OUR BEAUTIFUL FATE √√

By syxhxris

150K 18.3K 4.4K

[Book 4] Blade Da Erol Lelaki Turki yang tiada agama dan hanya setia pada Steve, tuannya. Cinta? Perempuan? L... More

Sinopsis
Bab 1
Bab 3
Bab 4
Bab 5
Bab 6
Bab 7
Bab 8
Bab 9
Bab 10
Bab 11
Bab 12
Bab 13
Bab 14
Bab 15
Bab 16
Bab 17
Bab 18
Bab 19
Bab 20
Bab 21
Bab 22
Bab 23
Bab 24
Bab 25
Bab 26
Bab 27
Bab 28
Bab 29
Bab 30
Bab 31
Bab 32
Bab 33
Bab 34
Bab 35
Bab 36
Bab 37
Bab 38
Bab 39
Bab 40
Bab 41
Bab 42
Bab 43
Bab 44
Bab 45
Bab 46
Bab 47
Bab 48
Bab 49
Bab 50
Bab 51
Bab 52
Bab 53
Bab 54
Bab 55
Bab 56
Bab 57
Bab 58
Bab 59
Bab 60
Bab 61
Bab 62
Bab 63
Bab 64
Bab 65
Bab 66
Bab 67
Bab 68
Bab 69
Characternime
New Story
New Ebook Story

Bab 2

3.2K 307 47
By syxhxris

Blade mengemas rumahnya sambil mendengar sesuatu menggunakan ear piecenya. Wajahnya tenang saja menyapu ruang tamunya.

Apa ingat orang lelaki macam dia ni tak buat kerja? Mafia tak reti mengemas rumah? Eh, silap besar lah kalau berfikiran macam tu.

Selama dia duduk sorang sebelum Qayyum pindah ke rumahnya dia sendiri menguruskan rumahnya tanpa perlu mengupah orang untuk membersihkan rumahnya.

Sedang dia menyapu hingga ke bahagian pintu rumah tiba-tiba dia berdiri tegak. Wajahnya berkerut seketika. Dia cuba fokus dengan apa yang dia dengar.

Allah SWT berfirman bermaksud: “…Pada hari ini, Aku telah sempurnakan bagi kamu agama kamu, dan Aku telah cukupkan nikmat-Ku kepada kamu, dan Aku telah redakan Islam itu menjadi agama untuk kamu…” (Surah al-Ma’idah, ayat 3)

Malah, dalam al-Quran juga dijelaskan sesiapa yang mencari agama selain daripada Islam, maka usahanya tidak akan diterima sama sekali.

Sehingga pada akhirat nanti, mereka tergolong dalam kalangan hamba-Nya yang rugi.

“Dan sesiapa yang mencari agama selain agama Islam, maka tidak akan diterima daripadanya, dan dia pada hari akhirat kelak daripada orang yang rugi.” (Surah Ali ‘Imran, ayat 85)

Ayat al-Quran itu menjelaskan kedudukan Islam di sisi Allah SWT.

Tiada sebarang penjelasan bagi menafikan kedudukan Islam di sisi Allah SWT sebagai satu agama samawi yang benar.

Blade memejamkan matanya cuba memahami lebih lagi dengan apa yang di dengarinya itu.

Rasulullah SAW menjelaskan kedudukan Islam menerusi sabdanya bermaksud: “Islam itu tinggi dan tidak ada yang mengalahkan ketinggiannya.” (Hadis riwayat al-Baihaqi)

Blade mencelikkan matanya semula. Entah mengapa setiap apa yang di dengarinya itu tadi membuatkan hatinya merasakan sesuatu yang aneh.

Entah lah dia tak tahu perasaan apa yang dia sedang alami sekarang ini. Apa yang boleh dia pastikan hatinya meronta-ronta ingin mengetahui lebih dalam lagi tentang Islam dan Al-Quran semenjak dia mendengar Qayyum membaca Al-Quran pagi tadi.

Hatinya berasa amat tenang mendengar bacaan tersebut walaupun dia tidak memahami bahasa yang di tuturkan oleh Qayyum itu.

Kerana dia terlalu bosan duduk di rumah tanpa melakukan apa-apa dia mula membuat carian tentang Al-Quran. Malas mahu membaca dia membuka youtube lalu memakai ear piece. Sambil dia mendengar sambil dia mengemas rumah.

Dia tertanya-tanya siapakah yang di sebut sebagai Rasulullah SAW? Dia cuma tahu Allah itu Tuhan yang wajib di sembah seluruh makhluk alam. Tapi Rasulullah itu siapa?

Memandangkan Iphonenya berada di meja dia segera menyudahkan kerjanya yang terhenti itu. Siap sahaja dia menyimpan penyapu dan penyodok di dalam stor yang berdekatan dengan dapur setelah membuang habuk yang berada dalam penyodok tersebut ke dalam tong sampah.

