... More

Sinopsis
Bab 1
Bab 2
Bab 3
Bab 4
Bab 5
Bab 7
Bab 8
Bab 9
Bab 10
Bab 11
Bab 12
Bab 13
Bab 14
Bab 15
Bab 16
Bab 17
Bab 18
Bab 19
Bab 20
Bab 21
Bab 22
Bab 23
Bab 24
Bab 25
Bab 26
Bab 27
Bab 28
Bab 29
Bab 30
Bab 31
Bab 32
Bab 33
Bab 34
Bab 35
Bab 36
Bab 37
Bab 38
Bab 39
Bab 40
Bab 41
Bab 42
Bab 43
Bab 44
Bab 45
Bab 46
Bab 47
Bab 48
Bab 49
Bab 50
Bab 51
Bab 52
Bab 53
Bab 54
Bab 55
Bab 56
Bab 57
Bab 58
Bab 59
Bab 60
Bab 61
Bab 62
Bab 63
Bab 64
Bab 65
Bab 66
Bab 67
Bab 68
Bab 69
Characternime
New Story
New Ebook Story

Bab 6

2.6K 317 175
By syxhxris

Tok tok tok

"Come in!"

Steve mengangkat wajahnya daripada meneliti kertas-kertas kerjanya sebaik sahaja pintu pejabatnya di buka daripada luar. Blade yang masuk ke dalam pejabatnya di perhati.

"Sir, are you busy?" Soal Blade ingin kepastian.

"Nope, why?" Soal Steve pula. Tangannya mengemas kertas-kertas tersebut lalu di masukkan ke dalam sebuah fail berwarna hitam.

Tidak banyak perkara yang perlu dia lakukan pada pagi ini. Hanya buat semakan laporan kertas kerja yang di hantar padanya dan semuanya telah dia semak. Tiada sebarang cacat cela dan amat memuaskan hatinya.

Blade mengambil tempat duduk menghadap Steve. Wajah Steve di pandang dengan wajah yang teragak-agak.

"What's wrong? You want tell me something?" Pelik melihat Blade kelihatan teragak-agak mahu membuka mulut itu. Dah kenapa?

"Sir urmmm what your opinion about girl? I-i mean urmm it's hard to protect one girl?" Blade mengetap bibirnya apabila ayatnya sangat berterabur. Haih, entah kenapa dia berasa gugup sangat berhadapan dengan tuannya itu.

Steve berkerut tidak faham. Melihat Blade yang serba tak kena itu membuatkan dia menyungging senyuman kecil.

"Straight to the point Blade, aku dengar. Lupakan kejap kita tengah bekerja." Tegurnya. Dia pasti Blade ada perkara yang mahu di luahkan kepadanya. Amat jarang dia melihat Blade berkelakuan seperti ini.

Apabila di tegur sebegitu Blade menarik nafas lalu menghembusnya perlahan. Dia mula menenangkan hatinya. Wajah tenang Steve di pandang.

"Actually...." Blade pun menceritakan apa yang berlaku pada malam tadi di club Star Night di mana dia telah membuat perjanjian dengan Jackson untuk melindungi seorang gadis di club itu sebaik saja Jackson membantu dirinya.

Steve mendengar dengan teliti tanpa menyampuk apa yang Blade luah padanya. Tidak sangka pula Jackson yang membantu Blade untuk mendapatkan maklumat lelaki yang menjadi pemerhatiannya. Sangkanya Amelya yang membantu rupanya bukan.

"So, what should i do? I never protect girl before this and she is stranger." Dia langsung tidak mengenali perempuan itu. Setakat gambar bukan terus dia kenal. Jumpa pun tidak.

Dia bukannya buruk sangka dan tidak mempercayai Jackson tentang perempuan yang bernama Qaisha itu cuma dia berhati-hati dengan siapa saja yang dia kenal dan berurusan.

"Then you should do like i do at Amelya." Ujar Steve. Bukan mudah untuk masuk campur hal club itu melainkan mereka membeli seorang perempuan untuk di jadikan simpanannya.

Memandangkan dia di geruni jadi dengan mudah dia membeli Amelya dengan harga yang sangat tinggi dan memendekkan contact wanita itu agar Amelya segera keluar daripada club itu.

Blade melepaskan keluhan. Itu yang dia tidak mahu. Sentuh perempuan? Dia tidak gila lagi nak sentuh mana-mana perempuan lagi-lagi apabila melibatkan persetubuhan.

