DIA Encik Crush Sombong! ✅

By mrsmeandyou17

345K 27.1K 6.7K

(3rd book of 'DIA ENCIK ' series.) "Yes I'm the most sombong human being that you ever seen. But, don't you k... More

nota author
1
2
3
4
5
6
7
8
9
10
12
13
14
15
16
17
18
11
19
20
21
22
23
24
25
26
27
28
29
30
31
32
33
34
35
36
37
38
39
40
41
42
43
44
45
46
47
48
49
50
51
52
53
54
55
56
57
58
61
62
63
60
64/semifinal
final la kot
NOT ABOUT HADIF AND ANGGUN
ii(▪︎~▪︎)
iii (▪︎~▪︎)
more of singa and pendek

59

5.6K 429 369
By mrsmeandyou17

"Syafina, tu ada customer baru duduk tu!"

"Okay I can hande it!" Syafina terus menunjukkan simbol okay dan tersenyum kecil kepala seniornya yang sedang berada di kaunter.

Ah marilah kita mula bekerja dengan semangat yang menggunung. Cuba tengok gunung kinabalu. Ha tinggikan. Begitulah semangat puteri syafina ni.

Dia melihat ada seseorang baru sahaja melabuhkan duduk sambil memandang ke arah luar. Syafina terus bergerak laju ke arah meja itu yang bersebelahan dengan kaca yang mampu memperlihatkan permandangan luar Kafe Manis itu. Bolehlah nampak apa orang di luar buat. Kadang kadang nampak lah jugak scene girlfriend bergaduh dengan boyfriend dekat depan kafe ni. Hish hish hish. Nak gaduh berambus pergi WWE lah.

Akhirnya tapak kakinya berhenti di sebelah meja itu.
"Encik nak order apa ya?" Bibirnya turut tersenyum nipis. Yela kita nak ambil order ni kenalah maniskan muka. Nanti tak senyum kang automatik kena kecam, kena ngumpat last last tak pasal pasal gaji kema tolak sebab aduan pelanggan. Hala hala.

Siapa eh yang memandai kata customers always right tu? Meh aku cepuk mulut dia.

Terus jejaka yang memandang ke arah luar laju menoleh menatap waiter yang baru muncul. Nampaknya dari suara lembut itu dia sudah tahu siapa yang datang. Bagus nasib baik dia yang datang. Okay ready sudah mulut ku nak membebel. Muka pun dah ready nak berlakon jadi kejam untuk jumpa gadis itu.

Tapi tiba tiba terpaku pula matanya melihat gadis yang berada di depannya. Membesar terus anak mata jejaka itu.

Uish tak..tak mungkin. Apakah yang aku sedang lihat di depan mata ini? Benarkah ini manusia atau jelmaan minah ni?

Syafina yang tersenyum tiba tiba rasa otot mukanya terbantut nak senyum pada manusia yang sedang menatapnya ni. Nak senyum tapi automatik rasa cramp dekat bibir. Uish lain macam bibir pun cramp.

Aik?? Kenapa mamat ni datang sini lagi? Ingatkan dah pupus. Argh bikin aku annoying sahaja loh. Sabar syafina. Kita tak boleh nak berkasar dengan customer kita. Walaupun dia adalah musuh tradisi dia. Okay ingat tu. Jadinya dia hanya tersenyum sedikit cuma.
"Encik nak order apa? " suara masih lembut ya anak anak.

Krik krik.

Syafina menahan rasa pelik. Eh mamat ni pandang aku tak berkelip kenapa ? Dah dua kali kot aku ulang nak order apa! Heyyai! Ke dia nak aku lempang dia baru reti nak bercakap? Ke dia terkejut sangat tengok aku? Aku makin lawa ke? Well tahu dah.

Yes puteri syafina sudah menukarkan rambutnya kembali ke warna hitam pekat. No more rambut karat. Dia juga tidak lagi memakai makeup yang menonjol. Sebaliknya dia hanya memakai bedak nipis dan lip balm yang menjadikan bibirnya pink semulajadi sahaja. Fuh perubahan yang drastik dan mengagumkan.

Syafina mengetap bibir geram sebelum dia berdehem. Sekadar nak buat otak mamat yang rasanya dah mengelamun ke planet zuhal ni kembali ke sini. Entah fikir apalah mamat mulut lepas ni pandang aku lama lama.
"Ehem. Encik, encik nak order apa? Dah 2 kali saya ulang. Yang ni yang ketiga. Jangan sampai saya ulang untuk kali ke empat. Sebab maybe masatu saya tanya dengan set satu kali tumbukan . Sekian." Selamba syafina berkata sambil tersenyum kepuraan.

Irham rafiqi merngerlipkan mata terus kembali ke alam sebenar. Alam di mana dia masih berumur 24 tahun. Masih hensem. Masih popular. Dan masih single. Auch.

Dia turut berdehem. Nak cover malu terkhayal pula depan minah ni.
"Sorry. Aku nak latte je."

Syafina mengangguk sambil mencatat pesanan pada buku kecil berwarna pinknya. Alhamdulillah jawab pun. Lama betul nak jawab. Bukan soalan kbat pun. Menjadi juga ugutan tumbukan aku tadi.
"Okay baik. I pergi dulu." Ha blahlah cepat nak hadap muka mamat ni lama lama dekat sini buat apa? Hilang selera you alls.

"Eh kejaplah. Baru nak berborak dengan kau."
Baru sahaja dia nak menapak tapi tiba tiba muncul suara menahannya dari pergi.

Syafina mengerutkan kening halus sambil terus dia memalingkan muka menatap irham. Ha?nak borak? Apa punya lawak dia buat ni? Selama aku kenal dia dari zaman universiti bawak ke tahun ni tak pernah pulak nak ajak borak. Bukan borak je nak ajak sembang sambil minum kopi kedai mamak pun tak pernah! So, Apa sebenarnya niat tersembunyi dia kalini? Suspicious lah mamat mulut puaka ni.
"What? Are you serious? Selama hampir bertahun I kenal you, tak pernah pula you ajak borak? Ni dah kenapa pula ? Sawan apa yang you dapat ni irham rafiqi? Sawan beruk?"

Irham tertawa kecil melihat wajah sangsi syafina sebelum selamba dia menongkat kepala memandang gadis di depannya . Wah sawan beruk kau kata ya? Ya sudah pasti gadis ini pelik dengan kata katanya. Tapi selagi hal tak settle, jangan harap aku nak lepaskan si syafina ni blah dari sini.
"Sebenarnya kan. Aku curious lah syafina. Kenapa kau kerja dekat sini eh?"dia terus bertanya kerana memang itulah yang menjadi tanda tandanya sejak dia dan ammar pulang dari cafe ini dua hari lalu.

Sebab gadis itu puteri syafina binti dato shah ali. PUTERI SYAFINA woi . Takkanlah dia sanggup kerja dekat kafe biasa ni? Takkanlah dia sanggup bazirkan masa kerja dekat sini sedangkan bapaknya lebih dari mampu untuk beli segalanya untuk gadis ini? Sudahlah syafina ni agak manja dan gedik untuk dengar arahan dari orang lain. Jadi possible kah seorang puteri syafina tiba tiba sahaja bekerja di kafe ini? Agak impossible lah jawabnya.

Tapi lagi buatkan dia terkejut sampai rasa nak menyembur kan air tadi melihat penampilan baharu syafina yang berbeza dengan zaman mereka selalu bergaduh bagai anjing kucing. Nasib baiklah dia tak minum apa apa air tadi. Kalau tak selamat dah muka syafina kena semburan sucinya.

Mana irham tak terkejut. Dulu syafina ni mana pernah social distancing dengan alat makeup dan barang mahal. Rambut pula, kalau boleh memang nak warnakan jadi alah alah mat salleh. Tapi sekarang ni wah tanjat siot irham tengok wajah syafina yang lain sekali dengan dahulu.

Rambut sudah bertukar jadi warna hitam asli. Mata pula bersih dari sebarang maskara dan eyeshadow. Bibir pula tiada lagi warna merah menyala. Pipi pula bersih tanpa sebarang makeup. Absolutely surprising! And... agak pelik.

Berbanding dengan 2 hari lepas pun, rambut syafina masih berwarna coklat keperangan. Dan mata syafina masih makai maskara. Bibir pula berwarna merah menyala.

Itu yang dia terkejut sampai termengelamun di depan syafina tadi. Sebab banyak sangat tanda soal yang ada atas kepalanya. 70 peratus tanda soal. 20 peratus tanda seru. 10 peratus pulak emoji geram yang gedik tu. Mana eh ? 😠-ha ni. Sebab iqi kan gedik.

Tapi kan iqi rajin pulak kau nak telek muka syafina dengan penuh detail eh? Dari rambut ke bibir.

Hak alah. Aku bukan tenung dia pun. Dah nampak sangat perubahan dia kan yang drastik tu? Aku pandang sekilas je. Eee tak kuasa lah nak pandang lama lama. Bluek nyampah.
☝️
Apabila iqi berkata.

Syafina menggulingkan mata mendengar soalan irham. Irham ni dari tadi tenungnya hanya semata nak tanya soalan tu je ? Eh puji lah lah sikit rupa baru dia ni. Takkan tak nampak syafina ni dah makin ayu?