Tangannya di basuh bersih lalu di lap tangannya hingga kering. Selesai saja dia terus melangkah ke arah meja di mana Iphonenya berada.

Dia mencapai Iphonenya lalu dia merebahkan tubuhnya pada sofa panjang untuk dia baring dengan selesa.

Blade membuat carian tentang siapa itu Rasulullah di youtube.

Banyak tajuk yang tertera hingga dia tidak tahu mahu melihat video yang mana satu. Sehingga lah ada satu tajuk yang menarik perhatiannya.

Kenali siapa Rasulullah SAW

Terus dia tekan lalu menonton video tersebut dengan khusyuk.

Daripada siapa ayah baginda, ibu baginda, pak cik serta seluruh keluarga baginda Blade mendengar dengan tekun. Daripada satu video ke video lain tentang Rasulullah dia dengar.

Dia mendengar kisah-kisah Rasulullah hingga lah dia terlelap tanpa dia sedari.

Qayyum pulang dengan wajah yang kepenatan. Seharian berada dalam bilik pembedahan memang memenatkan tetapi dia bersyukur segala operation yang di lakukannya berjaya di lakukan dengan izin Allah.

Enjin motorsikal di matikan. Berkerut wajahnya apabila rumah Blade gelap saja. Sunyi pula tu. Takde orang ke?

Tapi kereta Blade terpakir elok di garaj kereta yang terletak di tepi rumahnya.

Tidur mungkin?

Malas mahu berfikir terus dia masuk ke dalam rumah sesudah memberi salam. Tutup saja pintu, dia mencari suis ruang tamu. Elok lampu terbuka susuk tubuh Blade yang sedang tidur dengan lena di atas sofa membuatkan dia tersenyum kecil.

Dah agak dah.

Dia menghampiri Blade yang tidur dengan lengan kanannya di atas dahi manakala tangan kirinya berada di perut lelaki itu.

Baru saja dia ingin mengejutkan lelaki itu, matanya tertacap pada Iphone Blade yang menyala itu. Keningnya terangkat.

Dengar lagu ke?

Dengan selamba dia mengambil Iphone Blade lalu melihat apa yang di dengari oleh abangnya itu. Tidak berkerdip matanya apabila melihat seorang lelaki sedang mengalunkan bacaan ayat Al-Quran.

Walaupun dia tidak mendengar bacaan tersebut tapi melihat tajuk yang di letakkan pada bawah video itu membuat bibirnya mengukir senyuman.

Surah Ar-Rahman Ahmad Al Nufais

Dia menekan ke tempat history untuk melihat apa lagi yang di tonton oleh Blade.

"Allahu Akhbar...." Sungguh dia tidak percaya dengan apa yang dia lihat ini. Tidak sangka dalam diam Blade mendengar dan menonton video tentang Rasulullah, Islam, Al-Quran dan banyak lagi.

Allahu Akhbar

Maha Suci Allah yang menurunkan hidayah kepada sesiapa yang di kehendaki-Nya.

Dia sebagai adik kepada Blade amat bangga kerana Blade sudah jelas menunjukkan minat untuk mengetahui tentang Islam.

Tidak mahu menganggu lena Blade, Qayyum meletak semula Iphone Blade atas meja lalu bergerak melangkah ke tingkat atas menuju ke biliknya untuk membersihkan dirinya sebelum menunaikan solat maghrib.

Blade terjaga daripada lenanya apabila merasa tubuhnya mula berasa tidak selesa. Dia mencelikkan matanya tetapi cahaya lampu yang menerangi ruang tamu itu membuatkan matanya agak silau.

Beberapa kali dia pejam celik matanya hingga pandangannya jelas kelihatan terus dia duduk daripada baring. Kepalanya di rasakan agak pening.

Sudah berapa lama dia terlelap?

Iphone yang berada atas meja tidak jauh daripadanya di capai. Dahinya berkerut apabila dia tidak dapat menghidupkan Iphonenya.

Habis bateri?

Dia melihat jam dinding yang tergantung atas televisyen. Membulat matanya sebaik saja dia melihat jarum pendek yang menunjukkan angka 8 manakala jarum panjang angka 2.

Dah pukul 8 malam? Lamanya dia tidur!

Otaknya seakan-akan baru saja dapat berfungsi dengan baik. Patut lah kepala dia pening semacam. Jarang dia tidur lena macam ni.

Ear piece di telinganya di tanggalkan lalu di letakkan dalam bekasnya.

Dia pasti Qayyum sudah balik memandangkan lampu ruang tamu ini di buka. Kalau tak pasti dia sedang bergelap sekarang ini.