Mahu di bantah tapi dia bukan lah seorang yang mungkir janji. Terutama pada Jackson, sepupunya.

"Only that way?" Soal Blade berharap ada lagi satu cara jalan penyelesaian yang lain tetapi melihat gelengan daripada Steve membuatkannya hampa. Nak tak nak dia terpaksa buat juga lah kan?

"You know what, you lucky Blade. She still virgin." Steve mengukir senyuman senget. Sengaja mahu mengusik lelaki itu.

Blade menjulingkan matanya. Heleh, dia pun teruna lagi lah bukan perempuan tu je yang masih dara lagi.

Steve tertawa kecil. Dia melihat jam tangannya. Hampir masuk waktu tengah hari. Dia mengemaskan barang-barangnya untuk pulang ke rumah.

"Blade, come with me lunch at my home." Pelawa Steve pada Blade tetapi di tolak lembut oleh Blade.

"Thank you sir but no need. I lunch with them." Balas Blade. Tidak mahu dia menganggu Steve meluangkan masa bersama dengan Airin dan anak-anaknya.

"Okey."

Melihat Steve yang berdiri setelah mengemas, dia turut berdiri sama. Dia menunduk hormat pada Steve saat tuannya itu mahu beredar keluar.

Tiba-tiba Iphonennya berbunyi menandakan ada panggilan masuk. Segera dia menyelukkan tanggannya ke dalam poket seluar slacknya.

Chann is calling...

"Blade! Where are you brother?" Soal Chann sebaik sahaja panggilannya di jawab oleh Blade.

"On the way go to my office, why?" Soal Blade pula. Kakinya melangkah menuju ke pejabatnya yang hanya bersebelahan dengan pejabat Steve.

"Come join us lunch at restaurant nasi kukus. Elan treat us." Ujar Chann dengan nada yang teruja.

"Liar! Since when i said i want treat you guys huh?" Kedengaran suara Elan yang jelas tidak berpuas hati apabila dia di katakan ingin belanja mereka.

Blade menggeleng kecil. Mula dah nak bergaduh. Sambil-sambil dia mendengar pertelingkahan kecil mereka di hujung panggilan, dia mengambil dompet dan kunci keretanya lalu dia menutup pintu pejabatnya dan di kunci agar tiada siapa yang masuk ke dalam pejabatnya sewenang-wenangnya.

"Oh, come on dude... You never treat us. Why not this time you treat our lunch?" Kedengaran James seakan-akan memujuk Elan untuk belanja mereka makan tengah hari.

"Nope! Never! My money is mine and your money is mine too." Balas Elan selamba.

"This monkey so selfish." Getus Chann menyampah.

Blade hanya mendengar saja mereka bertiga bertekak. Pening kepala dia nak layan. Kesudahannya sudah tentu lah duit dia juga yang akan terbang. Adehhhh....

"Hey, did you forgot i'm still on call with you huh?" Tegur Blade apabila mereka bertekak seperti melupakan dirinya yang masih berada di talian.

"Eh? Hahahahaha sorry-sorry so you come here, we waiting you mmuuaaahhh....." Tak sempat Blade membalas panggilan telah pun di matikan.

Blade merenung kosong skrin Iphonennya. Budak ni memang minta kena maki betul. Pantang betul orang matikan phone tanpa sempat dia balas. Haih, sabar je lah.

Baru saja dia mahu masukkan phonenya ke dalam poket seluar, satu chat whatsapp masuk ke dalam notyficationnya.

Sir Steve.

Segera dia buka.

Sir Steve :
- I have meeting with Ammar
- You can go home after lunch and work from home

Blade :
- Okay noted, sir
- Thank you for the information

Nampaknya boleh lah dia balik awal hari ini. Boleh dia rehatkan mindanya yang agak serabut itu.

Atau Steve memang mahu dia rehatkan minda?

Entah lah dia pun kadang kala tak boleh baca fikiran Steve itu. Semuanya tiba-tiba je.

Qayyum yang baru turun ke bawah terkejut apabila melihat Blade sedang baring di atas sofa dengan mata yang terpejam.

Aik, sejak bila abangnya itu pulang? Tak dengar pula bunyi enjin kereta abangnya tadi. Segera dia melangkah menuju ke arah Blade.

"Blade?Sen uklaýarsyňmy?" Tegur Qayyum.

(Blade? Tidur ke?)

Blade mencelikkan matanya. Wajah hairan Qayyum menjadi tatapan matanya. Terus dia duduk daripada baring.