Eh wait syafina, kau fikir irham rafiqi anak nazrul ni nak ke puji kau? Si irham ni kan musuh tradisi, keturunan kau. Eeeee bluek. Memang sampai ke hari deepavali tahun 2031 pun entah entah dia tak akan puji kau. Eh dia pun tak hamaklah irham pujinya.
"Apa yang peliknya kalau I kerja dekat sini? Tak ada kaitan dengan you pun encik irham rafiqi."

Irham mengangkat bahu .
"Yela maksud aku kau ni kan anak dato. And aku yakin daddy kau mampu tanggung kau tip top everything. So kenapa pula kau kena kerja? Or, ke kau ni broken sangat dengan hadif reject kau haritu sampai kau lari rumah? Lepas tu ha kau tak ada duit ? Atau papa kau yang halau kau? Lepastu tarik balik semua duit kau?" Hmm maybe. Irham mula menggosok dagu memikirkan segala pemikirannya bagai detektif sedang menyoal siasat penjenayah most wanted iaitu syafina sehingga tak perasan syafina sudah menggengam penumbuk dengan gigi dikertap.

Syafina merasa semangat yang tadi macam gunung kinabalu tiba tiba bertukar jadi semangat gunung api yang nak meletus. Mamat ni tak pernah nak berubah kan ? Mulut kembar longkang.
"I dah kata kan. Semuanya tak ada kaitan dengan you. So, shut the fish up your mouth." Amik kau. Stfu terus.

Irham tergelak sinis. Tangannya bergerak memeluk tubuh. Alo alo takutnya dengan muka garang dia tu. Alo alo. Bluek. Setakat muka kau aku tak heran..kalau muka puan dewi mengamuk. Ha itu kita boleh lah risau dan menakutkan.
"Memanglah tak ada kaitan dengan aku. Tapi aish syafina. Aku masih tak mampu nak lupakan apa kau dah buat pada hadif. Kau dah minta maaf pada hadif ke sebab memalsukan cerita? Haih kalau ye pun nak buat drama palsu, gunalah otak sikit. Ini cliche bebenor ceritanya." Lagak juri pula dia ni. Haih dia masih tak boleh blah dengan ayat yang direka syafina haritu. Hadoi kalau aku yang jadi penulis skrip untuk drama tu lagi berjaya siot dari minah ni. Agak not talented.

Syafina mendengus. Mamat ni kan memang ada genetik.... penyi-------buk ke?
"Eh irham. I tak pernah cari pasal dengan you. Pasal I tipu hadif tu dah lama berlalu lah. I dah minta maaf pada hadif. And hadif pun dah maafkan I. Yang you terlebih berdendam dengan I kenapa? " terus dia mencekak pinggang dengan mata geram melihat irham.

Irham yang melihat syafina sudah hampir naik hangin, terus mendecit. Dia akhirnya bangkit dari duduk dengan mata tajam melihat syafina yang paras dadanya. Apa fikir dia je boleh naik hantu? Aku ni tiba tiba rasa nak naik ponti jugak.

Mata mereka saling berpandangan geram bagai ada efek kilat antara mata mereka. Nampak dah betapa musuh tradisinya mereka ni. Kalau orang letak tangan antara pandangan mereka tu rasanya kena renjatan sebab ada kilat. Fuh hiperbola.

"Sebab kau dah kacau kawan baik aku! Kau jangan ingat aku dungu tau. Aku tahu kau kan yang ugut anggun untuk tinggalkan hadif dulu? Kan? Kau benci sangat anggun sampai buat macam tu kan? Eh Kau ni kan dah lama aku sabar dengan kau tau. Jangan sampai aku bertinju dengan kau dekat sini jugak." Ya itu keluar jua matlamat utama irham. Dia masih tak puas hati tentang kejadian 2 tahun lepas.

Irham mula menggerakan tangan melipat kemejanya hingga ke paras lengan. Gaya makcik makcik bersedia nak rembat musuh.

Udahlah iqi. Balik lah. Janganlah tunjukkan sifat gedik di public.

Syafina mengerutkan kening mendengar kata kata irham. Tak takut pun dengan gaya acah ganster irham sebenarnya tapi dia keliru dengan statement irham.
"Eh irham. Bukan I yang ingat you dungu tau tapi you memang dungu pun! I tahulah you benci sangat dengan I tapi you tak ada hak nak fitnah I pulak. Ye I mengaku I jahat, jahil pendosa tapi I ada maruah. I tak ada pula nak terhegeh pada lelaki sampai macam tu. Buat kerja jahat macam tu!"

Irham menaikkan kening sebelah memandang syafina setelah mendengar ayat terakhir syafina. Excuse me? Apa kau kata tadi?

Syafina terkebil kebil sebelum berdehem melihat mata sangsi irham.
"Okay maybe I pernah tampar and hampir lemaskan anggun. And I upah orang hack ig dia. And, I yang sebarkan cerita pasal ayah anggun dulu. Okay fine I mengaku I jahat gila." Alamak banyak pulak dosa aku.

"Tapi tu dulu lah irham. Itu je yang I buat. I dah tak buat apa apa lah." Syafina memandang irham tepat dengan mata serba salah. Mohon irham mempercayai kata katanya.

Irham mendengus. Dia tak mudah mempercayai kata kata seseorang lagi lagi kata kata musuh tradisinya ni.
"Betul ke? Kau tak hantar surat pada anggun untuk tinggalkan hadif 2 tahun lepas? Kalau kau tipu aku, kau jangan ingat aku tak boleh buat apa apa pada kau. Aku boleh ajak geng aku rembat kau tau."

Eeee siapa je geng dia?
Heh ala iqi lovers lah. Ramai tau peminat I. Kalah hadif.

Sempat irham memandang kamera sebelum mengenyitkan mata pada readers sebelum dia kembali menatap tajam syafina.

Syafina mengeluh melihat muka bengang irham. Ceh nampak sangat mamat ni tak percaya aku. Tak guna dia cuba untuk mempertahankan diri kalau dalam diri irham ni asyik asyik dia salah. Asyik asyik aku gedik. Asyik asyik aku jahat. Tapi tak boleh salahkan irham jugak. Sebab perangai lamanya pun agak menyetan.
"Ya allah I boleh sumpahlah I tak buat. I TAK BUAT. " dia menaikkan tapak tangan tanda dia benar benar tidak bohong.

Tapi entah kenapa retak pula hatinya melihat mata tajam irham masih tak percayainya. Dia mengigit bibir dengan hati yang tiba tiba sebak. Ya irham rafiqi tak akan sekali mempercayainya bukan ? Sebab? Dia tak layak nak berubah! Dosanya terlalu banyak!
"Baiklah irham. Di mata you ni I memang jijik kan? I memang jahat kan? I memang tak ada peluang langsung nak berubah kan? Walau I berubah macam ni pun I masih perempuan banyak dosa di mata you kan? I kata macam mana pun you still nak salahkan I dengan semua perkara kan. Yela irham I jahat. Selamanya i jahat. I faham you benci sangat dengan I. Sokay. I pun benci pula dengan diri I ni." suaranya pada mulanya tegas perlahan bertukar seperti serak dan merintih. Matanya pula sudah mula berair.

Ya allah kenapalah masa aku period jugak si irham ni nak ajak gaduh? Kan hati aku dah senang sedih. Eish. Nampak kan aku dah cengeng. Eish nak ajak gaduh lain harilah. Kalau tak lama dah dia buat scene main tarik rambut irham.

Irham yang pada mulanya masih memandang syafina tajam tiba tiba terkedu mendengar kata kata syafina yang bagai pasrah. Tambah pula suara syafina yang makin lama makin serak. Dapat pula dia melihat mata syafina yang seperti berair. Kening irham yang berkerut akhirnya lurus dengan riak terkelu. Takkanlah... syafina nak nangis??

Entah mengapa timbul jua rasa serba salah irham kepada syafina si musuh tradisi. Weh minah ni nak nangis ke? Apa ni? Apasal tiba tiba cengeng ni? Aduhai.
"Err Syafina..."Panggil irham sedikit lembut berbanding sebelumnya.

Syafina menggeleng kepala. Tak sanggup dah nak dengar kata kata irham yang akhirnya akan melemahkan lagi dirinya. Makin cengenglah aku jawabnya.
"That's it irham. Enough. I minta maaf sangat pada you, pada hadif, anggun, and everyone. Yes semua memang salah I. I TAHU I JAHAT. I layak dibenci umat manusia lagi lagi you. Yela kita kan musuh tradisi. I memang takkan layak nak berubah. " syafina laju menoleh dari menatap tepat mata irham. Dia mengigit bibir menahan air mata. Tak boleh. No aku tak boleh nangis depan irham ni. Irham tak boleh nampak aku nangis..habis imej macho aku selama ni. Menangis pertama kali depan musuh. Woah malu! Baik kita lari dulu sebelum air mata ni ter keluar dari tempat asal.

"Irham, erm you panggillah waiter lain kalau nak order eh? Excuse me."laju syafina berpusing dan berlari anak keluar dari pintu kafe tanpa memandang irham.