Malas mahu berfikir apa-apa dia bangun lalu melangkah menuju ke tingkat atas. Dia mahu mandi agar tubuhnya lebih segar.











Suasana yang rancak dengan bunyi muzik yang di pasang kuat memeriahkan lagi suasana yang di penuhi dengan manusia-manusia yang khayal dalam syurga dunia ciptaan mereka sendiri.

Tidak jauh daripada lautan manusia yang saling bergerak bebas tanpa memikirkan dosa pahala kelihatan seorang wanita asyik melakukan kerja-kerjanya di bahagian bar tanpa sedikit pun mempedulikan tentang hal yang berlaku di sekelilingnya.

Wajahnya yang cantik dan mempunyai susuk badan yang mengiurkan sering kali menjadi tatapan penuh nafsu bagi kaum lelaki. Namun tidak sedikit pun dia melayan pandangan mereka bah kan merasa jijik terhadap mereka.

Riaknya yang kosong tanpa secalit senyuman menjadi tarikan daya pengunjung lelaki yang sering melepak di bar itu.

"Hye, my flower."

Terhenti seketika tangannya yang sedang mengelap gelas kaca apabila di tegur sebegitu. Wajahnya mula menayangkan riak wajah yang bosan.

"What are you doing at here?" Soalnya tanpa membalas sapaan tersebut.

"Of course to see my flower." Jawab lelaki itu dengan nakal. Dengan sengaja dia menghembuskan asap rokok pada wajah wanita itu.

Berkerut wajah wanita itu apabila tiba-tiba saja lelaki itu menghembuskan asap rokok tepat pada wajahnya.

"Shit! What's your problem Jackson?" Soalnya dengan nada keras. Marah dengan tingkah sengaja lelaki itu.

Jackson tertawa apabila dirinya di marahi oleh wanita itu.

"Chill, i'm just miss you flower." Tutur Jackson bersahaja. Dia menarik kerusi yang menghadap wanita itu.

Marah-marah pun cantik.

Malas mahu melayan perangai Jackson yang suka mengganggu dirinya, dia meneruskan kerjanya yang tergendala tadi.

Jackson pula sibuk dengan Iphonenya. Wajah serius lelaki itu di kerling olehnya sekilas. Apa lagi pasti tentang kerja. Kalau tak takdenya serius macam tu. Dapat dia rasakan aura tegang lelaki itu. Bibirnya menyungging senyuman sinis.

Sebotol arak jenama vodka di ambil lalu di tuangkan ke dalam gelas kosong. Kemudian di letakkan di hadapan Jackson.

"Your drink."

Jackson mengangkat wajahnya. Tersungging senyuman senget di bibirnya.

"Caring huh?" Tuturnya sebelum meneguk air tersebut.

"Thank you flower." Ujar Jackson dengan kenyitan mata.

Dia membuat muka menyampah.

Flower, flower siapa entah flower dia.

"Sha!"

Dia menoleh apabila namanya di panggil. Kelihatan seorang wanita seksi sedang menghampiri mereka berdua dengan wajah yang mendatar.

Dia melepas keluhan kecil. Tadi Jackson sekarang tambah lagi seorang.

Malas dia mahu melayan, terus dia mencapai gelas-gelas yang tersusun di rak untuk di lap hingga bersih. Walaupun sudah bersih tetapi dia perlu melakukannya setiap hari agar tiada satu habuk yang melekat pada gelas-gelas tersebut.

"Qaisha Izzati!" Panggil wanita itu dengan nada yang tegas sehingga menarik perhatian Jackson yang sedang asyik menaip di Iphonenya.

Dia melepas keluhan. Dia meletak gelas yang di lapnya di rak sebelum memandang wajah wanita itu dengan pandangan meluat.

"What Amelya Natasya?" Soal Qaisha dengan nada sindiran.

Amelya melepas keluhan. Kerusi di sebelah Jackson di tarik lalu dia melabuhkan punggungnya atas kerusi tersebut.

"What happen last night?" Soal Amelya dengan wajah yang serius. Mata kokonya tajam menikam wajah Qaisha yang beriak bersahaja itu.

"Nothing." Jawab Qaisha sepatah. Riaknya mula berubah mendatar.

Jackson mengerutkan wajahnya. Wajah Amelya dan Qaisha di pandang silih berganti. Kedua-dua mereka berkelakuan dingin. Dia meletakkan Iphonenya atas meja.

"What happen last night, Mel?" Dia ada terlepas sesuatu ke malam semalam?

Amelya melepaskan keluhan.

"Like always, she do something that old man too angry." Amelya memicit kepalanya. Pening kepalanya memikirkan masalah yang di lakukan oleh Qaisha.