"Uyumam bile sadece gözlerimi kapattı. Neden?" Soalnya pula. Rambut Qayyum yang masih kelihatan basah itu di pandang. Pasti Qayyum baru selesai mandi.

(Tak tidur pun cuma pejam mata. Kenapa?)

"Oh, hiçbir şey ama tuhafım, birdenbire buraya yaklaşman İşe gitmedin mi?"

(Oh, tak ada apa cuma aku pelik tiba-tiba kau ada dekat sini. Tak pergi kerja ke?
Blade menggeleng.

"Work from home." Jawabnya pendek. Tali lehernya sudah di buka dan tiga butang kemejanya di buka. Panas.

"Oh, okay. Öğle yemeğini yedin mi? Değilse, sana bir kez yemek pişirmek istiyorum. Kamışlar geceye kadar garnitür yapabilir." Memandangkan Blade pulang awal hari ini, boleh lah dia masak untuk abangnya itu.

(Kau dah makan tengah hari? Kalau belum aku nak masak untuk kau sekali. Alang-alang boleh buat lauk sampai ke malam.)

"Dah ama daha çok je pişiriyorsun. Daha sonra biraz yemek yerim." Perutnya masih kenyang tapi takpe dia boleh makan pada waktu petang nanti. Pasti dia akan lapar semula.

(Dah tapi kau masak je lebih. Nanti aku makan petang sikit.)

"Hmmm okay..." Qayyum pun melangkah ke arah dapur untuk masak. Ringkas-ringkas je. Nasi lauk daging kicap. Okey lah kan?

Blade pula naik ke atas untuk mandi. Badannya yang berpeluh membuatkan dia kurang selesa jika ingin berehat.

Selepas mandi dia turun ke bawah dengan hanya memakai short pant saja. Malas nak pakai baju. Lagi pun dia dah biasa berkeadaan seperti itu. Bukan ada orang lain pun selain dia dan Qayyum.

Entah kenapa bau masakan Qayyum membuatkannya kembali lapar. Maklum lah masa mandi tadi dia dah membuang segala isi dalam perutnya. Jadi perutnya kembali kosong.

"Ne pişiriyorsun?" Soalnya sambil menarik kerusi untuk dia duduk.

(Kau masak apa?)

"Daging kicap dengan telur mata kerbau. Okey lah untuk orang bujang macam kita ni." Balas Qayyum dengan senyuman kecil.

Blade tertawa kecil. Orang bujang ye. Terlajak bujang dah mereka berdua ni.

Siap saja masak Qayyum terus hidang makanan atas meja. Blade pula membancuh air teh o panas memandangkan Qayyum bukan lah jenis yang minum air berkafein seperti dirinya.

"Qay, aku nak minta pendapat kau tentang satu perkara ni." Ujar Blade ingin menceritakan masalahnya pada Qayyum.

Jika pagi tadi dia sudah mendengar pendapat daripada Steve, kini dia mahu mendengar pendapat adiknya pula.

"Tentang apa?" Soal Qayyum sesudah menelan makanan yang berada dalam mulutnya. Jarang mereka bersembang sambil makan seperti ini. Lagi-lagi bila Blade berbahasa melayu dengannya.

Duduk dengan Blade tiga bahasa dia guna. Bahasa ibundanya iaitu turkey, bahasa melayu dan english.

"Apa pendapat kau tentang seorang lelaki terpaksa melakukan seks dengan seorang perempuan untuk selamatkan perempuan tu dan dalam masa yang sama lelaki tu sedang melakukan tugasan yang tuan dia bagi?"

Terhenti terus kunyahan Qayyum. Terkebil-kebil mata Qayyum memandang Blade yang sedang merenungnya menunggu pendapat daripadanya.

Mujur lah dia bukan jenis cliche yang jenis terkejut sikit tersembur air lah, tercekik nasi lah apa lah. Dirinya seorang yang sangat tenang dalam apa jua situasi melainkan dalam situasi kecemasan saja.

"Maksud kau? Aku tak berapa nak faham." Entah kenapa otak Qayyum tak berfungsi pula. Blur.

Tidak mahu membuang masa Blade menceritakan semula apa yang dia ceritakan pada Steve pada Qayyum pula.

Seperti reaksi Steve pagi tadi, Qayyum turut melakukan perkara yang sama. Dengar tanpa menyampuk sambil menghadam apa yang di ceritakan olehnya.