Irham yang melihat syafina berlari keluar makin timbul perasaan serba salah. Aduh dia nak pergi mana tu? Nak melalak ke? Aduh habislah aku.
"Syafina!" Panggil irham kuat dengan harapan syafina berhenti. Apa bendalah irham ni dah sah sah syafina dah keluar kedai . Takkan nak dengar suara jantan dia ni?

Irham menghela nafas simpati sebelum terus dia berlari ke arah pintu keluar kafe. Kepalanya diteleng ke kiri... ke kanan... hati hati bila dijalanan. Cop cop! Okay iqi jangan nyanyi. Sekarang kau kena cari syafina. Lepastu kau nak jadi rapper ke apa sukahati kau. Calm down.

Irham terus menfokuskan mata dan akhirnya dia ternampak seseorang sedang berjalan perlahan ke arah belakang kafe. Dari belakang badan sah! Itu syafina.

Laju dia mula berlari anak mendekati syafina yang daripada belakang seperti sedang mengelap sesuatu di tubir mata. Fuh lagi buatkan irham nak terpeleot dekat situ jugak. Alamak? Dia lap apa tu? Takkanlah air mata?? Pergh Puteri syafina nangis siot! Minah hati kering tu nangis . First time siot aku tengok. Maka, Lagilah irham berasa walang hati dibuatnya.

Akhirnya sampai juga dia di sebelah syafina. Tak sempat nak hembus nafas mengah, Irham terus mengikut langkah syafina sebelum dia spontan menarik lengan syafina lembut yang di saluti baju lengan panjang. Nak tarik rambut kang, takut tersekat di skala 6 pulak.
"Hey hey tunggulah. Mengah ni. " Fuh first time irham berkata lembut dengan perempuan bernama syafina ni.

Syafina mendecit. Daripada suara automatik dah tahu siapa yang menahannya. Aduh irham baliklah. Janganlah kacau aku nak emotional seorang diri. Aku malu ni. Dia terus cuba menarik tangannya dari genggaman lelaki sejati irham. Tapi apalah kudratnya nak ditandingi iqi yang seminggu 4 kali ke gym.
"Lepaslah." Akhirnya terus tangan sebelahnya menampar geram lengan irham. Annoying lah bila ternyata aku wanita lemah depan dia ni.

Irham menahan gelak ejek. Aww sakitnya. Awww sakitnya. Bluek tak sakit pun. Tapi risau jika dia kata begitu lagi ,makin teruk pula syafina sentap.

Irham mengalah melepaskan lengan syafina.
"Okay fine. "

Irham menelan air liur sebelum mendekat dengan wajah syafina untuk melihat wajah itu. Alamak nampak macam mata merah.
"Weh syafina kau... nangis eh?." Tanya irham sambil jarinya mencucuk lembut bahu syafina yang mengelak ingin menatap mukanya.

Syafina tidak menjawab sebaliknya lagilah tiba tiba terhenjut henjut bahunya mengalirkan air mata mendengar pertanyaan irham yang agak tak bijak. Betullah irham. You memang dungu. Apa benda siot si irham ni. Dah sah sah aku dari tadi sedut hingus depan dia. Mata pula merah. Takkanlah aku tengah potong bawang pulak?

Irham mengeluh melihat syafina yang masih tidak bersuara. Tetapi sudah terhenjut henjut bahu. Sah minah ni koyak! Nangis kemain! Eishh. Irham mengagru kening konfius nak buat apa .

Terus irham menarik lengan syafina mengikutnya.

Syafina yang masih sedang mengelap air matanya hanya membiarkan.

"Duduklah." Syafina mengangkat wajah melihat ada kerusi panjang yang memang diletakkan di tepi kafe. Tanpa banyak soal dia hanya mengikut arahan irham lalu duduk di situ .

Irham mengeluh serba salah sebelum melabuhkan punggung di sebelah syafina yang masih mengelap air mata.
"Sudahlah janganlah nangis. Sorry lah kalau kata kata aku tadi buat kau jadi hulk. Erm Ala macam tak biasa. Kita kan selalu gaduh. Malah pernah lagi teruk kita gaduh dulu. Bukan kau selalunya selalu lawan balik apa aku cakap ke? Kenapa nangis pula ni?" Kenapa jiwa kau sensitif ni? Ke....
Sebenarnya dia tengah angkasawan?

Tahniah 1 point untuk iqi.

Syafina terus memgangkat muka melihat irham dengan wajah yang basah. Cis itu dulu lah. Sekarang ni takkan dia nak bergaduh macam budak kecik dengan irham macam dulu? Tambahan dia sekarang tengah datang bulan. Memanglah senang menangis. Lelaki macam irham ni memang tak memahami! Malah lagi buat hati ini menggelegak bagai air panas. Fuh berpuitis.
"You memang bencikan I kan..."

Irham mengetap bibir. Alamak kan dah keluar ayat emotional dari syafina. Sah perempuan ni period. Sebab tu perangai senang sentap. Irham menggeleng kecil.
"Hey mana ada. Aku tak benci kau lah." Ujarnya sambil menatap syafinanya memandangnya.

Woi iqi cepat pujuk dia. Mampuslah aku. Ini kalau bapak dia nampak aku terbuat anak kesayangan dia nangis fuh auto kena headshot siot. Baik kita pujuk dia cepat cepat. Haduhhh syafina ni kenapa nangis ni? Teruk sangat ke apa aku kata tadi?

Syafina tergelak sinis. Dia menundukkan kepala.
"You benci sangat dengan I. I tahu. Sejak dulu lagi."

Irham menggaru dahi. Inilah perempuan. Lagi lagi bila period. Orang dah kata bukan. Dia lagi nak provok orang. Kalau aku kata aku benci dia , nanti dia nangis. Aku kata tak, dia nangis jugak. Apa perempuan nak sebenarnya?
"Okay yela dulu tu aku jujur memang annoying gila dengan kau."

Syafina mengangkat muka memandang tepat irham.
"Now?" Tanyanya dengan suara serak. Bibir pula sudah menceber bagai ingin menangis sekali lagi.

Irham menggulingkan mata.
"Okay sekarang pun annoying jugak lah. Tapi tak adalah sampai aku benci kau." Okay dah. So jangan nangis. Jangan buat muka macam tikus hilang keju macam ni lagi boleh tak. Hati aku serba salah tau.

Syafina mengangguk faham. Kalau dia tak benci aku. Kenapa dia macam langsung tak percaya apa aku kata?
"Jadi salah ke apa I buat? Salahkah I nak berubah? Salah kah I nak buang gaya hidup I yang dulu? Ha irham?"

Irham mengerutkan kening keliru. Dia... nak berubah?
"Maksud kau?"

Syafina mengemam bibir. Dia menunduk sambil bermain dengan gelak peraknya yang dipakai pergelangan tangan.
"I...I nak berubah. Kata kata hadif hari tu dah sedarkan I. Sedarkan I yang I ni memang menyusahkan orang. Duit pun bergantung pada parents. I ni mengada. "

Irham mengangguk.
"Betul."

"I ni gedik."

Irham mengangguk lagi laju.
"Itu pun betul."

"Suka jadi batu api."

Irham membesarkan mata sambil laju mengangguk.
"Uish yang tu betul. Betul sangat tu."

Irham yang beria mengangguk menoleh memandang syafina yang sudah memandang nya geram. Gaya pandangan macam nak bunuh irham sekarang jugak.

Irham menaikkan kening keliru.
"What aku just kata betul pada benda yang betul. Kan?"

Syafina mengeluh geram. Takpa syafina. Kau kena terima hakikat yang irham ni memang jujur nak mampus. Mulut lepas. Hati ais kering. So tak apalah.
"Okay whatever. Now, I nak berubah. I nak usaha cari duit sendiri. I nak merasa gaji first I. I nak cuba jadi orang biasa. Bukan anak dato. Bukan manusia yang terhegehkan cinta. Tapi I nak jadi syafina normal. I nak fikir masa depan dulu. Faham?" Akhirnya syafina sudah mampu menarik senyuman ikhlas kepada irham. Tanda dia jujur. Woi bila lagi kau nak percaya aku ni wahai irham pokok kelapa?

Irham mengangguk kepala tanda faham. Tapi terselit sedikit perasaan kagum.
"Wow. Amazing. Aku impressed. "

Syafina yang mendengar irham memujinya terus tersenyum suka. Sudah ceria sedikit hatinya mendengar irham men'supportnya. Inilah perempuan datang bulan. Tiba tiba nak sedih. Sekarang tiba tiba nak happy balik.

Irham mengetap bibir.
"So..maknanya bukan kaulah eh yang ugut anggun untuk tinggalkan hadif 2 tahun lepas?" Walaupun dia sudah mula mempercayai kata kata syafina tapi tetap nak tanya semula. Eh si iqi ni berghulang tanya soalan sama apahal?

Syafina yang mulanya gembira terus mendecit. Mamat ni masih tak percaya aku jugak. Eeee. Nak aku sepak dia laju laju , baru dia nak faham, ke macam mana?
"Yeee irham rafiqi anak nazrul . I tak buat."

Irham mengerling syafina.
"Ye ke ni..."