Dia tak kisah sebenarnya apa yang di lakukan oleh wanita itu tapi mengenangkan hukuman yang bakal di kenakan pada wanita itu membuat dirinya sedikit tertekan.

Jackson tertawa kecil. Wajah Amelya yang stres itu di pandang dengan riak wajah yang lucu.

"Not funny Jack." Ujar Amelya dengan geram. Jackson yang sedang tertawa itu di jeling dengan tajam.

Orang tengah tertekan dia boleh gelak pula. Urghhhhh....

"Chill honey, don't be too stress okay? Did he said something rude at you?" Soal Jackson dengan perasaan ingin tahu. Dia berpeluk tubuh dengan menyandarkan belakang badannya pada meja bar itu.

"Nope just haihhh i feel something bad will happen at her." Qaisha yang sedang menuang arak yang di pinta pelanggan di pandang dengan riak yang sungguh risau.

Jackson mengangguk faham.

Tangan Amelya di ambil lalu di kucup lembut. Amelya hanya memerhati saja tanpa menepis apa yang di lakukan oleh Jackson itu.

"Don't worry, i will protect her and you like i said before." Tutur Jackson dengan serius.

Amelya mengukir senyuman nipis. Sedikit sebanyak kata-kata Jackson menenangkan hatinya yang di landa resah itu.

"Thank you Jackson." Ucap Amelya dengan senyuman.

"Only for you honey." Jackson mencium pipi Amelya sekilas. Amelya tersipu malu.

Manakala Qaisha memandang dengan kening yang terangkat. Nak sweet-sweet haruskah depan dia? Haihhh, cemburu? Tch! For what dia nak rasa cemburu? Menyampah adalah.

"But what you do Sha?" Soal Jackson untuk kali kedua.

"Just kick dick that bastard." Jawab Qaisha dengan bersahaja.

Jackson terngadah.

Seriusly?

Wowww, mesti senak teruk lelaki tu.

"Because she do that at someone important for that old man, he want do something at her. Damn it!" Rasa nak hantuk je kepala Qaisha sekarang ni.

Dia bukan apa dia cuma risau sangat pada Qaisha. Sebab itu dia takut kalau ada sesuatu yang berlaku pada wanita itu.

Siapa sangka lelaki yang Qaisha sepak itu merupakan seorang klien penting dalam kelab ini dan lelaki itu bertindak ingin menyaman kerana tindakan Qaisha padanya.

Di sebabkan itu, Qaisha kemungkinan besar akan berada dalam masalah yang sangat besar. Itu yang merisaukan hati Amelya.

Jackson memejam matanya seketika sebelum mencelikkan matanya kembali.

"Don't worry he can't do anything at her as long i at here but i can't help her if that old man will do something like punishment at Sha." Paling teruk Qaisha akan di pukul hingga tubuh wanita itu terkoyak hingga mengeluarkan darah.

Kasihan memang kasihan tapi jika wanita itu merelakan tubuhnya di pukul mereka tidak dapat membantu. Selagi maruah Qaisha tidak di ragut selagi itu mereka berdua tidak akan masuk campur.

Ya, Qaisha Izzati masih mempunyai dara!

Jackson dan Amelya banyak membantu dan mempertahankan maruah Qaisha daripada di ragut.

Oleh kerana Jackson dan Amelya mempunyai hubungan dengan orang yang berpengaruh kuat, tiada siapa yang berani membuat onar pada mereka selagi tidak melanggar perjanjian yang telah di nyatakan oleh Amelya.

Iaitu tidak menyentuh keperawanan Qaisha.












Continue Reading

You'll Also Like

50.5K 2.3K 62
Tengku Adam Iqbal | Aara Kaifiya AARA KAIFIYA -Pelajar yang masih lagi bersekolah di sekolah menengah. Kpopers setia kepada kumpulan nct iaitu Jeno...
61.3K 4.3K 51
𝐊𝐡𝐚𝐢'𝐬 𝐅𝐥𝐨𝐚𝐫𝐞 | 𝐂𝐨𝐦𝐩𝐥𝐞𝐭𝐞𝐝 𝐒𝐭𝐨𝐫𝐲 AKIF KHAIZURAN. Lelaki jambu yang diminati ramai kerana rupa fizikalnya. Wajahnya tak pernah...
433K 20.9K 51
"Hanya kerana seutas tasbih, Kita ditemukan." Cinta hadir tanpa diduga, cinta juga hadir tanpa dipinta.Semua yang berlaku atas kehendak-N...
1.4K 107 29
Airill Hayyat × Airaa Dahlia "Macam kenal"- AIRILL HAYYAT "Nice to meet you again, doktor"- AIRAA DAHLIA Mereka bertemu kerana takdir. Takdir yang te...