"Pendapat aku baik kau jangan buat benda tu. Aku faham dalam situasi itu kedua-dua belah pihak dapat manfaat masing-masing. Kau dapat selesaikan tugas kau dan perempuan tu dapat selamatkan diri daripada menjadi mangsa rogol atau dera.

Pertama, perempuan tu islam dan masih dara. Kedua, niat tidak menghalalkan cara. Ketiga, berdosa jika aku membiarkan perkara itu berlaku dalam keluarga aku sendiri. Keempat, sudah jelas dan terang melakukan hubungan seks tanpa ada ikatan yang sah berdosa besar dan itu maksiat, banyak dapat keburukan daripada kebaikan." Tutur Qayyum mengutarakan pendapatnya.

Walaupun Blade bukan beragama Islam tetapi dia tidak akan biarkan abangnya itu melakukan perkara yang di larang oleh Allah walau apa alasan sekali pun. Kerana itu lah tanggungjawabnya sebagai adik lelaki kepada lelaki itu.

"Tapi aku dah janji, macam mana?" Soal Blade lagi. Entah kenapa dia suka mendengar pendapat Qayyum yang panjang lebar itu. Apa yang di tuturkan oleh adiknya itu benar sekali.

"Dalam kes kau ni kau cuma berjanji untuk melindungi perempuan tu bukannya kena buat seks untuk lepaskan perempuan tu. Kau masih berpegang pada janji kau. Jangan risau lah." Balas Qayyum. Dia menyambung semula mengunyah makanannya.

"Tapi aku tak pernah lindung mana-mana perempuan sebelum ni. Sentuh, cakap pun jarang. Kau rasa apa patut aku buat?"

Qayyum berfikir sejenak.

"Urmmm kalau kau Islam, aku sarankan kau dengan perempuan tu kahwin je senang. Andai betul niat kau nak selamatkan perempuan tu dan kalau kau memang kena buat seks dengan perempuan tu untuk selamatkan perempuan tu daripada tempat tu lepas buat seks tu terus nikah, kahwin tapi itu kalau kau Islam. Aku tak paksa. Itu hak kau sendiri."

Blade terdiam lama.

Kalau dia Islam dia boleh kahwin dengan perempuan tu sebab perempuan tu Islam kan?

Tapi dia bukannya suka atau pun cinta pada perempuan tu pun. Jumpa pun tak apatah lagi kenal. Hmmm....

Dia makan makanannya sambil otaknya ligat berfikir dengan kata-kata Qayyum yang sangat membantu dirinya tika ini.

Persoalannya, membantukah?













Tok tok tok

"Assalamualaikum, Sha aku ni." Amelya mengetuk pintu rumah Qaisha sambil membetulkan topi yang di pakainya.

Qaisha yang baru sahaja siap terus membuka pintu rumahnya. Susuk tubuh Amelya menyapa pandangannya.

"Waalaikumsalam." Jawabnya. Dia melihat pakaian Amelya yang sangat lain apabila berada di luar club. Sangat tertutup dan lebih longgar walaupun masih tidak menutup aurat sepenuhnya sama juga seperti dirinya.

"Sorang?" Soal Qaisha apabila hanya Amelya saja yang kelihatan.

"Of course not. Jackson tunggu dalam kereta." Amelya menayang sengihan pada Qaisha.

Dia datang seorang? Memang tidak lah Jackson izinkan dia keluar sorang-sorang. Heh!

Qaisha beriak kosong. Dah agak dah. Mana mungkin Jackson akan membenarkan Amelya keluar tanpanya walaupun Amelya mahu keluar bersama dirinya saja.

Protective boyfriend huh?

Whatever....

Dia mengunci pintu serta pagar rumahnya agar tidak di masuki orang walaupun ia agak mustahil kerana sistem kondominum di situ sangat ketat. Tetapi sebagai langkah keselamatan untuk dirinya, dia perlu melakukan semua itu malah orang lain turut melakukan perkara yang sama.

Selesai itu dia menarik hoodienya hingga menutup wajahnya agar orang tidak mengenalinya semasa dia mahu turun ke bawah nanti. Walaupun tiada siapa yang kisah tapi dia tetap tidak mahu orang lain melihat wajahnya dan mengenali dirinya.

Siapa tahu mungkin ada yang mengenali dirinya yang bekerja di bar dalam club malam dan cuba mengambil kesempatan terhadap dirinya di sini kan?