Syafina mengeluh dan memandang langit biru. Takut bila pandang irham terkeluar bahasa kasar kepada irham yang tak faham bahasa. Orang kata tak buat, tak buatle. Nak guna bahasa isyarat baru faham ke?
"Iyeeeeeeeeeee."

"Pandang aku."

Syafina mengigit bibir. Aduh nak suruh pandang dia pulak! takut tercarut je nanti. Dia menghela nafas geram sebelum dia menoleh memandang tepat irham yang menatapnya.
"Nampak? Mata I jujur ni. Tak ada masa nak menipu you." Sengaja dia membesarkan mata. Kalau irham tak nampak kejujuran, tak tahulah apa nak cakap. Bukan cakap , syafina terus bagi free kick pada mamat ni.

Irham mengecil kan matanya tanda suspen sebelum dia mendekatkan wajahnya dengan wajah syafina sambil masih menatap mata syafina.
"Ermmm " agak suspen. Tapi nampak seperti suspek jujur.

Syafina terus terkejut apabila irham tiba tiba mendekatkan jarak wajah mereka. laju dia menolak dada irham menjauhinya. Eee apa ni rapat rapat? Mana jarak 1 meter ha?
"Eh tak ada masa lah I nak ugut ugut orang. Lepas hadif koma baru I jumpa hadif tahu. Manalah I tahu apa jadi sebelum tu. Sedap mulut you je tuduh I. You ni susah sangat nak percaya I kenapa? I kalau bagi tangan kang. Produk you pun tak mampu nak rawat lebam pada muka you nanti." Terus syafina menaikkan tangan menunjukkan tapak tangan lima jarinya di depan mata irham. Ha takut tak? Takut tak? Amaran. Pelempang free mungkin akan dilepaskan. Mohon mangsa mengelak sekarang.

Irham mengangguk akhirnya dengan wajah puas hati. Entah kenapa dia mampu melihat kejujuran pada anak mata syafina yang berwarna hitam pekat asli. Nampak seperti pandangan innocent..tapi kalau bukan syafina yang menjadi dalang kes hadif, jadi siapa pula?

Argh lantaklah. Penat pula fikir pasal hadif ni. Si hadif tu pun entah penat fikir ke tak pasal aku . Entah entah tengah have fun buat drama dengan anggun. Cis hormat orang single lah weh! Irham memeluk tubuh.
"Yela aku percayakan kau. So sekarang ni, Good luck. "

Syafina mengerutkan kening halus menoleh memandang wajah irham.
"Goodluck for?"

"Goodluck untuk jadi syafina yang baru. Okay? Aku support kau ni. Bukan kaleng kaleng tau musuh sendiri nak support kau. So, jangan sia siakan peluang ni. Faham?" Selamba dia menjetik dahi syafina.

"Auch. You ni dah kenapa? Main jentik jentik? Ingat I jejentik ke? " adu syafina sambil menggosok dahinya yang selamat dijentik irham. Pergh baru nak rasa terharu, tapi mamat ni dah tumbuh tanduk setan balik. Pigiidah!

"Bluekkkk. Biarlah. Aku tak cakap pun kita kawan. Bluekk." Irham terus berdiri samnil menjelirkan lidah mengejek kepada syafina. Aku kata aku support je bukan turunkan bendera keamanan permusuhan. Bluek!

Syafina mengecilkan mata geram sebelum dia bangkit terus kakinya dihayun menendang paha irham.
"Hamek ni! Bluek! Baik I sambung buat kerja. " Dia menjeling irham sebelum perlahan melangkah.

Irham terus menggosok pahanya. Minah ni dari dulu asyik nak sepak paha orang! Dia berdiri tegak melihat syafina yang sudah melangkah.
"Syafina shah alam!"

Syafina mendengus. Eeè mamat ni. Shah ali lah bukan shah alam! Pantas dia menoleh dengan muka bengang untuk mengeluarkan kata kata geram pada irham yang sesuka hati dari dulu tak pernah nak taubat dari mengejek nama bapaknya. Ya! Sebabkan mulut kembar longkang si irham ni , habis semua orang panggil shah ali sebagai shah alam. Readers pun sama terpengaruh dengan irham . Shah alam shah alam. Woi shah ali lah.

"Syafina, good to see perubahan kau ni! Kalau ada apa apa , bagitahu je aku. Inshaallah aku akan tolong. Aku pun nak tolong kau untuk berubah jugak walau kita bagai tom and jerry." Irham menarik senyuman kepada syafina. Yela bahkan dalam kartun tom and jerry pun jerry kadang kadang tolong tom. Tom pun kadang kadang tolong Jerry. Dahlah mereka binatang. Takkanlah irham dan syafina akan kalah dengan binatang?

Syafina yang pada mulanya nak mencarut akhirnya reda sudah marahnya mendengar kata kata irham. Tambah pula irham sedang senyum. Wow selama bertahun mereka kenal, inilah pertama kali irham tersenyum untuknya. Uish fenomena apakah ini? Irham rafiqi senyum? Syafina akhirnya membalas senyuman irham.
"Thank you! Ni yang latte you order ni, you nak lagi kan? Jomlah masuk balik kafe ni."

Irham menggeleng kecil dari jauh.
"Scene kita gaduh tambah kau buat scene melalak kalah ombak rindu tadi dah ambil hampir 40 minit aku! Lunch hour dah nak habis. Sedeh. Tak apalah next time jela aku datang." Pergh tak sempat nak makan atau minum. Tak apalah iqi. Puasa kejaplah. Takpe balik nanti aku paksa endy dengan izki teman aku melantak sampai kenyang. Selagi aku tak kenyang, selagi tu diorang tak boleh balik.

Syafina mengangguk faham.
"Okaylah. Bye I masuk dulu. Assalammualaikum. " sempat syafina melambai kepada irham bagai mereka ni memang kawan baik sejak dulu.

Padahal musuh sesama sendiri selama berabad.

"Waalaikumussalam. " jawab irham sambil matanya menghantar pemergian syafina ke dalam kafe. Dia menyentuh perut nya.

Argh lapar! Nak makan! Argh!

.

.

.

.

.

.

.

*****************************************

.

.

.

.

.

Peluh di dahi tiba tiba rasa nak menitik. Matanya dikerling meja kanan. Argh tak ada orang. Dikerling meja kiri. Eh lagilah tak ada orang. Kepalanya bergerak untuk mengintai meja meja di hadapan. Pergh kosong tak ada orang. Sunyi sepi bagai padang pasir tandus. Yang tinggal hanya seketul manusia. Siapa lagi. Tentulah anggun dellisya.

Anggun mendecit. Mana si shila ni? Kata nak pergi lunch sama sama dengan aku! Tapi dah 10 minit tak keluar dari tandas pasaipa pulak? Teruk sangat ke sembelit tu? Eish. Nak blah, tapi rasa serba salah pada minah ni pulak. Tapi... sekarang dahlah pejabat kosong.

Bukan seram... tapi... kalau selalunya pejabat kosong ni mesti tiba tiba ada lembaga muncul. Banyak kali juga dia dah rasai pengalaman tu. Asal dia seorang diri dekat pejabat, mesti lembaga ni tiba tiba muncul.

Bukan... bukan ponti.

Bukan... bukan si gula gula tu jugak.

Eish hantu cina lompat pun bukan!

Tapi.... lembaga tinggi 180cm lebih! Lembaga kembar singa! Selalu saja dia terserempak dengan lembaga tu bila berseorangan . Eeee seram.

Actually sebenarnya anggun ni seram dengan lembaga singa tu sebab kes semalam. Kes si singa ni cakap dia tak prank anggun. Singa tu serius dengan kata kata dia. So anggun ni pun rasa WOW UNBELIEVABLE. Tapi baru singa tu nak sambung ayat, kereta si ana pula hon. Apa lagi anggun dellisya ambil can peluang keemasan ini untuk lari. Sebab jantungnya dah pam terlebih banyak darah untuk berlama lamaan dengan singa tu.

Tapi sekarang ni. Sekarang ni aku takut je kalau terserempak dengan lembaga tu. Sebab jantung anggun masih tak ready nak bertindak refleks pada singa tu. Kalau boleh dia memang tak mahu terjumpa pun singa tu. Tadi dia masuk office pun terus lari pergi tempat nya tak pandang kiri kanan. Tak nak langsung terpandang apa apa singa. Sebab? Sebab hatinya terlalu berdebar untuk mendengar apa apa ayat singa tu. Takut broken pun ada jugak. Tapi takut perasan pun ada jugak.

Laju anggun menekan skrin telefon dan membuka ruangan chat nya dengan shila.

OI minah ting tong! Kau tengah sembelit lagi ke! Lama sangat sembelitnya tu. Offiçe ni dah kosong lah. Aku seram ni. Cepatlah keluar tandas. Ke aku yang patut pergi pada kau?

Anggun terus menghantar mesejnya itu sambil mata kejap kejap dikerling pejabat singa. Risau kalau kalau lembaga itu nak keluar. Boleh dia sorok awal awal bawah meja. Lagipun dia tak perasan pula sama ada singa hazel tu sudah turun untuk pergi lunch ke belum.

Ting!

Cepat cepat anggun menekan notification yang keluar itu. Ternyata nama shila terpampang. Laju dia membuka chatnya bersama shila semula.

.