Amelya hanya memerhati saja tingkah Qaisha yang suka memakai hoodie over size daripada size yang sepatutnya hingga menampakkan wanita itu kelihatan seperti budak-budak saja.

Baju besar sampai jari tangan langsung tak nampak, apatah lagi rambut dan muka. Memang sorok habis! Tak panas ke pakai macam tu?

Nak tegur dah banyak kali tegur dah sampai rasa malas dah nak tegur. Biar je lah asalkan dia selesa pakai macam tu tapi tu lah dia pula yang sakit mata tengok penampilan Qaisha sebegitu. Haihhh....

Sepanjang mereka turun ke bawah menggunakan lif, langsung tiada sebarang bicara daripada mereka berdua. Senyap. Sunyi sepi.

Tinggg

Pintu lif di buka. Mereka berdua pun keluar daripada lif. Amelya jalan mendahului Qaisha apabila hanya dia saja yang tahu arah keberadaan Jackson.

Qaisha hanya mengikuti langkah Amelya yang boleh di katakan agak laju itu.

Laju-laju nak ke mana? Urghhh....

"Jack!"

Jackson yang sedang menghisap rokok terus menoleh ke arah Amelya yang sedang mengukir senyuman lebar padanya. Terukir senyuman nipis di bibirnya.

Kemudian matanya beralih ke arah Qaisha. Terjungkit keningnya melihat penampilan wanita itu. Seperti Amelya, dia langsung tidak mahu menegur cara penampilan Qaisha itu walaupun ia amat merimaskan apabila di pandang.

"Let's go." Jackson membuang putung rokoknya yang hampir habis di hisap ke dalam tong sampah yang berada di sebelahnya. Takkan nak buang merata-rata pula. Takde adab namanya.

Amelya membuka pintu penumpang di bahagian belakang untuk Qaisha masuk sebelum dia masuk ke bahagian sebelah pemandu.

"Where are we going?" Soal Qaisha tertanya-tanya.

Dia memang tak tahu tujuan Jackson dan Amelya mengajaknya keluar. Malam tadi beria-ria Amelya memujuknya agar keluar bersama dengan mereka hari ini memandangkan dia masih lagi bercuti.

"Urmmm Setia City Mall. I'm craving to eat Seoul Garden." Jawab Amelya. Tangannya menekan punat radio supaya suasana dalam kereta tidak terlalu sunyi.

Seoul Garden?

Melihat wajah pelik Qaisha melalui cermin pandang belakang, Jackson ketawa kecil.

"Honey, she don't know about Seoul Garden." Tegur Jackson.

"Eh? Really? You don't know Sha?" Terkejut Amelya apabila melihat Qaisha menggeleng tanda tidak tahu. Okey takde lah terlalu terkejut kalau Qaisha tak tahu kerana wanita itu amat jarang untuk keluar makan di mall.

"It's okay, you will know it when we arrive at there." Balas Amelya dengan senyuman.

Qaisha hanya diam tidak membalas.

Seoul Garden? Tempat makan ke tu?

Jackson terus memandu laju menuju ke Setia City Mall. Memandangkan hari ini merupakan hari rabu di mana waktu orang sedang bekerja jadi tidak ramai orang ketika itu memudahkan dia mencari parking kereta.

"Dah sampai." Ujarnya sambil menarik brek kereta. Enjin kereta di matikan sesudah menutup radio dan aircond keretanya.

Amelya dan Qaisha terus keluar daripada keretanya apabila dia keluar terlebih dahulu.

"Ahhh, i miss this place." Gumam Amelya perlahan. Dia melihat beberapa orang yang sedang bermain-main di padang itu dengan senyuman.

Jackson yang mendengar perkara itu hanya beriak biasa saja. Ceh, padahal mahu saja dia mengukir senyuman lebar kerana di sini lah tempat dia dan Amelya keluar dating untuk kali pertama sebagai pasangan kekasih. Rindu sungguh waktu itu, hehehe....

Tanpa membuang masa, mereka bertiga segera melangkah menuju ke pintu masuk mall tersebut. Amelya melangkah mendahului mereka sambil mencari di mana terletaknya Seoul Garden.

Jumpa!

"Sha, we eat at here!"

Qaisha melihat dengan pandangan biasa. Matanya melihat papan besar yang tertera tertulis perkataan Seoul Garden.

Jadi, ini lah Seoul Garden yang di sebut-sebut oleh Amelya? Restoran steamboat ke? Wajahnya sedikit berkerut.

"Hai, selamat datang untuk berapa orang ya?" Sapa seorang pekerja lelaki yang berada di bahagian depan ruang masuk ke dalam restoran tersebut. Senyuman di lemparkan pada mereka bertiga.

"3 person, adult." Ujar Jackson mendatar.

Sementara Jackson menguruskan pembayaran, Amelya menarik tangan Qaisha agar mengikuti langkahnya untuk memilih tempat duduk yang agak tersorok daripada pelanggan lain.

"Dekat sini kau boleh makan sampai kenyang. Kau ambil je apa yang kau nak dekat situ. Seafood, puding, ais krim, mee and more. Syurga makanan dunia. Makan sampai muntah." Kata Amelya dengan teruja.

Siapa je tak teruja dapat makan macam-macam dan yang paling penting boleh makan banyak-banyak. Terutama seafood!

Qaisha menggaru keningnya. Serius lah?

"Tak ambil makanan lagi ke?" Tegur Jackson apabila melihat Amelya dan Qaisha masih tercegat berdiri di depan meja tanpa ada rasa nak bergerak ambil makanan.

"Nak pergi lah ni. You wait at here okay? Jaga kan beg kami, thank you love." Tidak menunggu balasan daripada Jackson terus Amelya bergerak menuju ke tempat makanan.

Jackson menggeleng kecil melihat telatah Amelya yang selamba tu. Aih, nasib cinta.

"Sha, kau nak bihun ke mee?" Tanya Amelya yang sedang memegang pinggan kosong untuk meletakkan makanan yang di pilih oleh dia dan Qaisha.

"Aku lebih suka bihun." Jawab Qaisha.

Amelya mengangguk. Dia mengambil bihun tersebut lalu di letakkan ke dalam pinggan yang di pegangnya itu.

Manakala Qaisha memilih beberapa jenis seafood diletakkan ke dalam pinggannya untuk di campurkan ke dalam bihun.

Beberapa potongan daging dan ikan turut di ambil oleh Amelya untuk mereka bakar dan makan begitu saja.

Selesai memilih makanan, dia dan Qaisha kembali ke meja mereka dengan tangan yang penuh. Terkejut Jackson melihat mereka membawa makanan.

"Seriusly? Boleh habis ke ni?" Ini bukan makan namanya, ini mencekik!

"Of course boleh, i jamin semua ni boleh habis." Balas Amelya dengan yakin.

Qaisha pula dengan selamba membubuh seafood yang di ambilnya tadi masuk ke dalam kuah tom yam yang sedang di panaskan untuk beberapa minit sebelum memasukkan bihun ke dalam bekas tersebut.

Jackson mati kata. Ini lah perempuan. Dia bangun untuk mengambil air mereka bertiga. Kang tercekik susah pula dia nanti.

Siap saja Amelya terus menyepit bihun tersebut lalu meletakkannya ke dalam mangkuk mereka bertiga sama banyak serta seafood yang turut di campur sama hingga tiada apa yang tinggal melainkan kuah tom yam saja yang masih ada.

Bau saja membuatkan Qaisha kecur liur. Pertama kali dia makan semua ini buatkan dia jadi sangat teruja. Bukan senang nak makan bihun tom yam dengan pelbagai seafood di dalamnya. Dekat kedai pun belum tentu jumpa seperti ini.

Jackson hanya pasrah saja. Lantak lah asalkan mereka berdua gembira. Chop stick di ambil lalu dia mula menjamah makanannya. Begitu juga dengan Amelya.

Memandangkan Qaisha tidak pandai menggunakan chop stick, dia hanya menggunakan sudu dan garfu saja.

Bismillah....

Slurppp...

Sedapnyaaaa....

Mereka bertiga makan dengan selera. Petang sebegini makan benda panas amat menyelerakan.

"Jack, buka api tu i nak bakar daging dengan ikan ni." Pinta Amelya yang sudah selesai menghabiskan makanannya.

"Hmmm...." Jackson menurut saja.

"Urghhhh kenyangnya...."

"Come on Sha takkan dah kenyang? Desert punya belum makan lagi. Takpe slow-slow nanti mesti kau lapar semula." Ujar Amelya dengan selamba. Sambil-sambil itu tangannya sibuk meletak daging dan ikan atas pemanggang.

Jackson tertawa kecil. Macam mana lah dia boleh jatuh cinta dengan Amelya pun tak tahu lah. Kuat makan tapi tak gemuk-gemuk.