Weh anggun! Sorry! Aku dah terpergi lunch dengan kak zila. Sebab kitorang terserempak dalam tandas tadi. Omg sorry. Hehe.

.

Anggun rasa mulutnya ternganga. Jaw dropping. What the fish? Minah ni.....dah.. keluar lunch....? maknanya dah tinggalkan aku?! Dengan kak zila?? Habis tu buat apa aku tunggu dengan janji setia bersama perut yang lapar dekat sini sedangkan dia dah pecut turun bawah dengan kak zila? Apa lagi dengan muka menahan seribu carutan, geram anggun menaip mesej.

.

Apa kau hehe hehe? Eh wanita tak berguna! Aku penat tunggu kau dekat sini membazirkan tenaga jiwa dan raga aku semata tunggu kau sembelit....rupanya kau dah menggatal dengan perempuan lain pergi lunch? Eeeeeeee! Kau ni kan! Habistu apa jadahnya aku beria tunggu kau? Shaitonirajim.

.

Tu dia ayat anggun macam shila tu tengah curang pulak. Eh biarkan memang dia dah curang dengan aku! Sanggup pergi dengan kak zila and tinggalkan aku! Eeee aku pun nak join huwaaaa.

.

Sorry lah baby. I bukan saja saja nak curang dengan you. Memang hobi I main kayu tiga kan? Eh tiber. Tak apalah maybe ini takdir untuk orang lain teman kau lunch selain aku. Hehe hehe(saja ber hehe nak kau annoying). Enjoy!
(Maybe jasa aku ini akan kau kenang sampai bila bila. :>) ytjt.

.

Anggun mengetap bibir menahan rasa geram. Jasa apanya shaiton? Ha? Jasa apa? Kenapa kau tinggalkan aku minah? Susah sangat ke kau dan kak zila nak pergi meja aku untuk ajak aku sama sama? Ha? Korang ni fikir perut korang je. Perut kurus aku ni macam mana? Eee geramnya aku!

Sudahlah anggun. Kau membebel dengan otak sendiri pun tak ada guna. Baik kita serang shila tu. Datang datang capai satu gelas air .....splash terus siram dekat tepat pada muka shila. Uishhh seronoknya. Rasa puas gila weh. Habis dendam yang terbuku bagai novel ni terlunas.

Sedang dia merencana pelbagai idea jahat untuk mengenakan shila dengan pandangan mata bagai antagonis tengah nak buat jahat , tanpa sedar dia menggerakkan sikunya sehingga pen di atas mejanya terjatuh .

Plup!

Anggun terus menoleh apabila mendengar bunyi sesuatu jatuh . Aik mana pen kesayangan aku? Terjatuh ke? Dia mengeluh. Haih masa ni jugak kau nak jatuh eh pen? Terus dia menundukkan kepala memandang persekitaran bawah mejanya untuk mencari mana lokasi pen itu.

Aik ? Mana? Mana yitu pen? Anggun hanya mampu menahan nasib diri yang malang dalam hati. Sudahlah kena tinggal. Pen kesayangan pula jatuh. Lepastu tak jumpa balik. Apalah nasib.

Sebabkan dia masih tak nampak kelibat apa apa pen, terus dia turun dari kerusi untuk mencari dengan lebih teliti. Kenapa beria sangat cari pen tu? Biarkan jela. Tak penting pun.

Eh mana boleh! Pen tu berharga tau. Mahal tahu tak. Rm10 woi! Dahlah pen tu favourite nya kerana sangat comel. Atas pen itu ada muka kucing comel yang bergerak gerak kerana spring. Fuh memang tak boleh lah kalau dia hilang pen itu. Dahlah mahal.

"Yuhuu pen. Marilah keluar. Aku lapar ni. " Ujarnya sambil membuat bunyi bagai memanggil kucing. Manalah pen kucing ni. Aku nak pergi lunch lah. Laporrrr niii.

"Cari apa?"

Pam!

"Argh!" Terkeluar perkataan itu dari bibir anggun kerana sakit yang dirasakan setelah kepalanya selamat terhantuk pada meja. Aduh . Ini semua kerana dia terkejut dengan sapaan itu yang secara tiba kerana perempuan nama anggun ni adalah jenis yang mudah sangat terkejut maka automatik kepalanya diangkat dan akhirnya terhantuk pada permukaan meja.

"Ya allah anggun!" Laju dia dengar tapak kaki seseorang mendekatinya yang sudah terduduk di bawah meja sambil menggosok bahagian kepala .

Aduh ini kalau atas kepala aku benjol, habislah kuranglah kecantikan aku.
Cis siapa lah yang datang tanpa salam. Meh aku tazkirahkan.

Manusia yang panik itu laju menolak kerusi anggun dari meja anggun untuk memudahkan dia melihat keadaan anggun.

"Anggun dellisya, kau okay tak?"

Eh? Adakah manusia ni panggil nama panjangnya tadi? Jadi siapa lagi yang rajin panggil nama panjangnya kalau bukan......

Aduhai takkanlah hari ni pun.....

Aku kena....

Jumpa jembalang tu?

Anggun yang terduduk laju mengangkat kepala memandang gerangan yang sudah melutut di sebelahnya. Gulp! Alamak kan aku dah kata. Kalau aku berseorangan je mestiiiiiii akan jumpa lembaga ni. Haiya.

Hadif rizki yang masih risau laju mendekat dengan anggun yang bagai orang keliru memandangnya. Aduh kuat juga bunyi hantukan kepala anggun tadi. Jangan jangan muka dia macam konfius sebab.... dia... amnesia ke?

Hadif menelan air liur nervous lalu dia menyentuh kepala anggun yang dari tadi anggun gosok.
"Sakit ke? Nasib baik tak benjol. " Ujarnya sambil menggosok lembut rambut anggun.

Anggun yang melihat hadif sangat dekat dengannya tambah pula si hadif ni selamba menggosok rambutnya lembut terus rasa jantung nya muka bekerja pam darah laju laju. Ah shed, here we go again. Aduh aku dah penat betullah jadi orang tak betul depan tuan hadif ni!

Terus anggun berdehem dengan rasa yang gementar. Tapi muka kena dikekalkan macho. Tak boleh tunjuk anda itu lemah dengan hadif rizki.
"Erm ta...tak sakit tuan. Erm... sa..saya nak bangun. Tolong ke..ke tepi boleh?" Hancus. Habis dari first ayat sampai hujung semua bantai gagap. Aduh konon nak kekal macho. Tapi last last gagap jugak sebab rasa macam nak gila. kan dah kata anggun kalau depan tuan hadif mesti jadi gila.

Ini semua salah tuan! Siapa suruh selalu buat something yang buatkan saya tiba tiba berharap! Dasar lelaki terlebih guna.

Hadif terkebil kebil menatap anggun yang sedang menunduk. Fuh nasib baik tak amnesia. Oh dia nak bangun. Hadif mengangguk faham lalu dia bangkit dari melutut. Dia ke belakang sedikit supaya ada ruang untuk anggun berdiri.

Anggun yang tak tunggu lama laju berdiri. Tak menghiraukan rasa mabuk kerana baru lepas kena hentakan di kepala.

Krik krik krik krik.

Anggun menelan air liur tak tahu nak buat apa. Dia masih berdiri tidak memandang muka hadif. Err.. errr Sekarang aku nak buat apa errr... ern... ha! Lunch lah. Cepat cepat tinggalkan singa ni lagi elok. Seram....
"Erm saya nak..." pergi...

Lunch.

"Jom lunch."

Tak sempat anggun nak habiskan ayat terus ayat itu dipotong hadif. Anggun mengigit lidah. Kerana tak dapat peluang nak habiskan ayat. Woi bagilah aku can nak habiskan ayat. Ayat itu ialah...Saya nak lunch bersendirian. Bukan dengan tuan. Bersendirian. Sekian.

"Errr saya... saya dah janji nak lunch dengan shila dan kak zila. Erm lain kali jelah eh tuan?" Ha kononnya. Padahal elok je shila dan nazila meninggalkannya. Janji apanya macan tu. Janji tak boleh pakai mengalahkan buaya. Anggun tersenyum menahan geram kepada shila sambil matanya bergerak memandang hadif.

Tapi laju dia menggerakkan arah mata ke arah lain apabila hatinya rasa nak meletup bila matanya bersatu dengan mata hazel. Dah sudah. dari meja ke lantai sampai ke siling mata anggun jelajah pejabatnya semata mata tak nak satu kan mata nya dengan mata hadif. Woah aku tak perasan yang siling pejabat ni ada corak. Uish ini jela kut masa anggun nak sedar apa yang ada di sekeliling dia. Woah tak pernah pula aku perasan si ayda ni ada pokok kaktus comel atas meja dia . Herm.

"Yeke? Tapi aku tak kira aku nak lunch dengan kau jugak."

Anggun mengerutkan kening halus mendengar ayat hadif. Eh apahal aku pulak? Aku tak nak lah eee tak faham bahasa melayu ke? Hello polis ? Ni ada singa terlepas paksa saya lunch sama sama dengan dia lah. Tolong selamatkan saya.

"Er... " nak di lawan cakap, gaji aku jadi taruhan. Kalau tak nak lawan nanti, aku pulak yang jadi beruk kejap kejap hati ber dub dab dub dab .