Qaisha sudah melongo. Serius lah? Makan lagi? Perutnya sudah penuh dengan makanan, rasa nak meletup pun ada.

Nak tak nak dia makan juga apabila di paksa oleh Amelya. Perlahan-lahan je dia makan agar tidak terlalu memaksa perutnya untuk menerima makanan yang di makannya itu.

"I'm full!" Qaisha menyandarkan tubuhnya pada kerusi. Sumpah dia kenyang sangat-sangat!

"Alooo desert kau belum makan lagi." Amelya memuncung.

Qaisha berdecit.

Gila!

"Kau nak aku mati kekenyangan ke?" Soalnya dengan nada yang geram. Dah kenapa nak paksa-paksa dia makan?

Amelya tersengih.

Jackson pula berada di bahagian desert untuk mengambil ais krim mereka berdua. Lelaki itu tidak makan banyak seperti dia dan Amelya jadi dia masih boleh makan desert.

"Actually, apesal kau beriya ajak aku keluar ni? Tak pernah-pernah kau ajak aku keluar makan bagai." Soal Qaisha setelah beberapa minit mereka berdua berdiam tanpa bersuara.

Jackson yang baru saja melabuhkan punggungnya di sebelah Amelya memandang wajah Qaisha yang mula beriak serius itu.

"Aik? Nak ajak keluar pun tak boleh ke? Alang-alang kau tengah cuti, aku kerja malam tak salah rasanya." Balas Amelya bersahaja.

"Don't lie me, i know you want say something. Tell me what it is?" Soal Qaisha sambil berpeluk tubuh.

Amelya menyungging senyuman sinis. Tak sangka Qaisha dapat membaca niat sebenar dia mengajak wanita itu keluar.

Jackson hanya berdiam diri. Dia lebih selesa berdiam diri dan membiarkan Amelya berbicara dengan Qaisha. Ais krim yang berada dalam mangkuknya di makan dengan penuh nikmat.

"Aku nak tanya kau, kau lebih rela gadaikan maruah kau untuk sekali seumur hidup atau berkali-kali sampai orang puas?"

Qaisha berkerut.

"Apa maksud kau?" Soalnya tidak faham.

Amelya mengeluh kecil. Rumit sangat ke pertanyaan dia?

"Jika di berikan pilihan, kau lebih rela maruah kau di ambil orang sekali seumur hidup atau berkali-kali sampai kau di gelar perempuan murah? What your choice?" Soal Amelya dengan terang dan jelas.

Nak cakap berkias Qaisha bukannya faham pun. Lebih baik cakap dengan terang dan jelas. Tak payah nak berbelit-belit.

Qaisha terkedu mendengar pertanyaan Amelya yang agak mengejutkan dirinya.

"Apa hal tiba-tiba kau tanya macam tu?" Entah kenapa dia rasa berdebar. Berdebar kerana takut dengan apa yang dia fikirkan tika ini. Dia menggenggam tangannya dengan erat cuba menenangkan dirinya.

"Jawab then kau akan tahu." Jackson pula bersuara. Malas pula dia nak dengar soalan berbalas soalan. Dah tu bila nak dapat jawapannya? Tahun depan? Heihhh....

"Sekali seumur hidup." Jawabnya teragak-agak tapi dia lebih rela membuat pilihan tersebut daripada memilih maruahnya di ragut berkali-kali. Dia bukan lah perempuan murah untuk di perlakukan seperti itu.

Amelya tersenyum mendengar jawapan Qaisha. Wajah Jackson di pandang. Jelas wajah lelaki itu tersenyum senang mendengar jawapan positif daripada Qaisha.

"Okey, listen me Sha. Ada seorang lelaki sanggup jadikan kau perempuan simpanan dia and he will protect you daripada menjadi mangsa orang-orang dalam club tu.

Lelaki tu aku dengan Jack kenal dan tuan lelaki tu juga lah yang menyelamatkan hidup aku sampai aku boleh keluar daripada neraka tu tak lama lagi. Aku percaya dia juga boleh selamatkan kau daripada terus terkurung dalam tempat tu." Kata Amelya panjang lebar.

Qaisha seperti tidak percaya saja. Tapi melihat wajah Amelya dan Jackson yang serius itu membuatkan dirinya menjadi ragu-ragu.

Yelah, semuanya tiba-tiba je.

Siapa je yang tak terkejut? Lebih-lebih lagi dengan orang yang langsung dia tidak kenal. Tiba-tiba je nak jadikan dia perempuan simpanan lepas tu nak selamatkan dia daripada tempat tu. Pelik.