Hadif memeluk tubuh.
"Anggaplah ini denda kau. Sebab semalam kau main lari je balik tanpa aku sempat habiskan ayat aku." cis aku baru nak buat adegan drama, sedap je dia lari sambil angkat bagasi berat cepat cepat ke kereta dayana. Tak bagi can langsung aku nak ber sawit.

Anggun menahan rasa nak menggulingkan mata. Eeee kalau boleh saya tak nak lah dengar apa apa masatu sebab saya tahu tuan main main je pasal hal tu. Tak pe. Dah biasa dah kena prank. Dah biasa dah kena gurau kasar hm. Agak beruken sebenarnya.
"Erm takpelah. Kalau pasal tu tak apa saya dah lupakan dah. Saya tahu tuan ni suka sangat bergurau. Lawak tuan pun kadang kadang kelakar kadang kadang hambar. Tapi takpe saya still support lawak tuan. So, erm tata!" Sempat anggun melambai sebelum kaki kecilnya laju jalan nak melepasi hadif.

Ayuh lari! Yes lari.

Hadif mengeluh. Sempat dia pantas menangkap pergelangan tangan anggun yang berjalan melepasinya. Sah minah ni ingat aku melawak. Lepastu, sudahlah dia kata lawak aku hambar. Hish . Apa fikir ingat lawak iqi je ke tak hambar?
"Anggun dellisya , come on jomlah lunch dengan aku." Katanya sambil menatap anggun di sebelah. Matanya dikerlipkan berkali bagai singa membuat puppy eyes.

Anggun menghela nafas lemah.Mamat ni tangan memang laju kan? Asyik asyik berjaya tahan aku? Tahulah ada bakat lari cheetah. Tapi takkanlah kelajuan tangan pun cheetah? Uish gilalah mamat ni.

Anggun menoleh memandang hadif. Ingatkan nak buat muka garang. Tapi tanjat gegirl apabila apabila ditoleh, muka kiyut hadif pula muncul. Kyaaaaaa! >●< tuan! Jangan buat muka macam tu tuan. Hancur usaha saya selama ni nak move on tuan.
"Perlu sangat ke saya lunch dengan tuan?" ayat sombong keluar dari bibir anggun. No anggun jangan lemah. Lawan je dia. Eee pergilah ajak fans anda yang beratur tu. Aku jugak yang dipaksa. Apa fikir aku nak sangat ke lunch dengan dia.

"Perlu. Perlu sangat."

Anggun mengerutkan kening halus menatap mata hazel itu.
"Kenapa pulak?" Eh apa yang perlu sangat ni? Apa yang ada pada aku yang dia perlu sangat ni? Ohhhh ke dia saja nak buatkan fans dia ingat dia ada girlfriend lepastu gunakan aku? wowwwwowoo. Boleh tahan otak aku ni. Cis . Yeye je kau anggun. Kau hengat kau lawa sangat sampai hadif nak jadikan kau fake girlfriend dia. Itu baru fake. Kalau nak jadikan girlfriend, lambat lagilah jawabnya. Ah sudah beruken pulak. Tapi kenapa aku kena beruken?

.

.

.
"Sebab aku rindu kau."

.

.

.

Krik krik . Krik krik.

Mata anggun terdiam menatap mata hadif.
Terhenti sudah perbualan mengarutnya dengan otak sendiri selepas ayat hadif tadi masuk ke dalam otaknya.

Ha? Apa tadi? Dia memandang hadif dengan muka blur tapi apa yang dia dapat senyuman pula dari hadif.

Apa? Apa? What? Dia kata apa? Dia rindu aku? Rindu? Apahal dah dia ni? Sudah biul kah? Dia stres pasal kerja sangat sampai cakap benda merepek ke? Hek eleh dia cakap macam tu pun... Apa ingat aku cair ke?

Dub dab dub dab dub dab

Wuish lajunya jantung pam darah. Kuatnya hati berdegup.

Okay fine aku cair. Puas hati? Ha?

Puas ke readers? Ye saya anggun dellisya cair setelah mendengar ayat sang singa. Gila kau tak cair. Mamat mata indah ni kata dia rindu aku. Wow! Dahlah senyum masa cakap tu. Mata pula blink blink. Ya allah stoplah perasaan ini. Aku tak nak . Aku nak move on.

Erm dia rindu nak bergurau membuli aku lah tu..ha ye ye. Dia tak rindu kau as someone special pun kan ?

#sadlifeu.

Akhirnya anggun mengangguk setelah seperti 5 minit berlawan kata dengan otak sendiri sambil dia tergelak sambil tangan sebelah menepuk nepuk lengan hadif macam hadif baru sahaja buat lawak taraf maharaja lawak mega.
"Apalah tuan ni. Tuan ni rindu nak buli saya kan ? Hadoi. Tak apalah. Tuan bagi banyak kerja tadi pun dah kira buli dah. Okaylah tatatititutu." Uish sentapnya ayat part kerja tu. Spontan dia menarik semula tangannya dari pegangan hadif. Dan melambai.

Dia mula menapak. Aduh tuan hadif ni. Aku baru kata lawak dia hambar. Terus dia buat lawak. Nak buktikan dia tak hambar lettew. Apalah tuan ni.

Hadif mengerutkan kening. Wait apa yang kelakar sangat? Punyalah serius aku cakap , dia boleh gelak. Aku tengah buat rancangan lawak ke? Ish. Dia terus berpusing memandang anggun dellisya yang sudah berjalan beberapa tapak darinya.
"Aku tak buat lawak anggun. Serius aku rindu kau. Yes aku rindu nak buli kau, aku rindu nak bergurau dengan kau, malah aku rindu semua tentang kau. And selagi ada masa ni, jomlah kita lunch sama sama."

Ya, kerana dia sangat sibuk. Banyak kerja dia harus laķsanakan sebagai CEO. Nak curi curi pandang anggun dari dalam pejabat pun tak sempat. Nak keluar tegur anggun fuh lagilah tak sempat. Sebab apa? Sebab masa sangat jealous dengan dia dan anggun! Maka, memang dialah yang jadi tukang mastermind menyuruh shila supaya tinggalkan anggun supaya dia ada masa untuk bersama anggun. Hehe bijak bukan?Tapi tengoklah minah ni, kalau selagi ada can nak mengelak, laju je dia tu lari dari hadif. Sedih tau . Penat je dia rancang nak lunch dengan anggun. Sampai menahan malu berkata 'erm shila awak pergila lunch dengan nazila. Biar saya pergi lunch dengan anggun harini.' Fuh malu siot kantoi nak berduaan dengan anggun pada pekerja nya. Takpe demi anggun. Saya tak kisah.

Tapi korang tengoklah minah pendek ni! Dia anggap benda ni lawak siot! Eh sorang tahan aku. Tahan aku dari ketuk kepala minah pendek tu. Eh sabar je ni.

Anggun automatik berhenti menapak. Dia rindu semua tentang aku? Dia memejam mata. Haiyaaaa noooo nooo jangan berbunga lah hati. Janganlah cair... please.
Terus tapak tangannya diangkat menepuk bahagian jantungnya berulang kali. No no jangan cair. Dia bergurau lah.

Dapat dia dengar tapak kaki mendekati dan berhenti di sebelahnya. Aduhai janganlah diri sebelah saya. Saya nervousssss. Daripada wangian ini, sudah tahu dah siapa yang diri di sebelah. Anggun dengan muka stres sebab menahan diri dari cair perlahan mengangkat kepala memandang hadif yang lebih tinggi.

Hadif tergelak kecil melihat wajah anggun yang baru macam lepas tercekik kurma.
"Speechless huh? Dah jom lunch. Masa nak dekat habis ni. Kalau kau ingkar arahan," hadif menundukkan kepala supaya kepalanya sama tinggi dengan anggun.

"Tahulah nasib gaji kau." Cing! Satu kenyitan mata dihadiahkan kepada anggun yang makin speechless.

Hadif menegakkan badan semula sebelum melangkah pergi dengan senyuman di bibir meninggalkan anggun .

Anggun terkebil kebil sebelum membesarkan mata apabila tersedar. omg what was that? Anggun menggeleng kecil. Tak boleh jadi ni. Apasal aku rasa nak pengsan bila dia kenyit mata dengan senyuman macam tu! Wake up anggun dellisya. Kenapa kalini aku tak marah langsung bila dia ugut aku pasal gaji ? Sebab ada bonus kenyitan mata tu ke?

Aduh. Rileks okay? Rileks anggun. Jangan jadi beruk. Dia laju memijak kaki sebelahnya supaya sedar dari awangan. Fuh dari jauh macam gila je pijak kaki sendiri.

Apa nya nak rileks . Dia kata dia rindu aku tu! Lepastu lepastu.. dia cing kenyitkan mata. Kyaaaaaa . >●< part 2.

Dah dah anggun. Lebih lebih siapa nak layan. So, aku memang kena ikut dia lunch ke? Oh no bukan sebab cair. Sebab selamatkan gaji kan ? Kan? Ha ha ha siapa nak cair dengan tuan hadif tu? Aku ? Ah please lah no cair cair lah heh.