"How can i believe you?" Dia masih berasa ragu-ragu.

"His my cousin. He make deal with me if i do his job he must do what ever i want. So, i want he protect you." Balas Jackson.

Qaisha melepas keluhan berat. Entah lah dia pun tak tahu nak respon apa. Otaknya seakan-akan tidak berfungsi saja. Perkara ini amat mengejutkan dirinya dan tak masuk akal.

Semudah itu lelaki yang di katakan sepupu Jackson itu sanggup melindunginya yang tidak di kenali oleh lelaki itu sendiri?

"Aku tak nak paksa, terpulang pada kau sendiri. Aku dan Jackson cuba bantu kau apa yang kami mampu. Selebihnya itu semua pilihan diri kau sendiri." Ujar Amelya.

"Give me time." Arghhhhh serabut!

"Dah tak payah nak serabut sangat, jom pergi jalan-jalan." Amelya cuba menghidupkan kembali suasana yang mulai kelihatan serius.

"I want smoking." Kata Jackson pada Amelya.

"Okey." Balas Amelya. Tahu sangat Jackson lepas makan mesti nak merokok. Bukan Jackson sorang je tapi kebanyakkan lelaki memang macam tu. Lepas makan mesti nak merokok. Tak faham betul dia.

Jackson pun beredar meninggalkan Amelya dan Qaisha berdua.

"Jom kita pergi shopping!"

Qaisha pasrah saja apabila lengannya di paut mesra oleh Amelya.

Confirm Amelya akan mengheret dia masuk dari satu kedai ke kedai yang lain untuk cari barang yang menepati cita rasa wanita itu.

Bukan biasa-biasa taste Amelya tu.















Pecah rekod bhai aku tulis 4k+ word hahahahahaha terasa bangga sekejap sebab dapat tulis panjang-panjang untuk bab ni, buat korang lepas rindu boleh lah kan? Ngehhhh 🥴

Oh by the way aku baru tahu minggu depan spm 🙂

Jadi kepada korang yang menduduki spm, study elok-elok, doa dan tawakal. Aku doakan semoga korang di permudahkan untuk jawab exam tu dengan mudah setelah apa yang korang belajar melalui online class yang agak susah untuk korang faham apa yang di ajar oleh cikgu-cikgu kerana masalah sekeliling seperti line, bunyi persekitaran dan lain-lain.

Tahun yang mencabar tapi itu lah pengalaman yang paling korang tak akan lupakan sampai ke tua macam mana susahnya korang nak belajar, menimba ilmu hanya melalui online class tidak seperti mana belajar di sekolah tak faham terus tanya cikgu direct, face to face.

Lapangkan hati dan fikiran In Shaa Allah korang boleh.

Gud luck for SPM 😉🌹














Continue Reading

You'll Also Like

32.6K 1.6K 29
KAPTEN DANIELLEA ARALYN • Seorang juruterbang pesawat awam. Seorang yang lemah lembut jika dilayan lembut. Mudah gelabah. Pemalu tapi tidak malu sang...
208K 13.3K 53
Tragedi kemalangan jalan raya telah menyebabkan ibubapanya terkorban, sekali gus mengubah hidupnya. Satu persatu masalah yang timbul membuatkan dia t...
266K 10.3K 80
1𝓼𝓽 𝓼𝓽𝓸𝓻𝔂 𝓫𝔂 𝓯𝓵𝓸𝓵𝓮𝓼𝔂𝓪 𝐀𝐋𝐄𝐄𝐒𝐀 𝐙𝐔𝐋𝐀𝐈𝐊𝐇𝐀 Mempunyai masa silam yang teruk. Dia seumpama iblis bertopengkan malaikat. Namu...
107K 4.5K 30
🥀𝒵𝓎𝒶𝓃 ℛ𝒶𝒻𝒶ℯ𝓁 x 𝒜𝓁𝓎𝒶 𝒬𝒶𝒾𝓈𝒶𝓇𝒶🥀 _ℛℯ𝓁𝒶 𝒦𝓊 𝒟ℯ𝓇𝒾𝓉𝒶 𝒟ℯ𝓂𝒾 ℳℯ𝓁𝒾𝒽𝒶𝓉 ℳ𝓊 ℬ𝒶𝒽𝒶ℊ𝒾𝒶_ Disatukan tanpa kerelaan hati.Itu...