"Lambat aku tinggal ,sayang!" Laung hadif kuat yang sedang menekan punat turun lif.

Zap ! Anggun laju mengangkat kepala. No way no way. Apa tadi? Ya allah apa dia panggil aku tadi?

Aku sure aku dengar sayang. Bukan anggun, bukan dellisya, bukan pendek. Tapi sayang. Tapi tak mungkinlah kan? Apa hal nya hadif nak panggil orang sayang. Apa bendalah.

Anggun menelan air liur sebelum kakinya laju berlari anak ke arah hadif yang baru masuk ke.dalam lif. Uish kerana terkejut beruk , terus dia akur mengikut hadif . Sebab dia cuak sebenarnya.

Anggun pantas berdiri di sebelah hadif.

Dia mengerling hadif sekilas. Dia bergurau ke tadi? Ketahuilah memberi aku harapan itu sungguh tidak lawak! Malah boleh kita berikan rembatan super pada hadif. Ke halusinasi aku je tadi? Yang dia panggil aku sayang? Aku ber imaginasi kah?

Tapi aku sorang jeke dengar? Takkanlah. Readers pun dengar kan? Tolonglah jangan cakap aku seorang je dengar. Hati yang rasa nak berbunga ni automatik layu tau kalau itu semua angan angan khayalan semata mata. Ish kalini memang kena tahan kyaaaa >●< part 3 . Jangan eksited. Itu semua angan angan.

Eh kalau nak kepastian , tanyalah tuan hadif sendiri kan? Dia menarik nafas penuh debar.
"Tuan... panggil apa saya tadi?" Tanya anggun sedikit gementar.

Inilah masanya kita nak tahu yang tadi tu alam imaginasi anggun atau dunia realiti yang kalau tampar diri sendiri pun takkan hilang dunia tu.

Hadif tergelak kecil sebelum kepalanya menoleh memandang anggun yang terkebil kebil melihatnya.
"Nak siaran ulangan, lepas nikah."

Ting!

Pintu lif terbuka.

Hadif menarik senyuman senget sebelum menapak keluar dari lif.

Lagi sekali meninggalkan anggun yang rasanya roh minah ni dah terbang dari badan.

Anggun menelan air liur.

Ni..ni.. nikah?!!!!

Apa maksud dia???

Maknanya.... nak siaran ulangan? Siaran ulangan yang dia panggil aku sayang ke??? So nak siaran ulangan that 'sayang' tu.. aku kena kahwin dengan dia ?

Omg.

"Uhuk uhuk uhuk." Automatik tersedak anggun jadinya.

Stopp! Anggun nak pengsan !!! Stop lah tuan hadif. Jangan seksa saya macam ni. Ya saya salah. Saya salah. Saya yang selalu mulut lepas berlawan kata dengan tuan banyak banyak. Tadi pun saya mengeluh tuan bagi banyak kerja. Ya saya salah. Tapi bukan ini caranya hukum saya tuan. Sesungguhnya saya insan yang lemah. Bergetar tulang sum sum , semua otor saya kalau macam ni tuan.

Atau....

Entah entah ini... ini jembalang real. Jembalang yang bukan hadif rizki..tapiii jembalang singa real! Seram nya!

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

Bersambung.

Hahahhahaha sawit ke bluek.

Tekan vote.

Abaikan typo.

Ha tekan vote lu.

Kalau tak.

Taknak bagi sambungan.

Hehe.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

HHAHAH im just kidding. Of course sis tahu you all tak puas hati .

Nah baca baca.

.

.

.
"Makanlah. Dari tadi angkat sudu lepastu bukak mulut tapi lepastu letak balik sudu, tutup balik mulut tu dah kenapa anggun dellisya?" Pelik pula hadif melihat kerenah pelik anggun. Tangan gadis itu bergerak menyudu nasi , lepastu dah naikkan tangan nak suap dalam mulut, tapi masa hampir nak masuk , tiba tiba gadis itu turunkan balik sudu. dah hampir 5 kali minah ni buat macam ni. Sampaikan hadif yang tengok pun geram.

Anggun mengangkat kening memandang hadif.
"Apa tadi tuan?"

Sah minah ni berkhayal.

Hadif menggeleng kepala perlahan. Sempat minah ni berkhayal kan masa ni?
"Makan. I mean masukkan je nasi tu dalam mulut. Masukkan betul betul. Kau kenapa? Kau fikir pasal apa sampai mengelamun hm?"

Anggun menahan nak mendecit.
Fikir apa lagi! Fikir pasal tuan lah! Ada hati lagi mahu tanya! Aku bagi siku kang! Haaa tahu sakit.

Hadif mengeluh. Tengok tu kalini anggun hanya memandang nasi and langsung tak bergerak. Fikir apa lagilah minah ni.
"Aku minta maaf kalau kata kata aku tadi buat kau tak selesa."

Anggun kaget. Ayat dia ni maksudnya...
"Maksudnya tuan... bergurau ke tadi?" Aduh anggun . Aku dah kata dia bergurau. Dia tak maksudkan apa apa tadi. Membazir je hati kau berdebar. Anggun mengetap bibir menahan beruken.

Apa si anggun ni nak sebenarnya. Tadi menidakkan perasaan. Lepastu broken. Inilah perempuan.

Hadif menghela nafas. Dia terus mengetuk pinggan anggun menggunakan sudunya.

Ting ting.

Finally mata anggun memandang nya. Ha reti pun fokus.
"Anggun dellisya, berapa kalilah aku nak kata. Aku serius. Aku tak bergurau dengan kau. "

Anggun tersentak. Dari muka hadif nampak macam serius bebenor. Dari ayat hadif pun serius bebenor. Tapi dia insane ke? Jangan jangan..... ni bukan hadif . Tapi ini... makhluk yang online waktu malam.
"Tuan, apa nama tuan? Apa nama ayah tuan? Apa nama ibu tuan? " dengan muka serius anggun bertanya. Kalau dia bukan hadif mesti dia tak boleh jawab. Ya pintar yini anak.

Berkerut halus kening hadif mendengar. Aik tibe betul soalan dia ni? Tak apalah layankan jela dia ni.
"Nama aku Muhammad Hadif Rizki. Nama papa aku Muhammad Athif Fattanah. Nama mama aku Nur Zinnirah Qisya. Nama bakal bini aku Nur Anggun Dellisya. Isn't clear?" Sempat ayat terakhir nya sengaja ditambah. Suka pula melihat muka anggun bagai terkejut nak mampus.

Anggun tersentak. Pipinya mula rasa panas balik. Pergh ayat last tu tak payahlah rasanya. Tiba tiba anggun rasa nak pandang belakang lepastu nak jerit kyaaaaa >●<. part 3. Beria sungguh.

Tapi dia jawab soalan dengan jawapan betul. Tapi soalan last tu tak tahulah betul ke tak. Ehem. By the way. Maknanya ini benar benar hadif rizki lah kan? Anggun berdehem.
"Tuan, tuan baik tuan jujur. Tuan kena sampuk apa masa on the way datang kerja ni? Aku bagi warning sekali je. Keluar dari badan tuan hadif sebelum aku buat kau panas." Anggun memejam mata. Sebelum tangannya menadah tangan.

"Allahulailahailahuwalhayuuqayyum....."

"Woi. Apa benda kau merepek ni anggun. Aku ni betullah hadif rizki. Tak ada apa sampuk badan aku ni. Kenapa susah sangat kau nak percaya?" Hadif mengeluh. Apa masalah minah ni. Dari tadi pelik je aku tengok.

Anggun terkebil kebil lagi. So betullah ini hadif. Anggun mengigit bibir.
"Tuan tanya saya kenapa susah saya nak percaya? Tuan, memanglah saya tak percaya apa yang berlaku. Saya anggap tuan bergurau tau tak. Sebab..... sebab... takkanlah tuan dah gila pilih saya berbanding lebih berjuta perempuan malaysia ni. Saya ni dengan tuan macam ni tau." Terus dia naikkan tangan. Tangan kirinya paras bawah. Tangan kanan di angkat tinggi .

"Ni nampak ni? Jauh tau bezanya. Kita ni lain darjat. Lain kehidupan. Keluarga saya dengan keluarga tuan jauh beza tau. Saya ni manusia tak ada apa. Tuan ada segalanya dalam hidup. Tuan ada keluarga bahagia. Saya ni... hm..." anggun mengetap bibir menunduk. Ayatnya terasa sebak pula nak disambung.

Hadif yang dari tadi memerhati karenah anggun akhirnya tersenyum nipis melihat anggun menunduk.
"Hey anggun Dellisya. Aku tak gila. Bukan berjuta perempuan dalam Malaysia je, even berbillion wanita dekat dunia ni aku still pilih kau. Sebab apa ?sebab aku sayang kau. Aku terima baik buruk kau malah keluarga kau."

Fuh akhirnya. Keluar juga ayat yang tersangkut sangkut daripada bab lepas. akhirnya terluah jua.Hadif nekad. Dia tak tahu kenapa. Tapi dia nekad dia ingin meluahkan segalanya kepada anggun.

Mari kasilah semangat sikit pada bro hadif ni gais. Bukan kaleng kaleng bang dif nak bersuara begini.

Anggun laju mengangkat kepala menatap hadif. Allah. Apa lah tuan hadif ni. Dari tadi ada je ayat dia buat aku nak gila. Aku risau aku punya tempat nanti di tanjung rambutan pulak.

Hadif mengangguk apabila mata mereka bersatu.
"Ya anggun. Fine aku akan cakap. Tapi sekali je. baik kau dengar betul betul. aku takkan ulang. Sebab aku malu. Anggun dellisya, aku, hadif rizki, mamat galah, singa garang, crush sombong kau dulu, ya aku, aku sayang kan kau. Aku dah lama sayang kau. More than a friend. More than a pekerja. Kau jangan tanya sejak bila. Sebab... sebab dari dulu lagi anggun. Even aku amnesia pun , aku tak tahu kenapa hati aku suka sangat bila berada bersama kau. Itu masa amnesia. Tapi bonuslah untuk aku sebab akhirnya aku dah ingat rupanya kau cinta pertama aku. Serius aku rasa terkejut sangat. Patutlah aku selesa bersama kau. Rupanya kita ada banyak kenangan bersama. Jadi, kau tak rasa ke kita ni jodoh? Banyak cabaran dah kita lalui. Akhirnya allah temukan kita semula. Jujur kuat aku rasakan yang kau ni memang jodoh aku. Tercipta buat aku. Kau... tak rasa macam tu ke?" dengan mata penuh keikhlasan hadif bertanya kepada anggun.

Anggun mengerlipkan mata berkali kali apabila matanya mula hangat. Entah kenapa kata kata hadif. Sangat sangat membuatkan hati wanitanya terharu. Membuatkan dia ingin menangis. Dan kenyataan hadif tentang mereka mungkin jodoh juga membuat hati anggun berdegup laju. Rupanya hadif sayangkannya selama ini ?

"Saya... saya..." aduh gagap datang balik. Sah sebab hadif rizki.

Hadif mengukir senyuman pasrah melihat anggun bagai teragak agak.
"Aku faham. Aku je yang tak reti move on. And maybe kau dah move on dari segalanya. Aku faham. It's okay anggun. Aku takkan bebankan kau dengan luahan aku. Kau still someone special untuk aku. Takkanlah aku nak marah kau kan?" Hadif hanya mampu menyuap kan nasi ke dalam mulut semula dengan hati yang agak beruken. Tapi tak mengapa. Beruken dengan fakta benar lebih baik dari beruken dengan penipuan.

Ahhh hadif beruken.( •~•)

.

.

.

.

"Saya pun sayangkan tuan."

.

.

.

"Uhuk uhuk uhuk!"

"Eh tuan? Tuan kenapa ni? Minum air cepat. " kalut anggun menyerahkan air teh ais hadif kepada pemiliknya setelah jejaka itu tersedak . Eh tuan. Jangan mati dulu. Tak sempat kita nak berbahagia .

Hadif laju menyedut air minuman sambil menggosok dadanya perlahan. Ya allah nasib tak innalillah.

"Kau...kau cakap apa tadi?" Dengan suara yang lemah dia bertanya. Rasa macam dia tak salah dengar. Tak mungkin aku salah dengar. Dia kata... dia sayang aku ke?

Anggun dellisya mengigit bibir. Alahai dia suruh ulang pulak. Boleh tak turn aku pula nak cakap
'Nak siaran ulangan, lepas honeymoon.' Laaaa HAHAHA ya allah sedar anggun. Jangan menggatal sekarang. Hadif tengah tunggu tu. Anggun menunduk.
"Erm saya... saya pun sayang tuan jugak. Erm Even masa 2 tahun lepas, saya sayang sangat tuan. Saya dah lama jatuh cinta pada tuan. Tuan tahu kan kalau bukan sebab saya kena ugut dulu, mesti dah lama saya tak cakap apa yang saya kata pada tuan 2 tahun lepas. Maybe itulah kesilapan paling besar saya. Terlalu takutkan pada ugutan orang yang saya tak kenal sampai sanggup lukakan hati tuan. Saya.. saya minta maaf sebab sayalah tuan accident." anggun berusaha menahan sebak apabila teringat wajah hadif yang bergelinangan air mata 2 tahun lepas. Haih semua salah aku.

Akhirnya dia mampu mengaku. Akhirnya dia kalah. Dia akhirnya sedar. Dia memang tak mampu lupakan hadif. Di depan semua orang dia ego mengatakan dia sudah move on tapi rupanya perasaan itu masih ada. Perasaan yang apabila dia melihat hadif gembira, dia turut gembira. Melihat hadif sedih, dia turut sedih. Mendengar kata kata manis hadif , dia automatik jadi gila. Ya, dia mengaku dia sayangkan hadif.

Dan tak sangka hadif turut sama dengannya. Betul betul jodoh ke ni?

Hadif menggeleng kecil.
"Anggun, tak apalah. Aku dah lama maafkan kau. Itukan takdir kita. Takdir silam akhirnya menemukan kita semula. That's why orang kata takdir Allah itu indah. Lupakan je kisah lama. Kita bukak buku baru."

Anggun mengangguk faham. Dia menyedut hingus yang tiba tiba terkumpul dalam hidung sebab sebak datang. Akhirnya dia menyuakan tapak tangannya pada hadif.

Hadif terkebil kebil melihat tapak tangan anggun. Apa dia? Dia nak aku pegang ke? Astagfirullah haram . Dia menaikkan kening.
"Kenapa?"

"Nak buku baru tuan kata tadi . Nak bukak cepat cepat."Akhirnya terukir senyuman anggun. Moga mogahan lawaknya menjadi. Janganlah kata lawak saya hambar tuan.

Hadif terdiam sebelum akhirnya dia tersenyum lebar manis. Dia mengangguk faham dengan lawak anggun. Haih I really miss this pelawak anggun.

Anggun mengukir senyuman melihat senyuman manis hadif. Dia rasa macam nak pusing belakamg lepastu pegang pipi yang dah panas lepas tu jerit kyaaaaa >●<. Part 4.

"Kalau nak bukak buku baru. Jawab dulu soalan aku." Hadif menongkat dagu menatap anggun.

Anggun menaikkan kening. Tanda apa dia nak soalan dia tu. Eish nak tanya , tanya jela tak payahlah buat muka macam tu. Aku lemah. Saya seorang insan lemah.

"Aku sayang kau. Kau sayang aku jugak kan?" Saja nak tanya semula walau dah tahu. Suka tengok pipi anggun merah macam tu.

Anggun menelan air liur. Eeeee mamat ni memang sengaja kan ? Tak nampak pipi aku dah terbakar salai. Haih. Nasib baiklah mamat mata hazel ni kiyut. Kalau tak.... tendangan penalti dah diberikan kepada hadif kerana sangat mengada.
"Saya cakap sekali je. Saya takkan ulang. Saya..... sayang... tuan hadif rizki... banyak banyak. Okay cut! Dah. Makan lah cepat saya banyak lagi kerja dekat atas tu. Yela big boss bagi banyak kerja kan." HALA HALA sengaja je anggun nak tukar topik kerana anggun pemalu.

How can semua ni terjadi? Rupanya dia dan hadif menyimpan perasaan yang sama. Dan sekelip mata mereka dah bahagia? How can ha?

Sokay. Semua tu namanya takdir Allah.

Hadif tergelak kecil mendengar jawapan anggun. Baiklah dengan ini hadif rizki tidak lagi lemah untuk bekerja. Dia boleh bekerja sampai esok kerana tenaga nya berjaya dicaj semula kerana gadis di depannya.

Ya,
Anggun dellisya.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

Sendu sendu. Sis gembira tengok Mereka tapi sis sendu HAHAHAHA. Takpela asalkan mereka bahagia.

Suka?.suka akhirnya mereka bersawit?

Tekan bintang kecil tu. Ha tak tekan lagi? Amboiiii . Tadikan sis dah suruh. Babap nanti. Ha. >●<. (Sis tiba tiba rasa benda ni kiyut. ) >●<.

Abaikan typo. Bab ni sis nak kata . 9k weh. Bergitu beria tangan sis menaip. Mohon appreciate.

Okay bye! Assalammualaikum. Have a nice day! Love u all.

Ps: tengkiyu kerana ramai orang wish birthday. Makin bertambah kasih sayang saya pada anda. Sekian.♡


Promote time!

Gais bacalah cerita dia ni gais.

Best  gais

Support and tekan vote tau! And give her a lot of loveeeeee okay??

The Royalist Highschool

TekTwice

Okies! ♡


Continue Reading

You'll Also Like

148K 9.6K 32
Adam Hirdy | Azalea
237K 15.9K 62
[COMPLETED] Tengku Farish Iskandar. Pernah dikecewakan oleh bekas kekasih hatinya yang bernama NAURA INSYEERAH suatu ketika dahulu. Sejak kejadian it...
1.4M 53K 62
Status : Complete Noah Iskandar x Sufi Nur Humaira [Karya kedua dari snowdreamm] Impian Noah Iskandar untuk membina mahligai bersama tunang tersayan...
481K 28K 62
(2nd book of 'DIA ENCIK ' series.) "My blue eyes always and only follow the right person. Or I can say only for my jodoh, right honey?" CEO OF FLIRT...